23 Julai 2009

ORIENTASI PELAKSANAAN SSRM SIRI II (PERTAMA)

GAYA HIDUP RAKAN MUDA TERENGGANU

SSRM Idol 2008 mula digerakkan dari siri satu di Kem PLKN Kulim Kedah dan penamatnya di Kem PLKN Gunung ledang Johor, seramai 1300 orang remaja telah dilatih, PB2W diamanahkan KBS menjadi mainframe kepada setiap program (Kem SSRM), kem (kelolaan PB2W) dijalankan sebanyak 7 slot selama 15jam diperuntukkan bagi satu siri. BPRM Negeri turut meminta PB2W membantu mengadaptasikan remaja menjadi SSRM Khas Negeri Terengganu, kejayaan mengendalikan gotong royong perdana peringkat kebangsaan SSRM Idol dalam Persiapan Bencana Alam di Terengganu di Taman Desa Pusu 3 Gong Badak menjadi pengukur untuk memobilisasikan seramai mungkin remaja negeri ini menyertai Rakan Muda.

Lanjutan dari itu, merealisasikannya Pasukan SSRM Negeri sedia diaturgerakan dalam masa 72 jam (format tentera), Satu program (intergrasi) dua siri Gaya Hidup. Program Sukarelawan menjadi platform kepada gaya hidup Rakan Cinta Alam dan Rakan Masyarakat.

Rakan Cinta Alam: ” Ekologi bumi hari ini sentiasa bergolak .....i. Penemuan teknologi adakalanya mencabar ekosistem alam sekitar. ..... kemajuan / pembangunan dan juga masalah seperti pencemaran, banjir dan kebakaran. ...... bagi memupuk sikap penghayatan , pemeliharaan dan pemulihan alam semulajadi dikalangan golongan remaja ....... juga matlamatnya adalah untuk mewujudkan semangat ‘explorasi’ dalam menerokai dan memelihara Khazanah Alam dikalangan generasi muda”.

Kertas Format Kump Bengkel RM Fasa II- KBS

Rakan Masyarakat: PB2W sendiri adalah selaku Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat BKP-JKM, Menifestasi daripada itu para peserta program akan disepadukan menjadi Skuad Rakan Muda Briged Kebajikan Perdana SSRM BKP. selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Ia salah satu dari sepuluh agensi kerajaan kerjasama dengan KBS Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Gaya Hidup Rakan Masyarakat.


PENTAULIHAN BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

PB2W juga telah dengan rasminya mendapat pentauliahan sebagai Badan Operasi (BO) yang mentaulihakan ARPRM kepada remaja dan Rakan Muda yang menyertainya. Sempena dengan pentaulihan tersebut, program ORIENTASI Pelaksanaan SSRM disusun menjadi pemangkin minat sukarelawan di kalangan peserta Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu (SSRM Terengganu).

Setiap peserta SSRM secara automatiknya disenarai sebagai peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sebagai suatu hadiah (penganugerahan) berprestij bertaraf antarabanngsa. Sempena The Duke of Edinburgh's Award, sekarang ia lebih dikenali sebagai The International Award for Young People.

Sijil Pentauliahan PB2W sebagai Badan Operasi ARPRM


"Any time Any where" satu selogan SSRM Idol Malaysia, mereka mampu melakukan apa sahaja dan di mana jua, mereka adalah generasi muda yang lasak dan bersemangat kental mampu menghadapi semua suasana dan cabaran dalam mempamirkan kesukarelawanan Belia Malaysia.
Pengenalan kepada Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada para peserta, syarat dan terma yang perlu diikuti bagi memenuhi piawaian pentauliahan. Antaranya empat komponen yang perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi setiap Anugerah.

Makan pagi sebelum memulakan aktiviti.

