Memaparkan catatan dengan label PENJAJARAN MODAL INSAN MERENTASI GLOBALISASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENJAJARAN MODAL INSAN MERENTASI GLOBALISASI. Papar semua catatan

21 Mac 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN SIRI KE II

SUATU KEUNGGULAN
Alhamdulilah setelah berjaya melakukan 2 test flight siri pertama di Bukit Chendering launch site (Takeoff) pada 11hb,Mac.2008, siri kedua test flght telah diadakan pada 15hb-16hb,Mac 2008 melibatkan 3 orang paraglider, 8 orang dari PB2W dan 20 orang para pelajar sekolah Menengah Tun Telanai. Program ini (Hujung minggu) adalah sebagai pendedahan awal PB2W kepada para pelajar dalam bidang (Konsep) sains aero angkasa.
PB2W atau Persatuan Belia Waja Watan Terengganu telah mengariskan dalam wawasan percapaian kerjayaannya suatu paradigma baru pengupayaan jatidiri anak Watan Terengganu dengan konsep 'Penjajaran Modal Insan Ulul Albab merentasi Globalisasi' sebagai memampan hasrat kerajaan melahirkan suatu kelompok generasi yang Al-Quranik, Ijtihadik dan Eksiklopedik.
Pihak PB2W menganggap ia suatu perkara yang perlu diterjemahkan bukan sekadar suatu selogan yang gah di mata. PB2W bekerja seiring dengan wawasan negara menjana komuniti 'Humans Capital' yang mempunyai market value.

Seterusnya PB2W akan menjadikan paraglider suatu sukan extreme baru sebagai teras pengupayaan jatidiri para belia di Terengganu dan menjadikan ia mampu dimain oleh semua orang (bukan sukan elite). Bermula dari tahun ini bagi mencapai hasrat tersebut PB2W dengan kerjasama NSSAC dan TFC akan mengadakan kursus asas pengendalian paraglider secara bersiri dalam setahun.

Untuk peringkat awal 2 siri latihan asas dijangkakan akan diadakan pada April ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Berpandukan kepada prestasi dan sambutan dari latihan tersebut beberapa pendekatan komprehansif akan dilakukan melibatkan para belia Terenggau.

Sukan ini akan dibangunkan secara berperingkat dari tahap amatur kepada profesional setaraf dengan negara-negara luar yang telah maju di bidang tersebut. Sasaran tersebut menjelang 2010 di mana sebahagian dari para paraglider tempatan dijangkakan akan mengikuti kejohanan paraglider rantau asia pasifik dan antarabangsa.

Pihak PB2W mengalu-alukan pihak swasta yang sedia menjadi penaja kepada pembangunan sukan tersebut di Terengganu. Selain menaikan nama Terengganu khasnya dan Malaysia amnya ia adalah suatu pembebasan minda remaja dalam menyediakan warga yang 'TASK' menghadapi cabaran hidup yang mendatang.


Bersamalah kita bekerja membawa masa depan generasi pelapis kita ke arah kecermerlangan, kegemilangan dan keterbilangan, seterusnya kita mewariskan tanah pusaka ini kepada mereka supaya mereka menjadi pejuang-pejuang yang akan mempertahankannya sehingga kegenerasi akan datang seterusnya.



Mereka akan menjadi generasi contoh, mampu meminpin melangkaui sempadan geografi mereka menjadi apa yang dijanjikan oleh Rasul akhir zaman generasi yang membawa kembali tamadun yang telah hilang. Mereka adalah anak-anak jati Watan Terengganu Darul Iman, hati-hati mereka lasak bagaikan kepingan-kepingan besi waja 'Tidak sekali-kali mengalah' mereka berjaya membuktikan hasil kecemerlangan. Semangat yang ada dalam diri mereka perlu dipupuk dan dibajai berilah peluang kepada mereka kerana janji kerajaan Terengganu "Tiada halangan hanyalah peluang ...". Janganlah menjanjikan dan menjadikan suatu peluang yang telah lesap hilang.

