28 April 2008

'CABARAN PARAGLIDING DI KUALA TERENGGANU'

UTUSAN MALAYSIA, Sabtu 19 April 2008. Ruangan Yo Lasak. Pihak PB2W amat terkilan dengan artkel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia tersebut yang menyebut Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) akan menggunakan Bukit Chendering sebagai lokasi cabaran, tanpa merujuk terdahulu kepada Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku kumpulan kerja F2-Team yang melakukan usaha-usaha membanggunkan lokasi Bukit Chendering sebagai site peluncur paragliding.

Sebenarnya kami mengalu-alukan sebarang pihak yang berminat untuk datang dan menggunakan site tersebut bagi tujuan meluncur di kawasan Chendering yang berada di dalam Daerah Kuala Terengganu hanya 10.5 Km dari Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu menuju ke Kemaman.

Tetapi hendaklah kita semua sedia maklum, telah menjadi adat bangsa kita menghormati tuan rumah dan bukan datang sepandai-pandai menggunakannya tanpa memberitahu terlebih dahulu. Hal ini terjadi kepada PLUM, perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Kami tidak mahu mempersoalkan motif yang tersirat di sebalik publikasi yang di buat, tetapi hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada pihak kami.

Cabaran Paragliding Terengganu yang akan PLUM ambil telah menyebabkan berlaku pertembungan kerana pada tarikh dan waktu yang sama pada 01-04 hb Mei 2008, PB2W, TFC dan NSSAC akan mengadakan program Hand On Paragliding untuk bakal Jurulatih serta urusetia di Bukit Chendering dan serta kawasan sekitarnya.

Sekadar pemberitahuan pihak kami dalam hal tersebut ( Pembangunan lokasi Launch site ) telah mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Belia dan Sukan Terengganu ( JBSNTRG) untuk melakukan kerja-kerja perintis dalam penerokaan bidang rekreasi baru (Paragliding) di Terengganu. Dengan sokongan yang diberi kami mengambil masa genap setahun menjalankan kerja-kerja pembangunan dan ianya berjaya dibuktikan kesesuaian lokasi tersebut.

Pihak kami menyanyung tinggi kerja-kerja yang dilakukan oleh para belia anak Watan Terengganu yang terdiri dari para Belia Sukarelawa Askar Wataniah dari Rejimen ke 512 AW dan Kadet PKBM Sek. Men Tun Telanai yang telah mencurah keringat dan kewangan peribadi tidak terkira. Oleh itu sebarang perlakuan yang tidak menghormati adab amatlah di kesali oleh kami dan mereka semua.

Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Jabatan Menteri Besar untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai lokasi perlancongan berasaskan rekreasi udara di pantai timur dalam masa terdekat, dengan adanya prasarana tersebut di jangka akan dapat memberi pulangan perkerjaan kepada belia dan penduduk di persekitaran tersebut.

Kami bangga dan bersyukur menjadi belia Terengganu, dan kami telah buktikan dengan kecekalan serta kemahuan diri yang tinggi, sinonin dengan nama persatuan kami Belia Waja Watan, kami berjaya membuktikan suatu fantasi telah menjadi realiti. Terengganu satu-satunya di pantai timur menjadi destinasi menarik Paraglider seluruh negara juga antarabangsa menjelang 2010 nanti.


Paraglider adalah antara sebahagian dari cita-cita kami mendidik para belia dalam mengembalikan semula keagungan sebuah keunggulan tamadun lama dibangkitkan kembali, Kembayat Negara Nusantara; Tamadum yang telah membawa keadilan kesekalian alam, tamadun yang dinyatakan "Baldatun Toiyibah warabbun rafur" - Negeri yang baik dan Tuhan mengampuninya. Tamadun yang telah menghasilkan keberkatan dari langit dan bumi, keluarnya emas hitam dari perut bumi sehingga mampu membiayai negara, walaupun rakyat negeri banyak 'kelaparan'. Tamadun yang menyatakan Terqanun adalah pewartaan syariat Ilahi yang menguasai benua besar dan tamadun yang diwarisi dari keturunan cucu baginda Rasululah Saidina Hassan bin Syaidina Ali Karamalahuwajaha, Syarif Muhammad bin Abdullah An Nafs Zakiyyah Al Baghdadi.

Suatu peradaban baru yang akan menyelesaikan masalah dunia, menghapus kekotoran fitnah dan kepalsuan hidup mengembalikan manusia kepada penyembahan kepada pencipta, menolak Iblis dan Syaitan. Tiada musuh dan persengketaan janji Tuhan pasti terlaksana. Walaupun faktanya telah hilang dari lembaian sejarah.

27 April 2008

TOK PULAU MANIS - SYEIKH ABDUL MALIK TERENGGANU

TOKOH yang acap kali memperkenalkan pelbagai aspek ulama besar Terengganu, Syeikh Abdul Malik Terengganu yang digelar dengan Tok Pulau Manis ini ialah Shafie Abu Bakar. Namun, tulisan ini penulis mulai dari penemuan sebuah salasilah yang penulis peroleh daripada salah seorang keturunan adik-beradik Syeikh Abdul Malik Terengganu.

Tertulis pada bahagian atas salasilah, “Bismillahir Rahmanir Rahim Syarif Muhammad, satu raja yang memerintah akan negeri Baghdad kerana mengambil ... (tak dapat dibaca) lalu pergi ke Mekah. Kemudian diturut orang akan dia. Maka lari ke Terengganu, lalu duduk di Ulu Pauh. Dan wafatlah ia di Pauh. Maka meninggalkan anak dua orang, satu Abdullah dan kedua Abdul Malik. Maka Abdul Malik itulah Datuk Pulau Manis yang keramat itu”.

Daripada salasilah di atas, ternyata terdapat kelainan dengan tulisan-tulisan sebelum ini, iaitu semua penulis termasuk penulis sendiri, menyebut bahawa nama ayah Syeikh Abdul Malik Terengganu ialah Abdullah. Ada pun dalam salasilah di atas, ayahnya ditulis Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad.

Nama Abdullah itu adalah adik-beradik Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis). Adik-beradiknya yang seorang lagi bernama Abdul Qahhar. Tetapi sebelum ini ada salah seorang keturunan ulama ini meriwayatkan kepada penulis bahawa datuk dan nenek kepada Syeikh Abdul Malik ialah Syarif Abdul Qahhar. Anak lelaki Syarif Abdul Qahhar itu bernama Abdullah, iaitulah ayah bagi Syeikh Abdul Malik.

Salasilah versi yang lain memberikan maklumat bahawa Syeikh Abdul Malik bin Abdullah bin Abdul Qahhar bin Saiyid Muhammad. Sangat sukar untuk mentahqiqkan riwayat yang bersimpang-siur seperti ini, tulisan-tulisan yang terdahulu masih belum dapat dimansuhkan sedang salasilah yang bertulis, yang baru diperoleh juga sukar ditolak. Berdasarkan salasilah yang baru diperoleh, bahawa dari tiga orang adik beradik ulama yang berasal dari Baghdad itu, hanya Abdul Qahhar saja yang tidak tercatat meninggalkan anak dan zuriat. Abdullah iaitu adik beradik yang kedua, memperoleh seorang anak bernama Sulaih. Sulaih menurunkan zuriat hingga kepada pemilik salasilah, iaitu Jamaluddin bin Yusuf Terengganu. Dicatat pada sudut kanan, “Pada tiap-tiap satu daripada keturunan Abdullah ini banyak lagi pecahan saudara dan anak-anaknya”.

Catatan dalam salasilah bahawa yang ramai meninggalkan zuriat ialah Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis), yang berpunca dari tiga orang anaknya. Sebagaimana disebutkan bahawa yang paling banyak memperkenalkan Syeikh Abdul Malik ialah Shafie Abu Bakar, oleh itu dapat dirujuk tulisan-tulisannya. Dalam Pesaka II dengan judul Syeikh Abdul Malik Bin Abdullah dan Karangan-karangannya. Dalam Pesaka IV, dengan judul Hikam Melayu (HM) di Dalam Perkembangan Tasawuf Kedudukan dan Penetapan Pengarangnya. Juga tulisan Shafie bin Abu Bakar dimuat dalam buku Ulama Terengganu Suatu Sorotan, dengan judul Tok Pulau Manis Dan Pengasasan Pendidikan Islam. Penulis sendiri telah memperkenalkan ulama tersebut dalam Katalog Pameran Manuskrip Melayu terbitan Perpustakaan Negara Malaysia dalam rangka Sempena Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu kedua 15-20 Ogos 1989. Tulisan penulis pula dimuat dalam Jurnal Dewan Bahasa, Julai 1990.

Ismail Che Daud pula dalam majalah Pengasuh bilangan 509, Februari 1991 memunculkan judul Tok Pulau Manis (1650an - 1736 M) Penulis Syarah Hikam. Pengakuan Kitab Syarah Hikam Melayu sebagai karya Tok Pulau Manis Terengganu mulai diragukan pertama sekali dikemukakan oleh Abdur Razak Mahmud ditulis dalam majalah Pengasuh bilangan 511, April 1991 sebagai tanggapan terhadap tulisan lsmail Che Daud. Ia sekali gus menyentuh tulisan-tulisan Shafie bin Abu Bakar yang tersebut.

Dalam Seminar Warisan Kitab-Kitab Melayu Lama pada 28 Safar 1412/7 September 1991, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, pembentang kertas kerja Abdul Aziz bin Ismail sangat banyak menyebut nama Tok Pulau Manis dan Kitab Hikam Melayu, dan lain-lain sangat banyak untuk disebutkan. Oleh itu, beberapa perkara yang telah banyak dibicarakan, penulis sentuh serba ringkas saja. Bagaimanapun, beberapa penemuan baru dirasakan perlu diulas agak panjang terutama mengenai keturunannya yang menjadi ulama atau tokoh yang berpengaruh dalam masyarakat.

