17 Disember 2010

INTERNATIONAL AWARD FOR YOUNG PEOPLE (ARPRM)



PB2W selaku Badan Operasi ARPRM atau Independence Operator for International Award, melaksanakan program mengikut piawaian standard yang telah ditetapkan bagi mengeluarkan mereka (Generasi muda) sebagai bakal pemimpin masa hadapan.


Piawaian standard yang telah ditetapkan, dan digunapakai dengan mengadaptasikan dengan "environment" negara kita dengan memastikan objektif asalnya tercapai. Bagi memenuhi semua kreateria yang diperlukan, BO-PB2W menekankan konsep "familiar" di kalangan Pemimpin dan crew operasi "fraternities" adalah suatu keunggulan.

Sambutan hari ulang tahun kelahiran seorang "Team mate" BO-PB2W yang diadakan memeriahkan suasana dan kekeluargaan.


"Kasih sayang" dan "kekitaan" yang dipupuk menjadi contoh kepimpinan melalui teladan kepada generasi muda Rakan Muda terutama para peserta pentauliahan ARPRM.

Antara Jurulatih ARPRM di bawah BO-PB2W, L/Kpl Norazmawani dan Sjn Noor Fauzani mereka adalah dari Belia yang menyertai Sukarelawan Angkatan Simpanan Persekutuan (Belia SAS) yang dikenali sebagai Askar Wataniah.

Sukarelawan / Khidmat Masyarakat, menjadi sukarelawan Rakan Muda membantu Bah. Pemb. Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBSNT) mempromosikan Rakan Muda di Riuh Rendah ICT anjuran Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertempat di Sek. Ren Keb LKTP Jerangau.

Pingat Gangsa ARPRM (Promosi kepada Generasi muda)

Pengenalan aktiviti yang di sediakan di bawah Rakan Muda kepada masyarakat

Krew (Team Mate) BO-PB2W yang bertugas semasa pelancaran karnival

Remaja (Pemudi) tempatan turut bergambar kenangan dengan Krew "Team Mate" BO-PB2W.

Membantu Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Terengganu mempromosikan Rakan Muda di kalangan Masyarakat. Gerai yang diberi oleh pihak penganjur kepada BO-PB2W (Waja Watan) bersebelahan dengan gerai pameran Rej 512 AW.

"Rakan Muda" antara gerai yang 'terlaris' di serbu terutama remaja dari awal sehingga akhir. Gambar kanak-kanak turut berminat hendak menyertai Rakan Muda walaupun had umur mereka belum mencecah 14 Tahun seperti syarat. Walaumacam mana sekali pun mereka berpuas hati dengan penerangan diberi oleh Krew BO-PB2W. Mereka memasang cita-cita untuk bersama Rakan Muda.

Antara peminat, beberapa Pegawai Penguat kuasa JPJ dan Bomba yang masih di bawah had umur 25 tahun.

Bekas Exco Belia Sukan & NGO Terengganu En Din Adam turut berminat dan meminta sekeping kad untuk kenangan

KOMPONEN-KOMPONEN ARPRM

Khidmat Masyarakat:

Pembentukan Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) Terengganu (Mobile/Bermotor) adalah sebahagian dari usaha dilakukan bagi mengembangkan kesukarelawan di kalangan Remaja bermotor. Selain itu sebagai sebahagian dari projek T-Remp (Terengganu Remaja Penyayang) Kerajaan Negeri Terengganu dalam Jinak /Rempit Sifar 2010

Komuniti bermotor dari JT-Racing, mereka adalah kumpulan remaja yang sentiasa melakukan konvoi jarak jauh secara berkumpulan beberapa kali setahun. Pemanduan mereka adalah berhemah dan mematuhi undang-undang jalanraya. Di "insignia" sebagai Skuadron kedua SSRM Terengganu (Mobile).

Komuniti bermotor dari LC 135 Yamaha Terengganu, kumpulan ini lebih menumpukan kepada pertandingan dalam autoshow dan kerap kali berjaya merebut tempat pertama dalam setiap pertandingan yang diadakan diperingkat Negeri Terengganu.

Krew LC 135 Yamaha (Com) turut hadir menyertai komuniti LC 135 Yamaha Terengganu dalam SSRM Terengganu (Mobile) membentuk "insignia" Skuadron ke 3

Komuniti LC 135 Yamaha Terengganu




Sebagai badan yang profesional BO-PB2W berkerjasama dengan kerajaan negeri di bawah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) Pejabat Menteri Besar.

