13 Januari 2010

PROMOSI BAJU FUTURE PHENOMENOME FAB

salam...

selamat sejahtera pada semua dan saya mulakan dengan ucapan syukur kerana saya di beri masa untuk meng-updated-kan blog ini. Meskipun demikian, saya memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog ini kosong tanpa berteman.

Jadi kini, saya bawa anda teman yang mana akan menemani anda sentiasa, kemana jua, yang mana akan sentiasa memberi kata semangat tentang kemunculan KHALIFAH, keagungan kedua MELAYU+ISLAM+NUSANTARA, munculnya ilmu baharu dan ilmu KUNO YANG DAH DI LUPA akan di upgrade version-kan.

Jadi, saya memperkenalkan anda T-SHIRT EDISI 1 yang hanya di keluarkan sebanyak 50 helai sahaja.

Harganya RM30, tidak termasuk posting.

Sebenarnya, idea pembuatan t-shirt ini datangnya dari ahli forum atasbawah yang mana mereka selalu mengharap kita keluarkan sesuatu yang 'real' di mana akan mempromosikan wujudnya blog-blog memperjuangkan 'masa depan' ini.

Jadi, saya sebagai designer dan pengedar baju ini, berharap anda dapat menunjukkan sokongan dan di harap anda juga dapat menjadi agen tak berbayar untuk mempromosikan baju yang tak seberapa ini.

Apapun, salam perjuangan dan di harap kita sama-sama akan mendapat keberkatan dan petunjuk dariNYA demi sebuah masa depan yang telah di janjikan.

sila tinggalkan tempahan di

nusanaga@gmail.com

(lengan pendek@panjang / nama / alamat / no tel)

nanti saya emailkan cara pembayarannya

wassalam

www.bisneztalk.com

05 Januari 2010

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"

1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.


2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.


3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.

4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.


5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".


6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.


7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.


8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.


9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.


10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?


11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?


12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.


Dr. Mahathir bin Mohamad's Notes