PENDIDIKAN

Tahun kehidupan Syeikh Abdul Malik (Tok Pulau Manis) Terengganu tercatat antara tahun 1089 H/1676 M-1149 H/1736 M, demikian tersurat di atas kubur beliau, yang menurut salah satu tulisan Misbaha. Tetapi penyelidikan terakhir memberikan maklumat bahawa beliau lahir lebih awal dari tahun yang tersebut itu, iaitu kira-kira 1650 M.

Setelah mendapat pendidikan di kampung sendiri dan dari beberapa ulama di Terengganu, beliau meneruskan pelajarannya ke Aceh. Di antara gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Dipercayai sewaktu belajar di Aceh bersahabat dengan beberapa orang yang akhirnya menjadi tokoh dan ulama besar. Mereka ialah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi dari Bugis-Makasar, Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan Syeikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat dan ramai lagi.

Mereka telah menerima talqin baiah Tarekat Syathariyah daripada ulama Aceh yang terkenal itu. Mereka melanjutkan pelajaran ke Mekah dan Madinah. Sewaktu di Mekah bersahabat pula dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-Fathani dan belajar kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani. Syeikh Ibrahim al-Kurani ini juga guru kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

KARYA-KARYA

Mengenai karya beliau semuanya dapat dirujuk kepada tulisan-tulisan Shafie bin Abu Bakar, kecuali kitab Syarah Hikam Melayu dalam penyelidikan terkini dimunculkan sebagai bukan karya Tok Pulau Manis oleh Abdur Razak Mahmud yang beliau tulis dalam majalah Pengasuh yang telah disebutkan.

Dalam tulisan terdahulu, penulis menyatakan kitab yang dipertikaikan itu termasuk dalam senarai. Ada dua kitab yang penulis bicarakan dalam Jurnal Dewan Bahasa, Julai 1990, yang sebuah lagi ialah Kitab Kifayah manuskrip salinan Tok Kelaba yang tersimpan di Pusat Manuskrip Melayu dengan nombor kelas MS 517. Tok Kelaba cukup jelas menyebut kitab tersebut adalah karya Tok Pulau Manis. Akan tetapi ada sebuah manuskrip koleksi penulis yang ditemui di Kampung Kepala Bukit Senggora (Mei 1993) dengan judul Al-Kitabul Kifayah, selain judulnya sama juga kandungannya adalah sama, bahawa dinyatakan sebagai karya Imam Syafie (maksudnya bukan Imam Syafie imam mazhab) yang diselesaikan penulisannya pada hari Khamis, 2 Safar 1180 H/1766 M.

Ada pun salinan Tok Kelaba tidak tersebut tahun selesai menulisnya, hanya disebutkan tahun selesai penyalinan saja iaitu pada 13 Zulkaedah 1297 H/1879 M (kira-kira 117 tahun kemudian).
Ingin penulis sebutkan di sini bahawa penulis menemui sebuah manuskrip karya beliau di Patani (hadiah seorang Tuan Guru, Julai 1991). Manuskrip yang telah penulis miliki itu belum pernah disebut dalam semua tulisan sebelum ini. Risalah tersebut nipis saja, hanya enam halaman tetapi lengkap. Di akhir risalah tertulis, “Maka adalah yang memindahkan dan yang menjadikan segala perkataan ini semuanya fakir yang hina iaitu Haji Abdul Malik ibnu Abdullah al-Jawi ...”. Kandungan kitab ini ialah jawapan beliau atas beberapa pertanyaan yang bersangkutpaut dengan nikah kahwin.

Ada pun mengenai kitab Syarah Hikam Melayu, pada mulanya telah sepakat dikatakan sebagai karya Syeikh Abdul Malik Terengganu (Tok Pulau Manis). Kemudian dibantah oleh Abdur Razak Mahmud, mengenai ini telah penulis bahas dengan agak panjang dimuat dalam buku Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad Al-Fathani (terbitan pertama Khazanah Fathaniyah, September 1993).

Adapun penulis mempunyai pelbagai edisi cetakan Syarah Hikam Melayu, termasuk cetakan pertama yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani di bawah perkataan dalam bahasa Arab cetakan pertama, dinyatakan, “Inilah terapan yang pertama daripada kitab ini”. Di bawahnya lagi dijelaskan, “Diterapkan dia dengan peterapan Miri pada negeri Mekah al-Mukarramah”. Cetakan pertama yang tersebut adalah tahun 1302 H. Ukuran cetakan 28.8 x 20.8 cm, tebal 208 halaman.

Pada akhir cetakan Syeikh Ahmad al-Fathani, mencatatkan, “Dengan Tolong Al-Malikul Wahhab. Telah sempurnalah menthaba’kan ini kitab yang mustathab, iaitu Syarah Hikam Ibni ‘Athaullah dengan bahasa Melayu. Dan adalah pada tharah kitab ini dahulu hamba sebutkan hal keadaannya nuqil daripada setengah manusia, bahawa kitab ini karangan bagi setengah daripada ulama Terengganu. Kemudian nyata bagi hamba, kemudian daripada periksakan aturan ibaratnya dan pilikkan (pelat) cakapannya, bahawasanya bukan ia bagi orang Terengganu. Maka ada pula orang yang mengkhabar bahawasanya ia karangan orang Aceh adanya. Dan adalah yang muqabalahkan dia atas sekira-kira barang yang ada pada asal naskhahnya al-faqir al-fani Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani musyarakan li anisihi al-fadhil Daud ibni almarhum Ismail al-Fathani.

Dan selesai men(ge)capkan dia pada pertengahan bulan Syawal sanah 1302 daripada hijrah Nabi kita ‘Alais Shalatu was Salam .... Oleh itu, pembahasan kitab Syarah Hikam Melayu dan lapan bait puisi Syeikh Ahmad al-Fathani yang terletak di bahagian depan semua cetakan kitab tersebut telah cukup jelas dalam buku Penjelasan Nazham Syair Shufi Syeikh Ahmad Al-Fathani, maka ditutup sampai di sini saja.

KETURUNAN

Syeikh Abdul Malik Terengganu memperoleh tiga orang anak iaitu:
  1. Imam Yusuf Kesuma,
  2. Badruddin dan
  3. Mik Tok Bungkuk.

Ada pun Imam Yusuf Kesuma itu memperoleh anak dua orang, ialah:

  1. Abdur Rahman dan
  2. Ali. Sampai di sini salalsilah terputus,

tidak terdapat sambungan keturunannya. Malahan salasilah Mik Tok Bungkuk terputus juga. Yang teramai memperoleh anak dan keturunan ialah anak Tok Pulau Manis yang kedua, iaitu Badruddin. Badruddin memperoleh lapan anak iaitu tujuh lelaki dan hanya seorang saja yang perempuan. Mereka ialah; Daud, Husein, Hasan, Muhammad, Musa, Isa, Maimunah dan Ya’qub.

Huraian ringkas salasilah sebagai yang berikut:
  1. Daud (No. 1) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh anak;
  • Sulaiman,
  • Fatimah,
  • Usman,
  • Badruddin,
  • Husein,
  • Umar,
  • Abu Bakar,
  • Idris dan
  • Khatib Muhammad Shalih

Salasilah terputus kecuali Khatib Muhammad Shalih dikatakan memperoleh anak bernama Ali.

Husein (No. 2) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh anak hanya dua orang, ialah:

  • Yusuf dan
  • Aisyah.

Salasilah juga terputus.

Hasan (No. 3) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh anak hanya seorang, ialah Zainab. Salasilah juga terputus.

Muhammad (No. 4) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh dua anak orang, ialah

  • Wan Abdul Qadir dan
  • Wan Semik. Salasilah juga terputus.

Musa (No. 5) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, salasilah juga terputus.

Isa (No. 6) bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh lima anak iaitu;

  • Aminah,
  • Aisyah,
  • Habibah,
  • Salamah dan
  • Haji Abdul Malik.

Aminah (No. 1) binti Isa bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, memperoleh lima anak iaitu;

  • Muhammad,
  • Imam,
  • Usman,
  • Aisyah dan
  • Asiah.

Salasilah terputus dan nama suami Aminah tidak tercatat dalam salasilah.

Aisyah (No. 2) binti Isa bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik juga memperoleh lima anak iaitu;

  • Syarifah,
  • Haji Ahmad, Shafiyah,
  • Sa’diyah dan
  • Abdur Rahman.

Salasilah juga terputus dan nama suami Aisyah juga tidak tercatat dalam salasilah.

Habibah (No. 3) binti Isa bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik dan

Salamah (No. 4) binti Isa bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik, keturunannya tidak tercatat dalam salasilah. Yang ramai anak dan ramai keturunan yang tercatat dalam salasilah ialah Haji Abdul Malik (No. 5) bin Isa bin Badruddin bin Syeikh Abdul Malik.

Sebelum menyebut keturunan beliau, perlu dicatatkan di sini bahawa Haji Abdul Malik bin lsa bin Syeikh Abdul Malik Terengganu ini adalah salah seorang murid Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Jadi Haji Abdul Malik bin Isa cucu Tok Ku Pulau Manis Terengganu tersebut adalah termasuk ulama besar Terengganu pada zamannya.
Haji Abdul Malik (No. 5) memperoleh enam anak;
  • Haji Muhammad al-Qadhi,
  • Encik Ahmad,
  • Haji Abdur Rahim,
  • Abdur Rahman,
  • Abdullah dan
  • Maryam.

