25 Ogos 2009

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 52 - PATRIOTIKKAH ANDA

SELAMATLAH MALAYSIA JAYA, NEGARA KU YANG KU CINTAI.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 52, bermakna sudah separuh abad kita merdeka. Kebanyakan kita hari ini adalah generasi selepas merdeka, generasi yang lahir dalam keadaan kesenangan tanpa jerik payah kehidupan. Kalau ada istilah kesusahan ia adalah sekadar penglipur lara dari orang tua-tua yang masih meneruskan sisa sisa kehidupan meniti usia akhir hayat di badan.

Ada yang mengatakan kemerdekaan kita adalah terlalu murah, kerana ia bukan kerana darah dan keringat yang teramat payah. Suara ini akan
muncul dari aliran kiri komunisme dan sosialis nasionalisme.

Kenapakah kita tidak mengatakan kemerdekaan kita inilah yang paling "smart" dalam sejarah, suatu kemerdekaan tanpa pertumpahan darah dan kematian. Kemerdekaan bukan diasaskan di atas Revolusi darah dan api (Komunisme), ia adalah kebijaksanaan politik pemimpin terdahulu satu peralihan kuasa secara aman "Win without fighting", mungkin golongan Islam Radikal akan mengatakan perlunya 'JIHAD' menentang penjajah, lalu menggunakan senjata dan letupan. Sebenarnya tanpa menyedari mereka terikut arus revolusi Komunisme yang jelas bukan dari ajaran Islam itu sendiri.

Tidak kah kita melihat bahawa perjuangan Muhammad (Rasululah) itu adalah perjuangan di atas dasar kasih dan sayang sebagai mana nabi-nabi terdahulu, dan nabi yang Rasululah paling kasihi ialah Rasululah Isa Alaisalam yang akan menyambung risalah kenabiannya di akhir zaman nanti. Islam hanya mengizinkan perang apabila ummah telah dizalimi dalam keadaan kenegaraan. Ada pun tanpa kenegaraan sebarang penentangan samada di sebalik nama pemisah atau Perjuangan suci (Jihad) bersenjata ia tidak akan membawa apa-apa kecuali penderitaan dan kesengsaraan. Di sana perlunya kebijaksanaan Siasah dan juga Politik kepada pemimpi-pemimpin Islam. Namun ia belaku sebaliknya apabila agama telah menjadi asas keuntungan kepada alim dan ulama sama seperti rahib-rahib sebelum munculnya kerasulan Muhammad saw.

Malaysia atau Malaya ketika itu menggunakan pendekatan demokrasi sebagai alternatif menuntut kemerdekaan, sememangnya kemerdekaan ini umpama racun dalam badan apabila kontraks sosial perlembagaan 153 menjadi persoalan yang terus dipertikaikan. Kontraks sosial yang memisahkan Malaysia dan Singapura menjadi dua negara yang berbeza. Dalam meneruskan dasarwarsa bangsa yang berdaulat Malaysia memerlukan kepimpinan yang mantap dengan idealisme yang jelas, dan yang pastinya hanya Tun Mahathir sahaja mampu memenuhi kreateria tersebut. Jelas kemampuannya dan sejarah membuktikan 22 tahun menongkah arus, 'Mahazalim' yang digelar terhadapnya ternyata amat perlu bagi mengekang kekacauan politik dan memastikan kestabilan negara.

Hari ini dewasa ini apa yang kita lihat adalah Malaysia berada di penghujung perjalanan dan menuju kehancuran akibat kebodohan dan ketamakan ahli politik mengaut kekayaan negara menjadi hak milik diri, keluarga mahupun kroni. Tidak kira samada dari Politik kanan kerajaan atau politik kiri Kerajaan (Pembangkang). Semua menolak kesetiaan kepada Raja dan Negara, rakyat adalah alat politik mengekalkan kekuasaan parti, sentiment adalah makanan melazatkan dalam mengolah isu politik. Tiada nilai kejujuran dan keikhlasan, yang ada hanya nilai politik kepada sesuatu pertolongan dan bantuan yang diberi.

WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDARIAH (WPI) 'PROJEK MENJUAL TANAH AIR KE SINGAPURA'


Wilayah Pembangunan Iskandar dikatakan Wilayah Singapura oleh Tun Mahathir, kita lihat:

TELUK INTAN, 15 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendakwa bahawa rancangan untuk membangunkan Iskandar Malaysia, koridor pembangunan di selatan Johor yang berdekatan dengan Singapura, bukan sahaja akan menjadikan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu sebagai 'Utara Singapura/Singapore North' tetapi juga bakal menyebabkan orang Melayu di Johor terpinggir. (Link)


“Dengan adanya Iskandar, kita boleh mengalihkan perniagaan yang tidak akan menguntungkan di Singapura – kerana masalah kekurangan tanah dan pelbagai halangan lain – tapi menguntungkan jika dilakukan di selatan Johor”

Manu Bhashkaran, Felo Kanan Penyelidikan, Partner and Member of the Board, Centennial Group Inc. 5 Mei 2007,

The Straits Times, Singapore.

Persoalannya ialah apa yang akan berlaku jika separuh kawasan WPI ni dibeli oleh orang Singapura?

Maka WPI ni jadi hakmilik Singapura lah. Orang Malaysia hanya boleh melawat kawasan-kawasan menarik di tepi Pantai Lido untuk makansteamboat. Lepas tu balik ke rumah di kawasan kampung nun jauh di Kulai atau Pekan Nenas, Pontian.

“Aku tidak kaya, tetapi aku tidak mahu mengemis di bumi sendiri.” –Rakyat Malaysia

Atikel ini boleh dipaut ke Blog Wilayah Pembangunan Iskandariah (link)


KENYATAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG BELIAU MENGKHIANATI NEGARA, MENJUAL TANAH KE SINGAPURA.

Aug 20, 09 12:03pm (Malaysiakini)


Dalam ulasan tersebut beliau mendedahkan ugutan jahat (Zionis) Lee Kuan Yew kepada Malaysia katanya:

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

‘Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," - Ketika menjawab soalan pemberita.

Persoalan: adakah Lee Kuan Yew membina kawasan takungan air di tasik Linggiu dengan melabur wang sebanyak SD 96 juta tanpa pulangan, apakah perjanjiannya ... dan apakah keuntungannya. Apa maksud diselenggara kerajaan Singapura adakah maksudnya dikawal oleh Tentera Singapura ..? atau telah menjadi kawasan otonomi Singapura ... Banyak persoalan perlu kepada jawapan. Mungkin secara tidak langsung membenarkan pelancongan ketenteraan Singapura terhadap Malaysia. Dengan kata lain secara muda Patriotikkah anda.

PENJAWAT AWAM

Berapa ramai di kalangan penjawat awam di Malaysia menjadi agen-agen Singapura, berapa ramai penjawat awam menjadi masa tekanan politik pemimpin kerajaan yang telah dicucuk hidung oleh Singapura, Berapa ramai penjawat awam yang masih setia kepada Malaysia. Berapa ramai Penjawat awam masih patriotik.

Kedua-dua isu tersebut yang terbaru pembangunan WPI dan yang lama berhubung pembekalan air ke Singapura begitu juga tentang memahami kakitangan kerajaan yang pembelot amat memerlukan kepada kefahaman dan pengertian tinggi rakyat amnya dan para belia bakal pemimpin negara khasnya.

Implikasi daripadanya akan menentukan nasib negara ini pada masa depan. Kelekaan kita para belia amatlah diperlukan oleh mereka-meeka berkepentingan, sebolehnya isu seperti ini perlu dipendamkan bagi menyelamat kantong-kantong mereka. Kelak apabila terjaga dari lena, maka kita (para belia) akan menyanyi lagu "Anak kecil main Api".


Stimulasi serangan Singapura jika berperang dengan malaysia, video adalah dari youtube tajuk SAF Video. Menggambarkan Deciceve forces melakukan assault.


Video memamparkan setiap anak Singapura adalah tentera.