12 Mac 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN

PERADABAN BANGSA

Pada hari Selasa 11 Mac 2008 jam 1407H Belia Terengganu telah berjaya mencipta sejarah baru apabila 2 set Paraglider berjaya diterbangkan di Terengganu. Ini adalah salah satu keunggulan percapaian setelah mengambil masa selama setahun bagi menyediakan prasarana lokasi untuk paraglider takeoff zone, maka genap tanggal 11 Mac 2008 segala penat lelah para belia yang berusaha bertungkus-lumus untuk membuktikan kepada bangsa dan dunia, bahawa anak watan Terengganu Darul Iman telah berjaya membawa kembali maruah kegemilangan Darul Iman.
Anak Watan Darul Iman dahulu adalah pengembara lautan luas melangkau ke Indra Pura, tamadun Darul Iman bermula semenjak Kembayat Negara kemajuannya selepas Aceh Darus Salam sebelum abad ke 13 lagi. Sharif Al Baghdadi telah tiba di Terengganu seawal 702 H dikatakan bahawa beliaulah yang memahat batu bersurat Terengganu.

Sejarah keunggulan ini adalah pengkonsian bersama antara Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) bersama-sama dengan Negeri Sembilan Sport Aviation Club (NSSAC), Terengganu Flying Club (TFC) dan Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBSNT).

Sedikit rentetan sejarah bermula pada 10hb -11hb, Mac 2007 satu demo Powered Paraglider/Paramotor telah dijalankan selama 2 hari bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pasir panjang Kuala Terengganu dan pantai Batu Buruk.
Bermula dengan sesi pengenalan peralatan dan perkara-perkara yang perlu dalam penerbangan. Seterusnya kepada teknik-teknik menerbangkan paramotor secara praktikal. Sesi ini di jalankan di Kombes sendiri dan di sekitar Pantai Batu Buruk.
Kehadiran Pegawai Belia Daerah Kuala Terengganu mewakili Pengarah telah memberi semangat kepada belia para peserta program untuk menjadikan sukan/rekreasi paramotor suatu cabaran baru bagi belia Terengganu. Hampir RM 3000.00 dibelanjakan bagi program tersebut. Keseluruhannya program Paramotor atau Powered Paraglider mencapai objektif serta berjalan dengan jayanya.

Seterusnya satu pertemuan telah diadakan melalui YM LtM (B) Tg Shabirin bin Tg Awaludin selaku Setiausaha Kelab Penerbangan Terengganu (TFC) bersama Capt Mohd Arif bin Ibrahim (MAS) dari NSSAC di mana beliau juga adalah Anak Watan Darul Iman dengan Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W). Pertemuan tiga hala ini telah menghasilkan keputusan mencari satu lokasi sesuai di Terengganu bagi diperkenalkan sukan Paraglider/Powered Paraglider. PB2W telah mengambil peranan membuat tinjauan lokasi sesuai.

Setelah beberapa kreateria diambil perkiraan maka satu tinjauan telah dibuat pada 18/04/07 Rabu jam 1845H di Lokasi Bukit Cendering (Latitud dan Longitud 5°16’1.66”U 103°11’ 3.94”T). 10 km dari bandar Kuala Terengganu menuju ke Kuantan. Antara yang terlibat dalam tinjauan tersebut ialah Capt Md Arif bin Ibrahim dari MAS, Lt.M (B) Shabirin b Tg Awaluddin dan Mohd Shukri Embong ( YDP-PB2W).

Seterusnya pada 21/04/07 Sabtu jam 1000Z satu kumpulan pertama seramai 10 orang telah membuat kerja-kerja awal penandaan dan pembersihan. Mereka adalah terdiri dari ahli-ahli PB2W dan tumpangan 3 orang anggota Belia dari Rejiemen Askar Wataniah. Dengan Menggunakan peralatan ringan kerja-kerja dilakukan sebagai penanda kawasan untuk tujuan pembersihan lokasi zon penerbangan Paraglider.

Dalam masa yang sama beberapa alternatif baru diusahakan bagi mencari lokasi pilihan yang baru untuk paraglider selain dari bukit chendering. Satu tinjauan telah dijalankan Pada 8 Mei 2007 hari sabtu Tim tinjauan hadapan digerakkan untuk meninjau lokasi Bukit Jerong. Faktor ketinggian dan arah tiupan angin diperkirakan dalam menentu sesuatu lokasi pilihan. Dari sudut faktor ketinggian bukit tersebut telah mencapai ketinggian 1000 kaki dari aras laut dan berada dalam kedudukannya strategik.

namun setelah dibuat kajian secara terperinci lokasi Bukit Jerung tidak sesuai untuk tujuan program paraglider kerana terdapat halangan dari bukit kecil di bawah dan lembah yang boleh menyebabkan Turbolen membahaya untuk takeoff. Hasil dari perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan maka keputusan dibuat bahawa lokasi Bukit Chendering sahaja boleh digunakan untuk program Paraglider.