Haji Muhammad al-Qadhi (No. 1) memperoleh empat anak iaitu;

  • Kaltsum,
  • Abdullah,
  • Abdul Malik dan
  • Musa

Encik Ahmad (No. 2) bin Haji Abdul Malik bin lsa bin Syeikh Abdul Malik memperoleh anak hanya 2 orang, ialah:

  • Muhammad dan
  • Haji Abdullah.

Haji Abdur Rahim (No. 3) bin Haji Abdul Malik bin lsa bin Syeikh Abdul Malik memperoleh anak hanya 4 orang, ialah;

  • Muhammad Encik Da,
  • Ahmad Encik Hitam,
  • Halimah Encik Wok dan
  • Khadijah Encik Nik Muhammad

Encik Da (No. 1) bin Haji Abdur Rahim bin Haji Abdul Malik bin lsa bin Syeikh Abdul Malik memperoleh anak hanya seorang, ialah:

  • Abdullah Encik Awang.

Abdullah Encik Awang memperoleh anak 3 orang, ialah:

  • Isa Encik Long,
  • Khadijah Encik Wok dan
  • Shafiyah Encik Nik.

Salasilah terputus hingga sampai di sini.

Ahmad Encik Hitam (No. 2) bin Haji Abdur Rahim bin Haji Abdul Malik bin 'lsa bin Syeikh Abdul Malik tidak tercatat nama anak dan keturunannya, yang tercatat hanya "Kubur keduanya (maksudnya Muhammad Encik Da dan Ahmad Encik Hitam) di maqam Tuan Syeikh Abdul Qadir".

Selanjutnya Halimah Encik Wok (No. 3) bin Haji Abdur Rahim bin Haji Abdul Malik bin lsa bin Syeikh Abdul Malik juga tidak tercatat nama anak dan keturunannya, sedang adiknya Khadijah Encik Nik (No. 4) anak-anaknya ialah:
  • Ismail Encik Su,
  • Maimunah Encik Wok,
  • Aisyah Encik Tih dan
  • Satidah Encik Hitam.

Selain itu, penulis masih meragui bahawa ditarik garis ke bawah sesudah Khadijah Encik Nik juga disebut nama Tuan Syeikh Abdul Qadir (maksudnya Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas). Mengenai ini tidak jelas, kerana menurut sejarah yang terkenal, Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, ulama besar yang sangat terkenal itu adalah anak Syeikh Abdur Rahim yang berasal dari Patani. Mungkin saja Haji Abdur Rahim, ayah Khadijah Encik Nik adalah betul datuk/nenek Syeikh Abdul Qadir al-Fathani Bukit Bayas itu dari pihak sebelah ibunya, dan secara kebetulan serupa nama dengan ayah beliau iaitu Syeikh Abdur Rahim yang berasal dari Patani itu. Ini dapat diketahui dengan jelas kerana Haji Abdur Rahim (ayah Khadijah) nama ayahnya ialah Haji Abdul Malik bin Isa bin Syeikh Abdul Malik Terengganu, sedang Syeikh Abdur Rahim al-Fathani (ayah Syeikh Abdul Qadir) nama ayahnya ialah Wan Deraman bin Wan Abu Bakar bin Wan Ismail bin Faqih Ali.



ISLAM MASUK KE NUSANTARA DI SAAT RASULULAH SAW MASIH HIDUP

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN


Islam masuk ke Nusantara dibawa para pedagang dari Gujarat, India, di abad ke 14 Masehi. Teori masuknya Islam ke Nusantara dari Gujarat ini disebut juga sebagai Teori Gujarat. Demikian menurut buku-buku sejarah yang sampai sekarang masih menjadi buku pegangan bagi para pelajar kita, dari tingkat sekolah dasar hingga lanjutan atas, bahkan di beberapa perguruan tinggi.


Namun, tahukah Anda bahwa Teori Gujarat ini berasal dari seorang orientalis asal Belanda yang seluruh hidupnya didedikasikan untuk menghancurkan Islam?


Orientalis ini bernama Snouck Hurgronje, yang demi mencapai tujuannya, ia mempelajari bahasa Arab dengan sangat giat, mengaku sebagai seorang Muslim, dan bahkan mengawini seorang Muslimah, anak seorang tokoh di zamannya.


Menurut sejumlah pakar sejarah dan juga arkeolog, jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, telah terjadi kontak dagang antara para pedagang Cina, Nusantara, dan Arab. Jalur perdagangan selatan ini sudah ramai saat itu.


Mengutip buku Gerilya Salib di Serambi Makkah (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2006) yang banyak memaparkan bukti-bukti sejarah soal masuknya Islam di Nusantara, Peter Bellwood, Reader in Archaeology di Australia National University, telah melakukan banyak penelitian arkeologis di Polynesia dan Asia Tenggara.


Bellwood menemukan bukti-bukti yang menunjukkan bahwa sebelum abad kelima masehi, yang berarti Nabi Muhammad SAW belum lahir, beberapa jalur perdagangan utama telah berkembang menghubungkan kepulauan Nusantara dengan Cina. Temuan beberapa tembikar Cina serta benda-benda perunggu dari zaman Dinasti Han dan zaman-zaman sesudahnya di selatan Sumatera dan di Jawa Timur membuktikan hal ini.


Dalam catatan kakinya Bellwood menulis, "Museum Nasional di Jakarta memiliki beberapa bejana keramik dari beberapa situs di Sumatera Utara. Selain itu, banyak barang perunggu Cina, yang beberapa di antaranya mungkin bertarikh akhir masa Dinasti Zhou (sebelum 221 SM), berada dalam koleksi pribadi di London. Benda-benda ini dilaporkan berasal dari kuburan di Lumajang, Jawa Timur, yang sudah sering dijarah…" Bellwood dengan ini hendak menyatakan bahwa sebelum tahun 221 SM, para pedagang pribumi diketahui telah melakukan hubungan dagang dengan para pedagang dari Cina.

Masih menurutnya, perdagangan pada zaman itu di Nusantara dilakukan antar sesama pedagang, tanpa ikut campurnya kerajaan, jika yang dimaksudkan kerajaan adalah pemerintahan dengan raja dan memiliki wilayah yang luas. Sebab kerajaan Budha Sriwijaya yang berpusat di selatan Sumatera baru didirikan pada tahun 607 Masehi (Wolters 1967; Hall 1967, 1985). Tapi bisa saja terjadi, "kerajaan-kerajaan kecil" yang tersebar di beberapa pesisir pantai sudah berdiri, walau yang terakhir ini tidak dijumpai catatannya.

Di Jawa, masa sebelum masehi juga tidak ada catatan tertulisnya. Pangeran Aji Saka sendiri baru "diketahui" memulai sistem penulisan huruf Jawi kuno berdasarkan pada tipologi huruf Hindustan pada masa antara 0 sampai 100 Masehi. Dalam periode ini di Kalimantan telah berdiri Kerajaan Hindu Kutai dan Kerajaan Langasuka di Kedah, Malaya. Tarumanegara di Jawa Barat baru berdiri tahun 400-an Masehi. Di Sumatera, agama Budha baru menyebar pada tahun 425 Masehi dan mencapai kejayaan pada masa Kerajaan Sriwijaya.

Temuan G. R Tibbets

Adanya jalur perdagangan utama dari Nusantara—terutama Sumatera dan Jawa—dengan Cina juga diakui oleh sejarahwan G. R. Tibbetts. Bahkan Tibbetts-lah orang yang dengan tekun meneliti hubungan perniagaan yang terjadi antara para pedagang dari Jazirah Arab dengan para pedagang dari wilayah Asia Tenggara pada zaman pra Islam. Tibbetts menemukan bukti-bukti adanya kontak dagang antara negeri Arab dengan Nusantara saat itu.

"Keadaan ini terjadi karena kepulauan Nusantara telah menjadi tempat persinggahan kapal-kapal pedagang Arab yang berlayar ke negeri Cina sejak abad kelima Masehi, " tulis Tibbets.

Jadi peta perdagangan saat itu terutama di selatan adalah Arab-Nusantara-China.

Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok juga menyebutkan bahwa menjelang seperempat tahun 700 M atau sekitar tahun 625 M—hanya berbeda 15 tahun setelah Rasulullah menerima wahyu pertama atau sembilan setengah tahun setelah Rasulullah berdakwah terang-terangan kepada bangsa Arab—di sebuah pesisir pantai Sumatera sudah ditemukan sebuah perkampungan Arab Muslim yang masih berada dalam kekuasaan wilayah Kerajaan Budha Sriwijaya.

Di perkampungan-perkampungan ini, orang-orang Arab bermukim dan telah melakukan asimilasi dengan penduduk pribumi dengan jalan menikahi perempuan-perempuan lokal secara damai. Mereka sudah beranak–pinak di sana. Dari perkampungan-perkampungan ini mulai didirikan tempat-tempat pengajian al-Qur'an dan pengajaran tentang Islam sebagai cikal bakal madrasah dan pesantren, umumnya juga merupakan tempat beribadah (masjid).

Temuan ini diperkuat Prof. Dr. HAMKA yang menyebut bahwa seorang pencatat sejarah Tiongkok yang mengembara pada tahun 674 M telah menemukan satu kelompok bangsa Arab yang membuat kampung dan berdiam di pesisir Barat Sumatera. Ini sebabnya, HAMKA menulis bahwa penemuan tersebut telah mengubah pandangan orang tentang sejarah masuknya agama Islam di Tanah Air. HAMKA juga menambahkan bahwa temuan ini telah diyakini kebenarannya oleh para pencatat sejarah dunia Islam di Princetown University di Amerika.

