17 Ogos 2008

PEJUANG MELAYU TERENGGANU TERAKHIR DI ABAD KE 20

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG SEORANG ULAMA DAN PAHLAWAN
(SEMPENA KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 51)
Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
WAN Mohd. Shaghir Abdullah berceramah tentang Haji Abdur Rahman Limbong dalam satu majlis di Terengganu, baru-baru ini. ———— ——— ——— ——— ——— —

TERLALU banyak permintaan melalui e-mel dan telefon supaya memperkenalkan ulama yang berjuang untukmemerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah.Seiringan dengan itu pula mereka minta pengertianmakna jihad menurut yang ditakrif oleh para ulama yangmuktabar terutama ulama dunia Melayu.

Ini kerana, menurut mereka, setelah pengeboman PusatDagangan Dunia (WTC) Amerika Syarikat (AS) pada 11September 2001, terjadi simpang siur pentafsiran makna jihad. Simpang siur pentafsiran tersebut disebabkan ada golongan yang terlalu takut tekanan dan ancaman pihak imperialisme AS dan Barat dan sebaliknya adagolongan mujahid-mujahid Islam yang radikal, sangat berani dan anti terhadap AS dan Barat.

Apa yang saya rakamkan dalam tulisan ini bukan mendabik dada supaya diakui sebagai seorang pejuang. Namun, saya hanya mengikut rentak dan peristiwa yang berlaku. Sekurang-kurangnya ada tiga isu terkini yang dijadikan iktibar perbandingan.

Yang pertama ialah laungan memperingati kemerdekaanbesar-besaran Malaysia yang ke-50. Yang kedua,peristiwa Saddam Husein, bekas Presiden Iraq dihukumgantung sampai mati oleh orang-orang Islam sendirikerana terlalu patuh kepada penjajah bentuk baru ASyang ‘menjajah’ Iraq, Afghanistan, dan lain-lain.

Yang ketiga, kejayaan musuh-musuh Islam mengadu dombaantara golongan Syiah dan Sunah.
Semua isu yang tersebut dapat dijadikan perbandingandengan perjuangan ulama dunia Melayu. Bahawa merekaberjuang untuk kemerdekaan membebaskan bangsa Melayudari segala bentuk dan corak penjajahan masa lampau,sekarang dan masa-masa akan datang. Saya mulai denganHaji Abdur Rahman Limbong seorang pahlawan bangsaMelayu di Terengganu.

Izinkan saya untuk turut aktif menyambut launganmemperingati kemerdekaan besar-besaran Malaysia yangke-50 dengan memaparkan beberapa ulama yang perjuanganmereka tidak pernah takut menggunakan istilah jihad.Di antara mereka ramai yang ditangkap dan diseksa.Yang digantung ialah Tok Janggut Kelantan, persisseperti Saddam Husein digantung baru-baru ini.

Ulama pejuang dalam artikel ini nama lengkapnya ialahHaji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid binHaji Abdul Qadir. Lahir tahun 1285 H/1868M, wafat diMekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal dariPatani dan Terengganu.

Haji Abdur Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok KuPaloh, iaitu seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah.Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahlisufi, namun beliau juga bijaksana dalam seluk belokpersoalan dunia.

Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali beliauberhujah di mahkamah kerana membela rakyat yangdisaman oleh pihak pemerintah Inggeris. Haji AbdurRahman Limbong adalah seorang sufi yang pernah menjadipeguam. Saya simpulkan saja bahawa Haji Abdur RahmanLimbong perlu kita kenali, dalam dunia sufi tangannyaselalu bersih membilang-bilang buah tasbih.

Di mahkamah, lisannya fasih berkata-kata membelakebenaran yang disandarkan kepada perintah Allah danrasul. Bukannya membela undang-undang ciptaan manusia.Di gelanggang medan laga pandai bermain senjata. Hidupdi dunia ini tiada sesuatu apa pun yang ditakutinyakecuali kemurkaan Allah kerana melanggar perintahAllah dan rasul-Nya.

Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asasilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Yang palingutama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak ialahHaji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.

Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikandari Haji Ya’qub dan Haji Musa. Kedua-dua ulama itutinggal di Paya Bunga. Selanjutnya yang membentukperibadi Haji Abdur Rahman Limbong menjadi seorangsufi dan pejuang jihad ialah Tok Ku Paloh, ulamaTerengganu yang terkenal.

Tok Ku Paloh juga adalah seorang pejuang (selengkapnyalihat judul Tok Ku Paloh Al-Aidrus, Pejuang Islam danBangsa Melayu (18 September 2006).
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai HajiAbdur Rahman Limbong aktif mengajar masyarakat di HuluTerengganu. Jika kita teliti kitab-kitab yang beliauajar meliputi beberapa disiplin ilmu.

Antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammimandan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanyadalam bahasa Arab. Matn Umm al-Barahin, mengenai ilmutauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkankitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidakdiabaikan ialah Faridah al-Faraid dan ad-Durrats-Tsamin.

Kitab fikah bahasa Arab yang pernah diajarkan olehHaji Abdur Rahman Limbong ialah Kitab Tahrir dan ilmutasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafiskedua-duanya dalam bahasa Melayu.

Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalahseorang ulama yang suka mengembara atau merantau kebeberapa buah negeri. Soal kewangan untuk mengembaratidak sukar baginya kerana di mana tempat beliauberpijak, ada saja penduduk yang mahu menjadimuridnya. Pengembaraan yang dekat dengan Terengganu diantaranya ialah Beserah, Kuantan, kedua-duanya dalamPahang. Selanjutnya Kelantan, Patani, Kedah danlain-lain.

Negeri-negeri seberang laut yang pernah beliaumerantau ialah Sambas, Jambi, Riau dan Brunei. Dinegeri-negeri seberang laut itu juga terdapatmurid-murid Haji Abdur Rahman Limbong.

Pengembaraan beliau ke negeri-negeri tersebutmempunyai kisah yang panjang, tetapi yang dapatdiungkapkan di sini ialah tentang di Sambas danKepulauan Riau saja. Dalam pelayaran di laut, HajiAbdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan orangTerengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-samadengan murid-muridnya dari Terengganu dan juga ahlipelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telahmenggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yangboleh dimuat barang-barang antara 100 hingga 350 tan.

Di antara tempat-tempat yang ramai dihuni olehorang-orang yang berasal dari Terengganu di KepulauanRiau yang dikenalpasti ialah di Kuala Maras dalamKepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai.Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun, KecamatanSentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang-orangTerengganu sebagai mengenang negeri asal mereka, iaituDungun di Terengganu. Nama Dungun itu masih kekaldigunakan sampai sekarang. Dipercayai di tempat-tempattersebut pernah dijelajahi dan menerima didikan dariHaji Abdur Rahman Limbong.

Nama Haji Abdur Rahman Limbong saya dengar sejak kecillagi dari ibu saya, Hajah Wan Zainab binti SyeikhAhmad al-Fathani ketika beliau menceritakan pembinaansebuah masjid di Sabang Barat, Pulau Midai, bahawabahan utama bangunan ialah kayu cengal.

Semuanya dibawa dari Terengganu dengan sebuah perahubesar. Bahan-bahan itu semuanya selesai dikerjakan diTerengganu hanya tinggal pasang saja di Pulau Midai.Masjid itu hingga tahun 1969 masih berdiri denganmegahnya tetapi manakala yang menjadi pemimpin padatahun tersebut seorang yang tidak memahami nilai-nilaisejarah, masjid itu dimusnahkan lalu didirikanbangunan yang baru. Nilai sejarah yang masih tinggalhanyalah sebuah mimbar yang dihiasi ukiran-ukiran.Mimbar tersebut juga berasal dari Terengganu.

Imam yang pertama masjid yang tersebut ialah Haji WanAbdur Rahman bin Wan Abu Bakar yang mendapatpendidikan di Mekah. Dipercayai Haji Wan Abdur Rahmanbin Wan Abu Bakar berkenalan dengan Haji Abdur RahmanLimbong sejak kedua-duanya tinggal di Mekah lagi.Selanjutnya Haji Abdur Rahman Limbong juga pernahsampai di daerah Pulau Tujuh termasuk Kuala Maras danPulau Midai yang disebutkan di atas.

