29 Januari 2008

TERENGGANU PATRIOTIC CAMP 2007 -SAMBUNGAN

Konsep latihan / Khemah kerja Patriotik 2007 JBSNT

Pada tahun ini Persatuan Belia Waja Watan Terengganu ( PB2W ) sekali lagi diberi amanah untuk menjayakan program tersebut. PB2W sebagai sebahagian dari sukarelawan Askar Wataniah kami merasakan amanah diberi adalah seumpama sireh yang pulang ke junjung. Objektif Program tersebut diselaraskan untuk membina sifat cintakan tanah air di kalangan generasi muda baru Terengganu sempena kemerdekaan gemilang negara ke 50. Bagi memberi sedikit improvement PB2W mengambil pendekatan menggunakan “Military spiritual concept” supaya natijah yang terhasil, setiap peserta memiliki attitude yang tinggi dari sudut cooperative, pengurusan masa, membuat keputusan “Decision Making” Brave Heart - Keberanian dan accountability / Responsibility.



Itineari program dimulakan dengan melakukan latihan dalam kumpulan ( LDK ) ala operasi ketenteraan “Ops KESBAN” atau keselamatan dan pembangunan. Modul ini menekankan kerjasama, membuat keputusan yang tepat, berani dan ketabahan metal dan fizikal dalam meneroka suasana alam semula jadi dan kebesaran Ilahi.

Sedikit pengenalan kepada KESBAN adalah satu operasi yang pernah dijalankan oleh Pasukan keselamatan di sekitar tahun 60an semasa darurat kedua negara. Pada masa itu fungsi ATM terbahagi kepada dua bahagian Selaku benteng pertahanan dan dalam masa yang sama komponen / agen pembangunan negara. Semua itu berada dalam lipatan sejarah, ia dihidangkan semula supaya peserta merasa perik-jerih mengisi kemerdekaan bukan sekadar menuntutnya sahaja, kerana mempertahan adalah terlalu sukar dari menuntutnya.

“ Peranan utama Angkatan Tentera adalah untuk menentang komunis, tetapi di dalam masa yang sama mereka mestilah membantu untuk melaksanakan rancangan pembangunan kerajaan sebagai sebahagian dari tugas menentang ancaman komunis. Keselamatan dan pembangunan dijalankan bersama “( KESBAN). Tun Abdul Razak

KESBAN adalah jumlah semua langkah-langkah yang diambil oleh semua agensi kerajaan bagi meneguhkan dan melindungi masyarakat dari anasir-anasir subvesif, kekacauan dan insurgensi ( Pemberontakan ). Dalam erti kata lain, KESBAN adalah reaksi yang dijangka dan diukur oleh kerajaan bagi menghapuskan insurgensi.


Tujuan pendekataan ini dilakukan adalah mengimbau kembali sejarah emas mempertahankan kemerdekaan oleh pasukan keselamatan yang telah berkorban tenaga dan nyawa. Di mana sebahagian dari mereka telah dilupakan jasa dan pengorbanan yang pernah dicurah. Sehubungan dengan itu menjadi kewajiban PB2W mengetengahkan kembali nilai – nilai sejarah sebagai aspek pembinaan jatidiri peserta di samping mebudayakan patriotisme sebagai sprit atau semangat anak bangsa berdaulat.

Dalam initeari program juga para peserta dikehendaki melakukan abseiling dan flying fox di menara tempur 18 RAMD seberang takir. Seterusnya mereka didedahkan dengan pengenalan asas menyelam dan pengendalian Paramotor. Modul seumpama ini diperkenalkan adalah untuk mengambarkan ATM terdiri dari darat, laut dan udara.


Fungsi PB2W dalam hal ini secara tidak langsung telah mempromosikan kepada para belia dan beliawanis supaya bersama-sama melibatkan diri dengan pasukan sukarelawan –sukarelawan yang ada dan disertai oleh ahli-ahli di dalam PB2W yang terdiri dari Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA.

Sedikit pressure yang dikenakan akan melahirkan perasaan keinsafan, ceramah dan penerangan diberi akan diambil perhatian secara serius. Modul – modul tersebut adalah di antara Latihan dalam Kumpulan (LDK). Dalam hal ini PB2W banyak menekankan konsep penghayatan supaya objektif program mencapai sasaran tepat.

Selepas itu pada malam countdown mereka akan melakukan stimulasi perang ‘Water Cannon’ dengan jurulatih di antara objektif modul ini menghilangkan stress di kalangan peserta kerana kebanyakan mereka yang mengikuti setiap program / out door berbentuk kursus akan merasa tertekan. Pembaharuan di sini mereka tahu ‘musuh’ sasaran mereka adalah Jurulatih, tanpa menjadikan di antara mereka musuh.

Akhirnya kepada PB2W dalam memikul amanah rakyat dan negara kami meminjam ucapan Pak Lah sebagai penjelasannya, dan kami berusaha menjadikan ucapan tersebut suatu pengotaan tindakan bukan suatu retorik mencari keuntungan politik antaranya: “We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”. Yang kami petik dari kata-kata beliau:


“Inilah yang saya maksudkan dengan ungkapan “Bekerja Bersama Saya, dan, Bukan Untuk Saya”. “We are accountable to each other and to the people”. Bagi saya lebih dari itu, saya “accountable” bertanggungjawab akhirnya kepada Allah S.W.T. di hari perhitungan. Ingatlah, kita telah diberi amanah, kita mesti beramanah, “We hold the people’s trust, we must therefore be trusted”.

