17 September 2009

MENGIMBAU KEMBALI HARAPAN PM PARA BELIA MEMPELOPORI 1 MALAYSIA

BELIA NEGARA MELANGKAU SEMPADAN .... KITA ADALAH SATU !! KITA ADALAH MALAYSIA 3S INTERGRASI NASIONAL

Konsep 1Belia 1Malaysia perlu diterapkan dalam pergerakan belia di negara ini bagi memastikan mereka menjadi pewaris untuk memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan para belia sedar bahawa kerukunan yang Malaysia capai selama ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia dirintis dengan segala jerih dan kepayahan oleh golongan terdahulu.

Najib berkata, belia adalah penentu rupa wajah Malaysia pada masa depan dengan hakikat kejayaan belia adalah kejayaan negara.

“Langkah yang seribu itu bermula dengan yang satu, Malaysia tidak akan menjadi satu sekiranya belianya tidak berpadu.

“Dari itu, terletak di jemala para belia amanah sebagai pewaris yang sewajarnya meneruskan perjalanan yang mulia ini dengan memupuk dan menyuburkan perpaduan nasional yang dibina, jika tidak segala apa yang kita bangunkan akan hancur dan ranap begitu saja,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencabar golongan belia supaya tidak sekadar berpuas hati berada di gerigi peristiwa sebaliknya bersama-sama untuk mencipta sejarah.

Najib turut mengajak belia berganding bahu dalam pentadbirannya untuk bertindak sebagai pelaku-pelaku aktif dalam membawa pembaharuan dan perubahan ke arah mencipta Malaysia yang diimpikan.

“Saya amat yakin sebagai orang muda, saudara dan saudari tentunya mempunyai banyak idea untuk dikongsi dalam menjana pembangunan negara,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar ruang dialog yang lebih luas antara belia dan kepimpinan tertinggi negara bagi memahami keperluan dan kehendak golongan itu.

Tambahnya, pendapat mengatakan bahawa hanya kerajaan mengetahui apa yang baik untuk golongan belia sudah jauh ketinggalan.

“Lantas untuk memahami aspirasi dan denyut nadi belia, kerajaan kini lebih bersedia menjadi pendengar yang baik dan mempunyai empati terhadap sudut pandangan, keluh kesah, rintihan, pendapat serta saranan saudara dan saudari sekalian,” katanya.

Pada masa sama beliau meminta agensi kerajaan yang berurusan dengan golongan belia mengkaji semula pendekatan mereka agar tidak bersifat menghakim dan menghukum sebaliknya memahami apakah cita rasa golongan muda.

“Turunlah padang dan dengarlah suara-suara belia akar umbi dan tidak sekadar menunggu mereka untuk datang berjumpa dengan kita,” katanya..

Sumber: Utusan Malaysia Online

09 September 2009

TANGAN-TANGAN TERSEMBUNYI (HIDDEN HAND) BAGI KEHANCURAN NUSANTARA

Rakyat Malaysia di Jakorta diancam dengan buluh runcing


PARA BELIA DAN RAKYAT MALAYSIA, JADILAH WARGA NEGARA KELAS PERTAMA MENGGUNAKAN KEUNGGULAN FIKIRAN, DARI KEDUNGULAN MENGGUNAKAN TINDAKAN.

JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-- BERNAMA

______________________________

Setelah berjaya memisahkan antara dua persempadanan negara Indonesia dan Malaysia, kuasa-kuasa jahat dibelakang sedang memprovokasi supaya berlaku keteganggan yang membawa kepada peperangan antara dua beradik serumpum.

Hidden hand memanipulasi dengan menukarkan kepulauan Melayu nama asal indonesia kepada kepulauan Hindi yang kemudiannya menjadi asasnya terbentuk nama Indonesia bagi tanah kepulauan jawa Sumatera, Sulawensi dan kepulauan sekitarnya, dengan lahirnya gagasan tersebut maka (jangaka panjang) akan wujud nasionalis yang bebal tentang kenegaraan dan patriotisme membabibuta, dan di sana melahirkan suatu terminologi 'MALINGSIAL'.

