Post lepas pada Selasa, 2008 Jun 17
ANAK KECIL MAIN API TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA SAFEGUARD OUR SOVEREIGNTY
PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA SAFEGUARD OUR SOVEREIGNTY
Malaysia sememangnya amat bertuah, dan ianya adalah suatu ketetapan anugerah dari Allah bahawa lahirnya seorang pemimpin yang berkarisma dan berpandangan jauh serta mempunyai misi perjuangan yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Bagi PB2W apa yang diperkatakan ini bukanlah suatu pemujaan atau pendewaan, tetapi suatu interpretasi kepada kesan kebudayaan di bawah kepimpinannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri malaysia.
Tun Mahathir, atau gelaran oleh pihak opposition sebagai 'Maha Firaun' dan 'Maha Taik' di sekitar akhir 90 an dahulu kerana tindakannya yang tidak popular pemecatan timbalannya DSAI dan menyumbat ke dalam penjara.
Salah satu jawapan kepada ketidak-popularan tindakan Tun tersebut telah menyelamat Malaysia dari suatu bentuk penjajahan bentuk baru Neo-imperialisme IMF (Illuminati). Seandainya Malaysia terlibat dalam mendapat dana dari IMF tersebut seperti kehendak DSAI nescaya Malaysia akan terperangkap dalam perangkap 'Riba' - keganasan ekonomi kapitalis. Itu (tindakan) adalah sebahagian dari kebudayaan kepimpinan Tun.
Tun sebenarnya bukanlah milik UMNO, Tun adalah milik Melayu. UMNO sebenarnya tidak memahami misi tersurat Tun (Tun keluar UMNO). Kelincahan berpolitik Tun adalah bagi survival bangsa Melayu, Melayu bukanlah bermaksud kepada fahaman sempit kepuakan atau Ultra yang didefinasikan sebagai Assobiah tetapi Melayu dalam konteks kelahiran bangsa tersebut. Seperti di perkatakan dalam post-post yang lepas, Melayu adalah suatu bangsa ciptaan Rasululah, Melayu adalah pra campuran asimilasi bangsa-bangsa Islam.
Bangsa inilah yang akan ditakdirkan memimpin dunia di akhir zaman, mungkin kenyataan ini agak keterlaluan tetapi masa dan saatnya akan tiba ketetapan Allah akan berlaku dan semua mungkin akan sempat melihat jika takdir dilanjutkan usia. Memang bangsa Melayu mendapatkan momokan dan imej terlalu negatif kerana kesilapan kepimpinan anak bangsanya terutama dari dua parti Melayu UMNO dan PAS. Kedua-duanya telah melakukan kesilapan besar dalam membawa imej siapakah Melayu itu.
Kami tegaskan setiap yang ingin mengelarkan dirinya Melayu wajib bagi dirinya Islam, Islam seperti batang tubuh Rasululah dan bukan Islam di dalam kad pengenalan. Tunduk dan patuh serta taat kepada Allah dan menjujung ajaran Al-Quran sebagai perlembagaan kehidupan.
PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN
Bagi sesetengah politikus kenyataan puisi Tun tersebut merupakan tindakan seorang diktatorship yang ingin meneruskan cenkamannya dalam hiraki politik Malaysia. Pelbagai hambatan dan gasakan bagi menyahkan Tun dari kepimpinan negara dibuat, namum ianya tidak berjaya. Di bawahnya sahaja ada empat orang Timbalan Perdana menteri sepanjang pemerintahan, betapa licik dan 'tamaknya' Tun dalam hal tersebut, tetapi itulah politik.
Penjajah memberi kemerdekaan Malaysia dengan helah politik 'Time bomb' dan letupan pertama pada 13 Mei 1969 seterusnya ke tahun-tahun berikut 79, 89, 99 dan 2009. Campur tangan terakhir Tun dalam hieraki politik Malaysia adalah usaha menyelamat dari letupan bomb jangka tersebut. Alhamdulilah bomb jangka Illuminati aka Yahudi tersebut berjaya dimatikan oleh Tun. Semuanya akan terjawab apabila sampai masanya nanti.
KEKAGUMAN TUAN GURU DATO NIK ABDUL AZIZ
Sememangnya orang paling faham dengan Tun adalah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz, banyak pandangan dan ucapanya terhadap Tun, antara lain dalam satu lawatan Tun ke Kelantan, Tuan Guru telah ditanya wartawan tentang pandangannya terhadap Tun. Tegas Tuan Guru ada dua perkara yang beliau kagumi terhadap Tun pertama Tun melulus pinjaman kepada kelantan sebanyak 600 juta ringgit dan keberanian Tun mengutuk Yahudi dimana beliau sendiri tidak mampu berbuat demikian. Jelas disini di atas diri Tun sebenarnya bukanlah mengikut gambaran politik kerana politik bukanlah gambaran mutlak seseorang itu.
Hubungan peribadi (Rasmi) dan hubungan politik adalah berbeza antara Tuan Guru dan Tun, kenapa ianya sedemikian lihat apa yang tersirat
dan di belakang mereka tidak melihat
bayang-bayang belenggu halimunan
yang lebih ganas daripada segala yang ganas
kita pun akan kehilangan harga dan erti diri
mengapa diundang mereka
Itulah sebenarnya yang sedang mencorak dunia hari ini termasuklah Malaysia. Mereka melahirkan kepimpinan negara berbangsa Melayu berjiwa Inggeris. Kemerdekaan kita hanya MOU dengan mereka, Tun menjadi kesatria "Win without fighting" melawan kegelapan (darkness) yang tidak dimengerti oleh kebanyakan. Itulah fitnah Dajjal yang diberitahu oleh Rasululah.
Apabila kita menyusuri sepanjang sejarah kepimpinannya maka cubalah kita amati adakah ia suatu yang banyak bermanafaat atau sebaliknya ... dan cuba fikirkan andainya bukan Tun di tempatnya (PM) pada masa itu bagaimana jadinya negara ini ....
"Saya mimpikan sebuah negara di mana tiada siapa yang papa - setiap orang adalah memadai cukup makan minumnya, cukup pakaiannya, sambil menikmati usia lanjut yang sihat-sebuah negara di mana setiap anak kita menikmati pelajaran yang secukupnya agar nanti, bila tiba masanya, mereka akan berkemampuan mengambil-alih tanggungjawab dari ibu bapa mereka-lebih-lebih lagi, saya mimpikan sebuah negara yang akan dihormati dan dicontohi oleh setiap negara lain di dunia ini."
Dr. Mahathir, 5 April 1982
Akhirnya :
"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad"
Tun
BERSATULAH BANGSAKU MELAYU DI ATAS AGAMA NABIMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan