29 Mei 2008

BELIA CEMERLANG NEGARA TERBILANG

15 RIBU SAMBUT HARI BELIA NEGARA 2008

15/5, Bukit Jalil – “Kerajaan akan memberi perhatian khusus kepada golongan belia agar mereka berupaya tampil sebagai individu cemerlang, terbilang dan gemilang dengan menerima pendidikan yang terbaik” kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya di Perhimpunan Hari Belia Negara 2008 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini .

Menurut beliau, golongan belia ini akan diberi peluang sepenuhnya mengikut kursus-kursus dalam bidang yang dikehendaki oleh sektor swasta agar mereka mudah memperoleh peluang pekerjaan sebaik tamat persekolahan.
Tambah beliau lagi, belia harus terus berusaha dengan membawa imej negara kerana belia merupakan pemimpin di masa hadapan. Seramai 15,000 orang belia daripada 40 gabungan pertubuhan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) dan belia-belia negara hadir menyertai Perhimpunan Belia Negara 2008 sempena Hari Belia Negara 2008 yang bertemakan Belia Cemerlang Negara Terbilang. Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan dalam sidang media selepas majlis perhimpunan itu beliau akan mengarahkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia (IPPBM) untuk mengkaji semua program-program yang telah dianjurkan oleh KBS termasuk Rakan Muda.

“Langkah ini bertujuan untuk meneliti sesudah program dilaksanakan sama ada memberikan kesan positif kepada belia,” katanya yang dalam usaha untuk mengubah ritual sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya”. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; Wee Jeck Seng, Presiden Belia 4B; Datuk Ali Rustam dan Presiden Majlis Belia Malaysia; Datuk Shamsul Anuar Haji Nasarah. Selain Perhimpunan Belia, antara program yang disediakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2008 adalah Karnival Remaja dan Sukan, pameran dan jualan, persembahan pentas dan pelbagai jenis pertandingan mulai 14 – 18 Mei 2008.

Disediakan Oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Cawangan Media dan Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

_____________________________

Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei sebagai Hari Belia Negara dan Majlis Sambutan/Perhimpunan pada hari tersebut adalah merupakan Program Induk Kementerian. Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ini diadakan dengan menekankan kepada penglibatan masyarakat dan belia dalam aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan khususnya seperti khemah kerja, khidmat masyarakat dan gotong-royong bersama pemimpin-pemimpin utama negara. Di peringkat negeri pula akan diadakan biasanya pada minggu ke 3 atau ke empat dalam bulan Mei dengan berpandukan konsep yang sama.
Tujuan utama program ini diadakan adalah:-
  • Untuk menyemarakkan belia-belia dengan program-program kegemaran mereka dan bagi melahirkan sensitiviti dan komitmen belia-belia dan masyarakat pada tarikh 15 Mei.
  • Untuk memberikan publisiti dan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dan masyarakat belia dalam melaksanakan program-program pembangunan belia ke arah pembangunan negara.
  • Untuk mewujudkan belia-belia yang berilmu dan bermaklumat dengan memperbaharui ikrar dan tekad ke arah pembangunan diri dan negara sebagai asas kepada pemimpin masa depan.
  • Untuk memberi kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan mengambil berat tentang peranan mereka di dalam membangunkan negara ini.
____________________________

28 Mei 2008

MAKA BERILAH PERINGATAN SESUNGGUHNYA KAMU HANYALAH PEMBERI PERINGATAN - AL QURAN

HAARP: VANDALISM IN THE SKY

(High-frequency Active Auroral Research Program)

HAARP will zap the upper atmosphere with a focused and steerable electromagnetic beam. It is an advanced model of an 'ionospheric heater'. (The ionosphere is the electrically-charged sphere surrounding Earth's upper atmosphere. It ranges between about 40 to 600 miles above Earth's surface.)

Put simply, the apparatus for HAARP is a reversal of a radio telescope: antennas send out signals instead of receiving. HAARP is the test run for a super-powerful radio wave beaming technology that lifts areas of the ionosphere by focusing a beam and heating those areas. Electromagnetic waves then bounce back onto Earth and penetrate everything-living and dead. HAARP publicity gives the impression that the High-frequency Active Auroral Research Program is mainly an academic project with the goal of changing the ionosphere to improve communications for our own good. However, other US military documents put it more clearly: HAARP aims to learn how to "exploit the ionosphere for Department of Defense purposes". Communicating with submarines is only one of those purposes.
Press releases and other information from the military on HAARP continually downplay what it could do. Publicity documents insist that the HAARP project is no different than other ionospheric heaters operating safely throughout the world in places such as Arecibo, Puerto Rico; Tromsø, Norway; and the former Soviet Union. However, a 1990 government document indicates that the radio frequency (RF) power zap will drive the ionosphere to unnatural activities:
"...at the highest HF powers available in the West, the instabilities commonly studied are approaching their maximum RF energy dissipative capability, beyond which the plasma processes will 'run away' until the next limiting factor is reached."

Bagaimana HAARP berfungsi?

Penerangan untuk fungsi HAARP ini mungkin agak rumit untuk saya terangkan kerana ia melibatkan terma dan kaedah saintifik yang cukup maju. Saya juga mengalami masalah yang sama untuk memahami fungsinya, akan tetapi asas operasinya sangat mudah difahami. Bagi yang pakar dalam ilmu fizik, pemahaman tentang fungsi HAARP mungkin kacang saja. Tak mengapa, saya akan cuba juga huraikan demi kepentingan perkongsian sumber maklumat penting walaupun penerangan saya agak tersekat-sekat.