Lanjutan dari itu seramai 6 orang ahli PB2W bersama Capt Arif Ibrahim terlibat membuat calibration angle untuk takeoff dilokasi yang sama. Seterusnya satu kertas kerja konsep program Paraglider/Paramotor dihantar ke jabatan Belia dan Sukan Terengganu bagi mendapat sokongan kewangan pengurusan. Kerjasama terbaik telah dihulurkan pihak JBSNT dalam menjayakan program paraglider ini.

Fasal pertama: Pada petang Jumaat 06hb, Julai 07 1500Z aktiviti menyambung kerja-kerja pembersihan lokasi baru terbengkalai diteruskan. Seramai 7 orang ahli PB2W termasuk YDP dan Capt Arif Ibrahim dari NASSC terlibat melaksanakan kerja pembersihan bersama. Fasal kedua: Bertarikh 21hb, Julai 07 Sabtu jam 1000Z seramai 10 orang ahli PB2W hadir melakukan kerja gotong royong. Pada fasal ini penggunaan gergaji mesin bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan. Taklimat teknikal menyediakan angle takeoff diberi Capt Mohd Arif Ibrahim di kedai makan dalam Komplek Perikanan Pelabuhan chendering.

DEMO / KURSUS SIRI 1 PARAGLIDER BUKIT CHENDERING - PB2W - NSSAC

Satu program pengenalan awal pengendalian Paraglider diadakan di Pantai Pandak dan Bukit Chendering pada 05 / 08 / 2007 hari Ahad. Seramai 15 orang peserta termasuk Jurulatih dari NASSC hadir untuk melakukan ujian soaring serta melatih dan memperkenalkan sukan paraglider kepada Belia Terengganu. Manakala dari PB2W seramai 25 orang terdiri dari pelajar Belia dan remaja penduduk asal kg Chendering hadir mempelajari latihan pengendalian asas paraglider. Orientasi lokasi dan kedudukan di atas muka bumi 5°16’01.63”N 103°11’03.96”E diberikan YDP-PB2W. Capt. Marasmiza dan Capt. Arif Ibrahim kedua –dua dari MAS merupakan tenaga penggerak utama NSSAC.

Keadaan cuaca dan teknikal muka bumi tidak bersesuaian untuk membuat penerjunan dari atas bukit, maka tiada penerbangan berjaya dilakukan. Pihak PB2W tidak berputus asa alternatif baru dilakukan dengan dengan mengubah sudut penerbang di tempat baru dilokasi yang tinggi sedikit dari tepat sediada.

Dalam program lanjutan akan datang PB2W memperkenalkan konsep Fly Terengganu Team -F2 Team disini antara objektif utama PB2W ialah membawa seramai yang mungkin Belia Anak Watan Terengganu terbang di udara tanpa mengira jantina dan had umur yang terhad.

Sambungan kerja-kerja membuka dan melebarkan kawasan baru untuk penerbangan dilakukan sehinggalah ke bulan Mac 2008 kesemua kos pengurusan dan peralatan serta logistik pengankutan dan makan minum selama setahun menjangkau RM 6700.00.

Sebagai tanda kejayaan diatas kepenatan serta jerik perik para Belia Terengganu ialah berjayanya diterbangkan 2 buah paraglider dari Bukit Chendering bagi mempastikan lokasi dan angle yang dipilih telah menepati piawai lokasi takeoff paraglider antarabangsa.

PB2W sebagai kerangka utama menjayakan program tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat terutama Capt. Nasaruddin bin Abu Bakar dan Capt. Mohd Arif bin Ibrahim yang mewakili NSSAC datang menguji Takeoffe Zone -F2-Team. YM LtM (B) Shabirin bin Tg Awaludin mewakili TFC memberi sokongan teknikal.
Terlebih utama ucapan terima kasih kepada Tuan Abdul Rahim bin Tuan Bahru selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu yang telah banyak berusaha membantu Persatuan Belia Waja Watan Terengganu menjayakan pengupayaan jatidiri belia melalui sukan extreme.

Ucapan ini juga ditujukan kepada ahli-ahli PB2W, para sukarelawan belia dari Askar Wataniah, belia tempatan Pantai Chendering, Shahrin Kamarudin dan Mohd Hisham Awang Long selaku Team Logistik PB2W. PB2W mengajak seluruh belia Terengganu marilah bersama bekerja dalam satu pasukan bersama kehadapan mencipta kegemilangan.