Ucapan Perdana Menteri di INTAN Bukit Kiara pada 9 Januari 2004 dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kelima



HUBBUL WATAN MINAL IMAN – CINTAKAN TANAH AIR SEBAHAGIAN DARI KEIMANAN

28 Januari 2008

PENGENALAN PENGENDALIAN ASAS PARAGLIDING


PB2W mendapat kerjasama NSSAC - Kelab Sukan Aviation Negeri Sembilan dalam membawa pengenalan sukan Paragliding di Terengganu.
Pada sesi lepas lebih kurang 15 orang ahli dari NSSAC terlibat di Bukit Chendering untuk ujian penerbangan. Sesi ujian ke dua dijalankan pada 09/02/2008 Sabtu bertempat di Bukit Chendering dan Pantai Pandak Chendering.
pengenalan asas kedua ini terbuka untuk ahli sahaja. Apabila semua prasarana yang perlu siap kursus ini akan dijalankan secara terbuka kepada Belia Terengganu terutamanya.



25 Januari 2008

BANDAR RAYA KUALA TERENGGANU

AFIDAVIT EMOSI, KEMAHUAN & HARAPAN http://amarrazali.blogspirit.com/

Pada 25 Disember yang lalu, Awang Goneng telah melancarkan karya kenangannya, "Growing Up in Terengganu" di sebuah toko buku yang kecil di Bandar Kuala Terengganu. Toko buku ini dulunya bagi orang Terengganu dikenali sebagai "Kedai Buku Pak Lah Yunan," toko ini menyimpan sejarah yang istimewa dalam mengimarahkan budaya ilmu di negeri ini. Dalam memoir ini, Awang Goneng mengungkap panaroma dan iklim sosio-budaya Kuala Terengganu di tahun 50an dengan menggunakan banyak istilah kolokial "Teganung" dan satu glosari yang panjang untuk menerangkannya.

Menariknya pelancaran karya Awang Goneng ini dibuat dicelah keghairahan warga Kuala Terengganu yang menunggu hari perisytiharan Kuala Terengganu pada 1 Januari 2008 sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air (KTBWPA). Menariknya juga Awang Goneng yang berusia lingkungan 60an, kini menetap di kota metropolitan London sebagai seorang 'freelance writer' (nama sebenar Wan A. Hulaimi) mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan remajanya. Awang Goneng menggarap suasana


sosio-budaya Kuala Terengganu dalam "Growing Up in Terengganu," merupakan khazanah ilmu bagi generasi baru, di samping memugar bahan nostalgia bagi warga tua yang menyaksikan satu episod pembangunan yang menarik sebagai sebuah bandaraya.

Awang Goneng yang hampir 30 tahun menetap di London, singgah seketika di tempat tumpah darahnya menyaksikan perubahan ketara bandar Kuala Terengganu. Setelah melihat dengan mata sendiri panorama Kuala Terengganu baru dengan muara sungai yang berubah, Pulau Duyong sebagai pusat sukan air Monsoon Cup, Pulau Wan Man sebagai pusat replika 21 binaan masjid simbol tamadun Islam, Seberang Takir bakal menyaksikan binaan hotel dan pusat pelancongan lima bintang yang membawa pelancong antarabangsa melalui rangkaian kapal mewah Star Cruise, Batu Burok sebagai taman rekreasi, Padang Hiliran sebagai pusat perniagaan, Kampong Cina dan Kedai Payang yang berwajah baru. Barangkali dalam fikiran Awang Goneng ada hasrat terpendam untuk menulis tentang Bandaraya Kuala Terengganu baru dalam dimensi futuristik pula.


Lima dasawarsa yang mendatang pasti menjanjikan satu senario baru, landskap Kuala Terengganu dalam kerangka pembangunan mega Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang menelan RM112 billion bakal membawa dimensi baru. Pembangunan infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan industri pembuatan bakal mengubah suasana dan menyaksikan gelombang baru wilayah ini yang dahulunya mundur dan tercorot dalam senarai pembangunan. Lima puluh tahun yang mendatang bakal mengubah wajah wilayah timur ini sebagai wilayah baru yang berpotensi menjadi 'movers-and-shakers' dalam pembangunan Malaysia.

Bandaraya Kuala Terengganu menempa wajahnya sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air (KTBWPA). Istimewanya Kuala Terengganu ialah lokasinya. Terletak di muara sungai dan di pesisir pantai yang memutih menghadapi Laut Cina Selatan sekaligus, menjadikan satu-satunya bandaraya yang mempunyai panaroma sungai dan pantai yang unik dan mengasyikkan. Penduduknya 96% Melayu daripada 361,800 orang penduduk dengan keluasan 60,500 hektar.

Kuala Terengganu menempa nama sebagai bandaraya pertama di Pantai Timur, menyaksikan proses pembangunan infrastruktur yang pesat. Antaranya binaan Lapangan Terbang Antarabangsa, Kompleks Sukan, Kampus Universiti Darul Iman, Kampus Universiti Malaysia Terengganu, Kompleks Teluk Warisan Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, laluan Lebuhraya Pantai Timur, projek penambakan dan benteng pemecah ombak Seberang Takir dan pembangunan bandar sebagai pusat perniagaan dan pembuatan termasuk Global Animation Centre di Padang Hiliran.

Pemimpin yang telah diberi amanah begitu ghairah memastikan segala projek pembangunan berjalan lancar. Komitmen yang diberikan cukup tinggi untuk menjadikan Terengganu sebagai 'trend setter' kepada sebuah pembangunan bandaraya dengan penerapan prinsip-prinsip Islam.