Antara modul pengenalan kepada SSRM ialah Diving atau SCUBA Diving, ini bertujuan para sukarelawan bukan sahaja mampu berfungsi di daratan, malah pada masa-masa terdekat mampu menjadi penyelamat komuniti yang di tempatkan dilokasi masing masing. Sesuai dengan pendekatan Terengganu mewujudkan badar persisir air, maka fasiliti kearah menyediakan pasukan penyelamat tidak akan terserah kepada agensi kerajaan sahaja. Maka disinilah fungsi SSRM akan dipancu menjadi perintis 'pioneering project'

TUJUAN

Sebagai (cadangan) menambah ‘improvise’ pelbagai fungsi skuad RM Idol, dari sekadar sukarelawan mencuci longkang, bangunan dan kerja-kerja kemasyarakatan kepada sukarelawan yang mampu dikategorikan Pasukan Mencari dan Menyelamat terdiri dari komuniti khidmat masyarakat di kawasan Parlimen mereka, selain dari sukarelawan sediada seperti Briged Kebajikan Perdana (BKP-JKMM), PBSM, Bomba Sukarela, JPA3 dan Prostar. Peranan mereka boleh diluaskan kepada berfungsi di darat, laut dan udara

ü Dilatih mengendalikan Parachute dan Paramotor bagi fungsi di udara (Pemantauan).

ü Dilatih SCUBA Diving dan Rescue Diver untuk fungsi menyelamat di laut.

ü Dilatih mengendali Motor scramble, 4X4 latihan menjejak, mendaki Abseiling Repelling kemahiran navigasi bagi menjejak mereka yang tersesat seperti di hutan dan di gunung.

ü Dilatih dengan Paramedik Ambulan menggunakan Helikopter/Paramotor.


RASIONAL

Sesiapa yang membudayakan kebajikan dalam hidupnya semata-mata niat yang ikhlas kerana Allah dia akan memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam hidup, di mana ia tidak mampu dicapai atau dibeli oleh seorang jutawan.

Ø Negara maju mereka menubuh pelbagai NGO yang berfungsi sebagai charity membantu masyarakat termasuklah mencari dan menyelamat. Seperti contoh DARTMOOR SEARCH AND RESCUE TEAM Registered Charity Number 1106094 dari UK, Jelas ia bukan lagi peranan kerajaan, tetapi peranan masyarakat.

Ø Pertambahan penduduk dan aliran keluar remaja dari alam persekolahan yang tiada hala tuju (Lepak/Rempit) budaya negatif. Remaja perlu kepada cabaran, sukarelawan yang mempunyai cabaran amat diminati oleh mereka.

Ø Negara memerlukan komuniti yang mampu memainkan peranan pro aktif menyokong dasar wawasan nasional - komponen masyarakat Sukarelawan RM- Idol ( Idola Remaja ).

Ø Menjayakan objektif penubuhan Kelab-kelab Rakan Muda di setiap Parlimen sebagai jaringan kerjasama semua pihak Kerajaan, Badan beruniform, Swasta dan NGO.


OBJEKTIF

  1. Satu pasukan sukarelawan RM pelbagai fungsi bersesuaian dengan slogan “Any time any where” - Sea, Air and Land (SEAL).
  2. Boleh digerakkan dengan semua pengangkutan darat laut dan udara bagi menghadapi bencana dan kecemasan berfungsi tim primer atau tim skunder.
  3. Sebagai pasukan pertugas (Task Forces) terorganisasi berpusat dibawah Perintah dan Kawalan (Command and Control).
  4. Profesional (Prihatin, Mahir Dinamik)
  5. Mevariasi sukarelawan (integrated) dari sukarelawan beruniform sediada Askar Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA3 ( memantapkan SRM-Idol)

KUMPULAN SASARAN

Dari Jumlah 100 000 orang keahlian Rakan Muda seluruh Malaysia yang disasarkan KBS, maka sebahagian darinya yang terpilih akan mengikuti modul ini. Di sini termasuklah dari semua peringkat bermula RM kampung (Parliment), Bandar, IPTA/IPTS, sektor awam dan swasta. Kecuali mereka (Rakan Muda) yang telah dalam perkhidmatan beruniform seperti Polis, Tentera dan Bomba. Modul ini sebagai sokongan memantapkan wacana KBS di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dalam menyelaras suatu jumlah keahlian yang amat besar kapasiti.


KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini adalah kombinasi antara ketenteraan sukarelawan simpanan dan kemasyarakatan, oleh itu satu pendekatan baru diambil dengan memperkenalkan 3 modul untuk diimplimentasikan sebagai suatu penjajaran.

Modul Pertama: Melakukan syarat kelayakan kursus Asas Prajurit Muda selama 1 bulan selepas dari itu mengikuti kem asas pembinaan diri belia Rakan Muda dalam merealisasikan agenda wawasan negara selama 5 hari.

Modul Kedua: Orientasi, para belia Rakan Muda yang telah tamat mengikuti program tersebut akan di serap ke sektor-sektor terlibat sebagai On Job Training (OJT) bagi tujuan penyesuaian fungsi, antaranya pertanian, perikanan, peladangan perkilangan dan beberapa lagi. Objektifnya menberi pendedahan kehidupan seseorang yang terlibat dalam sektor terbabit.

Modul Ketiga: Penyusunan komuniti, mereka akan digerak mengikut komuniti masing-masing ( Parliment) di lokasi sendiri. Peranan agen pembangunan dan agen keselamatan, kawalan kampung antidadah, pencegahan salah laku masyarakat dan yang paling penting menjadi Pembimbing Rakan Sebaya.


OUTPUT/FAEDAH

Keseluruhannya adalah sebahagian khidmat jasa Belia Rakan Muda Sukarelawan Askar Wataniah yang boleh diimplimentasikan kerajaan bagi menyokong dasar yang diperkenalkan selain dari berfungsi sebagai pasukan sukarelawan mencari dan menyelamat. Dalam hal itu, bagi memberi motivasi sedikit elaun yang diperkenalkan akan menarik lebih ramai lagi para Belia Rakan Muda menyertai Askar Wataniah sebagai modul pembinaan karekter (Character Building) dan dalam masa yang sama pihak kerajaan akan mendapat manafaat besar di atas produktif warga yang baik, berkurangnya budaya hendoinisme, rempit haram dan sosial yang lain mengurang kos yang terpaksa dibelanjakan bagi memantau dan mengatasi perkara tersebut.

Cadangan kepada pembentukan Briged Belia Rakan Muda Askar Wataniah adalah sebagai suatu langkah-langkah pro aktif perlu diambil kerajaan bagi menyokong dasar pertahanan Negara HANRUH - Pertahanan menyeluruh dan menghadapi gelombang Globalisasi yang begitu mencabar nilai-nilai ketimuran dan membentuk polarisasi dimensi penjajahan bentuk baru yang akan menghakis ketuanan bangsa Melayu. Terdapatnya sejumlah generasi belia Rakan Muda yang peka terhadap sebarang bentuk serangan baru akan memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan berpanjangan.

Antara budaya remaja ialah mengikut ‘kawan’, siapa yang ia berkawan maka komuniti tersebut yang akan membentuk diri mereka. Mengambil jalan membentuk kekuatan keanggotaan Belia Rakan Muda Askar Wataniah akan membentuk suasana pekeliling baru, budaya IMPRO atau imej dan profail dengan kata lain belia Rakan Muda yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian nilai kesopanan mulia (Idola).

10 Julai 2009

KHIDMAT NEGARA DENGAN MENYERTAI ASKAR WATANIAH

PENGENALAN

Secara umumnya, kebanyakan Negara Maju mempunyai 60 hingga 70% anggota Pasukan Simpanan yang terdiri daripada Kakitangan Kerajaan dan Swasta. Di Malaysia ketika ini terdapat lebih kurang 53.08% Kakitangan Kerajaan dan Swasta yang berkhidmat dengan Angkatan Sukarela (AS) di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Askar Wataniah (AW) merupakan Simpanan Angkatan Sukarela (SAS) dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berfungsi sebagai benteng kedua pertahanan negara. Penyertaan Warga Negara Malaysia dalam AW merupakan satu sumbangan murni dalam menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep “Pertahanan Menyeluruh” atau ringkasnya HANRUH yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara (DPN). Sehubungan itu, keputusan dan sebarang usaha bagi menubuhkan sebuah Pasukan AW hendaklah disokong sepenuhnya oleh semua pihak.