Setiap planet yang mempunyai tarikan graviti bermakna, ia juga mempunyai kutub utara dan selatan yang menghasilkan gelombang elektromagnetik. Bumi adalah contoh yang paling senang dengan kewujudan kutub utara dan selatan dengan kuasa polariti masing-masing. Tarikan antara dua polariti kutub ini menghasilkan apa yang digelar sebagai magnetosphere. Selain Bumi, planet yang lain seperti Mercury, Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune juga mempunyai magnetosphere.













Apabila berlaku aktiviti letupan berangkai (fusion reaction) di permukaan matahari, ianya menjulang hingga beberapa juta kilometer ke atas. Letupan berangkai ini menghasilkan "solar wind" iaitu aliran cas partikel iaitu plasma. Sekiranya letupan berangkai tersebut dalam skala kecil, magnetosphere berupaya untuk berfungsi sebagai "earth shield". Akan tetapi, sekiranya letupan berangkai berlaku dalam skala besar, lebihan partikel plasma tersebut akan bercampur dengan ionosfera bumi yang terdapat dalam lingkungan "shield" magnetosphere dan menyerap ke dalam mental bumi, yang seterusnya akan mengakibatkan berlakunya bencana alam semulajadi seperti gempa bumi, tsunami, taufan, banjir dan sebagainya. Umpama badan manusia yang "overdose" apabila diberi ubat yang berlebihan.


HAARP digunakan oleh US dengan menyuntik "artificial lebihan partikel plasma mirip seperti lebihan yang dihasilkan oleh matahari" ke dalam kutub bumi untuk menyebabkan berlakunya bencana gempa bumi di lokasi yang dipilih. Disebabkan itulah, pusat operasi HAARP di bina berdekatan dengan kutub utara seperti di Alaska (Ibu pejabat), Norway dan Greenland kerana dekat dengan pusat "lubang suntikan". Soal bagaimana cara memilih lokasi "mangsa", maaf, tidak banyak informasi yang diperolehi. Dalam setiap operasi HAARP yang dikira "berjaya", aurora akan kelihatan samada berdekatan dengan pusat operasi, kawasan "mangsa" atau di kutub utara sendiri. Saya pendapat, gumpalan awan berwarna-warni seperti yang anda lihat dalam video tersebut juga merupakan operasi HAARP yang dikira "berjaya" dan mengorbankan 70,000 nyawa. Jadi, Bumi umpama sudah "overdose" dan menyebabkan berlakunya bencana.

HAARP Transmissions May Accidentally be Jamming Bees Homing Ability (Kepupusan Lebah)

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, dikatakan berbillion-billion lebah telah mati. Bunyi seperti "tiada apa-apa mustahak sangat". Tapi, tahukah anda bahawa kepupusan lebah bakal memecahkan rantaian makanan utama bagi tumbuh-tumbuhan, buah dan sebagainya? Ada teori tentang kepupusan lebah ini yang melibatkan transmisi gelombang HAARP di mana ianya mengganggu pengemudian lebah untuk mencari sumber makanan dan pendebungaan (ini adalah kerana HAARP memancarkan gelombang menerusi lapisan ionosfera bumi yang mana ianya meliputi keseluruhan permukaan bumi) seterusnya menyebabkan "Colony Collapse Disorder".
Bahan bacaan lanjutan boleh diperolehi di sini:


Disebabkan HAARP boleh dibawa ke mana-mana dalam saiz yang kecil, ianya amat bahaya sekali. Seperti komen dari pembaca yang terdapat dalam artikel ini iaitu:

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6418

On 28 November 2004, I actually was told by M.G.S about the deployment of the Earthquake Weapon (probably somethin to do with HAARP technology) by contenna ship bound to Asia for the purpose of self-fulfilling an unknown prophecy. I took this information lightly.

On 26 December 2004 however, 180 thousands people died and even untill today I’m still dont know whether it’s related or mere coincidence. But I tell you the feeling of guilt is eating me from inside, even when I realised that there;s nothing I or anybody else coud do about it. No many people in malaysia would take conspiracy theory seriously.
-by
Afterdark, April 2007

It has been speculated that the 2004 Indian Ocean Tsunami may have been caused intentionally by a "tsunami bomb" - a nuclear weapon detonated in a strategic position under the ocean. Some reason that the technology is at least feasible if not highly probable since research into such technology has been conducted by the military as far back as World War II. According to declassified files, top-secret "tsunami bomb" experiments utilyzing nuclear explosions to trigger "mini-tidal waves" were conducted off the coast of New Zealand in 1944 and 1945. The U.S. Defense Department had even expressed concern about earthquake-inducing technology in warfare well before the 2004 disaster. In 1997 Defense Secretary William S. Cohen stated, "Others are engaging even in an eco-type of terrorism whereby they can alter the climate, set off earthquakes, volcanoes remotely through the use of electromagnetic waves. So there are plenty of ingenious minds out there that are at work finding ways in which they can wreak terror upon other nations. It’s real, and that’s the reason why we have to intensify our efforts, and that’s why this is so important."

Sumber:

http://www.nzherald.co.nz/section/1/story.cfm?c_id=1&objectid=14727

http://en.wikipedia.org/wiki/Jewish_conspiracy#The_Jewish_world_domination_conspiracy_theory

Firman Allah: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(Surah al-Rum, 30:41).