Dengan bingkai rujuk kepada pembangunan berteraskan nilai Islamik, Bandaraya Kuala Terengganu akan memperlihatkan satu kesinambungan ciri-ciri ketamadunan Islam untuk digilap semula, menjadikan warganya sentiasa prihatin untuk mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Asuhan penerapan nilai Islam bermula dari peringkat pra sekolah hingga ke pengajian tinggi. Agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Islam, Yayasan Terengganu, Sekolah Imtiaz, Institut Tahfiz dan kesemua IPT berfungsi untuk menjana Generasi Ulul-Albab yang mempunyai ciri-ciri 'Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.' Kejayaan awal program ini semakin terserlah. Anak-anak kecil tabika, tadika dan murid sekolah rendah menunjukkan minat membaca dan khatam Al-Quran. Dalam usia serendah 3 tahun telah mampu menghafal juzuk Amma. Semua ini bertolak daripada usaha dan kesedaran terhadap tanggungjawab melahirkan warga yang menghayati hak duniawi dan ukhrawi.

Melalui institusi pendidikan, warga bandaraya bakal melihat gerak kerja yang bersungguh-sungguh untuk mengimarahkan budaya ilmu. Terengganu sekarang memiliki empat buah pusat IPT, iaitu UDM, UMT, UiTM dan Kolej Universiti TATI. Pusat Sumber yang interaktif, kemudahan broadband dan Pusat Minda bakal menjana idealisme, intelektualisme dan aktivisme yang baru.

Pembangunan dengan ciri-ciri masyarakat yang harmoni perlu dilaksanakan secara sedar, teratur dan bersepadu. Agenda pembangunan yang mampan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang selesa, berkualiti, harmoni dan selamat perlu dokongan yang jelas.

Pembangunan lestari mesti menjadi dasar dalam agenda 'the way forward' Bandaraya Kuala Terengganu. Bandaraya termuda ini perlu melakar sebuah pembangunan yang hebat supaya dalam masa yang sama tidak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan.Menurut laporan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) lebih 15,000 peluang pekerjaan telah disediakan sejak tahun 2004. Sejumlah RM200 juta telah dibelanjakan untuk membantu golongan miskin menerusi pelbagai agensi dalam usaha peningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan kadar kemiskinan.

Satu cabaran yang jelas yang akan dihadapi KTBWPA ialah menangani masalah kemiskinan yang memerlukan satu pendekatan dan upaya yang tinggi. Memang banyak teori yang membicarakan tentang strategi pembasmian kemiskinan, tetapi dari segi realitinya banyak pula yang tidak kesampaian untuk mengatasinya, malah jurang pendapatan semakin meluas. Paradigma dan makna pembangunan itu sendiri perlu diteropong semula secara telus, wajar dan saksama.


Saya teruja dengan kajian, penulisan dan dialog di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Terkini ialah sebuah penulisan pakar ekonomi yang merumuskan bahawa meskipun padang permainan dapat diratakan, maksudnya longgokan dan agihan sumber dan pembangunan telah dilaksanakan dengan rata, tetapi ironinya jurang pendapatan semakin ketara. Penulisan Jomo K.S dan Jacques Baudot, "Flat World, Big Gaps", 2007 membincangkan isu ini.

Prof. Diraja Ungku Aziz, menulis tentang impak Rancangan Pembangunan Malaysia Ke-9, merujuk hal yang sama dengan kata kiasan, "Sepuluh jong masuk, anjing tetap bercawat ekornya."

Penulisan dan kajian terkini yang dibuat oleh sarjana barat juga banyak menunjukkan "a misadventure of development," betapa pembangunan hanya menghasilkan kekayaan kepada beberapa, memiskinkan majoriti dan mengancam planet Bumi!

Sebagai jawapan kepada persoalan ini, kita perlu memberi definisi baru terhadap pembangunan. Pembangunan tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal bersifat kebendaan, tetapi kepada pembangunan modal manusia. Ini adalah anjakan yang bertumpu kepada siapa iaitu manusia bukan apa iaitu bangunan, binaan fizikal dan sebagainya. Memang, membina upaya manusia dari segi set minda, sahsiah, emosi, spiritual dan proses pengislahan manusia itu jauh memberi impak perubahan daripada dimensi luaran yang fizikal. Memahat sejarah dan membina tamadun bukan terletak kepada bangunan dan prasarana tetapi kualiti pengislahan manusia. Faktor kualiti manusia adalah penentu dalam pembinaan Tamadun. Dunia Islam yang gemilang dahulu dan kemajuan dunia kontemporari adalah dijana oleh modal insan yang berkualiti yang juga disebut dengan istilah "creative class" oleh penulis barat seperti Robert Florida.

Sesungguhnya pandangan dan pendekatan di atas perlu dijadikan garis panduan dalam memacu pembangunan KTBWPA.

Persoalannya, dalam konteks menangani masalah kemiskinan dan pembangunan ini apakah setiap kerangka dan tindakan kerja akan membawa KTBWPA mara, statik atau mundur dalam mencapai misi kewujudannya?

Kepimpinan yang ada dan yang akan datang perlu mempunyai dimensi tersendiri tentang konsep pembangunan. Definisi pembangunan dari perspektif Islam semestinya berlandaskan perhitungan habuan dunia dan habuan akhirat. Dunia dicari dalam perhitungan akhirat. Daripada kacamata para sekulator barat, pembangunan tidak boleh berlaku dalam kerangka keagamaan dan ruang agama dipersempitkan. Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat, dunia ini adalah syurga dan segalanya. Bertitik tolak daripada paradigma inilah mereka keliru membentuk konsepsi pembangunan dalam rangka mengisi dan mengejar kejayaan di alam maya, lantaran dunia ini dilihat sebagai segala-galanya: alpha dan omeganya, "kedisini-kinian," "the beginning and the end, the first and the last" dan "this world is all and enough!"

