Lihat web berikut:
- http://pakariverman.multiply.com/
- http://www.panoramio.com/photo/3518380
- http://victorian-.blogspot.com/2007/03/paka-river-camp.html
Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang telah lepas mengenai satu pusat rekreasi PRC milik rakyat Singapura di Paka, Kemaman Terengganu. Ia ditulis adalah untuk membuka mata masyarakat bagaimama sikap kita terhadap pelancongan, biar pun pelancongan tersebut boleh mengancam keselamatan negara.
Oleh kerana kekurangan keluasan hutan di Singapura, mereka telah beralih ke Malaysia untuk melatih trup-trup tentera mereka samada secara rasmi (datang berkursus di Malaysia) atau sebagai pelancong datang berekreasi di Malaysia iaitu semenanjung.
Singapura mewajibkan Nasional Service (NS) kepada setiap rakyatnya, manakala Malaysia menjadikan PLKN sebagai sebahagian dari konsep Nasional Service walaupun modulnya bercelaru dan membuang masa. Dalam menyiapkan kemahiran fizikal kepada bakal-bakal NS mereka akan dihantar ke Malaysia di Paka River Camp untuk menjalani latihan modul luaran SAFTI - Singapore Armed Forces Training Institute (link)
Networking with external agencies, including tertiary institutions, and both military and non-military leadership development centres, in Singapore and internationally, in order to keep abreast of the latest theories and methodologies in leadership and leadership development.
BUDI BAHASA DAN PENYANTUN
Rakyat dan Penguasa Malaysia adalah terlalu baik dan penyantun dalam melayan semua ‘pelancong’ yang datang ke sini dari Singapura, berbanding dengan pihak berkuasa Singapura dalam melayan rakyat Malaysia dan nelayan di sana.
Di sini kerajaan Malaysia memberi lesen untuk mengadakan pusat dan kem aktiviti rekreasi untuk tentera Singapura malah di masukkan dalam event pelancongan Terengganu. (link).
SIKAP SINGAPURA
Seperkara yang amat menghairankan bagaimana kes seperti kematian P.Ramlee bin Salam seorang nelayan Johor, dikatakan seorang penyeludup pendatang oleh penguasa Singapura, dan selepas kematian misteri tersebut pihak keluarga beliau membuat aduan polis, Polis Malaysia bukan membantu menyiasat tetapi tergesa-gesa membantu menangkap dan menghantar ayah P.Ramlee, Salam bin Awang 62 sebagai ‘ketua penyeludup’ ke wilayah penguasaan Singapura untuk di caj di mahkamah Singapura. Walaupun tiada suatu extradisi rasmi dibuat oleh Singapura ke Malaysia. Manakala wisma putra berdiam diri. Pelik bin Ajaib .... mungkin kita terlalu baik.
Merujuk kepada satu berita oleh Straitstimes Singapura
Smuggling ringleader arrested
He is believed to be the leader of a syndicate involved in smuggling illegal immigrants by sea into Singapore from Johor. A warrant of arrest for him was issued by the Singapore court on Feb 6 and executed by Malaysian police.
Salam is the father of P Ramlee Bin Salam, a 28-year old Malaysian, who died on March 14 after his speedboat collided with a Singapore Police Coast Guard (PCG) boat..
Dalam artikel asalnya:
WHAT'S HOT? –– ANALYSIS OF RECENT HAPPENINGS THE SINGAPORE ARMED FORCES
An IDC Analysis - New Delhi, 18 August 2004
A Deep, Dark, Secret Love Affair
(A team of IDF officers, known as the ‘Mexicans’, helped Singapore establish an army. It was the start of a very special relationship.) By Amnon Barzilai
Buku Panduan Pertempuran Hutan (The Jungle Combat Manual)
Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.
“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajar bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura”.
Jika begini asas pembentukan Singapura, maknanya Lee Kuan Yew sememangnya sudah merancang dengan bantuan orang Yahudi untuk menjatuhkan kuasa orang Islam di Asia Tenggara. Dan sebab itu tidak hairan jika kita katakan tangan2 Yahudi sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku pertelagahan dan hubungan tidak mesra di antara Singapura dan negara sekitarnya.
PAKA RIVER CAMP
Paka River Camp di miliki Khee Wei Goh kerakyatan Singapura seorang yang dikatakan berasal dari Malaysia bekerja sebagai Inflight Supervisor at Singapore Airlines.
Tidak dapat dinafikan bagaimana negara jiran melakukan pelbagai provokasi yang mengancam kedaulatan Malaysia, pecerobohan demi pencero
bohan darat laut dan udara. Melalui Pre Emptive Strike Dokrin Perang meletakkan negara jiran utara adalah Musuh yang perlu di hancurkan samada melalui kekuatan ekonomi (Temasek Holding), Politik - memasukan agen-agen ke dalam parti politik di Malaysia seperti Pembangkang DAP (Serpihan PAP Singapura) dan parti kerajaan (UMNO) KJ atau Khairy Jamaluddin (link).