Pemilikan rakyat Singapura secara tetap terhadap hartanah di WPI adalah merupakan penempatan sebahagian Tentera Singapura di Selatan malaysia. Kerana setiap rakyat Singapura adalah tentera.Maka benarlah kata-kata Tun Mahathir WPI wilayah Singapura.

Begitu juga membebaskan para pelancong dan exsplorer dari Singapura mengelidah hutan dan bukit bukau tanpa pengawasan adalah mendedahkan negara kepada rancangan hadapan jangka panjang mereka.


PATRIOTIKKAH ANDA .... ?

23 Ogos 2009

SATU BELIA SATU MALAYSIA - 3S INTERGRASI NASIONAL 2006 IMBAUAN KENANGAN PB2W

WE ARE ONE !! WE ARE MALAYSIA!.

Program pembangunan belia tidak boleh lagi dilaksanakan melalui persatuan berbentuk kaum. Sasaran program tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan dan mereka yang ingin turut serta sahaja.

Pendidikan kewarganegaraan melalui program pembangunan belia haruslah mengambil kira untuk menyampaikan maklumat dan mendidik belia mengenai cabaran dalam bidang pekerjaan, peluang-peluang memajukan diri untuk masa

depan, meningkatkan kemahiran dan kapasiti diri, menghayati kualiti kehidupan berkeluarga yang baik dan sebagainya.

Perpaduan antara pelbagai kaum tidak akan tercapai sekiranya generasi belia masih lagi dibelenggu dengan masalah-masalah peribadi. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif menunaikan tanggungjawab mereka.

Gagasan Satu Malaysia boleh dicapai jika generasi belia berusaha berjuang untuk masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara."

Belia dan agenda Satu Malaysia

Oleh DR. SAMSUDIN A. RAHIM

______________________

DI PASAR KAPIT SERAWAK

HARI Belia diraikan pada 15 Mei setiap tahun. Pengiktirafan kepada belia adalah penting kerana

golongan ini bukan sahaja generasi pewaris tetapi nadi dan indikator keadaan

sesebuah negara. Maju atau mundur ekonomi negara, perubahan nilai dan budaya, struktur pekerjaan dan konsep kenegaraan dicerminkan oleh generasi belia.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membangunkan belia di negara ini, masih banyak isu

membabitkan belia diketengahkan. Antaranya ialah keterpinggiran belia dalam sektor ekonomi, salah laku sosial dan tahap perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum.

Pendekatan dan pengisian pembangunan belia perlukan perubahan. Selaras dengan perubahan kepimpinan negara dan juga untuk mengatasi kelemahan pendekatan lalu perlu difikirkan pendekatan dan pengisian daripada perspektif baru.

Satu cabaran yang memerlukan perspektif baru adalah bagaimana program pembangunan belia dapat merealisasikan gagasan Satu Malaysia.

Walaupun perpaduan kaum sentiasa menjadi tunggak matlamat pembangunan negara tetapi setelah lebih 50 tahun merdeka, isu perpaduan masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya. Kebelakangan ini, ikatan perpaduan antara kaum kelihatan semakin rapuh.

Kajian oleh Social Science Research Center-Youthsay di kalangan 4,500 belia pada April lalu mendapati, 35 peratus menyatakan rakyat lebih berpecah dan tidak bersatu. Sementara 24 peratus menyatakan rakyat lebih bersatu dan 36 peratus merasakan tahap perpaduan seperti biasa sahaja. Sejumlah sembilan peratus tidak memberikan pendapat.


Kajian itu mendapati 88 peratus belia setuju agar kita kurang menekankan aspek kaum atau etnik dalam wacana seharian. Apabila ditanya tentang konsep Satu Malaysia, 61 peratus menyokong gagasan itu.

Bermula dengan masyarakat majmuk sewaktu mencapai kemerdekaan, kita memulakan

proses asimilasi dan seterusnya menuju ke arah integrasi sebagai bangsa Malaysia.Adalah sukar untuk menjadi satu bangsa yang bersatu jika rakyat tidak dibentuk dalam acuan yang benar-benar diperlukan oleh negara. Sudah tiba masanya program pembangunan belia menekankan aspek pembangunan kewarganegaraan.