Pembalseman Firaun Ramses II Pakai Kapur Barus Dari Nusantara

Dari berbagai literatur, diyakini bahwa kampung Islam di daerah pesisir Barat Pulau Sumatera itu bernama Barus atau yang juga disebut Fansur. Kampung kecil ini merupakan sebuah kampung kuno yang berada di antara kota Singkil dan Sibolga, sekitar 414 kilometer selatan Medan. Di zaman Sriwijaya, kota Barus masuk dalam wilayahnya. Namun ketika Sriwijaya mengalami kemunduran dan digantikan oleh Kerajaan Aceh Darussalam, Barus pun masuk dalam wilayah Aceh.

Amat mungkin Barus merupakan kota tertua di Indonesia mengingat dari seluruh kota di Nusantara, hanya Barus yang namanya sudah disebut-sebut sejak awal Masehi oleh literatur-literatur Arab, India, Tamil, Yunani, Syiria, Armenia, China, dan sebagainya.

Sebuah peta kuno yang dibuat oleh Claudius Ptolomeus, salah seorang Gubernur Kerajaan Yunani yang berpusat di Aleksandria Mesir, pada abad ke-2 Masehi, juga telah menyebutkan bahwa di pesisir barat Sumatera terdapat sebuah bandar niaga bernama Barousai (Barus) yang dikenal menghasilkan wewangian dari kapur barus.

Bahkan dikisahkan pula bahwa kapur barus yang diolah dari kayu kamfer dari kota itu telah dibawa ke Mesir untuk dipergunakan bagi pembalseman mayat pada zaman kekuasaan Firaun sejak Ramses II atau sekitar 5. 000 tahun sebelum Masehi!

Berdasakan buku Nuchbatuddar karya Addimasqi, Barus juga dikenal sebagai daerah awal masuknya agama Islam di Nusantara sekitar abad ke-7 Masehi. Sebuah makam kuno di kompleks pemakaman Mahligai, Barus, di batu nisannya tertulis Syekh Rukunuddin wafat tahun 672 Masehi. Ini memperkuat dugaan bahwa komunitas Muslim di Barus sudah ada pada era itu.

Sebuah Tim Arkeolog yang berasal dari Ecole Francaise D'extreme-Orient (EFEO) Perancis yang bekerjasama dengan peneliti dari Pusat Penelitian Arkeologi Nasional (PPAN) di Lobu Tua-Barus, telah menemukan bahwa pada sekitar abad 9-12 Masehi, Barus telah menjadi sebuah perkampungan multi-etnis dari berbagai suku bangsa seperti Arab, Aceh, India, China, Tamil, Jawa, Batak, Minangkabau, Bugis, Bengkulu, dan sebagainya.

Tim tersebut menemukan banyak benda-benda berkualitas tinggi yang usianya sudah ratusan tahun dan ini menandakan dahulu kala kehidupan di Barus itu sangatlah makmur.

Di Barus dan sekitarnya, banyak pedagang Islam yang terdiri dari orang Arab, Aceh, dan sebagainya hidup dengan berkecukupan. Mereka memiliki kedudukan baik dan pengaruh cukup besar di dalam masyarakat maupun pemerintah (Kerajaan Budha Sriwijaya). Bahkan kemudian ada juga yang ikut berkuasa di sejumlah bandar. Mereka banyak yang bersahabat, juga berkeluarga dengan raja, adipati, atau pembesar-pembesar Sriwijaya lainnya. Mereka sering pula menjadi penasehat raja, adipati, atau penguasa setempat. Makin lama makin banyak pula penduduk setempat yang memeluk Islam. Bahkan ada pula raja, adipati, atau penguasa setempat yang akhirnya masuk Islam. Tentunya dengan jalan damai (Rz/eramuslim)

Sejarahwan T. W. Arnold dalam karyanya "The Preaching of Islam" (1968) juga menguatkan temuan bahwa agama Islam telah dibawa oleh mubaligh-mubaligh Islam asal jazirah Arab ke Nusantara sejak awal abad ke-7 M.

Setelah abad ke-7 M, Islam mulai berkembang di kawasan ini, misal, menurut laporan sejarah negeri Tiongkok bahwa pada tahun 977 M, seorang duta Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) diketahui telah mengunjungi negeri Tiongkok mewakili sebuah negeri di Nusantara (F. Hirth dan W. W. Rockhill (terj), Chau Ju Kua, His Work On Chinese and Arab Trade in XII Centuries, St. Petersburg: Paragon Book, 1966, hal. 159).

Bukti lainnya, di daerah Leran, Gresik, Jawa Timur, sebuah batu nisan kepunyaan seorang Muslimah bernama Fatimah binti Maimun bertanggal tahun 1082 telah ditemukan. Penemuan ini membuktikan bahwa Islam telah merambah Jawa Timur di abad ke-11 M (S. Q. Fatini, Islam Comes to Malaysia, Singapura: M. S. R.I., 1963, hal. 39).

Dari bukti-bukti di atas, dapat dipastikan bahwa Islam telah masuk ke Nusantara pada masa Rasulullah masih hidup. Secara ringkas dapat dipaparkan sebagai berikut: Rasululah menerima wahyu pertama di tahun 610 M, dua setengah tahun kemudian menerima wahyu kedua (kuartal pertama tahun 613 M), lalu tiga tahun lamanya berdakwah secara diam-diam—periode Arqam bin Abil Arqam (sampai sekitar kuartal pertama tahun 616 M), setelah itu baru melakukan dakwah secara terbuka dari Makkah ke seluruh Jazirah Arab.

Menurut literatur kuno Tiongkok, sekitar tahun 625 M telah ada sebuah perkampungan Arab Islam di pesisir Sumatera (Barus). Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW memproklamirkan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam.

Selaras dengan zamannya, saat itu umat Islam belum memiliki mushaf Al-Qur'an, karena mushaf Al-Qur'an baru selesai dibukukan pada zaman Khalif Utsman bin Affan pada tahun 30 H atau 651 M. Naskah Qur'an pertama kali hanya dibuat tujuh buah yang kemudian oleh Khalif Utsman dikirim ke pusat-pusat kekuasaan kaum Muslimin yang dipandang penting yakni (1) Makkah, (2) Damaskus, (3) San'a di Yaman, (4) Bahrain, (5) Basrah, (6) Kuffah, dan (7) yang terakhir dipegang sendiri oleh Khalif Utsman.

Naskah Qur'an yang tujuh itu dibubuhi cap kekhalifahan dan menjadi dasar bagi semua pihak yang berkeinginan menulis ulang. Naskah-naskah tua dari zaman Khalifah Utsman bin Affan itu masih bisa dijumpai dan tersimpan pada berbagai museum dunia. Sebuah di antaranya tersimpan pada Museum di Tashkent, Asia Tengah.

Mengingat bekas-bekas darah pada lembaran-lembaran naskah tua itu maka pihak-pihak kepurbakalaan memastikan bahwa naskah Qur'an itu merupakan al-Mushaf yang tengah dibaca Khalif Utsman sewaktu mendadak kaum perusuh di Ibukota menyerbu gedung kediamannya dan membunuh sang Khalifah.

Perjanjian Versailes (Versailes Treaty), yaitu perjanjian damai yang diikat pihak Sekutu dengan Jerman pada akhir Perang Dunia I, di dalam pasal 246 mencantumkan sebuah ketentuan mengenai naskah tua peninggalan Khalifah Ustman bin Affan itu yang berbunyi: (246) Di dalam tempo enam bulan sesudah Perjanjian sekarang ini memperoleh kekuatannya, pihak Jerman menyerahkan kepada Yang Mulia Raja Hejaz naskah asli Al-Qur'an dari masa Khalif Utsman, yang diangkut dari Madinah oleh pembesar-pembesar Turki, dan menurut keterangan, telah dihadiahkan kepada bekas Kaisar William II (Joesoef Sou'yb, Sejarah Khulafaur Rasyidin, Bulan Bintang, cet. 1, 1979, hal. 390-391).

Sebab itu, cara berdoa dan beribadah lainnya pada saat itu diyakini berdasarkan ingatan para pedagang Arab Islam yang juga termasuk para al-Huffadz atau penghapal al-Qur'an.Menengok catatan sejarah, pada seperempat abad ke-7 M, kerajaan Budha Sriwijaya tengah berkuasa atas Sumatera. Untuk bisa mendirikan sebuah perkampungan yang berbeda dari agama resmi kerajaan—perkampungan Arab Islam—tentu membutuhkan waktu bertahun-tahun sebelum diizinkan penguasa atau raja. Harus bersosialisasi dengan baik dulu kepada penguasa, hingga akrab dan dipercaya oleh kalangan kerajaan maupun rakyat sekitar, menambah populasi Muslim di wilayah yang sama yang berarti para pedagang Arab ini melakukan pembauran dengan jalan menikahi perempuan-perempuan pribumi dan memiliki anak, setelah semua syarat itu terpenuhi baru mereka—para pedagang Arab Islam ini—bisa mendirikan sebuah kampung di mana nilai-nilai Islam bisa hidup di bawah kekuasaan kerajaan Budha Sriwijaya.

Perjalanan dari Sumatera sampai ke Makkah pada abad itu, dengan mempergunakan kapal laut dan transit dulu di Tanjung Comorin, India, konon memakan waktu dua setengah sampai hampir tiga tahun. Jika tahun 625 dikurangi 2, 5 tahun, maka yang didapat adalah tahun 622 Masehi lebih enam bulan. Untuk melengkapi semua syarat mendirikan sebuah perkampungan Islam seperti yang telah disinggung di atas, setidaknya memerlukan waktu selama 5 hingga 10 tahun.

