28 September 2010

PENAJAAN OPERASI SSRM TERENGGANU MOBILE / BELIA SAS DAN BKP-JKMM

HULURKAN TANGAN RINGANKAN BEBAN MASYARAKAT PENYAYANG (MAYANG)

Surat jawapan dari KBS memaklumkan kekangan kewangan menyebabkan sukar untuk menggerakkan sukarelawan bagi persiapan banjir akan datang

Kekangan kewangan di peringkat Kementerian (KBS) akan membantutkan usaha-usaha membangunkan Sukarelawan Belia KBS (Belia SAS) sebagaimana pernah disarankan Menteri Belia sendiri, bagi digerakkan membantu masyarakat setempat dan yang berdekatan yang menghadapi bencana tradisi iaitu banjir di musim tengkujuh.

Belia SAS/ SSRM Terengganu (Koordinator PB2W) bersama menteri bersih Sek Bukit Tadok Nov 2009
Berita Operasi SSRM Terengganu (PB2W)


Pelancaran Belia Sukarelawan KBS Feb 2009 Taman Permint Jaya Chendering, Kuala Terengganu. Terengganu (penyertaan PB2W)
Selain itu begitu juga birokrasi yang ada di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) dengan prosedur lama, juga akan menyukarkan keadaan mekanisma saluran bantuan dan permohonan bantuan bencana, sepengalaman PB2W sebagai badan sokongan GO (Government Organization) semasa banjir yang telah memerangkap penduduk Taman Pusu 3 Gong Badak 2008 dahulu.

PB2W Sebagai Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (BKP JKMM)
Apa yang paling kritikal ialah penyediaan bot-bot getah mudah gerak persiapan tindak pantas bencana, juga mesin gergaji pemotong, ini adalah kerana semasa bencana pihak-pihak berkaitan dengan bantuan bencana tidak mempunyai aset dan kelengkapan yang cukup menampung operasi perpindahan dan pembersihan kawasan (pokok tumbang). Peralatan yang ada pada Bomba, JPAM, Polis, Tentera dan lain-lain amatlah terhad. Bila bencana berlaku semua akan mengelabah.

PB2W Meminjam bot dari tempat lain untuk meninjau 2 buah rumah di hujung kampung di diami warga emas. Kelemahan agensi yang ada tidak cukup bot untuk pemantauan.
Bagi mengelakkan semua birokrasi dan karenah kepentingan melibatkan politik dan sebagainya PB2W mengambil langkah menjadikan Belia SAS / SSRM Terengganu /Mobile suatu mekanisme sokongan "prime" dan bukan lagi "skunder" sejajar kehendak Majlis Keselamatan Negara. Kita lebih mengutamakan kemaslahatan masyarakat atau orang perorangan atau keluarga mereka yang di timpa bencana dari lain-lain persoalan berbangkit yang bakal menyukarkan bantuan.


Mereka yang tidak bernasib baik ada di mana sahaja, ia menjadi ujian Allah kepada mereka yang hartawan ke manakah rezeki di kurnia di habiskan, "Orang kaya bersyukur lebih afdhal dari orang miskin yang sabar" mafhum Hadis.

PB2W selaku koordinator SSRM Terengganu Mobile dan Team Sukarelawan Belia KBS (Belia SAS) dan juga Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat (BKP-JKMM) merayu kerjasama mendapatkan sumbangan bantuan kewangan bagi persiapan operasi bantuan bencana alam tengkujuh 2010 (Okt - Dis 2010) yang akan datang bila-bila masa dari sekarang. Dalam OPS MAYANG III 2010.

Kepada mereka yang budiman boleh menyalur bantuan kepada koordinator Sukarelawan:

PERSATUAN BELIA WAJA WATAN TERENGGANU (PB2W)
Bank Muamalat Berhad Caw. Terengganu
No Akaun: 1301-0058515-72-9
No/Fax: 09-619 2078
Peg Kewangan: Mohd Hosni bin Hassim
H/P: 013-931 0350
email: PB2W@hotmail.com
________________________________

"BE PREPARED to die for your country if need be, so that when the moment arrives you may charge home with confidence, not caring whether you are going to be killed or not" - Scouting for Boys


Lord Baden Powell Founder Scout Association

24 September 2010

PENGENALAN KESUKARELAWANAN DAN PENUBUHAN REJIMEN 512 AW

Sejarah Awal


Terengganu adalah antara negeri-negeri terakhir dapat dijajah oleh Penjajah Imperialis crusader /Salibiah Inggeris kerana mendapat tentangan yang hebat dari penduduk. Pada tahun 1862, angkatan British/salibiah di bawah Kolonel R. Macpherson telah membedil Kuala Terengganu. Percubaan mereka bermula pada Tahun 1857 – 1863. Hasrat campur tangan di Terengganu akhirnya tercapai juga melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani oleh Kerajaan Siam dengan Great Britain pada 10 Mac 1909. Dengan berkuat kuasa perjanjian ini, Kerajaan Siam menyerahkan Terengganu kepada British/salibiah. Terengganu tidak menganggap bunga ufti di hantar sebagai bernaung di bawah Siam tetapi sekadar persahabatan.

W.L.Conlay dilantik sebagai Ejen British/salibiah yang pertama di Terengganu. Sultan Zainal Abidin III menolak perjanjian ini dan tidak menerima pelantikan W.L.Conlay. ertelingkahan Perjanjian Bangkok 1909 akhirnya selesai apabila Terengganu bersetuju menandatangani dengan Great Britain (Red Devils) pada 22 April 1910. Dengan berkuat kuasa Perjanjian ini, Terengganu menerima secara rasminya pelantikan Ejen British/salibiah. Walaupun demikian, Ejen British/salibiah tidak mempunyai kuasa di dalam pentadbiran negeri Melayu yang bebas. Seterusnya pada tahun 1911, Kerajaan Terengganu meluluskan Undang-Undang Bagi Diri (Ibu) Kerajaan Negeri Terengganu yang menyatakan Terengganu adalah Negeri Melayu dan Kerajaan Melayu Islam.