GEMPA BUMI DI SICHUAN CHINA

Sichuan dan Gas Asli Semulajadi

Teori 1: Kaitan dengan HAARP; saya sedang cuba memahami apakah penyebab kepada minat US untuk melumpuhkan ekonomi China dan keseluruhannya. Antara yang saya jumpa di internet secara spontan ialah tentang wilayah provinsi Sichuan yang kaya dengan hasil gas dan minyak (Chengdu ialah ibu negeri bagi Sichuan). Mengikut USGS, kawasan gempa bumi tersebut berlaku di lokasi yang ditandakan dalam Peta 2:

Peta 3 ialah sistem jaringan paip minyak dan gas bagi negara China. Ini adalah proposal pipelines dalam peta yang lama (1999). Sukar sekali hendak mencari peta yang terkini. Kelihatan daerah Tianshui bertindak sebagai hub transit pengangkutan gas dan minyak serta penyimpanan yang dibawa dari Timur Tengah melalui laluan Almaty/Almati. Hub tersebut bergabung dengan jaringan gas dari daerah Chengdu. Kesemuanya disalurkan untuk kegunaan 1.33 billion penduduk China. Sejak kerajaan China memansuhkan dasar tutup pintunya pada lewat 90an, permintaan terhadap gas dan minyak oleh penduduknya semakin meningkat. Oleh itu, kerajaan China terpaksa membina jaringan gas dan minyak yang menghubungkan China dengan negara Khazastan dan Timur Tengah bagi mendapatkan bekalan dari negara tersebut (terutamanya Timur Tengah). Sumber tentang gas yang terdapat di wilayah provinsi Sichuan boleh diperolehi di sini:

http://www.allbusiness.com/energy-utilities/oil-gas-industry-oil-processing/7687369-1.html
http://www.rigzone.com/news/article.asp?a_id=62168
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601080&sid=acHVEUP1ECik&refer=asia

---------------------------------

Artikel di atas adalah sebahagian dari sedutan dari blog atasbawah.com, sedikit suntingan dibuat untuk menambahkan kefahaman kepada pembaca sebagai peringatan malapertaka serupa boleh menimpa bumi kita Malaysia. Untuk maklumat seterusnya ia boleh dilayari:

http://www.atasbawah.com/2008/05/27/haarp-dan-sichuan/

Apa yang ingin kami perkatakan di sini walaupun ia adalah teori namum reason yang diberi amat menepati sesuai dengan peringatan Nabi akan kedatangan Dajjal yang membawa bencana besar dan akhirnya mengaku menjadi Tuhan di akhir zaman. Selepas ini senjata yang akan digunakan dalam perang dunia ke empat bukan senjata yang biasa kita dengar. Ia adalah suatu jata pemusnah yang terlalu zalim Teknologi HAARP adalah Vandalisme from sky. Moga Allah melindungi kita semua.

Selain itu sebagai peringatan - jangan lalai, kancil sentiasa melupai perangkap, walaupun perangkap sentiasa menunggu kehadiran kancil.

27 Mei 2008

JANGAN PUTUS ASA TERHADAP RAHMAT ALLAH

BELIA DAN PERUBAHAN
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٥٣)وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (٥٤) وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ (٥٥) أَن تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَى علَى مَا فَرَّطتُ فِي جَنبِ اللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ (٥٦) أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي لَكُنتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ (٥٧) أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ (٥٨) بَلَى قَدْ جَاءتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ (٥٩

25 Jul 2007 Ust Dr Abdullah Yasin

Terjemahan:

(53) Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(54) Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

(55) Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya,

(56) Supaya jangan ada orang yang mengatakan: “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajipan) tehadap Allah, sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah).

(57) Atau supaya jangan ada yang berkata: “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.

(58) Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab: “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang berbuat baik”.

(59) (Bukan demikian), sebenarnya telah datang keterangan-keteranganKu kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.

(Az-Zumar 39:53-59)

Sebab Turun Ayat:

Dari Ibnu Abbas (ra), katanya: Sesungguhnya penduduk Mekah berkata: “Mohammad mendakwa bahwa penyembah berhala, dan orang yang berdoa kepada selain Allah, dan orang yang membunuh, kononnya dosa-dosa mereka tidak akan diampuni oleh Allah. Oleh itu, untuk apa kita berhijrah dan memeluk agama Islam? Kita sudahpun menyembah berhala, membunuh manusia, dan kita telah melakukan syirik. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka Allah Subhana Wa Taala turunkan ayat-ayat di atas.

[Dikeluarkan oleh: Ibnu Jarir dan Ibnu Mardawiyah]

Tafsir Ayat:

Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah

Maksudnya: Katakanlah wahai Rasul kepada orang-orang yang beriman yang telah melampaui batasan-batasan Allah, samada banyak melakukan maksiat ataupun tidak mengerjakan suruhan Allah: “Jangan kamu putus asa terhadap ampunan Allah”.