'MALINGSIAL' adalah terminologi yang dikeluarkan oleh puak jakun dan normad, puak yang tidak berlaku tamadun kemanusiaan ke atas dirinya. Adakah itu sebenarnya sifat rumpun Melayu, suatu rumpun acient history semejak kemunculan kenabian Muhammad saw itu sendiri. Kenapa terlalu bebal pemikiran, racun apa yang ditanam menyebabkan berlaku perilaku sedemikian.

Belajarlah dari sejarah supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang membawa pertaka yang tiada guna penyesalan. Lihatlah:

  1. Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harras bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.”;- [ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].

Punca menyebabkan kuasa asing (Kuffar) berlumba-lumba menghancurkan Bangsa Melayu yang menguasai Nusantara. Jangan termasuk perangkap IBLIS.

BERSATULAH RUMPUN MELAYU BERSAMA SYARIAT NABIMU, KERANA DI SITULAH KEAGUNGAN SILAM WARISAN GUNUNG

07 September 2009

MIKROCHIP DI DALAM VAKSIN H1N1

SUATU PEPERANGAN DEMENSI BARU - NEW WORLD ORDER

Adakah mampu golongan kapitalis Yahudi ini memasukkan nano robot di dalam vaksin H1N1? Atau adakah mereka mampu mengawal seluruh manusia dengan hanya nano robot? Apakah perisian yang terkandung di dalam nano robot?

“Dasar Kawalan Populasi” atau “Dasar Mengurangkan Populasi” penduduk dunia

Semenjak berlakunya penularan wabak H1N1, ia merupakan peluang terbaik pihak Illuminati untuk menjalankan dasar mengawal minda manusia (mind control project). Penelitian kami mendapati pelan induk projek ini adalah ucapan David Rockefeller mengenai kawalan populasi manusia pada satu majlis makan malam anjuran Business Council di Amerika.

Misi kawalan populasi manusia yang dibentangkan oleh Rockefeller bukanlah bermakna mematikan manusia dalam jumlah yang besar. Isu H1N1 sama tarafnya dengan isu SARS, HIV, Birdflu dan lain-lain, ia memang boleh membawa kematian tetapi kematian dalam jumlah yang tinggi adalah sukar dan masih kurang dari 0.5 % daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia.

Jadi apakah fungsi virus H1N1?

Ianya berfungsi untuk menimbulkan satu suasana panik dikalangan masyarakat, tokoh-tokoh politik dan kerajaan seluruh dunia. Keadaan panik harus dijana oleh satu elemen yang menakutkan.

Jadi, di dalam situasi ini, elemen tersebut ialah H1N1 manakala tempahan berjuta-juta dos dari seluruh kerajaan dunia dinamakan global panic situation. Ini adalah seni perancangan Illuminati yang sentiasa diamalkan sejak era Revolusi Perancis.

Sesungguhnya kami menjangkakan kemuncak isu wabak selsema babi ini adalah perlaksanaan program-program pemvaksinan secara paksa ke atas masyarakat. Pemaksaan tersebut adalah berkaitan satu projek rahsia Illuminati untuk memasukkan mikrocip-mikrocip ke dalam tubuh manusia.

Penggunaan Nano Robot di dalam vaksin

Satu-satunya syarikat yang digunakan kerajaan Amerika untuk membina mikrocip yang boleh dipasang pada badan manusia ialah VeriChip Corperation. Syarikat yang berpengkalan di Florida ini juga bertanggungjawab dalam membina kapsul-kapsul Radio Frequency Identification (RFID)yang boleh diletakkan di dalam kulit manusia di Amerika.

Umum mengetahui bahawa sejarah penciptaan RFID membuktikan bahawa kapsul berkenaan mampu menyimpan segala maklumat perubatan dan biologi pemakainya tanpa si pemakai itu sedari. Kapsul RFID itu juga boleh diakses oleh satelit dan disampaikan kepada server -server pihak yang mahu memanipulasi data.