Ia berkisar kepada empat kategori iaitu kewarganegaraan sosial, politik, budaya dan ekonomi bersesuaian dengan hak warganegara. Kewarganegaraan tidak hanya boleh dilihat sebagai keahlian seseorang dalam sesebuah negara berdasarkan status kelahiran mereka.

Kewarganegaraan tidak perlu terbatas dengan hubungan negara dan warganya. Sebaliknya ia memerlukan peranan aktif warga untuk membawa perubahan dalam pelbagai dimensi hidup.

Di England satu suruhanjaya Youth Citizenship Commission ditubuhkan pada 2007. Ia bertujuan meningkatkan keterlibatan belia dalam proses demokrasi, melaksanakan pendidikan kewarganegaraan di kalangan kumpulan terpinggir, menggalakkan warga aktif melalui kerja komuniti dan sukarela, serta bagaimana sistem politik boleh mencerminkan cita rasa generasi masa kini.

Negara-negara Kesatuan Eropah juga melancarkan kertas putih New Impetus for European Youth pada 2001. Ia bertujuan menggalakkan kewarganegaraan aktif di kalangan generasi belia. Ini bermaksud melibatkan belia dalam penggunaan kemahiran dan keupayaan sosial, kognitif dan budaya dalam proses membuat keputusan dan pendidikan kewarganegaraan.

Apa yang perhatikan, kebanyakan program pembangunan belia tertumpu kepada aktiviti riadah dan sukan untuk mengisi masa lapang. Memang diakui aktiviti itu penting untuk menjamin tahap kesihatan. Tetapi di manakah program pembangunan yang mendidik belia untuk menjadi warganegara aktif, berpengetahuan dan bertanggungjawab?

Secara umum, kewarganegaraan melibatkan tiga perkara iaitu identiti, rasa diterima dan juga keterlibatan.

Identiti berkait dengan siapa kita. Sukar untuk tentukan identiti fizikal kerana kita berasal daripada pelbagai kaum. Kita ibarat rojak. Tetapi yang menjadikan rojak itu sedap adalah sos petis yang menggarap pelbagai ramuan rojak menjadi satu.

Selain identiti nasional, kita juga boleh mewujudkan identiti budaya. Ia boleh mengambil kira nilai-nilai seperti budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

Nilai-nilai Satu Malaysia boleh mewujudkan warganegara yang mempunyai karakter nasional.

Kewarganegaraan juga melibatkan rasa diterima oleh orang lain. Setiap belia perlu merasa mereka diterima oleh masyarakat, persatuan dan majikan. Aspek penting dalam membentuk kewarganegaraan adalah keterlibatan. Ia mesti aktif dan efektif bukan setakat status sebagai ahli sesebuah negara sahaja.

Indeks Belia Malaysia 2008 menunjukkan, tahap keterlibatan belia dalam berpersatuan dan juga sosial politik masih di tahap rendah. Begitu juga dengan skor mengenai identiti.

Walaupun jutaan ringgit dilabur untuk pelbagai program pembangunan belia tetapi pencapaian terhadap intipati pembangunan kewarganegaraan di kalangan belia masih rendah.

Kelemahan itu berlaku kerana program pembangunan belia tidak begitu fokus. Ia tidak mempunyai visi yang jelas untuk dicapai dalam konteks pembangunan negara.

Sementara itu, kita juga perlu mempunyai sistem pemantauan yang akan menilai keberkesanan setiap program melahirkan hasil yang diperlukan. Sistem itu perlu memantau pencapaian dalam tiga domain utama itu identiti, rasa diterima dan keterlibatan dalam empat dimensi kewarganegaraan iaitu politik, sosial, budaya dan ekonomi.

Daripada segi struktur pula, mekanisme program pembangunan belia perlu dirombak dan disusun semula.

Adakah kepelbagaian bentuk persatuan belia yang ada sekarang ini sesuai untuk mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia? Kita perlukan kepelbagaian daripada segi bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial.

Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kapasiti keupayaan sistem penyampaian program pembangunan belia agar mereka boleh melakukan transformasi ke arah Satu Malaysia secara efektif.