British (Crusader) tidak puas hati dengan Terengganu terus menjalankan usaha untuk melibatkan dalam pentadbiran Terengganu. Akhirnya British/salibiah berjaya melalui perjanjian 24 Mei 1919. Perjanjian ini ditandatangani oleh Sultan Muhammad menggantikan Sultan Zainal Abidin III. Berkuat kuasa Perjanjian ini, Terengganu buat pertama kalinya menerima Penasihat British/salibiah. Dalam artikel 11 Perjanjian ini dicatatkan bahawa Sultan Terengganu akan menerima Penasihat British/salibiah, menyediakan tempat kediaman di Terengganu dan nasihatnya hendaklah diminta serta diikuti dalam semua perkara pentadbiran kecuali Agama Islam. Penglibatan British/salibiah dalam pentadbiran Terengganu diikuti dengan pengenalan peraturan baru ( penindasan ) membangkitkan tentangan pada tahun 1922,1925 dan 1928. Gerakan tentangan ini dipimpin oleh Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbung) yang disokong penduduk Terengganu. Mereka yang terlibat dalam tentangan ini menyifatkan British/salibiah dan segala peraturan baru yang diperkenal dan dikuatkuasakan (selepas Crusader campur tangan dalam pentadbiran Terengganu) adalah peraturan kafir dan mewajibkan Jihad menentangnya.

Kehadiran penjajah Inggeris crusader di Terengganu tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Satu pemberontakan Jihad Petani berlaku dalam tahun 1928 yang diketuai oleh Haji Abdul Rahman Limbong sendiri beliau juga seorang ulama murid kepada Ulama tersohor ketika itu Tok KU Paloh. Pemberontakan ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. Ulama-ulama lain yang terlibat dalam pemberontakan ini ialah Haji Zakaria, Mat Zin, Lebai Deraman, Ismail Par dan Penghulu Salleh (kesemuanya gugur syahid di padang Kacung). Mengikut (Fatwa) Haji Abdul Rahman Limbong, tanah ialah hak Allah dan Inggeris crusader tidak berhak mengenakan cukai. Beliau berjaya mengajak penduduk di Hulu Terengganu bangun berjihad menentang penjajahan imperialisme Inggeris crusader.

Sentimen anti penjajah kuffar makin memuncak pada 21 Mei 1928, Seramai 1000 orang Melayu di Kuala Berang telah menyerang Pejabat Daerah dan menyerbu balai polis Imperialis crusader. Haji Abdul Rahman Limbung telah berjaya menawan dan menduduki Kuala Berang pada bulan Mei 1928. Akibat dari peristiwa tersebut, Haji Abdul Rahman Limbung dan beberapa orang pemimpinnya telah ditahan. Beliau telah dituduh bersalah dengan menyebarkan ajaran Islam (kerana menentang penjajah Inggeris crusader) sehingga mencetuskan kebangkitan dan penentangan pada 1928. Di atas nasihat Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Ngah Muhammad, beliau dijatuhkan hukuman penjara dan buang negeri ke Mekah. Jatuhnya kedaulatan sesuatu bangsa itu adalah kerana pemimpin yang mengkhianati bangsanya sendiri kerana demi kepentingan diri dan puaknya akhirnya Haji Abdul Rahman Limbung meninggal dunia kerana sakit di Mekah pada 6 November 1929.

Mereka semualah Anggota Wataniah sejati semangat ke sukarelawan yang tinggi menentang sebarang bentuk penjajahan walaupun gugur di muncung senapang, moga-moga Allah menghimpunkan mereka di kalangan Roh-roh para Syuhada dan Solehin…..Amien.

REJIMEN KE 512 AW (SIMPANAN)

Setelah seluruh negara dapat dipulihkan dan keadaan kembali aman daripada ancaman komunis, Pusat Latihan Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) yang berpangkalan di Tanjung Sura dan Head-Quater di Kem Nibong Dungun Terengganu telah dibubarkan. Oleh kerana ramai di kalangan anggota pasukan Kawalan kampung seluruh Malaya ketika itu ingin menyambung perkhidmatan sukarela mereka, keberkesanan HomeGuard, kegigihan sumbang bakti terbukti setelah 10 tahun berlalu maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan ini secara teratur melalui satu penyusunan secara rasmi Pengawal Kampong dibuat melibatkan peruntukan akta The Territorial Army Ordinance, 1958.

Asal tertubuhnya Rejimen 512 AW, Pada tahun 1964 nama rejimen ini ialah Tentera Tempatan Persekutuan (TTP) selepas itu ia ditukar namanya kepada Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) negeri Terengganu. Seterusnya Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) dan Rejimen Askar Wataniah selepas melibatkan penubuhan Kor maka ia ditukar kepada WATANIAH. Rejimen ini tertubuh secara rasmi pada 1 Februari 1981 dan pembesarannya terus dilakukan dari kekuatan asalnya hanya 2 Batalion sahaja menjadi 3 Batalion Infantri.

Sejajar dengan keperluan tersebut, Rej 512 (AW ) Dari awal penubuhan sehingga sekarang, rejimen telah mengalami pelbagai pembaharuan terutama dari segi struktur organisasi hinggalah kepada keanggotaannya. Sesuai dengan langkah kerajaan untuk mempertingkatkan lagi konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH), seperti yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri (Tun Mahathir ketika itu) pada bulan Ogos 1995, Kerajaan Negeri Terenggganu telah mengambil Rej 512 (AW) sebagai anak angkat pada bulan Ogos 1995 dengan harapan segala perancangan dan pembangunan anggota sukarela di negeri Terengganu agar dapat berjalan dengan lebih lancar. Beberapa peristiwa penting berlaku sepanjang penubuhannya sehingga sekarang, yang secara tidak langsung telah menaikkan imej pasukan dan memberi keyakinan kepada rakyat akan masa depan Askar Wataniah.