Pada awal 2009 ini, didapati VeriChip Corp. telah membuat usahasama dengan syarikat Receptor LLC yang berpengkalan di Minnesota untuk membina satu mikrocip dalam badan manusia yang mampu mengesan virus.

Pengarah VeriChip sendiri iaitu Dr. Scott R. Silvermann mengakui projek sulit ini kepada akhbar WorldNetDaily, beliau menegaskan;

“As we continue to build on our partnership with Receptors, which started with the development of a glucose-sensing RFID implantable microchip, we are moving beyond patient identification to sensors that can detect and identify illnesses and viruses such as influenza,”

“This is an exciting next step for the future of our healthcare division.”

Projek “besar” yang tidak popular ini (sengaja tidak dipopularkan) dilihat sebagai sebab utama Illuminati melancarkan program mewabakkan masyarakat dunia dengan Selsema Babi. Walaupun agak rambang jangkaan kami tetapi sejarah dunia konspirasi telah membuktikan bahawa tiada satu pun yang mustahil di dalam teori-teori konspirasi.

Alasan mengesyaki perkara ini kami asaskan kepada beberapa perkara yang berlaku sepanjang tahun ini berkenaan Selsema Babi iaitu:

  • 1 Oktober 2008 - Bush meluluskan dana pembinaan vaksin selsema bernilai USD1.6 juta untuk Institut Tredau dan Makmal Tentera Laut Amerika.
  • Januari 2009 - VeriChip dan Receptor LLC menjalin usahasama membina implan mikrocip manusia.
  • April 2009 - kes pertama Selsema Babi (SB) dikesan di Mexico.
  • 20 April 2009 - seorang doktor pakar yang bekerja di Israel Institute of Biological Research (IIBR) telah ditangkap polis Israel kerana disyaki menjadi perisik kepada Russia tentang maklumat-maklumat pembinaan vaksin di IIBR.
  • Mei 2009 - Receptor LLC mengeluarkan kertas kerja ringkas bertajuk“An Intergrated Sensor System For The Detection Of Bio-Threats From Pandemics To Emerging Diseases To Bioterrorism”.
  • Ogos 2009 - VeriChip Corp telah menjual 1,000 mikrocip RFID kepada Jabatan Kesihatan Daerah Green River di Kentucky, Amerika tanpa diketahui sebabnya dan tiada sebarang sidang media.

Pemvaksinan masyarakat adalah projek menyuntik mikrocip

Program pemvaksinan secara besar-besaran di seluruh dunia adalah tidak syak lagi ia merupakan satu propaganda kapitalis Zionis untuk melaksanaka suntikan mikrocip ke dalam tubuh badan manusia.

Manakala pengilang-pengilang vaksin seperti Novartis, Baxter, GlaxoSmithKline dan lain-lain juga kami yakin telah pun bersiap sedia meletakkan mikrocip ini ke dalam botol-botol vaksin yang bakal diedarkan seluruh dunia.

Kedegilan WHO untuk memberi tender kepada pengilang-pengilang Zionis ini juga amat mengecewakan walaupun pelbagai surat khabar antarabangsa, badan-badan kesihatan dunia, persatuan-persatuan doktor pakar telah mengecam melalui pelbagai artikel tentang skandal-skandal yang menyelubungi syarikat-syarikat vaksin ini.

(Gambar) Carta skematik sistem mengesan virus yang diperkenalkan oleh Dr. Robert E. Calrson dari syarikat Receptor LLC.

Rasional penggunaan Nano Robot di dalam vaksin H1N1

Seperkara yang perlu kita ketahui ialah mikrocip yang bakal dimasukkan ke dalam badan bukanlah seperti cip-cip CPU komputer yang sebesar ibu jari itu. Mikrocip adalah cip-cip yang telah dikecilkan saiznya dengan kadar elektron yakni 10 kali lebih kecil dari bakteria.