Setelah Allah SWT melarang mereka agar jangan berputus asa, lalu Allah menjelaskan kepada mereka tentang penyebab utama mereka mesti berbuat demikian sehingga tidak timbul lagi rasa ragu:

Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan mengampuni segala dosa manusia tanpa mengira bagaimanapun besarnya dan banyaknya, kecuali dosa yang telah dikhaskan oleh Allah dalam Al-Quran bahwa Dia tidak akan mengampuninya, iaitu: dosa syirik.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Artinya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

(An-Nisaa’ 4:48)

Keterangan: Ulama Ahlus Sunnah sependapat bahwa yang dimaksudkan dengan dosa syirik tidak akan diampuni oleh Allah ialah ketika ia berada di depan Allah SWT pada Hari Kiamat kelak, sekiranya ia tidak bertobat daripada dosa syiriknya sebelum ia meninggal dunia.

Barangsiapa yang enggan menerima kurnia yang amat besar ini, dan justeru berpendapat sebaliknya dan mengira berputus asa dari rahmat Allah adalah lebih utama, maka ia sebenarnya telah melakukan suatu kesalahan besar. Ini karena berita gembira tersebut bukan hanya warid (datang) dalam nash Al-Quran Al-Karim tetapi juga menjadi perjalanan Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) sebagaimana sabdanya:

Artinya: Permudahkanlah, dan jangan suka mempersulit-sulitkan. Sampaikanlah berita gembira, dan janganlah membuat orang lari bertempiar (dari Islam)!
[HR Imam Bukhari]

Daripada Tsauban Maula Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) katanya: Tidaklah dunia dan apa yang terdapat di dalamnya lebih aku sukai jika dibandingkan dengan ayat ini: “Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah...”. Kemudian seorang lelaki bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan orang yang melakukan syirik? Lalu Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) terdiam sejenak kemudian beliau bersabda: dan orang yang melakukan syirik (disebutnya sebanyak 3 kali)

[HR Imam Ahmad]

Daripada ‘Amru Bin ‘Anbasah (ra) katanya: Telah datang kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) seorang lelaki tua sambil bertelekan di atas tongkatnya, lalu katanya: Ya Rasulullah, saya telah banyak melakukan penipuan dan maksiat, adakah ampunan bagiku? Rasul (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Tidakkah engkau sudah bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah?

Jawapnya: Sudah tentu wahai Rasul, bahkan saya juga bersaksi bahwa Tuan adalah Pesuruh Allah. Mendengar jawapan itu baginda Rasul lalu bertanya: “Penipuanmu dan maksiatmu telahpun diampuni oleh Allah”.

[HR Imam Ahmad]

Hadis di atas semuanya menunjukkan bahwa Allah akan mengampuni semua dosa jika kita benar bertobat dan ikhlas dalam beramal. Oleh itu manusia tidak sepatutnya putus asa terhadap rahmat dan ampunan Allah SWT. Sesungguhnya pintu rahmat Allah sangat terbuka luas.

Hanya saja setelah Allah SWT berjanji akan mengampuni segala dosa hamba-hambaNya, berikutnya Allah SWT menyuruh mereka agar melakukan dua perkara, iaitu:

1. Bertaubat dan kembali ke Jalan Allah
2. Mengikuti ajaranNya yang terbaik (Al-Quran dan Al-Hadis)

Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)

Maksudnya: Hai sekalian manusia kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat, kembalilah kepadaNya dengan mentaatiNya, sambutlah seruanNya iaitu dengan mentauhidkanNya sebelum azab datang menimpamu yang pada waktu itu tidak akan ada seorangpun yang akan menolongmu.

Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyadarinya

Maksudnya: Ikutilah apa yang telah diperintahkan oleh Tuhanmu dalam tanzilNya iaitu Al-Quran dan Hadis RasulNya, dan jauhilah apa saja yang dilarangNya sebelum kedatangan azab kepadamu secara tiba-tiba, sedangkan kamu tidak menyadarinya.

Dua ayat di atas mengandungi ancaman dan amaran keras daripada Allah SWT kepada kita sekiranya kita tidak melaksanakan dua perkara di atas, iaitu: Taubat dan Mengikuti sebaik-baik apa yang telah diturunkanNya.

Dan setelah memberi mereka amaran dengan azab, Allah lalu menyebut pula illat (sebab) mengapa demikian, iaitu: Supaya jangan ada di antara mereka kelak pada Hari Kiamat yang berkata:

1. “Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam menunai kewajipanku terhadap Allah, sedang aku termasuk orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)”.

2. “Kalau sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa”.

3. “Kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), niscaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik”.

Ungkapan penyesalan ini boleh kita dapati dalam ayat 56 dan 57 daru Surah Az-Zumar di atas.


Allah SWT menjawab penyesalan yang tidak berguna itu dengan firmanNya:

(Bukan demikian), sebenarnya telah datang keterangan-keteranganKu kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”

Maksudnya: Tidak ada gunanya lagi penyesalan pada Hari itu, sesungguhnya telah datang kepadamu penjelasan-penjelasanKu di dunia melalui lisan RasulKu dan dibacakannya pula kitabKu kepadamu, dan dia telahpun mengingatkan kamu kepada janji baik (wa’d) dan janji buruk (wa’iid), berita gembira (tabsyir) dan peringatan (indzar) tetapi sayangnya, kamu telah mendustakannya dan sombong terhadap ajarannya, kamu sebenarnya telah melakukan amal orang kafir dan mengikuti jejak langkah mereka yang ingkar dan durhaka.

Kesimpulan:

Orang yang beriman tidak sepatutnya mempunyai sifat putus asa terhadap Rahmat dan Ampunan Allah, walaupun mereka telah banyak melakukan dosa, karena Rahmat Allah Maha Luas dan Allah berjanji akan mengampuni segala dosa.