Kejatuhan Pulau batu Puteh (Pedra Blanca) adalah kerja licik ISB dengan agen-agen 007 mereka di sini bukan setakad itu sahaja malah Malaysia sekarang berada di ambang kejatuhan dengan prilaku politik yang amat kacau dan menghuru-harakan negara serta ekonomi yang merudum. Esok apabila fajar menjelma negara Malaysia telah hilang dari peta dunia, dan yang ada ialah sebuah negara penjajahan baru British (Freemason/Zionist) melalui Singapura (Proksi).
Selain faktor geografi-nature yang banyak memberi input dalam pembelajaran jungle combat kepada bakal NS, SAFTI dan Instuctor mereka, iaitu kedudukan Terengganu sebagai negeri pengeluaran Minyak menjadikan Terengganu sebagai Objektif atau sasaran Sasaran Penting untuk dikuasai.
Di samping itu juga Terengganu dikatakan mempunyai nilai spritual yang tinggi dengan pengalaman sejarah menjadi negeri Terakhir mendapat campur tangan Inggeris sekitar awal tahun 20an. Ia adalah kerana Terengganu mempunyai ulama ulung dan terbilang serta Penguasanya Sultan Zainal Abidin ke 3 yang bertaqwa kepada Allah menjadikan pertahanan ampuh dari sebarang penguasaan Kufar.
Semua itu menarik minat mereka (SAFTI) secara tidak langsung untuk melumpuhkan sebarang rangkaian dan ikatan spritualistik generasi muda Terengganu kepada warisan nenek moyang mereka.
INSTRUCTOR DAN STIMULASI PERANG
Semua instructor PRC adalah terdiri dari SAFTI dan penduduk ‘tempatan’, mereka adalah jurulatih terbaik dari Angkatan Tentera Singapura yang memenuhi piawaian Tentera Generasi ke 3, menjalani modul latihan stimulasi penyusupan di waktu malam dengan Kapal Selam di perairan Pulau Tinggul, berkayak ke Muara Sungai paka, menyusuri masuk ke Paka River Camp. Menjadikan PRC sebagai HQ, kumpulan komando di gerakkan ke Hidro Kenyir untuk Cut off Talian Grid Nasional, bergerak ke rantau Petronas menguasai logi minyak, sebahagian menguasai suatu kawasan untuk DZ (Drop Zone) hantaran udara (Airborne) di kawasan Marang.
Sebahagian lagi mengadakan hubungan dengan bekas penganas komunis di sekitar Kijal dan Bukit Bauk memasang sistem penakis kapal terbang aras rendah di kawan tanah tinggi yang ada di area tersebut bagi menghalang serangan SU 27MKM Kuantan.
Pulau Tenggol menjadi Naval Operation Base Singapura juga sebagai perimeter couterattack dari TLDM Mawila 1 Kuantan dalam masa terdekat dan pencegahan dari penguasaan kapal selam Malaysia KD Abdul Rahman dan KD Abdul Razak dari teluk Sipagar Sabah. Pada waktu yang sama menjadi Support kepada Kapal pendarat LST Kelas Panglima RSS. Itu adalah sebahagian dari stimulasi (Bayangan) perancangan Perang negara Selatan atau SETERU LAND.
Jelas peta dibawah adalah untuk memandu Pelancong-pelangcong Singapura ke lokasi 'Combat Jungle Training Field' atau Paka River Camp.
Stesen Janakuasa Hidro Jenagor menawar suatu Altenatif pemusnahan “Nature Weapon of Mass Destruction” N- WOMD yang akan mewujudkan Tsunami atau Tsunama kedua melanda rantau ini . Jika ia berjaya dimusnahkan dan tindakan tersebut akan dilakukan oleh tentera Pre Empetive Strike dalam memusnah secara total dalam Perang Singkat (6 Hari Israel-Arab).
- Make war rather than peace!Make enemies rather than friends!
- Manufacture words rather than deeds!
- Produce economic harm rather than economic benefit!
- Precipitate conflicts rather than negotiate disputes!
‘BIOLOGICAL WARFARE’
Instructor from SAFTI
Instuctor wearing with Singapore Army Trouser
1 ulasan:
Plain rubbish....fakta tak ada nas langsung.Khee Wee rakyat Malaysia...PR Singapura.Latihan tentera?Kalau dia tahu guna pistol dah bagus.Safti?Wei budak!SAFTI tu takde benda la...kau ni mengarut aje la...ko ni pernah tak pergi bertempur?Kem aku sebelah dia aje la...aku tahu latihan yg ada kat sana.Jangan jadi melayu bodoh!Dah cukup ramai yang suka menonjolkan kebodohan!Cari la kerja yg lebih berbaloi..tanam jagung ke..toreh getah ke!Bahalol!
Catat Ulasan