Mesyuarat di bilik mesyuarat pejabat APMT wisma Darul Iman bersama Timb. Pengarah APMT. Mesyauarat menyentuh Modul dan pelaksanaan Suatu Program (Patriotik) Kem Bangkit Bangsa ia melibatkan pelajar tingkatan 6 di seluruh negeri Terengganu. Batch pertama bertempat di Institut Intergriti Telok Kalong Kemaman.

Jurulatih dari BO PB2W mengendalikan acara senaman pagi.

Program penutup oleh SU Politik MB Terengganu, En Ahmad Nizam

Sijil penyertaan kepada pelajar terlibat

L/Kpl Malek Safrizan selaku JL SSRM Malaysia 2008 juga antara JL BO PB2W yang terlibat membantu kerajaan negeri Terengganu mencapi objektif yang telah dirancang.

Kemahiran

Rekreasi Fizikal

Rekreasi fizikal di bawah BO PB2W adalah menumpul kepada pembangunan pengupayaan Jatidiri "Self empowerment" melibatkan rekrasi seperti Abseiling, Repelling, flying Fox, Motorize /Paragliding dan sebagainya. Boleh dikatakan aktiviti lasak dan mencabar.

Mendengar taklimat keselamatan dan prosedur pengendalian tali aras tinggi kepada para peserta ARPRM yang sebahagian terdiri dari mat-mat motor (Rempit).

Pengenalan pemasangan alatan (De sending)

Remaja wanita yang turut terlibat mengambil bahagian bagi persiapan ARPRM. Tanpa mengira Ras, Etnik, gender semua boleh merasakan cabarannya sebagai mana menjadi slogan ARPRM " I Can Feel It". Yakin Boleh Gemilang - Rakan Muda.

L/Kpl Rosmani antara JL Wanita BO PB2W melakukan repelling (Demo) kepada peserta wanita.

Program mendapat liputan akhbar Sinar Harian

Antara kenyataan akhbar Sinar harian yang telah dikeluarkan

L/Kpl W. Ahmad Yusof membuat aksi regangan untuk memberi keyakinan kepada peserta perihal keselamatan pengendalian Repelling jika mengikut prosedur yang betul.

Sebagai NGO yang telah ditauliahkan sebagai BO ARPRM pemimpin-pemimpin ARPRM yang ada dalam BO PB2W adalah komited dan "responsibly" kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Rosli Abdulah selaku Pemimpin BO PB2W bergambar bersama menteri Belia dan Sukan Malaysia Dato' Ahmad Shabery Cheek di pantai Kemasek 20hb Mac 2010.




Rosli juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan Bekas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) Encik Ahmed Daud yang banyak berjasa serta memberi kepercayaan sepenuhnya dan membantu BO-PB2W. Pengarah (En Ahmed Daud) telah ditukar secara drastik akibat permainan politik kotor dalam JBSNT. Bersama beliau yang menjadi mangsa permainan ialah En Zaihan Zakaria selaku Pegawai Pembangunan Bahagian Sosial JBSNT. Sedikit pandangan kami untuk Bekas Pengarah JBSNT " What Goes Around ... Comes Around" .


Rekreasi fizikal

Peserta Tahap Perak

Peserta ARPRM dalam cabaran pendakian Gunung Tebu 28hb Sep 2010 lepas. Mereka adalah dari Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang

Penjelajahan Lasak

Di bawah penjelajahan lasak (komponen ke 4 ARPRM) beberapa aktiviti dilaksanakan serentak. Bermula dengan pengendalian Kem Orientasi Yayasan di Raja Sultan Mizan (YDSM) selama 4 hari 3 Malam.

Perbincangan dengan

Sesi perasmian Kem

Program ARPRM akhir bagi tahun 2010 ialah "Cave Explore" melibatkan penerokaan gua tinggalan zaman Jepun. Program ini julung-julung kali diadakan bagi membangun Rakan Muda (ARPRM) dengan sifat keberanian, yakin diri, kerjasama dan cinta Alam (Sejarah tempatan).

Dua orang peserta dengan persiapan penerokaan (Explore) sebelum memasuki gua yang penuh dengan kelawar.

Menguji dan melihat struktur batu batan di dalam gua peninggalan. Di katakan terdapat 15 buah gua masih tersimpang belum di terokai.

Rakan Muda diperkenalkan logam yang telah dikeluarkan.

Bergambar selepas selesai misi penerokaan