2. Agar Rahmat dan Ampunan Allah diperolehi dengan sempurna, maka kita mestilah melakukan dua syarat yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu: Taubat Nashuha dan Mengikut sebaik-baik apa yang telah diturunkanNya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis.

3. Allah menyuruh kita melakukan dua perkara di atas agar kita kelak pada Hari Pembalasan tidak menyesal di atas kelalaian kita ketika di dunia.

4. Penyesalan utama manusia pada Hari Pembalasan nanti ialah karena sikap mereka yang suka mendustakan ayat-ayat Allah (keterangan-keteranganNya) yang dibawa oleh RasulNya. Mereka sombong dan suka memperolok-olokkan agama Allah, kitabNya, RasulNya dan orang-orang yang beriman.

http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=246&action=view
---------------------------------------------

Ulasan: Para belia / remaja tidak dapat tidak akan terjebak dalam mana-mana sketsa kehidupan yang kelam. Mahupun begitu Allah adalah Tuhan yang teramat penyayang melebihi hambanya terhadap dirinya sendiri. Sehubungan dengan ayat dalam surah Az Zumar di atas serta penerangan yang diberikan oleh Ust Dr Abdullah Yasin cukup untuk memberi sedikit sentuhan di hati para belia sekalian agar kembali mencari kasih sayang Allah.

Kembalilah sementara masa untuk kita berbuat demikian masih ada, kembalilah sementara kekuatan fizika muda keremajaan mengagahi kita. Apabila tiba suatu masa yang telah ditetapkan maka segala perubahan untuk diri sendiri tidak bermanafaat lagi.

25 Mei 2008

SEKITAR LAPORAN AKHBAR PARAGLIDING HANDS ON

MARKER ZULU BUKIT CHENDERING

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN, suatu slogan gah menjadi Dasar kerajaan Negeri Terengganu melakukan suatu perubahan tamadun, laporan - laporan akhbar yang tersebut di halaman ini adalah sebahagian dari rentetan sejarah kejayaan Anak Watan Daru Iman dalam usaha menterjemahkan apa yang telah digariskan di dalam dasar Kerajaan Negeri. Ia (tindakan diambil) satu penerokaan ke suatu dimensi baru yang lebih universal dan global, kerana itu adalah suatu cita-cita unggul yang cuba PB2W terjemahkan dalam kehidupan generasi muda baru Terengganu hari ini. Dengan kata lain Generasi Ulul Albab seperti tuntutan Al-Quran itu sendiri.

Ia (Paraglider) suatu aktiviti lasak (extreme) semejak Piere Lamoigne memulakannya sekitar tahun 60an di Perancis dengan teknik berlepas dilakukan di padang yang lapang di mana juruterbang akan ditarik mengunakan tali pada kenderan lalu dilepaskan. Pada awal 70 an, Mark Mcculloh peluncur di Amerika Syarikat menggunakan bukit tanah tinggi di San Diego untuk berlepas. Beliau mendapati paraliding dapat terbang seperti burung dengan bantuan angin.

Pada hari ini setelah 40 tahun sukan ini dipolopori kejayaan demi kejayaan dicatatkan, peluncur paragliing telah berjaya terbang setinggi 28000 kaki dari paras laut dan merangkumi jarak 520km selama 9 jam di udara dengan hanya bantuan alam. Peningkatan piawaian keselamatan dan revolusi penciptaan payung atau canopy yang lebih performent telah menarik ramai ribuan peluncur-peluncur dari seluruh dunia menjadikan ia suatu rekreasi paling diminati.

Sejarah yang dicipta ini akan memberi suatu pulangan yang kompetitif kepada rakyat dan Negeri Terengganu itu sendiri samada dari sudut sosio ekonomi dan sosio budaya. Ini merujuk kepada siapnya LTASM di Seberang Takir yang akan menjadi pintu masuk utama dari seluruh dunia ke Malaysia melalui Terengganu. Paraglider adalah salah satu item yang akan menjadi Terengganu suatu destinasi tarikan percutian pelancongan udara tropika yang berprestij.

Seperti pernah di perkatakan di artikel lepas, bahawa Terengganu menyimpan sejarah keagungan masa silam yang tersebunyi akibat perkara tertentu dengan mengembalikan kehebatan tersebut akan menjadi penyuntik kepada semangat generasi belia hari ini untuk berubah, dengan kata lain suatu jati diri mulia BANGSA MELAYU itu sendiri.

Generasi muda Terengganu tidak terlepas dari mengalami jangkitan penyakit sosial seperti belia-belia di negeri lain di seluruh Malaysia. Gejala tersebut makin menular walaupun tidaklah seteruk negeri-negeri lain. Mahupun begitu langkah pencegahan bersifat pro aktif mesti dimainkan oleh semua pihak. PB2W selaku NGO merasakan amanah tersebut perlu kepada suatu komitmen yang berpanjangan dan berterusan, di sinilah suatu pendekatan sosial (kombinasi meiltizam pengupayaa jatidiri melalui rekreasi extreme) melibatkan semua aspek digemblengkan menjadi satu paduan synergy .


14 Mei 2008

AYUH BANGSA KU

Puisi Karamah Melayu

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat,
Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah,
Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!!