Paradigma muslim adalah lebih jauh, dunia ini hanyalah suatu pengkalan dan sebuah ladang yang mesti diurus tadbir serta dimakmurkan di atas paksi tauhid dalam kita menuju kehidupan akhirat yang tiada hujungnya. Dunia ini adalah hakNya, manusia jangan pula memandai menggunakan kekayaan dan hakNya kemudian lupa untuk menyembahNya. Inilah punca kekeliruan sekulator barat yang mendefinasikan pembangunan hanya dalam olahan persekitaran fizikal, ekonomi, politik dan kehidupan jasadi-indrawi semata-mata; hanya-sanya memenuhi tuntutan keseronokan jasmani tanpa pertimbangan rohani yang hakiki. Dalam kekeliruan ini juga mereka meminggirkan agama, sehingga pada satu tahap agama tergelonsor, terhakis begitu rupa, dan sekularisme muncul sebagai agama ganti dan idea pembangunan duniawi-khayali berkembang.

Ini adalah cabaran globalisasi dalam pembangunan yang menatijahkan kekeliruan ilmu yang memerlukan kita lebih perihatin dalam melakar sebuah pembangunan bandaraya yang menerapkan pendekatan Islam sebagai prinsip yang utama.

Nyatalah bahawa keghairahan pembangunan dengan penekanan kepada pencapaian kebendaan dan meminggirkan perhitungan adab, akhlak dan tatasusila hanya mengakibatkan kerosakkan, bukannya pembangunan! Nyatalah bahawa, pembangunan itu adalah suatu proses dan mutu pengislahan diri perseorangan dan masyarakat bangsa tersebut kepada amal perbuatan yang ikhlas, berhikmah, berani, serdahana dan adil.

Prinsip dan fahaman inilah yang akan meletakkan pembangunan dan manusia dalam keadaan bahagia, sa’adah tidak dirundung tragedi, kerosokkan, fasad atau sengsara; tiada 'decadence' kepada sifat manusiawi dan persekitarannya.

Sesungguhnya idealisma pendekatan Islam sebagai tunjang permbangunan untuk membangun sebuah bandaraya memerlukan tenaga yang hebat dari kalangan pemimpin intelektual-ulama – 'ulul albab' demi memasarkan, menjaja dan memasyarakatkan idea pembangunan Islam agar menjadi prinsip serta pedoman untuk bertindak, khususnya dalam kerangka pembinaan wilayah ekonomi negara (IRDA, NCER, dan ECER).

Awang Goneng pasti menaruh harapan untuk melihat pembangunan Bandaraya Kuala Terengganu dari dimensi yang menterjemahkan pendekatan Islam daripada sebuah idea yang ideal menjadi suatu realiti. Suatu cabaran kepada rakyat negeri Terengganu untuk membuktikan bahawa "Gitulah! Orang Teganung buleh sokmo!"


Catatan:

Razali Ismail ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Amar Razali ialah anakanda ketiga dalam keluarga.

24 Januari 2008

'GENERASI PENYAMBUNG WARISAN FASAL KE III 2057'

Sebahagian dari anak muda Terengganu pada malam menyambut pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandar Raya menunjukkan isyarat fuck ....... !, kepada siapakah dituju isyarat tersebut; adakah kepada Menteri Besar Terengganu ...!, atau Ketua Polis Negeri Terengganu atau Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu atau Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat atau sesiapa sahaja yang melihat. Adakah ini budaya kita, adakah merekalah sebenarnya generasi Ulul - Albab, inikah modal insan Terengganu ?, yang pasti ini suatu kebiadaban. Sejauh mana budaya jahiliah ini menerosok masuk ke dalam jiwa anak muda kita, Mereka telah menjadi ancaman dalam negara yang akan meruntuhkan negeri dan mengundang bala dan kebinasaan dari Allah.

Siapakah perlu bertanggungjawab, siapakan yang gagal mendidik, apa sudah tidak kena dengan budaya kita, mana Ulama, mana JHEAT. Perlukah kita menoleh sebelah mata sahaja kerana hanya segelintir, adakah inilah antara prasarana perlu wujud untuk sebuah bandaraya ( komuniti gejala sosial ) sehingga pesekitaran kita penuh dengan babarian, gansterisme, vandalisme. Pesekitaran yang sudah tidak selamat untuk didiami penuh dengan penculikan dan pembunuhan. Mana pemimpin masyarakat, mana pemimpin politik yang sentiasa meniupkan selogan dan kata-kata sentimen begitu indah untuk kepentingan sendiri dan puak. Hidup di atas kesusahan dan kebinasaan orang lain, sanggup mengadai maruah bangsa dan agama sendiri.

Generasi pelapis yang akan memimpin Terengganu menuju fasal ke 3 kermerdekaan melangkau wawasan 2020. Generasi Ijtihadik dan Eksiklopedik ?, yang pasti mereka generasi Punk Rock, Black Mental keseluruhanya mereka generasi Satanisme illuminati. Mereka tidak layak menjadi generasi Darul Iman.

Akhirnya, sudah sampai masanya marilah kita semua tanpa mengira apapun fahaman dan kepentingan politik, kita selamatkanlah mereka, mereka anak bangsa kita mereka tersilap memilih jalan, mari kita mencegah sebelum ianya menjadi parah, janganlah jadi isu sentimen politik kerana tidak akan mengutungkan bangsa kita. Bangsa kita sudah terlalu jauh hanyut, berpecah, miskin, merempat dan hina di bumi sendiri. Jangan jadikan perkara tersebut sekadar skeksa kehidupan masyarakat memenuhi tulisan di dada-dada akhbar sahaja. Semua yang perihatin marilah kita mengikhlaskan diri buang semua kepentingan biar hanya kepentingan menjadi hamba Allah sahaja menjadi matlamat. Cegahlah, tahankanlah, hentikanlah gejala-gejala seumpama itu jika ia melanda posisi melalui anda.


















ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU

KERTAS KONSEP PENUBUHAN PAKK - JKMM


PENGENALAN

Alaf millennium abad ke 21 adalah abad yang merubah persepsi pemikiran di mana ICT merupakan teras revolusi minda, persoalannya di sana adanya mereka yang mempunyai agenda tertentu melibatkan pihak barat (Imperialis), di mana bangsa dijajah perlu dihalang dari menguasai ilmu seperti mereka (positif), dengan menggunakan medium mass media mereka melancar perang budaya (Culture Warfare) memaksa budaya mereka (Negatif) ke dalam budaya kita (Neo Kolonialisme). Objektifnya generasi kita tersimpang jauh dari ketauhidan kepada-Nya (murtad) dan menjadi satu bangsa yang lemah serta berpecah belah (Rule & Divide). Semua manusia yang waras akan menyatakan bahawa barat sudah habis tempoh sumbangan peradaban untuk tamadun dunia kemanusiaan.


Kebejatan sosial semakin parah melanda bangsa kita saban hari, seolah-olah tiada penghujungnya dan tiada satu pun mekanisme (alternatif) yang mampu menanganinya samada dari pihak agensi-agensi kerajaan mahupun NGO itu sendiri, semua itu adalah suatu manifestasi dari serangan tersebut. Peperangan yang tidak menggunakan sebarang bentuk ‘physical touch’ dan tiada senjata berbentuk konvensional digunakan, ia merupakan satu metodologi ‘Psychology warfare’ secara jelas doktrinnya menyatakan “Persuade change influence” sedikit demi sedikit budaya bangsa kita (adat timur) berubah kebaratan atau pembangunan yang membinasakan (Reverse Urbanization).


Hari ini semua memperkatakan REMPIT, Seks luar tabi’e, Sumbang mahram, Anak longkang, Lepak, daun ketum, ecstasy, runtuh nilai kekeluargaan dan sebagainya lagi. Isu-isu lama dan baru silih berganti di dada akhbar belum sempat isu kemiskinan tegal di selesaikan timbul isu yang lama perlu diperbaharui. Satu bebanan sosial yang kerajaan semestinya mempunyai accountability terhadapnya, dalam hal ini mekanisme utama yang bertanggung jawab adalah JKM itu sendiri selaku agensi kemasyarakatan tertua kerajaan.


PB2W selaku NGO (belia), berpengalaman dalam ketenteraan sukarela tampil ke hadapan menyumbang tenaga untuk melakukan absorb atau penyerapan sebahagian bebanan pihak kerajaan terutama JKM itu sendiri bagi membantu menyelesaikannya. Melalui Program PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK) yang telah diwujudkan diperingkatkan kementerian untuk dilaksanakan setiap JKM Daerah, PB2W memandangnya adalah suatu usaha murni kerajaan dalam hal seumpama itu, tinggal lagi keikhlasan sahaja menjadi penentuan keberkesanan dan kejayaannya. Mafhum Al-Quran: Dan tidak adalah pertolongan itu melainkan daripada Allah. Ia adalah suatu penyelesaian Realistik.


OBJEKTIF

  1. Menerapkan pengalaman (wira/wirawati) yang ada bagi membentuk individu Patriotisme yang akan menjadi komponen kemasyarakatan memenuhi ciri-ciri Modal Insan - Hasrat Kerajaan.
    Melatih generasi baru supaya berkeupayaan ikhtiar hidup (Survive) dalam era globalisasi dan peningkatan pengangguran yang sentiasa bertambah saban hari.
  2. MOU dengan semua sekolah-sekolah dalam sektor PAKK-PB2W - Padang Midin.
  3. Membudayakan budi bahasa dan jasa bakti kepada kemasyarakatan bermula diperingkat kanak-kanak supaya terhindar budaya gengsterisme (Kurang ajar) dan Vandalisme (makhluk perosak).
  4. Terpenting sekali (Objektif) memastikan mereka adalah aset dan harapan negara. Pepatah mengatakan “Pemuda Harapan Bangsa Pemudi tiang negara” fundamentalnya bersulam sendi keimanan, mesti dipupuk kembali atau back to the basic kerana imej sesebuah negara terletak pada generasi muda.

KERTAS KONSEP ASAL JBSNTRG - TERTUBUH PB2W




















TUJUAN DAN MATLAMAT :
  1. Membantu Kerajaan dalam mengorientasikan generasi muda (Belia) menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah Pembangunan Negara (MADANI/HADHARI) dan Keselamatan (KESBAN) serta bergerak seiring Wawasan;
  2. Mengambil pendekatan serampang tiga mata terhadap belia berpelesiran (penganggur), bermasalah (gejala sosial) memulih dan membawa menyertai keahlian PERSATUAN:
  3. Memimpin membangunkan sahsiah/sosiobudaya (moral) ahli ke arah Patriotisme (cintakan ibu pertiwi), memberi faedah dan meningkatkan pendapatan (Ekonomi) Ahli dalam menjana Hala tuju kehidupan (visi) dan misi melalui komuniti ( PERSATUAN ).
  4. Menjadikan Wataniah PSTLDM dan PSTUDM sebagai platform mengajak ahli untuk mendisiplinkan diri mereka dengan ketenteraan sukarela bagi melengkapkan Dasar Pertahanan Negara-Pertahanan Menyeluruh (HANRUH). Di samping itu mewujudkan sekolah bina semangat sendiri untuk melatih belia yang bukan ahli bagi memenuhi kehendak pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional (KBS).
  5. Memotivasikan mereka (generasi muda belia) dengan menganjurkan Sukan aktiviti lasak (Ekstrem) baru, alternatif kepada lepak, lumba haram, gejala sosial dan ke arah mengharumkan nama Negara.
  6. Mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan, badan berkanun dan NGO terlibat di dalam menuntun moral (Rohani belia) dengan akidah Islamiah yang utuh, para belia dan ahli menjadi aset berguna demi kesejahteraan bangsa dan Negara agar terlaksana tuntutan Allah: Baldatun thoiyibah warabbun raafur – Negeri yang baik dan mendapat keampunan Tuhan. Allah Peliharakanlah Terengganu.