(Gambar) replika mikrocip keluaran Receptor LLC yang bakal diletakkan dalam badan manusia melalui suntikan vaksin.


Bagaimana pula mikrocip-mikrocip akan bergerak di dalam badan?

Kenderaan yang akan membawa mikrocip di dalam badan manusia ini juga bersaiz elektron yang dipanggil Nano Robot. Robot kecil ini akan memegang mikrocip dan bergerak mengikut saluran darah di keseluruhan badan.

Perkara ini bukanlah teknologi masa depan, angan-angan atau fantasi, ianya telah pun dicipta oleh jurutera-jurutera Hitachi Corparation sejak 1990-an lagi. Malah idea pembinaan nano robot bagi kegunaan perubatan pula diilhamkan oleh Dr. Jose MR. Delgado pada 1974. Ketika itu Dr. Jose adalah Pengarah Jabatan Neuropsikatri di Universiti Yale, Amerika.



(Gambar) contoh replika nano robot yang ditunjukkan di dalam majalah Popular Science

Antara ciri-ciri lain Nano Robot ialah saiznya 50,000 kali lebih kecil dari saiz rambut manusia. Ia mempunyai ingatan terbina dalam (Built-in Memory) melebihi 512 kilobyte. Selain itu, pergerakannya juga adalah berasaskan frekuensi ELF. Kemungkinan nano robot juga telah mengalami evolusi teknologi yang lebih canggih pada masa sekarang.

Tujuan meletakkan mikrocip

Tidak lain tidak bukan tujuannya adalah untuk mencuri maklumat manusia secara rambang dan mengkordinasi sistem biologi badan. Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kapitalis Zionis menyimpan data-data berpuluh-puluh juta manusia seluruh dunia yang dimasukkan mikrocip.

Sebagai contohnya, komputer mainframe (pengkalan data utama)yang dibekalkan syarikat IBM Corp. kepada syarikat kewangan China pada 1999 mampu memproses semua maklumat kewangan seramai 1 billion orang dalam sesuatu masa.

Sekiranya teknologi mainframe pada 1999 sudah mampu memproses maklumat 1 billion orang, apatah lagi pada era 2009 ini. Oleh itu, penyuntikan mikrocip sebagai pencuri maklumat penduduk dunia yang berpuluh-puluh juta adalah tidak mustahil.

(Gambar) contoh mainframe yang menyimpan berbilliion maklumat

Kami percaya, nano robot yang dihasilkan pada era sekarang mampu menyelinap di saluran-saluran darah pada otak manusia. Kemungkinan juga nano robot ini sudah mencapai tahap boleh memuat turun perisian-perisian pemikiran dari pusat pengkalan data ke masyarakat seluruh dunia hanya melalui gelombang satelit.

Wallahu’alam …

P/S : Wabak selsema babi sememangnya satu bala kepada manusia tetapi sebenarnya ia bala kepada umat Islam yang tidak mahu berfikir dan membaca.

ShareThis

02 September 2009

NEO-COMMUNISM & NEO ANTI-COMMUNISM

June 2, Najib Razak will make his maiden PM's official visit to People's Republic of China, the biggest communist country on earth.

May 28, Najib's Head of Communication at the PM's Office, Abdul Rahman Sulaiman, made a scathing attacking on neo-communism, Gerakan VP Dr Teng Hock Nan, and Chin Peng, the fugitive Malaysian who was once the secretary-general of Communist Party of Malaya (CPM).

Abdul Rahman launched his attacks in an article published in Umno mouthpiece Berita Harian, titled:Ancaman neo-komunisme boleh hancurkan negara Threats of neo-communism can destroy nation).

It's accompanied by a captioned picture, like this:

PASUKAN keselamatan memburu pengganas komunis pimpinan Chin Peng (gambar kecil) di pinggir hutan di Labis, Johor pada September 1964... Picture downloaded from Beritan Harian website.