09 Mei 2008

BANGSA KU MELAYU YANG HILANG JATIDIRNYA

KEPIMPINAN BARU MERUBAH PARADIGMA BANGSA KU - 'MELAYU' KETUANANMU DI ATAS AGAMA YANG SATU
















Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu "


RAJA PERTRA II

08 Mei 2008

PELAJARAN DARI LEBNON

Sejak 12 Julai 2006, apabila Israel diberi laluan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush untuk menyerang Lebanon atas alasan menghapuskan gerila-gerila Hizbullah, apakah gunanya kita bercakap tentang perpaduan umat Islam?

Setelah Perang Iran-Iraq (1982-88) apabila umat Islam berpecah (kerana komplot musuh), setelah Perang Teluk Pertama (1990-91) apabila orang Arab berpecah (dengan sesetengah menyebelahi musuh), dan setelah Perang Teluk Kedua (April, 2003 hingga sekarang) apabila pemimpin Arab-Islam yang ulung untuk menentang pakatan anti-Islam AS-Inggeris-Zionis dijatuhkan dengan bantuan orang Arab dan orang Islam sendiri, tidak ada makna kita bercakap tentang perkara itu.

Lebih awal, mari kita balik kepada penubuhan negara kolonial-Zionis Israel di Palestin selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Apakah syarat-syarat yang membolehkan negara ini ditubuhkan di tengah-tengah negara-negara Arab-Islam? Lebih awal lagi, mari kita kaji sejarah orang-orang Yahudi dan Kristian dan mengapa mereka bekerjasama untuk memusuhi umat Islam dan menghancurkan Islam.

Jangan sangka kita berputus asa untuk melawan dan mengalahkan pakatan AS-Inggeris-Zionis sekarang? Tidak. Kita tidak pernah takut dan gentar kepada apa yang dikatakan adikuasa militer yang terkuat dalam sejarah manusia. Kita tahu kuasa tidak ada pada besi yang tidak boleh berfikir! Kuasa terletak pada akal, tetapi bukan semata-mata pada akal (kerana komplot Bush-Blair juga ada sedikit akal – yang jahat!).

Kuasa sebenar terletak pada akal yang bermoral, yakni Tuhan Yang Maha Berkuasa. Inilah makna ayat Quran yang memproklamirkan bahawa kekuatan itu milik Allah semata-mata. (Lihat Quran, 10: 65) Sejarah tamadun manusia dari dulu hingga sekarang membuktikan kebenaran perisytiharan ini.

Jangan kita buat silap bahawa Empayar AS-Inggeris-Zionis ini akan kekal. Dua generasi dalam sejarah atau 60 tahun (umur empayar ini) sangat pendek. Jangankan dua generasi; sepuluh generasi (300 tahun) pun masih pendek! Quran menerangkan bahawa apabila Kiamat berlaku, penghunian dunia oleh manusia berlangsung hanya selama sehari atau separuh hari!

Kita tidak harus sangsi bahawa kebenaran akan menang dan kepalsuan akan hapus. Gerombolan samseng-samseng dunia yang dipimpin oleh Bush akan kalah dan akan terhapus dari muka bumi ini dalam sekejap masa lagi. Kapal Titanic, yang mereka naiki sekarang, yang mereka sangka tidak akan tenggelam, akan tenggelam. Kapal itu sekarang, pada waktu kita menulis ini, sebahagian besarnya sudah bocor dan akan tenggelam! Ini diakui oleh beberapa orang ahli ekonomi dan politik Barat sendiri.


Lebih baik kita bertanya di mana kita telah buat silap dan perbetulkan. Pertama, kita orang Islam, dari zaman awal, sebelum Nabi Muhammad, malah sebelum Nabi Ibrahim, diperintahkan oleh Tuhan supaya berpegang teguh kepada agama tauhid, iaitu agama yang mengiktiraf dan menyembah satu Tuhan saja, Tuhan Yang Esa. Tetapi hanya sesetengah daripada kita yang berpegang kepada agama tauhid ini sekarang dan mereka terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam juga, sedangkan kebanyakan telah menyeleweng daripada agama tauhid ini.

Komplot

Apabila Nabi Muhammad bangkit di Semenanjung Arab, setelah Nabi Musa dan Nabi Isa, sesetengah mereka (yang disebut Ahlul-Kitab dalam Quran) menolak Nabi Muhammad dan membuat komplot untuk merosak dan menjatuhkan Islam. Baca Quran dan sejarah awal Islam di bawah Nabi Muhammad dan kita akan tahu tentang komplotan ini. Apa yang berlaku kemudiannya sehingga hari ini – dari Perang Salib hingga Perang Anti-Keganasan yang diisytiharkan oleh George W. Bush – tidak lain ialah ulangan daripada sifat anti-Islam satu golongan Ahlul-Kitab ini. (Penting kita sebutkan “satu golongan”, kerana bukan semua orang Yahudi, Kristian dan agama-agama lain telah masuk ke dalam komplot jahat ini. Hal ini telah dijelaskan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 62 dan ayat-ayat lain yang sama maknanya.)

Kita tidak harus lupa bahawa wujud orang-orang Islam sendiri yang telah menjadikan kuasa-kuasa musuh ini sebagai kawan dan sekutu mereka. Perang terhadap negara republik Iraq dan penaklukannya oleh pakatan AS-Inggeris-Zionis pada April, 2003 tidak boleh berlaku, jika sesetengah negara Arab dan Islam tidak membenarkan wilayahnya digunakan oleh pakatan penceroboh ini untuk berbuat demikian. Inilah sebab utama pencerobohan pakatan Yahudi-Kristian terhadap Islam dan umat Islam telah berjaya - perpecahan dalam umat Islam sendiri.