23 Januari 2008

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA WAJA WATAN TERENGGANU



Grup Belia Waja Watan Terengganu ditubuhkan secara rasmi pada 28hb Februari. 2006 dan diluluskan pendaftarannya dengan nama ‘Persatuan’ pada pangkal nama pada 24hb Julai 2006 nombor pendaftaran 0965-06-TRG. Sejarah penubuhannya memakan masa yang agak panjang bermula di awal tahun 1998 ketika itu Kampung Padang Midin ( tempat pengasasan PB2W ) yang mana terletaknya Kem Askar Wataniah Rejimen ke 512 yang menjadi tempat pendisiplinan diri para belia yang terlibat.
Padang Midin telah menjadi pusat transaksi dadah dan Narkotik terbesar di Terengganu. Setiap hari para pengedar dan penagih melakukan urus niaga secara terbuka tanpa segan dan silu. Sesekali mereka berkumpul sampai 50 hingga 60 buah motosikal termasuk kereta pada satu masa. Ia merupakan satu ancaman dalaman kepada penduduk Kg Padang Midin pada masa itu, pelbagai aduan dan laporan dibuat kepada pihak Polis tiada kewibawaan berkesan. Sesetengah anggota Polis yang bertugas dikawasan ini memberi perlindungan kepada penagih bawahan sebagai informal untuk mencari supplyer besar, selain Rasuah.
Penagih kecil tersebut menjadi berani untuk melakukan pengedaran sesama member dan orang luar secara terbuka. Masyarakat di hantui dengan kumpulan tersebut. Tiada alternatif lain melainkan masyarakat terpaksa menubuhkan Pasukan Kawalan Kampung sendiri dikenali sebagai PAKAT. PAKAT bukan sahaja berjaya menangani gejala narkotik malah berjaya membongkar gejala kecurian motosikal yang juga berleluasa pada masa itu dengan berjaya menangkap suspek, dan diserah kepada pihak polis. Hasil siasatan Polis menemui berbelas kerangka motor di dalam dua buah sungai berdekatan.

PAKAT diorganisasikan secara desentralisasi mengikut kampung-kampung masing-masing di bawah penyeliaan Penghulu Mukim. Kejayaan dan keberanian PAKAT telah mendapat jolokan Polis kampung yang tidak mengenal rasuah. Keunikan PAKAT ialah menyatupadukan penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik. Hasil dari perbincangan, setelah beberapa keserasian JKKK Padang Midin mengamanahkan kepada pencadang menangani isu ini di peringkat remaja bagi pencegahan serta pengawalan.
Satu modul program untuk remaja direka bagi menarik, membentuk dan melaksanakan ( bakti ) konsep 3M. Melalui konsep ini pencadang menjadikan Wataniah sebagai pendekatan serampan 3 mata, mendisiplinkan diri remaja, menambahkan pendapatan, membentuk wawasan. Seramai 156 orang Belia di Padang Midin dan di persekitaran telah diserap masuk ke dalam PSTD atau Wataniah.
Kesinanbungan merencana dan merangka program seterusnya, pencadang telah diserah Kertas Kerja REJIMEN BELIA ASKAR WATANIAH yang dibuat oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu di pejabat Pegawai Memerintah, dan mendapat keizinan melaksanakannya. Dengan motif membentuk sahsiah keperibadian juga memberi sedikit pendapatan sampingan dengan perkhidmatan mereka. Selain itu sebahagian dari mereka itu telah menyertai perkhidmatan ketenteraan sepenuh masa di siri ke 300 AW.

Proses memantapkan para belia itu tadi, menyelaraskan dan menyesuaikan komuniti awam dengan prosedur ketenteraan adalah terlalu rumit dan kompleks ia memerlukan kajian serta pengalaman yang luas, bagi menjayakan nukleus percubaan digerakkan untuk menerima pengalaman secara agresif sebagai seorang tentera. Pada 23 Oktober 2000 tujuh orang anggota belia sukarelawan Askar Wataniah Rej 512 AW terpilih setelah menjalani ujian kelayakan khas untuk di hantar ke SPECIAL WARFARE TRAINING CENTRE ( PULPAK ), berjaya menamatkannya pada 06hb Disember 2000 memakai sayap penerjunan dan beret merun selaku Perajurit Para. Membuktikan Belia aSKAR Wataniah mampu melakukan aksi lasak dan berani demi maruah dan kedaulatan negara. Secara keseluruhannya objektif telah tercapai tetapi faktor kewangan tidak mampu untuk mengerakkannya secara lebih efisien dan berterusan lagi. Alternatif GB2W mesti didaftar sebagai NGO.