Program pembangunan belia tidak boleh lagi dilaksanakan melalui persatuan berbentuk kaum. Sasaran program tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan dan mereka yang ingin turut serta sahaja.

Pendidikan kewarganegaraan melalui program pembangunan belia haruslah mengambil kira untuk menyampaikan maklumat dan mendidik belia mengenai cabaran dalam bidang pekerjaan, peluang-peluang memajukan diri untuk masa depan, meningkatkan kemahiran dan kapasiti diri, menghayati kualiti kehidupan berkeluarga yang baik dan sebagainya.

Perpaduan antara pelbagai kaum tidak akan tercapai sekiranya generasi belia masih lagi dibelenggu dengan masalah-masalah peribadi. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif menunaikan tanggungjawab mereka.

Gagasan Satu Malaysia boleh dicapai jika generasi belia berusaha berjuang untuk masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.

PENULIS ialah adalah Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Ketua Pengawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.


UTUSAN MALAYSIA 15 MEI 2009.

17 Ogos 2009

LAKSMANA PEREMPUAN (MELAYU) PERTAMA DI DUNIA

LAKSMANA KEUMALA HAYATI @ MALAHAYATI


Sejarah Ringkas:

Kisah Laksamana Malahayati walaupun tidak banyak, semua bercerita tentang kepahlawanannya. Pada saat dibentuk pasukan yang prajuritnya terdiri dari para janda yang kemudian dikenal dengan nama pasukan Inong Balee, Malahayati adalah panglimanya (suami Malahayati sendiri gugur pada pertempuran melawan Portugis). Konon kabarnya, pembentukan Inong Balee sendiri adalah hasil buah pikiran Malahayati. Malahayati juga membangun benteng bersama pasukannya dan benteng tersebut dinamai Benteng Inong Balee.

Karier militari Malahayati terus memuncak hingga ia menduduki jabatan tertinggi di angkatan laut Kerajaan Aceh Darusalam ketika itu. Sebagaimana layaknya para pemimpin zaman itu, Laksamana Malahayati turut bertempur di garis depan melawan kekuatan Portugis dan Belanda yang hendak menguasai jalur laut Selat Malaka.

Di bawah kepemimpinan Malahayati, Angkatan Laut Kerajaan Aceh Darusalam terbilang besar dengan armada yang terdiri dari ratusan kapal perang. Adalah Cornelis de Houtman, orang Belanda pertama yang tiba di Indonesia, pada kunjungannya yang ke dua mencoba untuk menggoyang kekuasaan Aceh Darusalam pada tahun 1599. Cornelis de Houtman yang terkenal berangasan, kali ini buku dengan ruas. Dalam perancangan meruntuhkan Aceh Darusalam, armadanya malah porak poranda diganyang armada Laksamana Malahayati. Banyak orang-orangnya yang ditawan dan Cornelis de Houtman sendiri mati dibunuh oleh Laksamana Malahayati pada tanggal 11 September 1599.

Selain armada Belanda, Laksamana Malahayati juga berhasil menganyang armada Portugis. Reputasi Malahayati sebagai penjaga pintu gerbang kerajaan membuat Inggeris yang kebelakangan masuk ke wilayah ini, memilih untuk menempuh jalan damai. Surat baik-baik dari Ratu Elizabeth I yang dibawa oleh James Lancaster untuk Sultan

KRI 362 MALAHAYATI (KELAS FATAHILAH)


Aceh, membuka jalan bagi Inggreis untuk menuju Jawa dan membuka pos dagang di Banten. Keberhasilan ini membuat James Lancaster dianugrahi gelar bangsawan sepulangnya ia ke Inggeris.

Dengan demikian jelaslah bahwa perjuangan perempuan telah dilakukan sejak zaman dahulu kala. Hal ini dibuktikan dari adanya sejarah yang bukan hanya untuk dikenang, tetapi dapat dijadikan sebuah semangat untuk membangun jiwa perempuan yang kuat dan berkarakter.

Selingkar kisah Laksamana Keumala Hayati atau Malahayati adalah wanita pejuang Aceh Darusalam yang terkenal dalam ketenteraan pada masa Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pimpinan pemerintahan Sultan Alaiddin Ali Riayat Syah IV Saidil Mukammil (1589-1604 M). Malahayati diberikan kepercayaan oleh sultan sebagai kepala pengawal dan protokol di dalam dan di luar istana

Semenjak ditinggal sang ibu, Malahayati diasuh oleh ayahnya yang kerap mengajaknya bepergian menggunakan kapal perang. Di samping pengenalannya tentang kehidupan laut yang kemudian membentuk sifatnya menjadi wanita pemberani. Selain berkedudukan sebagai Kepala Pengawal Istana, Malahayati juga seorang ahli politik yang mengatur diplomasi penting kerajaan.

Dalam suatu peristiwa pada tanggal 21 Juni 1599, kerajaan kedatangan dua kapal Belanda, Deleeuw dan Deleeuwin dibawah pimpinan dua orang kapten kapal bersaudara, yaitu Cornelis dan Frederik de Houtman. Maksud kedatangan mereka adalah untuk melakukan perjanjian dagang dan memberikan bantuan dengan meminjamkan dua kapal tersebut guna membawa pasukan Aceh untuk menaklukan Johor pada tanggal 11 September 1599.

Peminjaman kapal tersebut ternyata merupakan bentuk tipu muslihat Belanda, karena ketika para prajurit kerajaan menaiki kapal, kedua kapten kapal tersebut melarangnya sehingga terjadilah penentangan yang tak terhindar. Dalam peristiwa itu banyak soldadu dari pihak Belanda tewas, kedua kaptennya ditangkap oleh pasukan Aceh yang dipimpin oleh Malahayati. Karena kecakapannya itulah kemudian sultan mengangkatnya menjadi Laksamana.

Selanjutnya atas izin sultan dan inisiatif dari Laksamana Malahayati sebagai menuntut balas atas kematian suaminya dan beliau bersumpah akan terus memerangi Portugis. Untuk melaksanakan niatnya, ia mengajukan perrnohonan kepada Sultan Al Mukammil untuk membentuk armada Aceh Darussalam yang prajurit-prajuritnya semua wanita-wanita janda (Inong Balee), yang suami mereka gugur dalam pertempuran Teluk Haru. Mengingat Keurmalahayati adalah seorang prajurit yang cakap dan alumni dari Akademi Militer, maka dengan senang hati Sultan mengabulkan permohonannya. Untuk itu Keumalahayati diserahi tugas sebagai panglima armada dan diangkat menjadi Laksamana. Armada yang baru dibentuk tersebut diberi nama Armada Inong Bale (Armada Wanita janda) dengan mengambil Teluk Krueng Raya sebagai pangkalannya, atau nama lengkapnya Teluk Lamreh /Lam Kuta Krueng Raya.

Di sekitar Teluk Krueng Raya Kabupaten Aceh Besar itulah Laksamana Keumalahayati membangun benteng Inong Balee yang letaknya di perbukitan yang tingginya sekitar 100 meter dari permukaan laut. Tembok yang menghadap laut lebarnya 3 meter dengan lubang-lubang meriam yang moncongnya mengarah ke pintu Teluk. Benteng yang dalam istilah Aceh disebut Kuta Inong Balee (Benteng Wanita Janda) tersebut, hingga sekarang masih dapat kita saksikan di Teluk Krueng Raya, dekat Pelabuhan Malahayati.


BENTENG INONG BALEE

Armada Inong Balee ketika dibentuk hanya berkekuatan 1000 orang janda muda yang suaminya gugur di medan perang laut Haru. Dan jumlah pasukan tersebut, oleh Laksamana Keumalahayati diperbesar lagi menjadi 2000 orang. Tambahan personal ini bukan lagi janda-janda, tetapi para gadis remaja yang ingin bergabung dengan pasukan Inong Balee yang dipimpin Laksamana Keumalahayati.

Salah satu jejak perjuangan yang masih tersisa hingga kini adalah kompleks makam Malahayati yang berada di puncak bukit dan sebuah benteng yang disebut Benteng Inong Balee di tepi pantai Selat Malaka, Kecamatan Mesjid Raya, Kabupaten Aceh Besar, Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam.

Sejarah tersebut di petik dari beberapa web site Aceh yang menceritakan kepahlawanan dan sejarah Wanita pertama dunia yang menguasai alam laut sebagai Laksmana pertama Wanita adalah orang Melayu.

Maka hari ini Bangsa Melayu terutama para belia samada di Malaysia, Indonesia, Singapura mahupun Brunei perlu kembali menyingkapkan sejarah yang telah di manipulasikan penjajah samada Inggeris, Belanda mahupun portugis.

Sesungguhnya Sejarah Aceh adalah berkaitan rapat dengan kerajan Melaka, Johor, Perak, kedah dan Terengganu. Darul Iman di mana Batu Bersurat Terengganu jelas tercatat tahun 1303 suatu kemuncak pemerintahan Syarif Al Bagdhadi, di mana penubuhan negara Aceh adalah sekitar dekad yang sama.

Syarif Muhamad Al Bagdhadi dikatakan mempunyai talian keluarga dengan Kesultan Aceh Darusalam. Sejarah ini mungkin digelapkan atau disembunyikan dengan motif tertentu. Menjadi tugas kepada generasi baru tampil

merungkai apa yang tersimpul dan mendedahkan apa yang tersembunyi. Sesungguhnya sejarah tidak menipu, tetapi kitalah memaksa sejarah menipu keran sejarah akan di tulis oleh yang menang.

Dengan membuang sifat nasionalis dan persempadanan yang sempit, rumpun Melayu Islam perlu bersatu mengembali suatu tamadun yang hilang, sebuah tamadun yang dijanjikan oleh Rasul Akhir zaman. Yang turut dinyatakan dalan Al-Quran sebagai Baldatun Thoiyibah warabbun rafurr. Sebuah peradaban yang baik dan mendapat keampunan Tuhan.

Kita sudah tiada masa lagi, semua perlu kembali membuka AlQuran mengkaji isi kandungan dan kod-kod yang ditinggalkan serta merujuk kembali kepada keturunan Rasululah (Ahlu Bait) yang Muqarabbin dan wara.

Zaman kita adalah zaman kesudahan, pelbagai tanda-tanda akhir zaman diperlihatkan samada kecil amhupun besar. Tsunami di Ache itu sendiri merupakan tanda-tanda dan peringataNya kepada mereka yang mahu menggunakan akal.

BERSATULAH BANGSAKU DI ATAS AGAMA NABIMU MUHAMMAD SAW, KERANA KAMU ADALAH BANGSA YANG DICIPTANYA UNTUK MEMIMPIN MANUSIA AKHIR ZAMAN.

MASANYA SUDAH TIBA, KEBANGKITAN HARUS BERMULA, SEJARAH MERUNGKAI CERITA

PAHLAWAN TAK DIKENAL

Sepuluh tahun yang lalu dia terbaring
Tetapi bukan tidur, sayang
Sebuah lubang peluru bundar di dadanya
Senyum bekunya mau berkata, kita sedang perang

Dia tidak ingat bilamana dia datang
Kedua lengannya memeluk senapan
Dia tidak tahu untuk siapa dia datang
Kemudian dia terbaring, tapi bukan tidur sayang

wajah sunyi setengah tengadah
Menangkap sepi padang senja
Dunia tambah beku di tengah derap dan suara merdu
Dia masih sangat muda

Hari itu 10 November, hujan pun mulai turun
Orang-orang ingin kembali memandangnya
Sambil merangkai karangan bunga
Tapi yang nampak, wajah-wajahnya sendiri yang tak dikenalnya

Sepuluh tahun yang lalu dia terbaring
Tetapi bukan tidur, sayang
Sebuah peluru bundar di dadanya
Senyum bekunya mau berkata : aku sangat muda

(karya Toto Sudarto Bachtiar, 1955)
dikutip dari: HakVeto

12 Ogos 2009

KENALI KOR DALAM TENTERA DARAT ANDA

Kor Risik Diraja tugasan unik dan tersendiri
















Oleh: JABATAN ARAH RISIK ATM (link)

KOR Risik Diraja (KRD) merupakan salah satu kor yang ditubuhkan secara rasminya dalam Tentera Darat (TD) pada 7 November 1969.