Jika kita bertanya apakah punca perpecahan umat Islam, jawapannya ialah penyelewengan kita sendiri. Seperti yang termaktub dalam ayat 30 Surah Al-Furqan, kita membelakangkan Quran dengan membacanya tanpa faham dan menjadikannya sebagai buku azimat. Kita tidak mengikut perintah Tuhan supaya bersatu dan tidak berpuak-puak dan kita memecahkan ilmu kepada ilmu agama dan ilmu dunia serta mengabaikan ilmu dunia. Fahaman tauhid yang bertunjangkan kesatuan pandangan hidup tauhid bertukar menjadi jamak fahaman berdasarkan puak. Kita masuk perangkap syaitan dan kaum penjajah yang menjalankan dasar dan taktik klasik “pecah-pecahkan dan perintah” dan kita menjadi lemah, hina dan ditindas oleh mereka.

Apakah yang patut kita buat sekarang? Kata pepatah, “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.” Pangkal jalan kita ialah Tuhan Yang Esa. Kita bermula dengan Dia, dan kita akan berakhir dengan Dia. Berbalik kepada Tuhan Yang Esa bermakna berpegang kepada Kitab Suci-Nya yang akhir, iaitu Quran. Inilah keperluan kita yang pokok sekali. Perkara-perkara lain, yang kita pegang juga selama ini, berdasarkan fahaman kepuakan masing-masing, (tidak kira bangsa, agama, falsafah atau ideologi) harus kita letak pada tempat nombor dua kepada Kitab Suci ini.

Apabila kita sudah sanggup berbuat demikian, bermakna kita akan tunduk kepada Tuhan Yang Esa saja dan tidak kepada patung-patung selain Allah. Atas dasar ini, kita boleh menyatukan bukan saja orang Islam, tetapi juga orang bukan Islam (Yahudi, Kristian, Hindu, Buddhis, Konfusius, Shinto, Bahai dan lain-lain), mengikut perisytiharan ayat 62, Surah Al-Baqarah tadi. Dari perspektif ini, seluruh dunia akan menerima saranan kita, kerana saranan ini benar-benar universal.

Umat Islam, sebagai umat yang terbaik yang dibangkitkan untuk manusia (persis kerana fahaman tauhid ini), mestilah mendahului umat-umat lain, untuk melakukan perjuangan ini. Kita tidak perlukan bilangan ramai. Sepertimana Nabi Muhammad bermula dengan bilangan yang kecil, demikian juga kita sekarang. Yang perlu ialah pegangan tauhid, perpaduan yang kukuh dan semangat perjuangan yang tinggi. Kita sedang melihat kejatuhan AS di Iraq dan di AS sendiri. Kemenangan yang dilaungkan oleh Bush setahun kemudian itu kosong semata-mata!

Senjata nuklear di tangan negara atau negara-negara Islam, yang sangat ditakuti oleh Israel dan kuasa-kuasa nuklear Barat, cuba disekat oleh mereka daripada diperoleh oleh negara-negara lain, khasnya Islam (lihat kes-kes Libya, Iraq dan sekarang Iran) melalui pakatan Perjanjian Anti-Rebakan. Namun demikian, Pakistan sudah pun mempunyai senjata ini. Jika pemimpin-pemimpin Islam tiga puluh tahun dulu memberi keutamaan kepada perpaduan umat Islam serta membangunkan ekonomi dan pertahanan mereka dari segi falsafah politik-ekonomi Islam, dunia tidak akan melihat kacau-bilau agung yang memuncak pada hari ini dengan kemaharaja-lelaan kaum oligarki AS-Inggeris di bawah pentadbiran dua Bush.

Tiada gunanya kita menyesali apa yang sudah berlalu. Kita harus berfikir apa yang harus kita buat sekarang dan akan datang. Kita perlu ada dua rancangan: Rancangan jangka pendek (1-5 tahun dari sekarang) dan rancangan jangka panjang (untuk 30 tahun akan datang). Kita kena kenal pasti punca-punca kelemahan kita dan bertindak membetulkannya. Kita kena kenal pasti musuh dan kawan kita dan bersatu untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan kita. Akhir sekali, kita kena memainkan peranan kita untuk memimpin dunia keluar dari kegelapan Zaman Jahiliah moden ini kepada satu Zaman Kebangkitan yang baru - kepada sebuah dunia baru yang adil, aman dan bahagia untuk semua manusia.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

CINTA NEGARA

rasa cinta kepada Negara…

Daulat Tuanku,
Ini sembah taat setia,
Dari kami pacal yang hina,
Ke bawah duli ku serah segala,
Harta benda bahkan nyawa,

Daulat Tuanku,
Ampunkan segala dosa Hang Jebat,
Kerana cintanya pada sahabat,
Dendam kesumat terus tersemat,
Moga derita akan terubat,

Daulat tuanku,
Penderhakaan itu tak kan berulang,
Kedaulatan negara kan kami julang,
Itulah bukti sebuah ketaatan,
Pada Raja dan juga Sultan,

Daulat Tuanku,
Kedatangan Tun Perak merubah segala,
Dari Klang dia berkelana,
Menabur bakti kepada Raja,
Menyatu semua yang dalam sengketa,

Daulat Tuanku,
Sejarah ini berulang lagi,
Nama Klang subur kembali,
Hamba Klang menabur bakti,
Kepadamu wahai ibu pertiwi.