Kumpulan Perintis Penubuhan Rej ke 512 (AW) ialah

1. Lt Kol Raja Shahardin bin Raja Rome Timbalan Komandan

2. Kapt Mohamad bin Abu Ajutan

3. Mej Abdul Rahim bin Osman Pegawai Tadbir

4. Mej Malik bin Omar Pegawai Latih

5. Kapt Ibrahim bin Mohd Abang Kuarter Master

6. Kapt Mohamad bin Abdullah Pegawai Gaji (PayMaster)

Tujuan utama pasukan sukarela ditubuhkan ialah melatih Belia-belia dari segi disiplin ketenteraan untuk mempertahankan negara. Penyertaan para belia tempatan ketika itu secara aktif ke dalam Askar Wataniah telah mendapat sokongan yang padu dan jitu daripada Ketua Negeri dan Pemimpin-pemimpin masyarakat.

ASAL USUL PENUBUHAN

Pada tahun 1959, 2 batalion Tentera Tempatan Persekutuan (TTP) telah ditubuhkan di negeri Terengganu. Batalion Pertama berpengkalan di Kuala Terengganu dan Batalion Ke 2 berpengkalan di Jalan Stesyen Nibong, Dungun, Terengganu. Tugas utama TTP pada masa itu ialah mengambil dan melatih penduduk tempatan dalam perkhidmatan sukarela di seluruh negeri Terengganu. Di samping itu, mereka juga dibekal dengan latihan ketenteraan bagi memboleh mereka menjadi anggota simpanan yang bersedia serta mampu membantu pasukan keselamatan mempertahankan negara apabila keadaan memerlukan. Batalion pertama diperintah oleh Kapt Abdul Rashif bin Abdulah (Bekas Pegawai Home Guard- sebagai Pegawai Pemerintah yang pertama). Batalion ini bertanggungjawab bagi kawasan di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terenggganu dan juga Besut. Manakala Batalion Kedua diperintah oleh Kapten Nazri bin Awang (bekas pegawai Home Guard), seorang pegawai yang ditauliahkan sebagai Permanent Staff Officer (PSO) Askar Wataniah. Batalion ini bertanggungjawab mengendalikan latihan bagi daerah Dungun, Marang dan Kemaman. Kebanyakkan anggota sukarela yang dilatih terdiri daripada bekas pengawal kampung dan penduduk tempatan.

Pada akhir tahun 1964, TTP Terengganu disusun semula. Batalion Pertama dan Batalion Kedua digabungkan menjadi PPT Terengganu atau lebih dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD). Markas PPT Terengganu yang pertama bertempat di Jalan Sultan Ismail (di tapak Wisma Persekutuan Terengganu sekarang) kemudian berpindah ke Jalan Sultan Omar, iaitu di tapak Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu. Anggota pasukan terdiri daripada bekas anggota Home Guard yang masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka.

Pegawai Memerintah PPT Terengganu yang pertama ialah DYMM Lt Kol Tengku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan dan Pemerintah Negeri Terengganu pada masa itu (Baginda adalah seorang pegawai sukarela dan pada masa itu baginda memegang jawatan Raja Muda).

DYMM mengikuti latihan tentera di Kem Latihan Askar Melayu di Port Dickson pada 3 Januari 1955. Pada 20 Ogos 1956, baginda telah dikurniakan Pangkat Kapten Kehormat. Pada 1 Ogos 1965, baginda telah dianugerahkan Tauliah Di-Raja dalam pasukan Askar Wataniah Malaysia sebagai Pegawai Sukarela dengan menyandang pangkat Mejar iaitu menggantikan Tauliah Di-Raja Kehormat dalam Pasukan Askar Melayu Di-Raja. Pada 1 Disember 1968, baginda telah dinaikkan ke Pangkat Leftenan Kolonel dalam Pasukan Pertahanan Tempatan (Askar Wataniah Malaysia). Duli Yang Maha Mulia juga telah dilantik untukk memegang jawatan Pegawai Pemerintah Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Terengganu Darul Iman mulai tarikh itu. M

an

akala Penolong Pegawai Memerintah pada masa itu ialah Kapt Mohd Aris bin Ariffin, seorang pegawai tetap. P

engambilan anggota telah diperbesarkan di seluruh negeri Terengganu. PPT pada ketika itu mempunyai jurulatih yang diambil daripada bekas anggota tentera, polis adan angkatan sukarela yang berkelayakan dan berkebolehan untuk melatih anggota baru. Setiap hujung minggu semua jurulatih digerakkan ke kawasan latihan yang ditetapkan di Terengganu iaitu di:

1. Sekolah Rendah Paya Bunga,

2. Padang Bola Marang,

3. Padang Bola Kuala Berang,

4. Pejabat Daerah Besut,

5. Kem Nibong

6. Sekolah Rendah Gong Limau di Kemaman.

Ekoran daripada peperangan di Vietnam dalam tahun 1974, ramai pelarian mula mendarat diperairan Terengganu. Menyedari keadaan tersebut, kerajaan negeri bertindak mewujudkan satu angkatan membanteras pendaratan tersebut. Dalam masa yang sama, PPT Terengganu sedang dalam jangkaan menambahkan bilangan ahlinya. Seterusnya pada tahun 1975, Task Force Vietnamese Illegal Immigrants (Task Force VII) telah ditubuhkan. Dengan tertubuhnya Task Force VII atau lebih dikenali MPG (Markas Penyelaras Gerakkan), maka Siri 100 telah dikuatkuasakan hingga Siri 105.

Tujuan utama penubuhan Siri 100 ialah membendung dan menghalang pendaratan pelarian Vietnam. Pada masa yang sama, jalan Raya Timur Barat sedang dalam proses pembinaan. Sehubungan itu, anggota PPT Terengganu telah dikerah sepenuh masa untuk tugas dalam Siri 100 dan juga Siri 300 kerana berlaku kekacauan seperti serang hendap dan ancaman oleh pihak komunis. Tujuan utama anggota PPT dikerah ialah untuk membantu pasukan tetap sekiranya berlaku kesulitan.