Sejarah awal kor ini bermula apabila Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan dasar ketenteraan dan merancang pemberontakan bersenjata bagi membentuk Republik Komunis Malaya pada bulan Mei 1947.

PKM telah menubuhkan unit gerila untuk melancarkan keganasan di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA).

Bagi menangani masalah itu, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1948.

Setelah sebulan darurat diisytiharkan, PKM melancarkan perjuangan bersenjata dengan melakukan serang hendap ke atas pasukan keselamatan dan sabotaj kepada beberapa prasarana kepentingan negara.

Pada tahun 1953, keadaan menjadi semakin memuncak.

Pentadbiran Inggeris mulai sedar tentang keperluan perisikan dalam usaha membanteras perjuangan bersenjata PKM.

Serentak dengan itu, seorang anak watan, Prebet Hashim Rauf telah diserapkan ke HQ 355 Field Security Section (FSS), Bahagian Risikan Tentera British yang diketuai oleh Leftenan Muda E.A. Atkinson.

Beliau telah menunjukkan potensi yang baik sehingga berjaya meyakinkan pihak Inggeris dan seterusnya menggalakkan mereka merekrut lebih ramai anak tempatan.

Sekumpulan pegawai tidak tauliah (PTT) daripada Rejimen Askar Melayu, Rejimen Kereta Perisai Persekutuan dan Jurutera Persekutuan telah ditempatkan di HQ 355 FSS untuk dilatih dalam seksyen perisikan.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, HQ 355 FSS disusun semula dan dikenali sebagai Federation Field Security Section (FFSS).

Seksyen tersebut diletakkan di bawah pemerintahan Markas Tentera Persekutuan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Setahun kemudian, Markas Tentera Persekutuan berpindah ke Kementerian Pertahanan dan FFSS telah diserapkan ke dalam pasukan Polis Tentera Persekutuan (FMP).

Pada tahun 1959, atas sebab perbezaan tugas di antara FMP dan FFSS, organisasi FFSS diubahsuai dan diletakkan di bawah Malayan General Service Corp (MGSC-Int.).

Pada awal tahun 1959, pembesaran FFSS mula dirancang.

Pihak Inggeris telah memanggil seramai 14 pegawai perhubungan awam rendah (JCLO) yang bertugas dengan cawangan khas (SB) Polis Persekutuan Tanah Melayu bagi melaksanakan kerja perisikan di medan.

Sempena pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, MGSC-Int. diubah nama kepada Unit Risikan Pertahanan.

Kementerian Pertahanan juga telah menyusun semula Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan yang pada masa itu diketuai oleh Leftenan Kolonel Bill Fargos.

Kekuatan anggota MGSC-Int. ketika itu ialah seramai 35 orang.

Pada bulan November 1963, jawatan Pegawai Staf 1 Bahagian Gerakan, Rancang dan Perisikan diambil alih oleh pegawai tempatan dan diberi nama baru, iaitu Jabatanarah Perisikan Bersama (JPB) yang dirasmikan pada 2 Mac 1965.

Pada awal tahun 1966, tiga pertubuhan unit perisikan yang berfungsi tanpa pemerintahan dan kawalan dari mana-mana organisasi ditubuhkan iaitu Penasihat Pertahanan Tentera, Anggota Tentera Cawangan Khas dan Jawatankuasa Sempadan.

Pengisytiharan penubuhan Kor Risik telah disempurnakan oleh Jeneral Tengku Osman Tengku Mohd. Jewa pada 7 November 1969.

Serentak itu, semua organisasi unit perisikan di dalam angkatan tentera telah disatukan di dalam satu kor.

Sejak penubuhan tersebut, organisasi dan peranan KRD sentiasa diperluaskan sejajar dengan keperluan semasa TD dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


"PINTAR DAN CERGAS"