By : The Man From The East (Klang)

05 Mei 2008

'SMALL AIRCRAFT PILOT'

Alhamdulilah segala puji dan syukur pada Ilahi, kerana semua yang menjadi impian telah menjadi kenyataan. Bermula 1hb Mei - 4hb Mei 2008 satu lagi sejarah Terengganu terpahat apabila seramai 13 orang belia Terengganu berjaya menamatkan dan menerima sijil 'Paragliding Hands On' course siri 1/2008 yang di anjurkan bersama PB2W dan TFC di bantu NSSAC. Di bawah satu team yang dikenali F2 Team atau Fly Terengganu Team. Di mana pelatih telah berjaya menerbangkan Paraglider secara solo.

Dengan itu mereka (belia tersebut) telah layak bergelar selaku seorang pilot Paraglider atau 'Small Aircraft Pilot', . 'Produk' ini adalah suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Terengganu kepada para peserta yang terdiri dari belia tempatan yang bakal menjadi jurulatih untuk belia-belia lain di Terengganu untuk masa yang seterusnya. Program julung kali ini diadakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menceburi sukan udara di Malaysia dan selain dari itu kepada PB2W ia adalah suatu rentetan berterusan kesinanbungan kejayaan cemerlang negara.

Program yang mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Datuk Abdul Rahin b Dato' Mohd Said dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNTRG) ini, di mana Kerajaan Negeri memperuntukan perbelanjaan pengurusan manakala JBSTRG memperuntukan kos pembanggunan lokasi dan penyelenggaraan. Dengan mensasarkan menjelang akhir tahun ini sempena tahun melawat Terengganu 2008, PB2W bersama dengan TFC akan melatih anak watan Terengganu seramai sekurang-kurangnya 60 orang yang layak bergelar paraglider (Pilot).
Sukan rekreasi seumpama ini memerlukan peningkatan skill, para paraglider perlu memperbanyakkan siri-siri penerbangan dalam semua keadaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Modul yang digunapakai adalah merujuk kepada Federation Aeronautique Internationale (FAI). para pelatih perlu menghadiri kelas teori dan pengamalian di padang ( Ground Handling ) untuk teknikal reverse position dan forward position ( Kiting). Membuat empat kali lompatan asas dan menduduki peperiksaan. Disamping itu memahami Paragliding Regulation dalam aspek keselamatan di darat dan di utara.
Para peserta dalam program Paragliding Hands on siri1 /2008 terdiri dari komuniti masyarakat mewakili kelompok masing-masing, antaranya Belia Marang, Belia Kuala Terengganu, Belia Askar Wataniah, Belia IPTS Kolej Telekom, Cosmopoint dan Kelana C Pengakap Udara Terengganu pada awalnya, dua peserta terpaksa menarik diri kerana urusan penting walau macam manapun mereka akan mengikutinya di siri seterusnya bagi melayakkan mereka terbang (Pilot).
Tindakan tersebut sebagai suatu persiapan jangka panjang bagi menjadikan Negeri Terengganu destinasi pelancongan berasaskan rekreasi udara, PB2W berusaha memastikan agenda 2010 (Pusat Latihan Paragliding Antarabangsa) dapat dilaksanakan. Sebelum itu proses membangunkan keupayaan belia atau anak tempatan serta semua yang terlibat perlu digembleng tenaga semaksima yang mungkin. Termasuklah para pelatih, Jurulatih, urusetia dan penaja bekerja sepaksi.

Selain itu dengan wujudnya aktiviti seumpama ini akan memangkinkan serta menyokong penubuhan Pusat rekreasi air dan udara di Terengganu oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

‘‘Ramai yang menganggap bidang ini terlalu mahal untuk orang biasa. Faktor kemampuan menjadi hambatan kepada rakyat untuk menceburi sukan udara. Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya"

"Persepsi bahawa ia adalah satu bentuk sukan udara hanya untuk orang kaya harus dihapuskan dan kita boleh anggap sukan udara dalam semua jenis cabang mampu disertai oleh semua golongan,’’ Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak berucap merasmikan Karnival Udara Kuala Lumpur 2006 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Dalam ucapannya lagi; Menurut beliau, kerajaan sentiasa menggalakkan pembabitan rakyat dalam industri penerbangan kerana ia merupakan satu bidang strategik dan mempunyai nilai komersial serta limpahan ekonomi yang sangat besar.

Pada majlis tersebut, Najib turut melancarkan Anugerah Pekan yang membawa hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi kepada individu atau pertubuhan yang mampu mereka cipta sendiri pesawat sukan ringan. Utusan Malaysia SUBANG 24 Nov.

Sehubungan dengan itu PB2W mengajak para belia Terengganu untuk tampil memberanikan diri, bersama PB2W menceburi bidang rekreasi baru ini yang julung kalinya diadakan di Terengganu. Dengan siapnya Maker Zulu Paragliding Launch site di Bukit Chendering nanti, dijangka akan memberi kelebihan kepada para belia tempatan Terengganu dan Pantai Timur untuk menggunakannya bagi aktiviti seperti itu. Majulah Sukan untuk Negara.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya bolehlah menghubungi kami melalui email kami grupb_2w@yahoo.co.uk atau H/P: 012 963 7586 YDP-PB2W, 013 959 1679 SU- PB2W, 014 829 5814 Paraborne Alias