Jika ini yang terjadi, maka sesungguhnya para pedagang Arab yang mula-mula membawa Islam masuk ke Nusantara adalah orang-orang Arab Islam generasi pertama para shahabat Rasulullah, segenerasi dengan Ali bin Abi Thalib r. A.

Kenyataan inilah yang membuat sejarawan Ahmad Mansyur Suryanegara sangat yakin bahwa Islam masuk ke Nusantara pada saat Rasulullah masih hidup di Makkah dan Madinah. Bahkan Mansyur Suryanegara lebih berani lagi dengan menegaskan bahwa sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul, saat masih memimpin kabilah dagang kepunyaan Khadijah ke Syam dan dikenal sebagai seorang pemuda Arab yang berasal dari keluarga bangsawan Quraisy yang jujur, rendah hati, amanah, kuat, dan cerdas, di sinilah ia bertemu dengan para pedagang dari Nusantara yang juga telah menjangkau negeri Syam untuk berniaga.

"Sebab itu, ketika Muhammad diangkat menjadi Rasul dan mendakwahkan Islam, maka para pedagang di Nusantara sudah mengenal beliau dengan baik dan dengan cepat dan tangan terbuka menerima dakwah beliau itu," ujar Mansyur yakin.

Dalam literatur kuno asal Tiongkok tersebut, orang-orang Arab disebut sebagai orang-orang Ta Shih, sedang Amirul Mukminin disebut sebagai Tan mi mo ni'. Disebutkan bahwa duta Tan mi mo ni', utusan Khalifah, telah hadir di Nusantara pada tahun 651 Masehi atau 31 Hijriah dan menceritakan bahwa mereka telah mendirikan Daulah Islamiyah dengan telah tiga kali berganti kepemimpinan. Dengan demikian, duta Muslim itu datang ke Nusantara di perkampungan Islam di pesisir pantai Sumatera pada saat kepemimpinan Khalifah Utsman bin Affan (644-656 M). Hanya berselang duapuluh tahun setelah Rasulullah SAW wafat (632 M).

Catatan-catatan kuno itu juga memaparkan bahwa para peziarah Budha dari Cina sering menumpang kapal-kapal ekspedisi milik orang-orang Arab sejak menjelang abad ke-7 Masehi untuk mengunjungi India dengan singgah di Malaka yang menjadi wilayah kerajaan Budha Sriwijaya.

Gujarat Sekadar Tempat Singgah

Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Inilah yang oleh banyak sejarawan dikenal sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari Snouck Hurgronje, karena para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Kutaraja atau Banda Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang menjorok ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Bukalah atlas Asia Selatan, kita akan bisa memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India sebagai tempat transit yang sangat strategis sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera maupun yang meneruskan ekspedisi ke Kanton di Cina. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Banda Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka dan terus ke berbagai pusat-pusat perdagangan di daerah ini hingga pusat Kerajaan Budha Sriwijaya di selatan Sumatera (sekitar Palembang), lalu mereka ada pula yang melanjutkan ekspedisi ke Cina atau Jawa.

Disebabkan letaknya yang sangat strategis, selain Barus, Banda Aceh ini telah dikenal sejak zaman dahulu. Rute pelayaran perniagaan dari Makkah dan India menuju Malaka, pertama-tama diyakini bersinggungan dahulu dengan Banda Aceh, baru menyusuri pesisir barat Sumatera menuju Barus. Dengan demikian, bukan hal yang aneh jika Banda Aceh inilah yang pertama kali disinari cahaya Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab. Sebab itu, Banda Aceh sampai sekarang dikenal dengan sebutan Serambi Makkah.(Rz, Tamat/eramuslim)

25 April 2008

MENTERI BESAR : KEMBALIKAN ROYALTY MINYAK TERENGGANU

Apr 20, 08 10:43pm
Terengganu menuntut royalti petroleum, yang ditarik balik sejak 2000 sewaktu negeri itu ditadbir PAS, dikembalikan kepada kerajaan negeri. Perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad menukar wang royalti 5 peratus kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan". Menteri besar baru Datuk Ahmad Said hari ini menggesa kerajaan Persekutuan menyerahkan pengurusan wang royalti kepada kerajaan negeri, lapor Bernama.
Beliau berkata sudah tiba masanya wang royalti diserahkan sepenuhnya kepada Terengganu bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan dijalankan untuk rakyat di negeri ini.

"Kita berharap bahawa kalau boleh kerajaan pusat kembalikan royalti itu, kita cakap terus teranglah... tidak boleh selindung lagi. Kita mengharapkan duit (royalti) dapat kepada kita," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu hari ini.Ahmad dilaporkan berkata, sejak DKKP diperkenalkan, semua projek yang menggunakan dana itu disalurkan terus kepada kementerian yang melaksanakannya tanpa merujuk kerajaan negeri menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan gagal memberi kesan besar akibat tidak mengambil kira keperluan rakyat." Ada projek yang kita rancang... kita akui. Tetapi ada projek yang kita tidak rancang. Tiba-tiba sahaja kita dengar ada projek yang kita dapat.
"Buat jalan dalam hutan dengan kos hingga RM50 juta hingga RM60 juta. Kita hanya mengetahui tentang projek itu apabila ia mempunyai masalah seperti tanah ditarik balik dan sebagainya."Ini yang menjadi masalah... sebab terlalu banyak pihak yang menguruskan wang royalti kerana ia adalah wang ehsan.

Mereka menggunakan wang kita, jadi apabila kementerian yang buat ia adalah berasaskan kepentingan kementerian semata-mata tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak rakyat Terengganu." Ini menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri. Saya cakap terus terang, ada sesetengah projek yang saya sendiri secara peribadi tidak berpuas hati kerana dengan kos yang tinggi, tidak memberi keutamaan kepada rakyat sebaliknya orang lain tentukan bukan kita, sedangkan kita tuan rumah," katanya. Ahmad berkata wang royalti diserahkan kembali, ia akan memudahkan kerajaan negeri merancang projek pembangunan menurut keutamaannya berbanding amalan sekarang yang memerlukan permohonan dikemukakan terlebih dahulu kepada kerajaan pusat.

Kerajaan negeri bawah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, selepas merampas kembali Terengganu dalam pilihanraya umum 2004, menarik balik tindakan saman yang difailkan oleh pentadbiran PAS.

PAS, ketika pilihanraya umum baru-baru ini, memasukkan dalam manifestonya usaha menuntut kembali wang royalti ini melalui proses mahkamah.Isu perbelanjaan wang royalti dikatakan menjadi satu daripada beberapa punca pihak istana tidak melantik semula Idris, dan menggantikannya dengan Ahmad.

18 April 2008

PEMBANGUNAN BELIA SUKARELAWAN ASKAR WATANIAH

THE MAN FROM THE EAST

The Man From The East,

Tercetus dari ramalan manusia,
Bangkitnya seorang yang akan berkuasa,
Mengegar setiap penjuru dunia,
Mengejut dunia yang sedang lena,

The Man From The East,

Munculnya dari sebelah Timur,
Pertembungan 3 lautan nan makmur,
Nama kan gah pastinya tersohor,
Mengubah dunia yang kelam dan kabur,

The Man From The East,

Serban biru imej dibawa,
Sunnah dari Nabi tercinta,
Membawa sistem ekonomi Yang Esa,
Mengubah seluruh sistem manusia,

The Man From The East,

Kemunculannya terus dinanti,
Oleh dunia sehari hari,
Bagi seorang pejuang sejati,
Inilah saat yang dinanti,

The Man From The East,

Mungkinkah beliau dari Malaysia,
Pemimpin agung yang dinanti dunia,
Mengegar seluruh alam semesta,
Moga dari golongan agama,

The Man From The East,

Dunia menanti kemunculanmu,
Bagi merubah yang bercelaru,
Di dunia kejam yang penuh seteru,
Kahabarkanlah kemunculanmu,
Agar dapat kami berjuang bersamamu.


By : The Man From The East (Klang)
http://isa777.multiply.com/

14 April 2008

PARAGLIDING HAND ON - MENGEMBALI TAMADUN SILAM

PANTAI PANDAK CHENDERING

Hari ini 14hb April 2008 Isnin, dengan satu tekad yang bulat PB2W membawa cita-cita dan impian menjadi suatu kenyataan. Walaupun dengan peralatan yang terhad sudah cukup untuk menjadi pemangkin memahirkan dan menyakinkan diri para belia dalam pengendalian 'wing'.

Di sini tanpa keterbatasan kepada jantina, ras dan etnik, sesiapa sahaja boleh mencabar kewibawaan dirinya dan keyakinan diri sendiri, siapakah dia yang sebenarnya. Ia adalah (Method) suatu pengupayaan jati diri anak watan Darul Iman. Paragliding bukan lagi untuk golongan elite sahaja, anak kampung, anak pelaut dan anak siapa pun boleh bersama dengan kami, kami akan membawa memimpin, kami akan realisasikan hasrat terbuku, mereka akan terbang bebas di udara. Bersama mencipta kegemilang sejarah Kembayat Negara.

Melalui pengendalian paraglider PB2W mengajak semua Anak Watan Terengganu, mari bersama kami kita buktikan bahawa kitalah ( Darul Iman ) pelopor tamadun awal Kembayat Negara, Kembayat adalah negeri di atas angin. Terengganu maju di awal abad ke 11 masihi lagi mendahului Melaka (1400-1511 M) selepas Acheh ( Samudra Pasai 1270-1516 M ). Laksmana Cheng Ho pernah melawat Fo lo an ( Kuala Berang ) pada masa itu, untuk mencari Uyun Hayat. Kerajaan Kembayat Negara melangkau luas ke Indra Pura ( Dong Duong ) dan Kauthara Nha Trang di Vietnam sekarang.

Bukit Chendering, menyimpan seribu satu misteri dan mitos lagenda. Ia dikatakan tempat asal pendudukan bersusur galur dari laksmana Cheng ho atau Zheng He semasa belayar dari China ke Afrika yang singgah di Fo Lo An ( Kuala Berang ) sekitar abad ke 14 M.

SURATAN PADA BATU BERSURAT TERENGGANU

  • Rasullulah dengan yang arwah santabi mereka.
  • Asal pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
  • Dengan benar bicara derma meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
  • Di Benua ku ini, penentu agama Rasulullah Sallallahu A’laihi Wa sallama
  • Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam.
  • Bahumi penentuan itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah
  • Dewata Mulia Raya dengan benar Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka
  • Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi Pertama ada
  • Jumaat di Bulan Rajab di Tahun saratan di sasankala. Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua
KEMBAYAT NEGARA - NUSANTARA

Kata ‘Nusantara’, berasal dari kata-kata Mahapatih Kerajaan Majapahit, Gajah Mada, dalam sumpahnya yang terkenal dengan Sumpah Palapa. Bahwa dia tidak akan menikmati kesenangan dunia sebelum seluruh nusantara bersatu. Gajah Mada sendiri adalah sosok yang misterius, tidak diketahui dari mana asal-usulnya, kemudian tampil menjadi orang yang paling berpengaruh dari zaman ke zaman dengan konsep Nusantara-nya dan kemudian menghilang entah ke mana.

Wilayah Nusantara mengacu kepada kepada kawasan kepulauan Asia Tenggara, yang saat ini berada dalam wilayah negara Indonesia, Malaysia dan sekitarnya. Menurut pembagian kawasan dunia, wilayah ini terletak paling timur dalam peta dunia. Orang Eropa menyebut wilayah ini Timur Jauh. Pada abad-abad penjajahan bangsa Eropa, Nusantara biasa disebut Hindia Timur (East Indies). Begitu juga dengan orang Arab dan Timur Tengah, bila dikatakan ‘Timur’ maka dalam maksud lokal bisa bermaksud kawasan di sebelah timur Hijaz (kawasan Mekah dan Madinah), tapi dalam maksud yang lain berarti wilayah di arah timur di luar Jazirah Arab dan Teluk Persia: Nusantara.

http://easternearth.wordpress.com/2007/06/11/the-secret-of-nusantara-i-blood-of-the-prophet/

Kerajaan Kembayat Negara

Ianya di asas oleh Muhammad Nafs Al-Zakiyah ( Syarif Al-Baghdadi ). Sharif Muhammad adalah khalifah teragung yang pertama menjadi model Rasulullah SAW di Asia Timur. Beliau pernah mengalahkan kerajaan-kerajaan Sri Wijaya dan Majapahit sehingga dikatakan semua negeri di Nusantara juga kerajaan yang bersempadan dengan Lautan Pasifik (seperti Filipina sekarang) sampai ke sempadan Empayar China pernah tunduk di bawah pemerintahannya. Kembayat Negara dengan jajahannya meluas sehingga ke Indo-China.

HUBUNGAN TITISAN PEWARISAN SEJARAH

Orang-orang Melayu sememangnya telah terkenal sebagai pelaut yang handal. Ketika berada puncak kegemilangan mereka, orang-orang Melayu telah sampai sehingga kebanyakan pulau-pulau yang jauh sehinggakan seluruh kawasan ini dikenali sebagai kepulauan Melayu. Malah leluhur orang-orang Melayu telah pun sampai sehingga ke Kepulauan Polinesia dan belayar ke sebelah barat sehingga ke Pulau Madagasar dan pantai barat Afrika. Sehingga hari ini keturunan mereka masih mendiami tempat-tempat ini.

Malangnya semasa perperangan dunia kedua, kegiatan kapal selam yang membedil kapal-kapal yang berlayar diperairan telah menyebabkan kemerosotan kegunaan kapal-kapal kayu akibat tidak mampu diganti oleh pemiliknya. Seterusnya, pengenalan penggangkutan yang menggunakan kapal-kapal dagang besar yang berenjin dan sistem penggangkutan darat yang bertambah baik, mengakibatkan sistem perdagangan menggunakan kapal-kapal kecil lumpuh. Hanya dibeberapa kawasan seperti di Aceh, perahu-perahu traditional kayu masih kekal digunakan bagi penggangkutan barangan perdagangan.

Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai pelabuhan yang sibuk pada suatu masa. Malah dikatakan bahawa salah satu sebab jalan keretapi tidak dibina melalui Terengganu kerana dibimbangi ia akan menggugat perdagangan kapal layar yang menggangkut barang-barang pada masa itu. Sehingga kini pembuatan bot kayu buatan tangan terkenal diseluruh dunia di Pulau Duyung, Terengganu. Bagaimanapun, bot-bot Melayu ini kini lebih dikenali oleh orang-orang luar berbanding orang-orang tempatan yang kurang berminat mempelajari warisan zaman-berzaman ini.


Bangsa Melayu Terengganu adalah suatu bangsa yang telah kehilangan jatidirinya, bangsa yang merempat dan terhina dibumi sendiri, kerana melangar sumpah perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang terdahulu.

“Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”... Lindungilah Ya Allah !

Kenyataan di muka empat batu bersurat Terengganu.

Hari ini anak bangsa mesti bangkit semula mencari identiti sebenar mencari susur galur peradaban bangsa, membebas belenggu pemikiran oleh penjajahan yang telah banyak merosakan faktar sebenar dalam kehidupan. Mereka mengalih pandangan supaya kita lalai dan lupa diri, denganya tiada kekuatan memudahkan mereka menguasai kita untuk tempoh berpanjangan.

Oleh yang demikian itu PB2W membawa sesuatu program seperti powered paraglider dan lain-lain extreme yang boleh meningkat keupayaan pemikiran dan ke arah perubahan paradigma belia dalam konteks pengupayaan jatidiri ( empowerment ) anak Watan Darul Iman. Suatu agenda merealisasikan dasar-dasar kerajaan dalam kesejahteraan negara.

"Penjajaran Modal Insan generasi Ulul Al Bab merentasi globalisasi ".

Menjadi suatu pengamanahan rakyat dan negara kepada PB2W membimbing para belia generasi muda kearah pembanggunan patriotisme yang meletakan keEsaan kepada Allah sebagai teras penggupayaan jatidiri. Mereka adalah generasi pemimpin masa depan, generasi yang akan mempertahankan keutuhan dan ketuanan Malaysia sebagai Tanah Melayu.


13 April 2008

TOLONG MERDEKAKAN REMAJA KITA !

MAMPUKAH PLKN MENTERJEMAH TUNTUTAN TERSEBUT
Perubahan yang berlaku setiap saat dalam konteks sosial lazimnya turut membawa bersamanya krisis sosial khasnya dari segi penerapan nilai-nilai murni yang mewarnai kehidupan sosial masyarakat. Kendatipun perubahan berbentuk pembangunan ini menyumbangkan kebaikan kepada taraf sosioekonomi masyarakat dan negara, ia tetap mempunyai implikasi negatif terhadap struktur sosial, agama, dan budaya.

Bagaimanapun, dalam membincangkan implikasi-implikasi yang dibawa oleh arus pembangunan ini, implikasinya terhadap golongan remajalah yang paling banyak dipersoal dan diperbincangkan. Seakan tiada ketidakadilan pula, implikasi negatif dan kebejatan sering menjadi topik perbincangan yang hangat diperdebatkan hingga menutupi implikasi positif yang dibawa. Isu-isu yang diketengahkan pula memperlihatkan seolah golongan remaja langsung tidak memiliki sebarang kualiti yang baik.

Golongan remaja yang merupakan ´komoditi negara´ sering sahaja menjadi ´kambing hitam´ terhadap segala implikasi negatif yang dibawa arus pembangunan walaupun tidak dapat disangkal, mereka merupakan golongan yang senang terdedah kepada ´tarikan negatif´ yang seakan cuba mengubah budaya Timur yang mereka junjung selama ini kepada suatu budaya baru yang berpaksikan budaya Barat.

Perubahan yang dipanggil pembangunan ini menjunjung dasar bahawa negara dan masyarakat tidak seharusnya ketinggalan dalam segenap hal yang bersangkut-paut dengan ´kemajuan´ berpaksikan Barat. Akibat daripada keterbukaan ini, segala jenis ´kemajuan´ dan budaya yang tidak sesuai dengan nilai ketimuran yang selama ini menjadi pegangan, dihakis dari dalam sanubari masyarakat Timur.

Arus ini secara halus cuba menghakis dan menerbitkan rasa ragu-ragu terhadap budaya ketimuran dan pegangan remaja terhadap budaya Timur itu sendiri. Langkah ´westernisasi´ ini jelas dapat dilihat dari segi bahasa, kepercayaan dan pegangan, gaya hidup termasuk cara berpakaian, soal pemakanan dan budaya baru yang terbentuk akibat daripada ´penjajahan´ pasca baru ini.

Terbaru, budaya televisyen realiti yang di ceduk dari Barat menjadi seakan suatu kegilaan kepada masyarakat bukan sahaja kepada golongan remaja malah juga kepada segenap lapisan masyarakat.

Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, genre program televisyen sebegini langsung tidak membangunkan minda rakyat tetapi hanya menjadikan mereka dibuai khayal sahaja di dalam mencapai angan-angan mereka serta dengan mudah dipengaruhi oleh golongan yang menguruskan rancangan-rancangan itu. Beliau menambah bahawa program-program seumpama itu akan menghalang golongan remaja dari berfikir dan bertindak mengikut fikiran mereka sendiri.