PPT Terengganu merupakan badan induk yang memainkan peranan yang penting untuk mencari dan melatih anggota untuk diserapkan dalam Siri 100 dan Siri 300 disamping membekalkan anggota sukarela kepada Angkatan Tetap. Struktur anggota secara keseluruhan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Static Reserve dan juga Combat Reserve bermaksud pasukan simpanan yang diberi latihan ketenteraan yang cukup tetapi tidak dikerah sepenuh masa untuk melaksanakan sesuatu tugas. Selepas waktu latihan anggota ini akan kembali melaksanakan tugas awam mereka seperti biasa sehingga latihan yang seterusnya. Seandainya berlaku peperangan barulah anggota ini dikerah untuk membuat pertahanan di kawasan belakang. Manakala Combat Reserve pula bermaksud pasukan simpanan yang telah siap dilatih dan dikerah sepenuh masa dalam Siri 300. Tugas penting Combat Reserve ialah untuk berkhidmat di pasukan Siri 100 dan Siri 300. Pasukan Siri 300 bermula dari Bn Inf 301 hingga Bn Inf 305. pasukan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas operasi di sekitar JRTB dan pagar sempadan di kawasan Bukit Kayu Hitam.

Oleh kerana konsep PPT sudah tidak berapa sesuai pada masa itu berbanding dengan tugas, ianya dibubarkan pada tahun 1979 dan digantikan dengan Rejimen Siri Ke 500, bermula dari Siri 501 hingga Siri 510. Awal penubuhan siri ke 500 semua negeri di Malaysia mempunyai rejimennya tersendiri kecuali di negeri Terengganu kerana ketiadaan Pegawai Memerintah untuk negeri Terengganu, penyelarasan dilakukan dua batalion PPT di Terengganu tadi dibubarkan dan disatukan menjadi satu batalion. Batalion ini telah diletakkan di bawahpemerintahan Rej ke 506 (AW) yang berpengkalan di Kota Bharu sebagai batalion yang kelima.

SEJARAH REJ 506 AW

Rej 506 (AW) telah ditubuhkan pada 8 Februari 1980 di Kota Bharu, Kelantan. Pada dasarnya penubuhan rejimen ini adalah untuk menggantikan PPT Kelantan yang telah dibubarkan selaras dengan pembesaran dan penyusunan semula Askar Wataniah. Anggota-anggota dari PPT Kelantan yang telah dibubarkan diserapkan ke dalam Rej 506 (AW) untuk dijadikan nukleas rejimen ini.

SALURAN PEMERINTAHAN

Rej 506 (AW) pada asalnya telah diletakkan di bawah perintah 11 Div PSTD. Selaras dengan penyusunan semula Markas 11 Div PSTD yang telah menjadi 11 Div Strat, maka pasukan telah diletakkan di bawah Markas 8 Briged.

Oleh kerana segala urusan dan latihan yang melibatkan anggota di negeri Terengganu terpaksa dirujuk kepada Rej 506 (AW). Ini menimbulkan pelbagai kesukaran kerana jarak yang jauh serta mengambil masa yang lama untuk melicinkan pentadbiran.

Memandangkan kepada masalah ini berterusan, maka Rej ke 512 (AW) telah ditubuhkan dengan berkekuatan tiga batalion infantri, dan satu Markas

Rejimen

iaitu

Ba

talion Pertama bertempat di Kuala Terengganu, Batalion Kedua di Dungun dan Batalion Ketiga di Kemaman. Peranan yang dimainkan oleh Rej 512 (AW) pada masa itu masih lagi sama iaitu mengambil, melatih dan mentadbirkan anggota sukarela sama ada untuk dibekalkan anggota tersebut kepada Siri 100 dan Siri 300 atau sebagai Static Reserve.

ORGANISASI PASUKAN PERINGKAT AWAL

Penubuhan Batalion

Di peringkat awal penubuhan, Markas Rejimen dan Batalion Pertama di tempatkan di tapak Yaysan Pembangunan Keluarga Terengganu di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu, Batalion Kedua pula di Kem Nibong, Dungun, Terengganu dan pada bulan Mei 1982, Bn Ke-3 di tempatkan di Kem Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu.

Pada 1 Ogos 1988 Batalion Kedua telah dipindahkan ke Kem Sri Tembila, Besut. Pemindahan lokasi kem ini disebabkan berbagai kesulitan yang dialami oleh anggota terutamanya anggota yang tinggal Daerah Besut, untuk menyertai latihan dan juga masalah pengangkutan.

Kawasan tanggungjawab Batalion Pertama bermula dari daerah Kuala Terengganu keutara sehingga kesempadan daerah Setiu dan selantan hingga daerah Dungun. Manakala kawasan tanggungjawab bagi Bn ke-2 pula bermula dari sempadan daerah Setiu- Kuala Terengganu hingga daerah Besut. Begitu juga dengan Bn-3, kawasan tanggungjawabnya adalah bermula dari Dungun hingga daerah Kemaman.

KUMPULAN PERINTIS - ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Semenjak Rej 512 (AW) ditubuhkan, organisasinya telah mengalami banyak perubahan. Sebelum pasukan ditubuhkan, Pegawai Memerintah berpangkat Leftenan Kolonel merupakan seorang anggota sukarela manakala pada masa sekarang, Pegawai Memerintah dikenali sebagai Komander yang berpangkat Kolonel adalah seorang anggota sukarela. Begitu juga dengan Penolong Pegawai Memerintah yang dahulunya berpangkat Mejar (Pegawai Tetap) tetapi sekarang dipanggil Timbalan Komander yang juga berperanan sebagai Ketua Jurulatih berpangkat Leftenan Kolonel juga seorang Pegawai Tetap.

Kekuatan anggota juga turut mengalami perubahan. Semasa PPT, organisasinya adalah sebuah batalion infantri tetapi dengan tertubuh Rej 512 (AW) kini mempunyai tiga buah 'on the ground' dengan dua buah lagi digantung. Kekuatan pegawai dan anggota tetap dan kerahan dari kedua-dua buah batalion tersebut digunakan untuk mewujudkan pasukan yang lain.

Semenjak PPT ditubuhkan hingga tertubuhnya Rej 512 (AW), pasukan diletakkan di bawah pemerintahan Markas 8 Bgd dan di bawah Kawalan Teknikal Jabatanarah Askar Wataniah (JAW) sekarang dikenali sebagai Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Markas TD. Pada awal tahun 1980 sehingga pertengahan tahun 1980-an semasa Markas 11 Div AW Wujud, Rej 512 (AW) diletakkan di bawah pemerintahannya, manakala Markas 8 Bgd hanya bertanggungjawab dalam hal pentadbiran tempatan sahaja. Semasa wujudnya Markas 11 Div (AW), banyak masalah logistik dan pentadbiran dapat diselesaikan. Ini disebabkan Panglima 11 Div dan anggotanya lebih memahami masalah Askar Wataniah kerana terdapat anggota kanan di Markas tersebut yang terdiri daripada pegawai kerahan yang diserap dari Askar Wataniah. Berlainan hari ini keperluan logistik AW amat kritikal.

Selain itu mutu patriotisme AW (PSTD) ketika itu sangat tinggi dan berdisiplin, walaupun latarbelakang pendidikan tidak seberapa dan itulah sebenar kunci keuntuhan PSTD, berlainan dengan hari ini gejala sosial melibatkan 'body contact' pelatih dan Jurulatih makin ketara, selain penggunaan Amphetamine (Pil Kuda).

PERKEMBANGAN PASUKAN

Penempatan - Markas Rejimen

Pada tahun 1981 selepas tertubuhnya rejimen ini Markas Rejimen yang pertama bertempat di Kuala Terengganu terletak di tapak Wisma Persekutuan, kemudian berpindah ke Jalan Sultan Omar (Tapak YPU) . Selepas kawasan tersebut diambil alih oleh Kerajaan Negeri, ia telah berpindah ke Kem Padang Midin di Kampung Padang Midin sendiri.

Rej 512 AW yang berkekuatan kekuatan tiga batalion, di mana Batalion Pertama ditumpangkan sekali dengan Markas Rejimen di Kem Padang Midin, manakala Batalion Kedua di Tembila,Besut dan Batalion Ketiga di Bukit Kuang, Kemaman Terengganu.

Kawasan Tanggungjawab (AOR)

Batalion Pertama - Meliputi Daerah Kuala Terengganu sendiri sehingga ke utara bersempadanan dengan Setiu dan ke selatan bersempadanan dengan Dungun.

Batalion Kedua - Meliputi Daerah Besut, ke utara sehingga sempadan Kelantan - Terengganu dan ke selatan sehingga sempadan Setiu, Terengganu.

Batalion Ketiga - Meliputi Daerah Kemaman, ke utara sehingga Dungun dan ke selatan sehingga sempadan Terengganu dengan Pahang

Kawasan Latihan

Semenjak tahun 80an lagi, setiap batalion mempunyai kawasan latihan tersendiri (MTA). Berikut adalah kawasan latihan bagi batalion terbabit:

Batalion Pertama

o Kawasan Belukar Bukit di Hulu Terengganu.

o Kawasan Kuala Berang di Hulu Terengganu.

o Kawasan Undang di daerah Kuala Terengganu.

Batalion Kedua

Kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang. Kawasan Lata Belantan dan Lata Tembakah.

Batalion Ketiga

Kawasan Hutan Simpan Kerteh.

o Kawasan Jabor-Jerangau.

Dengan adanya dua kem tambahan, iaitu Kem Panji Alam di Merchang dan Kem Sri Bari di Setiu maka kawasan latihan telah bertambah. Kem Panji Alam ini diambil dari Kerajaan Negeri setelah diserahkan oleh Bn Inf 104 (AW) apabila Task Force VII ditutup. Manakala Kem Sri Bari pula adalah milik Kerajaan Negeri Terengganu yang telah diambil alih pada 15 Mei 1997 daripada Majlis Daerah Setiu. Kawasan latihan ialah di kawasan Penarik, iaitu berhampiran dengan kem dan juga di kawasan Bukit Bintang.

Bangunan di Kem Padang Midin

Kebanyakan bangunan adalah bertaraf separuh kekal diperbuat daripada kayu dan telah berusia lebih 10 tahun. Bangunan ini telah dibina oleh anggota pasukan sendiri dan Rejimen Jurutera manakala bahan binaan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan pihak tertentu. Jarak Kem ini dari bandar Kuala Terengganu adalah lebih kurang 8 km. Luasnya ialah 21.0 ekar dan dimiliki sepenuhnya oleh Kementeriam Pertahanan. Penempatan pertama di kem ini bermula pada 1 Januari 1987. Antara kemudahan yang terdapat di kem ini ialah padang permainan seperti padang bola sepak, padang bola tampar, gelanggang sepak takraw dan gelanggang bola jaring.

Semenjak penyusunan di peringkat Armforces yang melakukan pemodenan TD 2000, fasiliti di kem ini mengalami perubahan ketara. Semua bangunan lama telah diganti dan tambahan 3 blok penginapan 2 untuk lelaki dan satu pranita bersama 6 buah skot pondok disediakan. Kecuali Odlyroom belum diganti

Cuma dilakukan beberapa baik pulih dan penyambungan beberapa bahagian tambahan bangunan tersebut dilakukan. Balai pengawal lengkap dengan sel tahanan dan bilik tidur selesa diganti, hasil pengambilan dan pembesaran jalan di kilometer 3 hingga kilometer 8 di mana bangunan tersebut berada dalam lingkungan tersebut. Stor Senjata baru mempunyai sistem keselamatan, bangunan dan pejabat MT baru dan selesa disediakan.

Kem Panji Alam


Balai Pengawal yang tiada pengawal dan tersadai, kegagalan Timbalan Komander Rej 512AW (loose Control) amat memalukan kepada kami yang pernah keluar dari kem ini menjadi komponen barisan pertahanan negara.

Kem yang dulu megah dan menyimpan sejarah, sekarang rebah menjadi sampah, jelas suatu simbol 'pengkhianatan' kepada negara. Apabila diberi amanah, maka di sia-siakan amanah .. Al hadis

Dewan makan dan rumah telah masak menyembah bumi, siapa peduli ... !!

Sang lembu sedang melakukan 'kawad-kawad menduduki pengkalan', setelah kem ini tiada penghuni. Amat menyedihkan penulis adalah antara "output" dari kem ini sebagai PSTD 1990 cukup terharu dengan apa yang berlaku, mungkin Timb Komander Regular Askar Melayu tak dapat memahami semua itu.

Selaku NGO -PB2W telah di minta oleh Lt Kolonel Yon B Haji Hassan Ex Timb Komander Rej 512AW bagi merunding cara dengan kerajaan negeri bagi membantu mendapatkan sokongan buget. Kerana kem tersebut milik kerajaan negeri pegangan Rej 512AW selepas perubahan kuasa politik mendadak (Pertukaran MB 2008). JAKPAW Tak berfungsi. Gambar: Penulis di hadapan plat perasmian kem.


Sejarah Kem ini terletak di atas sebidang tanah kepunyaan Kerajaan Negeri Terengganu di Kampung Pasir Putih dalam Mukim Merchang di Daerah Marang mempunyai keluasan lebih kurang 15 ekar. Kem ini asalnya adalah kem di bawah pentadbiran Markas Penyelaras Gerakan (MPG) atau lebih dikenali TASK FORCE VII ia digunakan oleh kompeni D dari Bn Inf 104 (AW). Apabila Task Force VII dibubarkan pada awal 1996. Rejimen ini (512AW) telah memohon kepada Kerajaan Negeri melalui Markas 8 Bgd untuk mendudukinya sebagai kem latihan.


Kem ini boleh diduduki oleh seramai 120 orang. Antara bangunan yang terdapat di kem ini ialah sebuah bangunan untuk Wisma Perwira, stor senjata, rumah masak dan dewan makan, dua blok penginapan LLP, sebuah bangunan kantin, sebuah madrasah dan padang bola. Kem ini terletak lebih kurang 35 km dari bandar Kuala Terengganu menghala ke Dungun. Di hadapan kem ini terdapat Lapangan Terbang Penarik (airstrip) yang boleh digunakan oleh Model Caribou dan CN235 . Lapangan Terbang ini masih boleh digunakan tetapi perlu dibuat senggaraan agar lebih selamat.


Kem ini (tahun 2006) tidak beberapa selamat digunakan kerana banyak bangunannya telah runtuh menyembah tanah termasuk bangunan Suraunya. Walaupun begitu ia masih digunakan untuk latihan tempatan BN pertama termasuklah latihan lanjutan. Pada 1hb Oktober tahun 1999 kem ini menyaksikan kapasiti latihan rekrut terbesar pernah digunakan, di mana seramai 253 orang berjaya menamatkannya. Mereka terdiri dari belia (awam) dan pelajar KUSZA. Sebahagian besar belia awam ketika itu adalah anak jati Padang Midin sendiri.

Gambar sebelah adalah Rekrut siri 3/1999 di Kem Panji alam, berbaris panjang selepas solat Jumaat di luar dewan makan menunggu giliran mengambil makanan.

Pada masa itu dan sehinggalah sekarang ini fasilitinya masih tidak mencukupi.

R

e

krut tersebut terdiri dari Pelajar KUSZA dan belia awam 'Monkey-tent' terpaksa digunakan menampung keperluan tersebut. Hari ini semua itu menjadi nostalgia dalam lipatan sejarah.


Suatu masa dahulu Latihan pengampunan di air dan ‘River Crossing’ boleh dilakukan di kem ini. Gambar – anggota Kompeni C KUSZA cuba menyeberangi sungai Mercang menggunakan Pack berisi rumput. Seperkara mesti diingati sungai ini banyak buaya. Walaupun begitu semua langkah keselamatan telah dilakukan. Latihan ini dijalankan semasa latihan lanjutan Bn 1 siri 1 /2000. Latihan ini di awasi oleh PTI Kopral Nazri dan PTI Kopral Azlan.

Objektif Latihan


Mendedahkan kepada ang

gota-anggota sukarelawan teknik diguna pakai dalam tentera semasa kawad-kawad menyeberangi sungai.

Selain itu menanam semangat berani merempuh halangan walaupun tempat tersebut mempunyai risiko tinggi, demi melaksanakan tugas untuk negara ia harus di abaikan.

SUK Wataniah mampu melaksanakannya bukan anggota regular sahaja boleh melakukannya..

Kem Bari

Kem ini telah dibina pada tahun 1984 oleh Kerajaan Negeri dan diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Setiu. Kem seluas 12 ekar ini terletak kira-kira 15 km dari Bandar Permaisuri, Setiu manakala ke Kuala Terengganu ialah kurang 60 km dan ke Kampung Raja lebih kurang 43 km. Ianya berhampiran persisiran Pantai Penarik. Keadaan bangunan di kem ini ialah kekal dan separuh kekal. Antara bangunan yang terdapat di kem ini adalah seperti berikut:

Rumah Rehat - 4 buah (kekal) Asrama - 4 buah (kekal)

Surau - 1 buah (separuh kekal)

Dewan Makan - 1 buah (separuh kekal)

Bilik Kuliah - 1 buah (separuh kekal)

Segala senggaraan bangunan ini diuruskan oleh pihak Majlis Daerah Setiu termasuklah kemudahan elektrik dan bekalan air bersih. Kem ini hanya boleh menampung seramai 100 orang anggota sahaja pada satu-satu masa. Kem ini digunakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta dengan membuat bayaran kepada Majlis Daerah Setiu. Rej 512 (AW) mula menggunakan Kem Sri Bari pada 15 Jun 1997. Kem ini akan digunakan bersama dengan pihak agensi kerajaan dan swasta yang lain. Latihan Asas Rekrut Sukarela Siri 2/97 yang mula pada 1 Julai sehingga 30 Julai 1997 telah dilaksanakan di Kem Sri Bari ini.

Kem ini diserah kembali kepada pentadbiran Pejabat daerah Setiu pada tahun 2003 setelah perancangan awalnya menubuhkan satu lagi batalion ke empat tidak dapat dilaksanakan oleh kerana faktor teknikal.

Kem Tembila Besut

253 orang rekrut siri 3/1999 Panji Alam berbaris di padang kawad kem Sri Tembila untuk menjalani latihan menembak

Kemudahan asas kem ini ialah mempunyai Padang kawad yang mampu menampung perbarisan 500 orang anggota ia telah di sumbang oleh kerajaan negeri di awal tahun 1990 dulu. Ketika itu kemudahan elektrik masih belum ada bekalan air sentiasa terputus-putus. Kem menggunakan generator untuk bekalan kuasa, sekarang semua kemudahan telah tersedia ada. Di bawah pentadbiran kem ini terdapat lapang sasar Bukit Bubus bagi senjata ringan (individu) dan Senjata bantuan terletak 3 Km dari kem tersebut.

Kem Bukit Kuang, Kemaman

Kem ini terletak di Kampung Bukit Kuang, Kemaman Terengganu. Jarak kem ini dari bandar Kemaman ialah lebih kurang 5 km. Kem seluas 22.640 ekar ini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan. Kem ini mula diduduki pada bulan Mei 1982. Kebanyakan bangunan yang ada sekarang dibina sendiri oleh anggota sukarela Bn ke 3 Rej 512.

Kemudahannya Terdapat sebuah padang kawad yang telah di sumbangkan oleh YB Encik Ahmad Said (Sekarang Dato' selaku MB Terengganu), Adun Kemaman yang dibina pada bulan Januari 1997. Semenjak pemodenan TD 2000 Bn ini mendapat beberapa fasiliti tambahan.

PENGAMBILAN ANGGOTA

Di awal penubuhan

PPT Terengganu

pengasasnya ialah DYMM Tuanku Al Sultan Tengku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah . Apabila disignasinya ditukarkan ke Rej 512 (AW) , tokoh dan pengasas ialah Raja Shahardin bin Raja Rome (1981 hingga November 1984) dan Lt Kol Wan Idris bin Wan Mustafa (November 1984 hingga Jun 1987).

Semasa unit ini bergelar Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Terengganu, pemimpin yang menonjol dan membangunkan pasukan ialah DYMM Lt Kol Tengku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Setelah penukaran disignasinya ke Rej 512 (AW) struktur dan organisasi pasukan turut berubah dan pemimpin terkanan bagi anggota tetap ialah Timbalan Komander yang berpangkat Leftenan Kolonel. Manakala Pegawai Memerintah dikenali sebagai Leftenan Kolonel (Pegawai Sukarela). Pasukan hanya mempunyai komander pada akhir tahun 1993 dengan perlantikan Kol Prof Dato' Dr. Kamaruddin bin Hj Kachar.

Konsentrasi Timbalan Komander dan pegawai lain pada masa itu ialah untuk membersihkan kawasan dan membina bangunan-bangunan . Kerja ini dilakukan oleh anggota tetap dan sukarela sendiri. Bahan binaan telah diperolehi daripada Kerajaan Negeri dan juga sumbangan orang perseorangan.

Pada awal penubuhan pasukan, bilangan anggota hanya lebih kurang 300 orang sahaja. Mulai tahun 1993, tindakan pengambilan anggota sukarela telah dilipatgandakan. Pengambilan anggota sukarela telah bertambah. Kalau dahulu setiap batalion membuat pengurusan pengambilan secara decentralise tetapi mulai dari akhir tahun 1993, Tim pangambilan Anggota Sukartela diketuai oleh Timbalan Komander dan ahlinya terdiri terdiri daripada Pegawai latih dan Penolong Pegawai Memerintah di kawasan tumpuan. Latihan bercorak inovatif telah diperkenalkan dengan harapan latihan tersebut akan menarik minat anggota sukarela yang sedia ada dan anggota yang belum mendaftarkan diri. Cara ini didapati lebih berkesan kerana Timbalan Komander sendiri yang telah menerajui pengambilan ini. Sokongan padu dari Pegawai Daerah dan Ketua Jabatan awam mahupun swasta begitu terselah. Setiap kali ceramah pengambilan dibuat, kehadiran orang awam tidak kurang dari 300 orang. Dari segi logistik, pihak pasukan yang mendapat bantuan yang diuruskan oleh Pegawai Daerah atau Ketua Jabatan sendiri.

Komitmen anggota sukarela sendiri sangat mengalakkan. Mereka turut hadir semasa ceramah dijalankan. Perubahan cara pengambilan ini telah berjaya menarik lebih ramai anggota dari sektor awam dan swasta memasuki Askar Wataniah. antara Jabatan atau Institusi yang aktif ketika itu dalam Askar Wataniah ialah Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), PETRONAS KERTEH, HASU INDUSTRIES, Maktab-Maktab Perguruan, Institusi Latihan Perindustrian (ILP). Institusi Latihan Perindustrian Petroleum Petronas (ILPP), Institusi Kemahiran MARA (IKM), Kolej Agama Sultan Za

inal Abidin (KUSZA) dan juga perbandanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

PENYUSUNAN KOMPENI BN PERTAMA (2000)

Bagi memudahkan pengagihan dan pendataran Jurulatih BN ini telah melakukan desentralisasi

1. A Coy Awam

2. B Coy MPKT

3. C Coy KUSZA

4. D Coy Maktap perguruan Bt Rakit

5. HQ Coy dari Lain-lain

C KOMPENI PAYUNG TERJUN REJ 512 ( Airborne Detachment 501st AW)

TD 2000 juga menyaksikan pengukuhan dibuat di Rejimen ini dengan melibatkan perancangan penubuhan Kompeni simpanan Paratrooper (PAC) di bawah kelolaan Mej Yaacob dan KSMJ 1043473 PWII Mohd Noor .

Skala percubaan telah dihantar berperingkat-peringkat bermula tim sukarela pertama di hantar antaranya 6046091 Kpl Azmi (Sumbat) bersama Nordin Bulu dan Kpl Kamarul sekarang Lt M (sekarang Mej) Kamarul. Tim kedua Pbt Salam dan Noramat sekarang kerah ke KRD di mana beliau gagal menamatkannya oleh sebab faktor kesihatan.

Memandangkan sambutan positif Nukleus penubuhan seramai tujuh orang anggota dibentuk dan dihantar ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang Melaka. Nukleus itu di ketuai 6104748 Pbt Mohd Shukri Embong (sekarang Lkpl). Beliau adalah anggota lama bersama dengannya seramai enam anggota sukarelawan lain dari anak jati Padang Midin.

Beberapa masalah teknikal di peringkat armforces menyebabkan rancangan tersebut terpaksa dibatalkan, memandangkan masalah kebajikan anggota maka sebahagian anggota dikerahkan ke BN 303AW bagi meng-augmentasi-nya.

Salah seorang dari anggota nukleus Para tadi iaitu Arwah 6104706 Prebet Khairul Nizam Mohammad (Matan Bendahari PB2W) di arahkan ke sana bagi mencari pengalaman berada di barisan hadapan. Sekarang beliau telah kembali kerahmatulah akibat kemalangan jalan raya di Kuantan Pahang 2009 lepas. Manakala saki-baki anggota yang tinggal menyertai latihan kemahiran bagi melengkapi skil Paratrooper termasuklah menggunakan senjata bantuan dan kemahiran medan di Sistem Latihan Tembak Tempur (SLTT) Hobart Gurun Kedah.

WALAU APAPUN TERJADI AKAN NEGERI INI AKU HADAPI (WATANIAH)

Tidak dapat dipastikan siapa yang mula melangkar kata-kata itu, mahupun begitu sememang ia sinonim dengan Wataniah itu sendiri. Wataniah diguna pakai sebagai nama baru dari nama pasukan asal yang telah lepas. Ia adalah sempena nama pasukan Gerila Wataniah Pahang ‘Forces 136’ pimpinan Kolonel Dato' Yeop Mahidin B Mohamed Shariff semasa menentang pendudukan Jepun dulu di Tanah Melayu di Pahang.

Pada 1950 sebelum penubuhan Askar Wataniah beliau menjawat jawatan Timbalan Pengarah Home Guard. Kejayaan utama pasukannya yang masih dalam kenangan apabila kejayaan mereka menyerang hendap konvoi Tentera Jepun, di mana satu kompeni berkekuatan 20 orang anak tempatan di bawah pimpinan Lt Yakin telah berjaya membunuh 30 hingga 40 orang tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan. Kejayaan ini adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serang hendap oleh Dato' Yoep selaku komander pasukan tersebut.

Sijil Tamat latihan Payung terjun

Malaysia....!, kami anak bangsa mu terus menabur budi walaupun seumpama sebatang lilin menerangi alam membakar diri. Kerana kami Wataniah simbol kedaulatan negara walaupun tiada siapa peduli kami tentera kelas kedua.

Selaku sukarelawan yang mempunyai pelbagai kepakaran di luar, mampu mengatasi anggota tetap dalam semua bidang selain tentera. Kepakaran yang ada mampu memantapkan pasukan dan angkatan dari kelompok support sokongan kepada Demolition team atau pasukan pemusnah. Jika satu penyusunan betul di buat terhadapnya. Namun sehingga kini tiada penyusunan seumpamanya dilakukan.

Semangat dari slogan ‘RELA BERKORBAN’ telah dibuktikan, sukarelawan Wataniah sanggup melakukan latihan dan kursus melibatkan nyawa yang kadang kala anggota tetap takut untuk melakukannya.

Walaupun elaun saraan diri tidak mampu memenuhi keperluan, namun semangat, anggota sanggup mengeluarkan ratusan ringgit malah menjangkau ribuan bagi mendapatkan keperluan logistik yang tidak mampu di isu negara terhadap mereka. Dengan membeli sendiri akan memudahkan anggota menghadiri latihan yang telah di tetapkan. Paling ketara ialah pakaian dan barangan FSMO.

JAKPAW PERANAN DAN FUNGSI

Antara yang telah digariskan fungsi JAKPAW dalam membantu Rejimen
No 10: menyebut

Membangun/meningkatkan kem-kem pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan supaya ianya berkonsep guna sama. Kem-kem yang dibina di bawah projek kerajaan negeri ini diserahkan kepada pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan untuk pemeliharaan dan penyelenggaraan. Kem ini juga akan disesuaikan untuk melaksanakan aktiviti lain-lain agensi dalam program pembinaan semangat (minda) dan nilai hidup rakyat.

_____________________________________

Apa yang sebenar perlu dimainkan Ku Fa*** (Posting lepas) selaku pegawai kanan SUK Rej 512AW juga selaku JAKPAW negeri Terengganu dalam mempamirkan profesionalisme dengan pangkat yang telah di tauliahkan ... bukan sekadar mempersoal kewujudan PB2W. Jelas kegagalan beliau selaku JAKPAW Negeri Terengganu, memalapkan WATANIAH Rej 512 AW.

REJIMEN 512 AW HARI INI

Hari ini kehebatan prestasi Rej 512 AW pertengahan 1990 dulu tidak dapat dipertahankan lagi apabila Jurulatih lama sudah menamatkan perkhimatan dan Pembantu JL mengambil alih tugas yang mengambil kesempatan di atas pelatih pranita yang baru masuk . Selain JL yang ada melupakan bahawa Kem ini adalah formasi WATANIAH mana kala mereka memakai formasi Askar Melayu, Renjer dan lain-lain namun mereka ini ibaratkan kaduk naik junjung.

Mereka akan menamatkan perkhidmatan anggota yang tidak sebulu dengan mereka (terutama yang anti sosial perempuan) perilaku maksiat dan penyelewengan klaim latihan anggota sukarelawan. Antara yang menjadi mangsa ialah PWI Nordin Pegawai Perhilitan, disebabkan kesibukan dan ketegasan beliau dalam mengawal anggota terutama pranita denga JL menyebabkan konspirasi menjatuhkan iaitu memecatkan beliau dari Rejimen, Tiada penghormatan langsung penamatan seorang pegawai warent 1. Semua itu adalah perilaku JL yang terpaksa kami paparkan kerana keburukan akhlak yang merosakkan perkhimatan.

SUMBANGAN REJIMEN 512 AW KEPADA NEGERI TERENGGANU