I am quite sure workers at the Chinese Embassy in Kuala Lumpur read Bahasa Malaysia, and understand what Najib's communication chief tried to say.

Like the Chinese stylised messaging (谒后语) goes, is it diplomatically sensitive to scold the bald donkey in front of the monk 和尚面前骂秃驴?

In the inner kitchen, does Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, Najib's de facto Press Secretary, agree to Rahman's anti neo-communism posturing when the No. 1 is just days away from the Beijing trip?

Having been an official guest of the Chinese Communist Party (CCP) recently, how will MCA respond to this neo-communism that may destroy the nation?

Ancaman neo-komunisme boleh hancurkan negara Oleh Abdul Rahman Sulaiman


Rakyat perlu sedar keganasan penyokong Chin Peng ketika darurat menimbulkan pelbagai kesulitan

PENGERUSI Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan menerima kutukan berterusan daripada pelbagai pihak berikutan cadangannya baru-baru ini agar kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang kini menetap di perkampungan khas di Selatan Thailand, pulang ke Malaysia.

Reaksi terbaru ialah daripada Naib Presiden Gerakan sendiri, Mejar (Kehormat) Huan Heng Guan yang mahukan rakan seperjuangan beliau itu disingkirkan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut Guan, anggota Gerakan pada peringkat akar umbi juga mahu tindakan diambil terhadap Dr Teng kerana menyebabkan parti terbabit dipandang serong dan dianggap buta sejarah. Sama ada Dr Teng akan akhirnya menerima hukuman setimpal daripada partinya kerana kenyataan yang cukup sumbang itu, bukanlah sesuatu yang relevan.

Apa yang lebih relevan dan perlu diberi perhatian serius ialah suasana yang melatari negara ketika kenyataan itu dibuat. Hakikat bahawa kenyataannya dikeluarkan pada saat negara sedang berdepan pelbagai kemelut sosial, politik dan ekonomi serta ketika parti politik pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedang sibuk memperjuangkan apa yang mereka sifatkan sebagai penindasan terhadap golongan bawahan oleh pemerintah, tidak harus dipandang sepi.

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai blog antikerajaan juga sering memuatkan tulisan yang seolah-olah bertujuan menimbulkan ketegangan dan pertelingkahan antara kelas di negara ini. Semua fenomena ini terlalu ketara untuk dianggap sebagai berlaku secara kebetulan.

Lagi pun, ini bukan pertama kali cadangan untuk membenarkan Chin Peng yang secara langsung bertanggungjawab terhadap pembunuhan ribuan anggota angkatan tentera, polis dan orang awam itu disuarakan oleh pihak tertentu.

Puluhan ribu lagi bekas tentera dan polis serta rakyat biasa dan anggota keluarga masing-masing terpaksa menderita kerana kecederaan, cacat anggota atau kehilangan keluarga tersayang angkara Chin Peng dan rakannya yang melancarkan perang gerila dari hutan belantara sepanjang tempoh darurat dulu yang bermula pada awal 1948.

Di samping itu, harta awam bernilai jutaan ringgit juga turut dimusnahkan oleh Chin Peng dan rakannya dalam usaha mereka mensabotaj ekonomi negara. Orang Melayu di Teluk Intan, Sungai Manik dan Parit di Perak, terutama warga emas, tentu masih belum boleh melupakan bagaimana ganasnya pengikut Chin Peng menggeledah kampung halaman mereka pada waktu malam untuk mencari apa yang mereka anggap sebagai anjing dan ejen kerajaan.

Akibatnya ratusan orang kampung yang tidak berdosa, termasuk ketua kampung dan imam, diseret keluar dari rumah masing-masing, lalu disembelih dengan kejamnya. Tanpa sebarang rasa peri kemanusiaan dan belas kasihan, mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Perak dengan tidak dimandikan, dikapan atau disembahyangkan.