Kepulangan seorang anak Watan dari unit Rejimen ke 21 komando ( ex-service ) yang juga asal dari SUK 512 AW menyertai GB2W telah memantapkannya, keputusan dibuat untuk mendaftar GB2W secara rasmi, yang pasti hasrat dalam kertas Kerja JBSNT berjaya di realisasikan mahupun begitu beberapa faktor lain juga menyokong pembentukan GB2W seperti dinyatakan berikut.

22 Januari 2008

PENGENALAN PENGENDALIAN PARAMOTOR SEBAGAI MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN















VIDEO DEMO PENGENALAN PARAMOTOR

PB2W mengimbau kembali program pengenalan asas pengendalian paramotor yang dijalankan di awal bulan Mach 2007 bertempat di Kombes Pasir Panjang Kuala Terengganu. Program dua hari anjuran PB2W dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri telah membuka minda generasi belia Terengganu terhadap pembaharuan Sukan udara di Terengganu. Penyertaan seramai 30 orang lebih belia di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Program ini juga mendapat kerjasama dari Kelab Belia Fajar Hiliran, seramai 10 orang belia mewakili kelab tersebut. Selain itu PB2W mendapat penajaan dari sebuat syarikat pengeluar produk pakaian sukan bumiputra TDi, berjenama Steady.
Objektif, PB2W dalam kontaks ini menjadikan program tersebut sebagai modul dalam pembangunan motivasi jatidiri belia Terengganu, bukan sekadar untuk berseronok bersukan sahaja. Sukan tersebut adalah sukan yang berprestij untuk golongan elit, PB2W membawanya ke tengah masyarakat belia bawahan untuk membolehkan semua mampu main. Ia adalah suatu anjakkan paradigma. Alaf baru memerlukan para belia beliawanis terutama di Terengganu berani menentukan wacana hala tuju dan perlu bersedia menghadapi gelombang ancaman polarisasi globalisasi yang sedang melanda. Globalisasi membentuk kerangka penjajahan baru "Neo Imperialisme".
Secara jelas 'The new world order' adalah suatu penterjemahan kepada globalisasi. Terminologi yang digunakan seolah-olah telah mengulit lena para cerdiakawan intelektual di negara kita. Tiada perbincangan terbuka yang sampai mesej ke akar umbi masa ( Grassroot ), kalau ada pun ia sekadar diskusi ilmiah para sarjana di menara gading sahaja.
Bahana first wave dari serangan globalisasi adalah dijangkakan bermula pada tahun ini 2008, kita tidak mampu untuk melarikan diri tetapi kita perlu bersedia dengan segala keupayaan menghadapinya. Pelbagai agenda dan resolusi dikeluarkan untuk melayakkan pemaksaan penerimaan terhadap globalisasi oleh One World Goverment.
Terrorisme yang dicanang adalah untuk mengkambing hitamkan golongan fundamentalist Islam ( Istilah barat ) oleh kuasa besar dunia. Malah ia lebih zalim lagi, semua penganut Islam akan disabitkan sebagai agen penganas oleh polis dunia. Mekah pula dituduh menjadi tempat melatih pengganas antarabangsa, Hanya mereka yang mempercayai Allah pada mulut sahaja ( Munafiq ) tidak akan dilebelkan seumpama itu. Secara mudah mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai Islam Libral, kontemporari atau sama species sahaja bebas dari stamping tersebut, wal hal tiada istilah seumpama itu di dalam kitab suci Al-Quraan, yang ada adalah perkataan muslim atau tunduk dengan penuh kepatuhan kepada Allah.
Hubung kait program ini dengan apa yang diperkatakan adalah pembangunan mentaliti dan attitud, kerana musuh utama Belia berbangsa Melayu hari ini ialah kejahilan, tiada suatu mekanisme yang boleh memaksa mereka menjadi berbudaya Iqra'. Mereka akan menerima apa sahaja informasi tanpa mengambil kira check and Balance, akal tidak difungsikan sebaiknya. Sehubungan dengan itu paramotor bukan sahaja memerlukan ketahanan fizikal dan mental malah ia memerlukan seseorang pengendali menjadikan diri pintar kerana semasa di udara tiada siapa yang mampu menolong jika berlaku masalah hanya pengendali sahaja perlu cekap. Secara informal paradigma Belia telah ditalakan.
Sebagai anak watan negeri orang-orang beriman kami PB2W menetapkan paradigma bahawa Allahlah kepimpinan mutlak, Muhammad melaksanakan tugas kepimpinan Allah membawa rahmat keamanan sejagat ( Global Peace ) dan kepimpinan di kalangan kami adalah mereka yang sanggup tunduk serta patuh serta tidak menyengutu Allah dengan sesuatu yang lain. Dengan menjadikan kreateria tersebut sebagai inspirasi menjadikan PB2W sentiasa mendapat keunggulan kejayaan.
Belia Terengganu membawa perubahan mengembali tuntutan transkrip pada batu bersurat yang menyatakan " Tuhan menduduki Tamra ini di benua Terengganu adi Pertama ada ... ". "Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”... Lindungilah Ya Allah !

20 Januari 2008

KERJA-KERJA TERAKHIR PEMBERSIHAN TAKEOFF ZONE

GRUP BELIA WAJA WATAN adalah suatu yang sinonin, tanpa mengira jantina semua seiring bekerja dalam satu TEAMWORK mencapai matlamat, AtTop.

Seorang gadis 'Atirah' mempamirkan kemampuannya memotong pokok dengan gergaji mesin sambil berada di atas pokok.

18 Januari 2008

PERSIAPAN TAKEOFF ZONE

Para belia dari PB2W mengadakan kerjasama membersih Takeoff Zone sebagai persiapan mengadakan kursus asas penerbangan Paraglider sempena tahun melawat Terengganu 2008.

Kerja-kerja pembersihan memakan masa selama 2 hari, bermula Jumaat hingga Sabtu.

17 Januari 2008

GENERASI ULUL-ALBAB KEMANTAPAN MODAL INSAN



PB2W telah diamanahkan oleh JBSNTRG untuk meminpin para peserta pertandingan Kawad Kaki peringkat Kebangsaan sempena hari belia Negara 2007 bagi mewakili Terengganu. Seramai 40 orang peserta dan empat jurulatih menuju ke Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Para peserta adalah dari Sek Men Tun Telanai Marang, Terengganu. Mereka adalah pemenang kawad kaki di peringkat negeri. Generasi muda perlu diberi peluang membuktikan keupayaan dan kesungguhan mereka tanpa mengambilkira kepentingan tertentu. Beri sokongan moral, fizikal, dan kebendaan. Latih mereka menjadi pewaris negara pada suatu hari. didik mereka dengan ilmu, bekal mereka dengan agama, kenalkan mereka dengan Pencipta, budayakan mereka dengan kebaktian dan budi bahasa, agar lahir hakiki Generasi Ulul-Albab. Generasi menggunakan akal dan kebijaksanaan mengenal kebesaran Tuhan lalu mentauhidkannya dan tidak mensekutukan Allah dengan semua makhluk ( Alam ).

ALAM MENGAJAR MANUSIA ERTI KEHIDUPAN















Outdoor membina ketahanan dan keupayaan diri, keluar dari kesibukan kota berhadapan dengan alam semula jadi membolehkan iktiar hidup dilakukan. Semangat kecekalan seiringan menghadapi pelajaran dari alam, kerana alam akan mengajar erti kebodohan manusia.
WHEN THE ORDINARY PEOPLE MEET TO CHALLENGE THE NATURE

16 Januari 2008

PENGENALAN ASAS PENGENDALIAN PARAGLIDER
















PB2W menjadikan sukan extreme sebagai teras pengupayaan jatidiri remaja, tanpa mengira jantina. Pembangunan fizikal dan metal adalah selari dengan dasar kecergasan kebangsaan (NFC). Para belia yang bakal menjadi pelapis kepemimpinan negara mesti terdiri dari mereka yang lasak dan berketrampilan. Paraglider suatu sukan extreme baru memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Ia diperkenalkan PB2W kepada para belia Terengganu sebagai modul pembanguan modal insan. PB2W dengan kerjasama NSSAC di bawah kepimpinan Presiden Marasmiza membawa program tersebut ke Terengganu diadakan di Pantai Pandak Chendering. Seramai 25 orang remaja dan belia tempatan terlibat.

MASYARAKAT CAKNA AADK, POLIS DAN JBSNTR

JUNGLE TRACKING / SURVIVOR


Generasi muda diajar dengan keberanian serta mampu membuat keputusan serta merta dalam keadaan tertekan ( Making Decision in pressure situation ). Kompilasi attitude serta skill di sokong dengan knowledge, seterusnya mereka dihubungkan antara alam, manusia dan Tuhan.
Hanya manusia yang berjaya menghubungkan dirinya dan menghambakan dirinya pada Tuhan sahaja akan mampu menguasai alam - Kejayaan.
Generasi Ulul-Al Bab Tiada Tuhan Melaikan Allah dan Muhamad itu Pesuruh Allah.

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA


MENJADI KEBANGAAN ANAK WATAN

Berjaya melakukan lintas udara sempena kemerdekaan gemilang 50 tahun Malaysia di Terengganu.

FLY TERENGGANU TEAM

TERENGGANU RIVER HUNT VI

PB2W NGO BELIA YANG DI JEMPUT



Membantu Kerajaan dalam mengorientasikan generasi muda (Belia) menjadi rakyat yang boleh menyumbang ke arah Pembangunan Negara (MADANI/HADHARI) dan Keselamatan (KESBAN) serta bergerak seiring Wawasan.
Taklimat dan Penerangan Isu semasa oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

KEM PATRIOTIK TERENGGANU 2007



Knowleage, Skill & Attitude, melahir komponen kewarganegaraan Beliawan dan beliawanis yang inovatif dan komprehansif. Mampu menyerap sebaran kesan negatif dari globalisasi. Patriotisme Camp Of Terengganu 2007

BRIGED KEBAJIKAN PERDANA - JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT



Satu inisiatif memantapkan keupayaan kesukarelaan ahli Briged dalam melaksanakan assignment JKM. Melalui Kem Pengupayaan Jatidiri ahli Briged didedah dengan latihan berbentuk stimulasi menghadapi kontigensi atau bencana. Khidmat kesukarelawanan dipupuk.

15 Januari 2008

PENJAJARAN MODAL INSAN GENERASI ULUL- ALBAB MERENTASI GLOBALISASI

Suatu pendekatan sosial; serampang tiga mata terhadap beliawan, beliawanis berpelesiran, menganggur yang membawa masalah (gejala sosial). Memimpin membangunkan sahsiah / sosio-budaya (moral), ekonomi – memberi / meningkatkan pendapatan, menjana visi dan misi melalui pembentukan komuniti khas-GB2W untuk beraktiviti (Organisasi), di masa yang sama Menjadikan Wataniah sebagai platform pendisiplinan diri dengan kepahlawanan - Memotivated (GB2W) mereka dengan daya tahan diri / Patriotisme bertunjangkan akidah Islamiah yang utuh untuk kesejahteraan bangsa dan Negara agar terlaksana tuntutan Allah Tuhan yang Mencipta Alam ini: Baldatun thoiyibah warabbun raafur - Negeri yang baik dan Tuhan mengampuninya.
ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU