04 Oktober 2010

WATANIAH EX-SPECIAL OPERATION EXECUTIVE - SOE (FORCE 136)

RELA BERKORBAN
Buat sahabat sahabat seperjuangan yang telah meninggalkan perkhidmatan ini dan yang telah kembali kerahmatulah. Kami abadikan memorial ini dalam kenangan. Terutama team pengasas PB2W.









Arwah 6104706 Trooper

Khairul Nizam Mohammad


Dalam Penerokaan Mencari Damai,

Maut Mengintai Sentiasa,

Setiap Inci Di Tanah Bonda,

Ada Tanda-Tanda Merah Yang Minta Korban,


Padalah,

Biarkan Keguguran Ini Menjadi Tanda,

Biarkan Ia Dikenang Dengan Tekad,

Sebagai Lagenda Yang Tak Kunjung Padam,


Kerana Itu,

Bangunlah Anak-Anak Watan,

Daerah Sempadan Melambai Dikau Datang,

Bersama Azam,


Bersama Semboyan Kemenangan,

Atas Keguguranmu Kawan,

Kerana Berbakti Kepada Nusa,

Akan Terpahat Jua,


Seribu Harapan Yang Terus Menyala,

Untuk Masa Hadapan,

Negaraku Yang Tercinta..


______________ ~~~“Prebet lapok”

"BE PREPARED to die for your country if need be, so that when the moment arrives you may charge home with confidence, not caring whether you are going to be killed or not" - Scouting for Boys