Begitulah kejamnya tindakan dilakukan anggota PKM terhadap orang Melayu dalam tempoh singkat ketika kebangkitan Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah lalu berundur dari Tanah Melayu ketika tamatnya Peperangan Dunia Kedua dulu.

Peristiwa ini yang jelas tercatat dalam lipatan sejarah negara tidak mungkin dapat dilenyapkan oleh sesiapa hatta oleh mereka yang bersimpati atau pernah bersimpati dengan gerakan komunisme di Malaysia.

Oleh itu, sebarang usaha untuk menidakkan fakta sejarah ini apatah lagi untuk mewajarkan pemberontakan bersenjata yang dilancarkan PKM sepanjang tempoh darurat dulu sebagai perjuangan menuntut kemerdekaan seperti yang diajukan oleh beberapa pihak sejak kebelakangan ini, jelas bertujuan tidak lain dan tidak bukan untuk menghidupkan semula fahaman komunisme di negara ini.

Natijah ini diperkuatkan lagi oleh pelbagai petanda jelas dalam pergolakan politik tanah air pada waktu mutakhir ini. Seperti dinyatakan pada awal tadi, usaha untuk membawa pulang Chin Peng yang dilakukan serentak dengan kebanjiran tulisan dalam blog yang secara tersirat mendewa-dewakan komunisme serta kelantangan parti pembangkang dan NGO dalam menyuarakan perjuangan kelas atau class struggle' di Malaysia, memperlihatkan satu pola pendekatan yang sedia diatur secara sistematik.

Perbuatan menstruktur masyarakat menurut kelas tertentu ciptaan sendiri seperti Elit Pemerintah atau Elit Umno, Umnoputras, golongan terpinggir dan sebagainya tidak banyak perbezaan dengan istilah marhaen, proletariat atau bourgeois yang dipopularkan melalui teori dialectical and historical materialism ciptaan Karl Marx.

Tujuannya ialah untuk menimbulkan kemarahan rakyat biasa terhadap kerajaan dan golongan berada supaya satu hari nanti rakyat akan bangkit memberontak atau menentang kerajaan melalui cara yang tidak semestinya demokratik.

Tindakan yang dilakukan untuk mencapai matlamat perjuangan seperti demonstrasi jalanan, mogok lapar atau pelbagai kerenah lain yang berbentuk provokasi dan separa militan juga tidak banyak bezanya dengan kaedah digunakan oleh pergerakan buruh dan pertubuhan berhaluan kiri yang disokong oleh PKM suatu masa dulu.

Usaha menyemarakkan kuasa rakyat yang berjaya menumbangkan kerajaan yang sah di Filipina dan Thailand, tanpa menghiraukan undang-undang, juga satu lagi cara yang pernah digunakan oleh puak berfahaman kiri di negara ini suatu masa dulu.

Oleh itu, bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin mengesahkan bahawa terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai komunisme. Katanya, gerakan itu dipelopori badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga di kalangan parti politik.

Sebenarnya, komunisme sebagai satu ideologi tidak pernah mati. Berakhirnya Perang Dingin yang menyaksikan kehancuran Soviet Union, penyatuan Vietnam dan keruntuhan kerajaan komunis di Eropah Timur pada awal 1980-an, tidak pernah membunuh komunisme.

Ia akan tetap muncul semula dari semasa ke semasa selagi ada pihak yang mempopularkan ideologi itu meskipun tidak semestinya dalam bentuk asal ia dicipta. Pendokong fahaman ini di Malaysia mungkin menolak sama sekali perjuangan bersenjata yang pernah dianjurkan oleh Chin Peng dan rakannya.

Mereka mungkin memilih cara yang boleh dilihat sebagai mesra rakyat dan kurang menakutkan. Mereka boleh melabel ideologi mereka sebagai neo-komunisme, kalau mereka mahu untuk mengaburi mata rakyat. Tetapi percayalah bahawa komunis tetap komunis walau apa juga baju yang mereka pakai. Bahayanya kepada masyarakat tetap sama.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama