17 Jun 2008

ANAK KECIL MAIN API TERBAKAR HATINYA YANG SEPI

PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA SAFEGUARD OUR SOVEREIGNTY

'Anak kecil main api' satu dari baris rangkap lagu yang sentiasa didendangkan sebagai pembakar semangat mewujudkan keramat ketuanan bangsa Melayu berdaulat kepada para peserta dalam semua program motivasi terutama anjuran Biro Tata Negara ( BTN). Dengan semangat yang diisi itulah antaranya memampukan Malaysia keluar dari negara miskin menjadi negara membangun selama 22 tahun di bawah kepimpinan Tun Mahathir.

Hari ini lagu itu telah menjadi suatu siulan kenangan apabila maruah dan kedaulatan tanah air kita tergadai, Batu Putih (Pendra Blanca) terlepas kepada negara jiran kerana ketidakpandaian pemimpin negara menguruskannya, samalah dengan cerita nujum Pak Belalang, hanya kerana belalang sekor negara dan tanah air terlepas. Walaupun ia sekadar cerita lucu dan jenaka tetapi terlalu jelas masej di sebaliknya. Ya P.Ramlee terlalu bijak dalam daya seni perfilmannya sehingga mampu membentuk masej jelas apa yang akan berlaku di masa depan selepas beliau tiada. Memang betul telahan P.Ramlee, bermula perpecahan Singapura dari Malaysia dan akhirnya Batu Putih dan seterusnya Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan turut sama terlepas. Seperti kata Tun mahathir "WPI adalah wilayah Singapura"

Bahananya adalah akibat ketidakbijakan para pemimpin kita hari ini sehingga mengadaikan maruah dan harga diri Malaysia, sebenarnya bukanlah Malaysia tidak memiliki rakyat yang bagus tetapi Malaysia memiliki pemimpin yang bodoh. Kedaulatan negara tidak boleh dipermainkan, rakyat memberi kepercayaan tetapi para pemimpin menyeleweng kepercayaan tersebut, menggunakan pelbagai sumber media untuk memanipulasikan keadaan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya hari ini bukan 20 tahun lepas sumber berita boleh diputar belitkan, globalisasi membuka pekung di dada.


Kepada para belia sekalian PB2W menasihati semua supaya telus kontemporari, watchdog dan tidak menjadi agenda kepada kepentingan mana-mana parti politik, kerana semua parti politik akan menjadikan sentimen samada kepada perkauman atau kepuakan (rasis), kemiskinan atau ekonomi, sosiol budaya dan apa sahaja, bukanlah sebenarnya agenda mereka untuk kemaslahatan rakyat dan masyarakat tetapi hanya untuk menjadi batu loncatan mengukuhkan survivor politik semata-mata mengumpul kekayaan dan harta benda untuk kesenangan diri, keluarga dan kroni.

Mereka akan mencipta pelbagai slogan yang begitu gah dan menarik, sebenarnya ia adalah omong kosong yang akan meleka dan melalaikan kepada mereka yang mendengar. Semua hujjah dari mana-mana parti tidak lain adalah untuk mendapatkan kekuasaan dengan kemenangan undi. Mereka menjnajikan pelbagai jaminan, wal hal setelah mencapai lemenangan batang hidung pun tidak nampak. Polisi tidak berubah, taraf hidup tetap sama kaih pagi makan pagi kaih petang makan petang.

Paling drastik menggunakan Islam sebagai dasar perjuangan kepartian yang akhirnya telah memomokkan Islam itu sendiri. Mereka melakukan kononnya Tahalluh As-siasi dengan parti yang rasis dan fascis jelas menghina dan menpunyai agenda tersembunyi memurtadkan umat Islam.


Kita menpunyai masa yang amat terhad, jika kita mengsia-siakan masa ini maka bersedialah menjadi hamba merempat hina di bumi sendiri. Kepada Para belia yang mempunyai keinsafan di sanubari tampillah kehadapan lengkapkan persiapan diri dengan semangat patriotisme, kerana pertiwi dan bumi ini ada tanah warisan pesaka. Pada bahu kitalah amanah dan tanggungjawab mempertahankannya.

PB2W merayu kepada para belia sekalian sertailah mana-mana pasukan sukarelawan simpanan samada WATANIAH, PSTLDM, PSTUDM dan JPA3 sebagai tanggungjawab sosial masing-masing di sanalah akan ternilai sedikit pengorbanan kepada perjuangan mempertahankan kemerdekaan bumi ini. Kita semua perlu menyahut seruan Tun Dr Mahathir bahawa perjuangan ini mesti diteruskan.
ALLAH SELAMATKANLAN MALAYSIA