*PEMBERONTAKAN

Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa orangyang tidak berpihak kepada kebenaran menyangka yangmenang itulah yang benar. Yang kalah itulahdisangkanya salah. Sejarah dunia selalu saja mencatatbahawa penyelewengan dan pengkhianat sesuatu bangsaatau pun agama apabila dalam perjuangan selaluberpihak kepada musuh. Tetapi apabila keadaan telahaman, mereka pula yang mengaku dirinya sebagai pejuangbangsa atau pun pejuang agama.
Dunia Melayu tidak terlepas dari perkara itu.Indonesia berjuang melawan Belanda, Semenanjung TanahMelayu melawan Inggeris dan Siam, umat Islam-MelayuPatani melawan Siam dan umat Islam Mindanao melawanFilipina. Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928terjadi gerakan Haji Abdur Rahman Limbong dan rakyattani di Hulu Terengganu menentang Inggeris.

Sungguhpun ramai orang Melayu Islam yang menyokongperjuangan beliau melawan penjajahan Inggeris, namuntidak kurang juga pengkhianat bangsa dan Islam yangterlalu yakin terhadap penjajah Inggeris. Semua bangsapenjajah yang menjajah sesuatu bangsa di mana saja didunia ini sebenarnya adalah tidak sah.

Oleh itu, dalam zaman kita yang telah merdeka sekarangini, perjuangan Haji Abdur Rahman Limbong danberibu-ribu pengikutnya adalah wajar dan sah dari segiundang-undang dunia. Apatah lagi ditinjau daripandangan Islam yang mewajibkan kita berjihad apabilakita dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam.

Bagaimanapun sewaktu Inggeris masih sebagai bangsapenjajah di Terengganu, demikian liciknya H. W.Thomson dan J. L. Humphreys membuat laporan keadaanmenjadi sebaliknya. Kononnya, Haji Abdur RahmanLimbong dan pengikutnya adalah sebagai penderhakakepada pemerintahan yang sah.

Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dandibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekahdalam tahun 1928. Setahun kemudian (tahun 1929 M),ulama pejuang Islam dan bangsa Melayu itu meninggaldunia. Sejarah mencatat bahawa sebab-sebab timbulpemberontakan adalah kerana rakyat golongan petaniberasa dirugikan oleh pihak penjajah Inggeris.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untukmentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke UluTelemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyatdikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.

Jika kita berfikir secara bebas dan merdeka, apahaknya bangsa Inggeris tiba-tiba mengutip cukai dalamnegeri Terengganu yang sejak lama telah berkerajaansendiri sedangkan mereka hanyalah satu bangsapendatang.

Oleh sebab itulah, Haji Abdur Rahman Limbong dalamhujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah yang dibukaoleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri.Mungkin maksud negeri itu adalah yang ada campurtangan penjajah Inggeris.

Haji Abdur Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah yangmereka miliki adalah tanah pusaka peninggalanorang-orang tua mereka yang datang dari Johorbersama-sama dengan Sultan Zainal Abidin I, SultanTerengganu yang pertama. Dari riwayat ini dapat kitamembuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu Islam diHulu Terengganu dalam tahun 1920 lagi, di bawahbimbingan Haji Abdur Rahman Limbong, sudah kenal jatidiri, kenal terhadap haknya, kenal terhadap tanah air,dan kenal terhadap bangsa sendiri.

Oleh itu, bangsa penjajah Inggeris yang cuba campurtangan dalam pentadbiran tanah wajib dilawan. Kitapatut mengucapkan jutaan terima kasih kepada ulamaseperti Haji Abdur Rahman Limbong yang telah membukamata putera-putera bangsa mengenali ajaran Islam yangsebenar sekali gus bangsa Melayu Islam adalahmempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya olehbangsa penjajah.
* Semoga Allah mengembalikan kegemilamgan Terengganu semasa di abad ke 9 masihi. Suatu pusat pertumbuhan tamadun serantau asia Tenggara " BENUA TERENGGANU INI - Batu bersurat " -PB2W