SEJARAH

Pasukan Sukarela (PS) telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan Pasukan ‘Penang Volunteer’. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan PS yang dikenali sebagai ‘Malay State Volunteer Rifles’ (MSVR). PS tersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru telah ditubuhkan dengan gelaran ‘Federated Malay State Volunteer Force’ (FMSVF), ‘Unfederated Malay States Volunteer Force’ (UFMSVF) dan ‘Straits Settlement Volunteer Force’ (SSVF). Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, semua PS yang wujud telah samasama berganding bahu dengan Angkatan Tetap (AT) menentang tentera Jepun di Persekutuan Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua, PS yang telah wujud telah dihidupkan semula. Apabila tercetus darurat di Tanah Air pada tahun 1948, satu PS iaitu Pasukan Kawalan Kampung (PKK) atau Home Guard telah ditubuhkan. PKK ini telah memainkan peranan penting sepanjang masa darurat tersebut.

Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negara telah dapat dikawal semula, PKK telah dibubarkan. Memandangkan ramai dari kalangan anggota PKK mahu terus menyumbang perkhidmatan sukarela mereka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menghidupkan serta menyusun PS supaya ianya lebih berkesan dan tersusun rapi, sesuai dengan tujuan penubuhan PS tersebut. Untuk maksud tersebut, The Territorial Army Ordinance 1958 telah digubal. Dengan kuasa Ordinan ini PS yang baru, dikenali dengan nama ASKAR WATANIAH atau AW telah ditubuhkan pada 1 Jun 1958.

JENIS-JENIS AW

AW telah diorganisasi dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut:

• Elemen Tempur
• Elemen Bantuan Tempur
• Elemen Bantuan Perkhidmatan
• Elemen Pakar
• Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)
• Pasukan AW Kerahan

Elemen Tempur

Siri 500 AW

Elemen ini berperanan sama seperti pasukan-pasukan infantri AT. Terdapat enam belas Rejimen Siri 500 AW di seluruh Malaysia pada ketika ini iaitu Rejimen 501 AW bertempat di Kem Tebrau, Johor Bharu, Johor; Rejimen 502 AW Kem Sungai Buloh, Selangor; Rejimen 503 AW Kem Jalan Tambun, Ipoh, Perak; Rejimen 504 AW, Kem Bukit Ketari, Kangar, Perlis; Rejimen 505 AW, Kem Teluk Sisik, Kuantan, Pahang; Rejimen 506 AW Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan; Rejimen 507 AW Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu, Sabah; Rejimen 508 AW Kem Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan; Rejimen 509 AW Kem Lebuh Raya Peel, Pulau Pinang; Rejimen 510 AW Kem Sri Rejang, Sibu, Sarawak; Rejimen 511 AW Kem Ria Kompleks, Kuching, Sarawak; Rejimen 512 AW Kem Padang Midin, Kuala Berang, Terengganu; Rejimen 513 AW Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani; Kedah; Rejimen 514 AW Kem Bukit Beruang, Melaka; Rejimen 515 AW KemTransit, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan Rejimen 516 AW Kem Kukusan, Tawau, Sabah. Setiap Rejimen biasanya mempunyai 3 Batalion yang ditempatkan di beberapa lokasi yang berdekatan dengan Rejimen masing-masing.

Armor

Kor Armor DiRaja telah mewujudkan Skuadron Armor AW yang diintegrasikan dalam setiap Rejimennya. Skuadron-skuadron tersebut ditempatkan di Port Dickson, Negeri Sembilan; Kuantan, Pahang; Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak dan Kota Belud, Sabah.

Elemen Bantuan Tempur

Semboyan

Skuadron-Skuadron Semboyan Medan AW telah ditubuhkan untuk mewujudkan barisan kedua Pasukan Pengendalian Komunikasi Tentera Darat. Skuadron- Skuadron ini ditempatkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.

Jurutera

Skuadron-Skuadron Jurutera AW diwujudkan bagi melatih Anggota Sukarela dalam aspek Kejuruteraan Medan. Skuadron-Skuadron ini ditempatkan di Kajang dan Klang, Selangor; Kuala Terengganu, Terengganu dan Pulau Pinang.

Artileri

Konsep penubuhan sama seperti Armor di mana satu Bateri Artileri AW diintegrasikan dalam Rejimen Artileri Di Raja. Pasukan-Pasukan kecil ini ditempatkan di Kuala Lumpur; Seremban, Negeri Sembilan; Melaka dan Kota Bharu, Kelantan.

Risik

Kor Risik Di Raja (KRD) mempunyai sebuah Unit iaitu 12 KRD AW yang diintegrasikan ke Batalion KRD (Tetap). Unit ini ditempatkan di Pulau Pinang.

Polis Tentera.

Kor Polis Tentera Diraja telah menubuhkan empat Kompeni KPT AW di Kuantan, Pahang; Sungai Petani, Kedah; Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak.

Elemen Bantuan Perkhidmatan

Kor Perkhidmatan

Terdapat lima Kompeni Angkut AW, satu Kompeni Bekalan dan satu Platun Hantaran Udara AW. Kompeni-Kompeni ini ditempatkan di Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan. Manakala Platun Hantaran Udara ditempatkan di Taiping, Perak.

Kor Ordnan

Terdapat satu Kumpulan Ordnan Briged AW (KOB AW) bertempat di Kuala Lumpur. Terdapat Unit-Unit KOB AW diwujudkan dengan diintegrasikan kepada Unit tetap bertempat diTaiping, Perak; Melaka; Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak.

Kor Jurutera Letrik dan Jentera

Terdapat dua Workshop Jurutera Lektrik dan Jentera (JLJ) AW iaitu bertempat di Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak. Di samping itu, terdapat empat Workshop Medan AW bertempat di Taiping, Perak; Melaka; Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak.

Kor Kesihatan

Terdapat empat Kompeni Ubat AW yang ditempatkan di Kuantan, Pahang; Kluang, Johor; Sungai Petani, Kedah dan Kuching, Sarawak.

Elemen Pakar


Kor Semboyan dan Kor Jurutera juga mempunyai Unit-Unit Pakar seperti berikut:

Unit Semboyan Pakar

Unit ini khusus bagi urusan penyelenggaraan perhubungan. Keanggotaan Unit Pakar ini terdiri daripada kakitangan Telekom Malaysia (TM).

Unit Jurutera Pakar

Markas Jurutera Sasaran penting ditempatkan di Bukit Haigate, Kuala Lumpur.

Elemen-Elemen Jurutera Pakar terdiri daripada:

• Jurutera Pakar Pelabuhan

Unit-Unit ini ditubuhkan di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Keanggotaannya terdiri daripada kakitangan pekerja pelabuhan Klang, Selangor; Kuantan, Pahang; Pulau Pinang; Bintulu dan Kuching, Sarawak.

• Jurutera Pakar Keretapi

Unit ini bertanggungjawab bagi menyelenggara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semasa darurat. Keanggotaan unit ini adalah kakitangan KTMB

• Jurutera Pakar Pengendalian Air

Unit ini khusus untuk dianggotai oleh pekerja Bekalan Air

• Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa

Unit ini khusus untuk dianggotai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

PELAPES ditubuhkan di dua belas Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai pusat pengeluaran pegawai graduan.

Pasukan AW Kerahan

Untuk menampung keperluan anggota dalam mengawasi keselamatan negara, beberapa pasukan AW telah dikerah sepenuh masa untuk menjaga keselamatan di kawasan-kawasan strategik negara. Antara Pasukan yang masih dikerah ialah di Pusat-pusat Kawalan Sasaran Penting. Pentadbiran Pasukan ini diletak di bawah Markas Pemerintah Briged.
PENYERTAAN DALAM BATALION AW BELIA

Ke arah untuk merealisasikan penubuhan Batalion AW BELIA, ianya memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya 500 orang anggota daripada Awam yang berkelayakan. Sehubungan itu, bagi Awam yang berkelayakan anda dipelawa untuk menyertai Batalion AW BELIA.

SYARAT-SYARAT ASAS PENYERTAAN

Pada umumnya, mereka yang ingin menyertai Batalion AW BELIA perlu memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut :

• Warganegara Malaysia
• Umur 18 hingga 45 tahun
• Darjah Kesihatan FE (Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan ATM)
• Ukuran fizikal (BMI) tidak melebihi 27
• Tidak menyertai mana-mana Pasukan Pakaian Seragam yang lain
yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) atau
perkhidmatan-perkhidmatan Pasukan Pakaian Seragam yang disertai
itu ditamatkan atas alasan tindakan tatatertib

• Tidak muflis (bankrupt)
• Tidak ada kes jenayah
• Lulus tapisan keselamatan
• Lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Panglima Perkhidmatan.

KONSEP LATIHAN ASAS (TEMPATAN)

Konsep latihan Batalion AW BELIA berteraskan kepada latihan asas ketenteraan dengan tujuan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan AT sekiranya diperlukan. Latihan-latihan asas AW dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti di waktu petang dalam waktu pejabat (dengan kebenaran Ketua Jabatan) atau di waktu petang selepas waktu pejabat atau di cuti-cuti hujung minggu. Latihan-latihan asas ini biasanya diadakan di kawasan persekitaran tempat kerja.

JENIS-JENIS LATIHAN LANJUTAN

Setelah Awam tamat menjalani latihan asas (tempatan) dan diiktiraf sebagai Prebet, mereka juga boleh menjalani beberapa siri latihan lanjutan seperti berikut:

Latihan Berterusan (Tidak Melebihi 14 Hari)

Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tidak melebihi 14 hari dalam setahun bagi seorang individu.

Latihan Kem Tahunan (Tidak Melebihi 15 Hari)

Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. Latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan Rejimental.

KEBAIKAN KEPADA ORGANISASI DENGAN PENUBUHAN BATALION AW BELIA

Apakah rasional/kebaikan-kebaikan kepada organisasi dengan penubuhan sebuah Batalion AW BELIA ?
  • Pendedahan dan penghayatan kepada Awam mengenai aktiviti dan cara penugasan Anggota Tentera.
  • Merapat dan mempereratkan lagi hubungan antara Awam dengan Anggota Tentera
  • Meningkatkan kesedaran dan kefahaman Awam berkenaan fungsi dan peranan AW
  • Membentuk semangat bekerja berpasukan yang menjadi asas kepada sebarang kejayaan
  • Melahirkan satu Pasukan Pegawai dan Kakitangan yang padu serta sentiasa bekerjasama di anatara satu sama lain
  • Mewujudkan semangat kekitaan untuk mencapai matlamat
  • Mempamer dan meningkatkan Imej Tertinggi
  • Mewujudkan awam yang cekap dengan anggotanya mempunyai komitmen yang tinggi
  • Latihan asas ketenteraan akan memboleh Awam dapat menyertai program-program berprestij seperti Pertandingan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang baik dan kondusif

KEBAIKAN KEPADA ANDA DENGAN MENYERTAI BATALION AW BELIA

Apakah rasional/kebaikan-kebaikan yang anda sendiri perolehi apabila menyertai Batalion AW BELIA ?

