Kepada para pemuda dan pemudi para belia yang masih perihatin dan berperasaan sensitiviti sudah sampai masa dan ketikanya kalian semua tanpil kehadapan menyumbang bakti pada pertiwi. Janganlah kalian semua dilalaikan dengan kehidupan yang menipu ini kerana bumi kita hari demi hari tanah penuh barakah ini telah dikikis oleh musuh kita tanpa kita menyedarinya. Antaranya Pulau Batu Puteh Pedra Branca dalam ingatan.
Andaikata kita gugur atau terkorban, maka itu adalah suatu kebanggaan kepada seorang Perajurit, lihatlah kepada panglima besar Islam Khalid ibnu Walid yang menangis kerana mati di atas sebidang tilam, beliau yang rindukan fadhilat syahid mati sebagai perjuang, mati sebagai tentera adalah suatu kebanggaan, tetapi di takdirkan beliau mati di atas tilam.
Khairul Nizam dan Kpl Amin menerima dan memakai sayap penerjunan dari Panglima, simbol sukarelawan 'gila menempah maut', apasalahnya datang weekend Camp tanda tangan dapat elaun mingguan ulangi kedatangan, jolok jurulatih supaya support dapat Bounti tahunan. Adakah kami akan bahagia memakan duit negara secara haram hasil titik peluh rakyat, wal hal rakyat membayar cukai untuk perlindungan mereka.
Rela Berkorban cogan kata Askar Wataniah, maka kami butikan rela kami korbankan diri kami bagi mencapai level seorang perajurit Para.
Tapi sayang hari ini kebanyakannya di kem-kem Askar Wataniah siri 500 Jurulatih dari unit Askar Melayu dan Renjer, walaupun bukan semua tetapi menonjol mengambil pelbagai kesempatan, termasuk pencabulan. Kami sedih dengan perkara sedemikian, ikhlas kami nyatakan hal demikian perlu kepada pembetulan pihak atasan segera, kadang kala hanya memandang sebelah mata.
Budaya ampu mengampu adalah senjata musuh melemahkan pasukan, mereka yang berkualiti akan dibelakangkan dan mereka pengampu di kehadapankan, andaikata perang meletus mampukan pengampu menjadi hero, jika pengampu ini cabut lari maka tunggulah kebinasaan akan tiba.
Kami abadikan (Emblem) sebagai kenangan Nukleus cadangan penubuhan C Coy Simpanan Para.
WATANIAH PARA LEAD THE WAYS.
Fihgting Soldier from the sky, The brave man how jump end die
Tiada ulasan:
Catat Ulasan