Beliau turut menekankan bahawa apa yang berlaku jelas menperlihatkan bahawa betapa mudah golongan pelapis negara ini mengikut telunjuk mereka-mereka yang menguasai media massa ini tanpa menggunakan akal dan fikiran.

Perkara yang membimbangkan adalah kelihatan bahawa golongan remaja kini seakan kehilangan identiti mereka lantaran daripada ketaksuban mereka terhadap segala yang datang daripada Barat. Kebanjiran hasil-hasil produk yang dibawa masuk daripada Barat ini menjadikan golongan remaja terdorong kepada corak kehidupan yang beracuankan Barat.

Golongan remaja lebih gemar bersuka ria dan bergembira tanpa memikirkan hala tuju dan wawasan masa hadapan. Kegilaan luar biasa mereka terhadap budaya bersuka ria dan bergembira ini dengan jelas melupuskan budaya dan identiti bangsa. Wujud pelbagai kebejatan yang mana sebelum ini dilihat seakan ´taboo´ bagi masyarakat Timur menjadi suatu kebiasaan pula bagi mereka. Peribahasa Barat yang menyatakan “bergembiralah engkau pada hari ini, puaskanlah nafsumu hari ini, kerana esok engkau akan mati” menjadi motto mereka. Budaya Hedonistik ini menenggelamkan budaya ketimuran yang sebelum ini menjadi ikutan nenek moyang yang menitik-beratkan nilai-nilai murni yang ampuh.
Kebudayaan kebangsaan tidak lagi menjadi rujukan mana-mana pihak. Kesemua ini dianggap fesyen biarpun ia sebenarnya telah mendedahkan bangsa kepada keruntuhan nilai dan kerosakan tamadun.

Ancaman globalisasi, penjajahan minda termasuk pemodenan gaya hidup ala Barat ini merupakan sejumlah cabaran kepada proses transformasi sosial golongan muda dan pembentukan budaya bangsa. Golongan ini ´dipujuk´ supaya mementingkan kebendaan; sikap yang secara halus cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba ´dibuai´ dan ´dibelai´ dengan cara acuan kebaratan yang mementingkan kebendaan semata-mata. Pembangunan pesat mewujudkan proses urbanisasi. Perpindahan dari desa ke bandar ini dengan trend golongan remaja masa kini yang lebih tertarik dengan kehidupan bandar dan kerjaya makan gaji mengakibatkan kejutan budaya hasil daripada corak kehidupan yang berbeza. Kejutan budaya ini menanam mentaliti bahawa segala yang ada di bandar adalah suatu trend yang wajib diikuti sebagai sebahagian daripada proses ´modenisasi´.

Gaya hidup bandar yang lazimnya mementingkan diri sendiri mula menjadi suatu kebiasaan di dalam kehidupan dan kelakuan seharian golongan remaja kini. Sikap mementingkan diri sendiri atau individualistik ini mewar-warkan corak kehidupan baru di mana istilah bagi keperluan untuk berkongsi adalah dinafikan sama sekali.

Semangat nasionalisme merupakan antara modus operandi yang digunapakai pihak penjajah dalam melemahkan dan memecah-belahkan sesuatu bangsa dalam era penjajahan pada masa dahulu. Semangat cintakan bangsa dan kaum ini ditanam sejak kecil bagi supaya lahir rasa taksub kepada bangsa dan kaum sendiri. Seharusnya semangat nasionalisme ini tidak disempitkan hanya kepada bangsa dan kaum sendiri sahaja kerana kerukunan sesuatu masyarakat berbilang bangsa merupakan tembok pengukuh kepada segala jenis penjajahan.

Kelemahan institusi keluarga turut memainkan peranan menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran sekaligus menyemarakkan lagi kebejatan dikalangan remaja. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan.” Kegagalan dalam mendidik oleh institusi kekeluargaan dan komponen masyarakat dalam menangani isu remaja juga menyumbang ke arah kecelaruan remaja.

Firman Allah bermaksud : “Mengapakah kamu menyuruh orang lain membuat kebajikan, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri dalam mengerjakan kebajikan itu, pada hal kamu membaca kitab. Maka apakah kamu tidak berfikir?” (Surah al-Baqarah: 44)

Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi sebahagian besar masyarakat, terutama dewasa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan.

Begitu juga jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga dan masyarakat sekitar masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial.
Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Rasulullah s.a.w pernah berpesan terhadap keperluan mencari teman yang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi. Jika kita tidak dapat membeli minyak wanginya, pasti akan dapat mencium bau wangian jualannya. Tetapi, jika berkawan dengan si tukang besi, pasti akan terkena percikan kepanasan api yang digunakan ketika bertukang besi.

Biarpun pendidikan ibu bapa menjadi tunggak utama pembentukan generasi muda namun peranan kerajaan dalam penganjuran program-program pembangunan diri, guru-guru dan sistem pendidikan, media massa dan teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi muda hari ini. Ibubapa membentuk anak-anak dalam rumah, bergerak dalam masyarakat dimana persekitarannya digaris panduankan oleh pihak kerajaan.

Justeru gejala sosial yang tidak sihat ini dapat ditangani sekiranya semua pihak berperanan mengekangnya daripada terus menular. Ketegasan dalam dasar pendidikan, penerangan, kebudayaan dan aktiviti belia banyak memainkan peranan kepada pembentukan generasi cemerlang yang seimbang jasmani dan rohani.

http://bobex.wordpress.com/2007/01/11/tolong-merdekakan-remaja-kita/

LOVE SUFIAH : HELPING OUR COMMUNITY

Assalamu alaikum,

We would like people to stop referring to Sufiah Yusof as a prostitute or any terminology that will create hatred towards her. Sufiah is a person who is in great need of help. We must view her as a person in need of help, someone who did something wrong not because of her liking but because of something which is beyond her control.

Sufiah does not need abuse. She needs treatment. She is not a criminal. She is a patient. If we keep abusing her or hunt her like a criminal, we will never be able to treat her. We have to take a compassionate approach. We have to let her know that there are people out there who love her, people who are willing to help her get out of her misery.

We will be launching the "Love Sufiah" campaign so that she will contact people whom she thinks she can trust. The focus now is not on "we find Sufiah" but on "Sufiah can find us".

We must also remove any hatred toward the campaign to save Sufiah. Sufiah is a member of the Melayu UK community. In the past we have helped people in need with no publicity at all. Publicity is not a crime so let us not treat it as a crime. If we care about saving those in need of help, then we should support publicity not go against it. Sufiah is just one of those whom we are helping and we do not know how many more will need our help in the future. Publicity will make our work easier.

If we hate any effort to save Sufiah, then we should refrain from saying anything. If we love to save her, then it is time to open our cheque books or get our credit cards and start donating to this good cause. We are scared that if Sufiah decides to contact us, we will not be able to give the treatment she badly needed simply because we cannot even afford to purchase airline tickets for our team members.


Wassalam,
Hamidi Abdul Rahman
President, Melayu UK


11 April 2008

WACANA ANAK BANGSA MERDEKA

ANAK - ANAK KITA

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi


http://alimhanafi.fotopages.com/

10 April 2008

PARA BELIA MENGUASAI RUANG UDARA TERENGGANU

Satu latihan berterusan akan dilaksanakan terhadap paraglider Terengganu dalam usaha memahir dan memantapkan diri selaku bakal atlit bagi persiapan menyertai kejohanan peringkat regional di masa yang terdekat. Dengan mensasarkan serampang dua mata pembanggunan dan pelancongan, kawasan pengendalian paraglider di pantai Pandak Chendering dan Bukit Chendering amat berkesesuaian dengan hasrat kerajaan membangun Pusat rekreasi Udara, Air di Terengganu. Menjadi satu agenda PB2W menyokong hasrat kerajaan negeri yang ingin membangun sukan rekreasi udara tersebut di Terengganu, sehubungan dengan itu PB2W telah merintis dan mempelopori salah satu dari sukan-sukan udara yang berprestij, Paraglider / Powered Paraglider (Paramotor).

Biar pun PB2W sebagai sebuah Persatuan belia, namun menceburkan badan tersebut ke bidang sukan extreme udara di dalam pembangunan attitude diri dan minda para belia terutama di Terengganu merupakan suatu modul pembangunan Modal Insan yang diperkenalkannya (PB2W). Secara penghayatan diri para belia yang mahu mencabar kekuatan hukum alam akan bertemu dengan satu formula kuasa fizik yang hebat. Fitrahnya kejadian manusia mengakui adanya pencipta "The Creator - ALLAH" yang Maha Hebat, maka sesiapa yang menolak hukum alam tersebut bererti menolak hukum Allah dan menafikan kehebatan Allah Tuhan sebagai Maha Pencipta. Maka pengajarannya ialah maut bakal mengundang. Tiada siapa pun sama ada Muslim atau non Muslim berani menafi fakta ini.



Bagi menyelesaikan persoalan ini prinsip Bernoulli dalam penerbangan diambil kira, Halaju tinggi tekanan rendah diadaptasi. Dalam artikel lepas telah dinyatakan bahawa aktiviti ini juga menjuruskan para belia kepada pengembangan sains aerodynamic ( Angkasa). " A rise in pressure must always be accompanied by a decrease in the speed or a increase in the speed results in a decrease in the pressure. " - Bernoulli's Principle

Wacana di atas yang telah digarapkan oleh PB2W adalah merujuk kepada RPNT 2004-2008 (Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu) di mana telah menjadi hasrat kerajaan negeri menekankan pembangunan sukan berprestij tinggi dalam menaikan imej Negeri. Berbekalkan sprit slogan "Tiada halangan hanyalah peluang ... " PB2W melangkah kehadapan bersama yang lain menyahut cabaran tersebut.

Rekreasi dan Sukan

2.20. Penyediaan kemudahan rekreasi dan sukan secara umumnya belum mencukupi terutamanya bagi kemudahan-kemudahan bertaraf negeri dan nasional. Prasarana sukan sedia ada tidak memadai dan tidak dapat diperkembangkan lagi. Selain daripada itu aspek penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi perlu ditekankan sebagai satu kaedah untuk menaikkan imej Terengganu.

http://www.terengganu.gov.my/rpnt/KSPRPNTPESAT.pdf

RM100j BINA KOMPLEKS SUKAN UDARA, AIR

KOTA TINGGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited menjadikan Malaysia sebagai pusat sehenti di rantau Asean untuk sukan rekreasi udara serta air dengan pembinaan lima kompleks Rakan Muda Air dan Udara bernilai RM100 juta pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata dengan pembinaan lima kompleks berkenaan, Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar sukan berkenaan bukan saja untuk mendapatkan latihan serta tunjuk ajar tetapi mendapat lesen, selain menjadi jurulatih. "Kita bekerjasama dengan Australia dan New Zealand bagi mendapatkan kepakaran dalam sukan ini, dan berharap ia akan dapat menarik penggemarnya untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan segala jenis kemudahan berkaitan sukan udara dan air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis peletakan batu asas Kompleks Rakan Muda Daerah, Air dan Udara di Desaru, Pengerang, Kota Tinggi. Azalina berkata, selain Desaru, KBS sudah mengenal pasti Rompin, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Sabah dan Sarawak untuk membangunkan kompleks sama berikutan lokasinya sesuai bagi pembangunan sukan sedemikian. Katanya, selain untuk pembangunan atlit serta penggemar sukan air dan udara, kompleks berkenaan akan dibuka kepada orang ramai kerana ia boleh menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke kawasan berkenaan.

Jika diperhatikan semua kompleks berkenaan menghadap Laut China Selatan dan di Kuala Terengganu, ia berada di laluan Piala Monsun. Ia serampang dua mata kerana selain untuk pembangunan sukan air dan udara, ia sebagai tarikan pelancong," katanya. Mengulas mengenai kompleks di Desaru, Azalina berkata, ia dibina di kawasan seluas 8.6 hektar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira setahun. Katanya, kompleks berkenaan juga dilengkapi asrama yang boleh menempatkan 300 penghuni.

Sumber: Berita Harian, Isnin, 3 Mac 2008


PB2W PELOPOR POWERED PARAGLIDER / PARAGLIDER DARUL IMAN

Sebenarnya penglibatan PB2W dalam sukan rekreasi udara ini bermula pada Mac 2007 lagi apabila PB2W telah diberi peranan mengajurkan satu demontrasi penerbangan Paramotor di kalangan Belia Terengganu ketika itu. Rentetan ini bermula dari sidang JAKPAW atau Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah pada 23 Feb 2007 di Kem Sri Tembila, Besut Terengganu. Yang di Pertua Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) yang juga selaku team pengasas Persatuan Belia yang terdiri dari Askar Wataniah terlibat dalam membuat tumpangan tugas selaku anggota (Sukarela) komunikasi Rejimen 512AW.

Mejar Yaakop bin Jaafar ( Nukleus Pengasas 10 Briged Para ) selaku 2IC BN 3 Kem Teluk Kuang, Kemaman adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab merancang penubuhan satu Kompeni tumpangan Paratrooper di Rej 512Aw semasa memegang teraju BN 1, melaluinyalah satu team seramai 7 orang anggota sukarelawan AW selaku perintis dari para belia Askar Wataniah yang di ketuai oleh YDP PB2W menghadiri kursus asas payung terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus ( PULPAK ) Melaka pada 23hb Okt 2000, berjaya keseluruhan 7 orang anggota tersebut menamatkannya dan memakai sayap penerjun pada 06hb Dis 2000.

Di atas keyakinan dan prestasi yang ditunjukan oleh para Belia Askar Wataniah dari Persatuan Belia Waja Watan (PB2W) maka Mej Yaakop bin Jaafar telah memperkenalkan YDP-PB2W dengan Lt Kol (B) Basir bin Hj Abdul Rahman selaku ex PASKAU TUDM juga pengasas Powered Paraglider di Malaysia sekitar 1997 dahulu. Di antara objektifnya ialah membawa sukan tersebut ke Terengganu untuk dipopularkan dan dengan menggunakan platform belia untuk memberi kemahiran udara kepada para belia Askar Wataniah di Terengganu selain dari menarik minat para belia lepasan persekolahan menyertai Sukarelawan Simpanan Tentera Darat (ATM).

Pada 10 - 11 Mac 2007, demo pengenalan diadakan di kompleks Belia Pasir Panjang dan Pantai Batu Buruk ( Rujuk artikel ) Tueday, Januari 2008 PENGENALAN PENGENDALIAN PARAMOTOR SEBAGAI MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Lanjutan dari minat terhadap gaya penerbangan paramotor menguasai udara dengan konsep 'simple aircraft' menyebabkan PB2W bekerja keras terhadapnya. Memandangkan sukan ini bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan maka PB2W menetapkan pra syarat kepada ahli-ahlinya mesti memahirkan diri menguasai paraglider terlebih dahulu sebelum melangkah ke paramotor. Sebagai langkah-langkah piawaian keselamatan kepada ahli-ahli PB2W dan para pelatih dibawah kendalian PB2W.


Lanjutan dari program tersebut satu pertemuan dengan Capt Mohd Arif b Ibrahim (MAS), anak Terengganu yang berpengalaman di bidang Paraglider sedia memberi kerjasama kepada PB2W di atas tekad membawa pembaharuan kepada generasi muda Terengganu. Kerja-kerja menyiapkan lokasi memakan masa setahun. Hari ini setelah semua rintangan dilalui tiada apa perlu dipersoalkan lagi melainkan memberi sokongan kepada generasi muda Terengganu atau Anak Watan membuktikan kehandalan mereka.


Benefit jangka panjang kepada para remaja dan belia, bermula dengan Paraglider mereka akan terus diperkenalkan dengan sukan udara yang lain seperti payung terjung dan microlite. Bagi manafaat komersial mereka mungkin suatu hari dapat memilikiki lesen pilot sendiri ( PPL dan CPL ). Dalam hal ini NSSAC sedia memberi kerja sama kepada PB2W, kepada PB2W sendiri kami perlu kepada komitmen para Belia dan Masyarakat Terengganu untuk memberi kepercayaan berterusan kepada kami. Manafaat kepada PB2W dari semua kepakaran yang disumbangkan kepada Negeri Terengganu hanyalah:

"Aku tidak inginkan apa-apa melainkan islah ( pembaikan / reformasi ) setakat kemampuan yang aku ada, kepada Nya aku bertawakal dan kepada Nya lah pula aku pasti akan kembali " - Hud 88



PB2W - JK SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 50

Sebagai memegang amanah Jawatankuasa sambutan Kemerdekaan ke 50, PB2W menyediakan 2 buah paramotor untuk dipersembahkan pada hari jadi tersebut. Pihak kami merasa bangga di atas kepercayaan Jawatankuasa Kecil Perarakan yang dipengerusi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Ahmad bin Said D.P.M.T., A.S.M., P.J.K dan sekarang beliau selaku Menteri Besar Terengganu.
Apa yang penting kepada PB2W ialah bersama dengan rakyat Malaysia di Terengganu menyambut ulang tahun ke 50 kemerdekaan negara, bakti diberi meletakkan diri di dalam lipatan sejarah negeri.

Sementara itu, para pengunjung juga turut dipersembahkan dengan persembahan yang menarik antaranya pertunjukan Paramotor oleh Persatuan Belia Waja Watan, Persembahan Kebudayaan Warna Warni Keharmonian oleh Pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu dan Tarian Perang oleh 18 RAMD.


MONSOON CUP 2007

Sempena acara monsoon cup 2007 satu pelancaran sukan udara dan air diadakan di Pulau Duyung, Terengganu. PB2W sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk melakukan demonstrasi tersebut. PB2W mendapat kepakaran teknikal dari Lt Kol (B) Basir b Abdul Rahman juga pemilik PARAMOTOR ADVENTURE (autorized dealer Adventure France). Sebagai agen tunggal Adventure di Malaysia syarikat milik beliau memiliki semua equipment yang diperlukan oleh seseorang Paramotorist.
Biarpun cabaran dari tekanan angin monson menyukarkan pengendalian paramotor untuk membuat lintas di hadapan pentas sempena kedatangan Menteri Belia dan Sukan pada masa itu Dato' Azalina Othman, dengan kepakaran yang ada dengan izin Allah membolehkan ianya dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

PROGRAM JANGKA PANJANG

Selama setahun seperti artikel lepas PB2W berpenat lelah berusaha menyediakan prasarana lokasi pengendalian Paraglider. Oleh itu kejayaan menerbangan 2 unit paraglider pada 11 Mac 2008 di Bukit Chendering menjadi titik tolak sejarah baru akan bermula. Pihak kami berkeyakinan ramai para belia terutama anak watan Terengganu akan mendapat manafaat daripadanya.

Bagi merealisasi wawasan menjadikan Malaysia dan Terengganu khasnya sebagai pusat sehenti bagi sukan udara, PB2W akan mengadakan kursus pengendalian secara berterusan secara kelompok bermula peringkat pengenalan dan Hand on (Penerbangan). Kepada para belia yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Paraglider / Powered Paraglider, boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam PB2W En Muhamad Alias b Khamis no H/P : 014 829 5814.