  1. Berjasa dengan memberikan sumbangan bakti kepada pertahanan negara sesuai dengan konsep HANRUH.
  2. Berjasa dengan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat melalui bantuan dan berjasama terhadap Pihak Berkuasa Awam yang lain semasa bencana alam dan waktu kecemasan.
  3. Mengisi masa lapang dari terbiar dengan aktiviti yang sihat.
  4. Memperluaskan Jaringan Persahabatan (menambah kenalan/sahabat) dari pelbagai lapisan masyarakat.
  5. Membina dan membangunkan perwatakan diri yang unggul tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan.
  6. Mempertingkat dan mengekalkan tahap disiplin serta moral anggota.
  7. Menyemai dan meningkatkan Semangat Patriotisme (Cintakan Tanah Air) menerusi Latihan Ketenteraan.
  8. Menanam sifat-sifat positif dan keberanian dalam diri.
  9. Boleh diambil kira bagi pencalonan Anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri
  10. Boleh diambil kira bagi pencalonan mengikuti latihan tertentu di dalam dan luar negeri
  11. Boleh diambilkira bagi pencalonan lawatan sambil belajar di dalam dan luar negeri
  12. Memperolehi kemudahan perlindungan kemalangan sama seperti AT
  13. Layak menyertai insurans berkelompok ATM
  14. Memperoleh kemudahan perubatan di mana-mana Hospital ATM
  15. Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA Perwira Niaga sepertimana AT
  16. Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan AW
  17. Setiap anggota SAS berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam AW, diantaranya;
  • Dapat mempelajari kepakaran dalam pasukan AW yang dipilih
  • Berpeluang melawat sambil belajar di Pusat-Pusat Latihan dan Pusat-Pusat Pasukan di seluruh negara
  • Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di PUSWATAN di Ipoh, Perak atau di Pusat-Pusat Latihan ini di seluruh negara
  • Berpeluang menghadiri kursus Fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
  • Berpeluang menyertai Perkhemahan Tahunan di tempat-tempat tertentu
  • Anggota-Anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat.
  • Bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai Pegawai
  • Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa bagi mengisi perjawatan tetap dalam Kor-Kor yang berkaitan bagi mereka yang layak

Setiap anggota SAS akan dibayar gaji/elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis gaji/elaun yang disediakan adalah seperti berikut :

o Elaun Semasa Latihan Hujung Minggu/Elaun Latihan Tempatan - Kadar elaun ini iaitu RM4.20 sejam boleh dibayar kepada anggota mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri. Tuntutan Elaun Perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam juga dibenarkan.

o Gaji/Elaun Latihan Berterusan/ Khemah Tahunan - Anggota yang menghadiri Latihan berterusan melebihi 72 jam / Kem Tahunan akan dibayar gaji / elaun sebagaimana AT mengikut kadar gaji pangkat semasa dan mengikut jumlah hari yang dihadiri.

o Saguhati Tahunan (Bounti) - Saguhati sebanyak RM260.00 sehingga RM520.00 boleh dibayar kepada anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun (bergantung kepada jadual jam kehadiran).
o Elaun Pakaian - Elaun khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditauliahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI BATALION AW BELIA

Permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan borang berkembar pengisian borang boleh dibuat di unit atau kem AW berdekatan.

Keperluan Dokumen untuk mendaftar sebagai SAS

4 keping Gambar saiz Kad Pengenalan
4 Keping Salinan Kad Pengenalan
4 Keping Sijil Lahir
4 Salinan Sijil Akademik
4 Salinan Sijil Tamat Persekolahan

Berkahwin

4 Keping Gambar Isteri
4 Salinan Sijil Kahwin
4 Salinan Kad Pengenalan Isteri
4 Salian Sijil Lahir Isteri
4 Salinan sijil lahir anak mengikut bilangan yang ada

UNIT-UNIT INFANTRI SIRI 500AW SAS BERDEKATAN

Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor
Bharu Johor
Tel: 07-3541088

Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133
Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh Perak
Tel: 05-2549342

Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar Perlis
Tel: 04-9382024

Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan Pahang
Tel: 09-5674229

Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bahru Kelantan
Tel: 09-7738800

Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.O.Box 1160888817
Kota KinabaluSabah
Tel: 088-212620/628

Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7632411

Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-2297001
Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-333933

Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching
Sarawak
Tel: 082-612300

Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang
Terengganu
Tel: 09-6191644/645

Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jalan Kolam Air
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-4203102
Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-2332123/2130

Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133

Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau
SabahTel: 089-772771



KETERANGAN LANJUT


Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
Tel : 03-2692 1333 samb 2281/3330/3346/4401/2306
Faks : 03-2698 9235
www.army.mod.gov.my