Anda tidak perlu menjadi seorang tentera untuk menjadi Marksman, sebaliknya keinginan dan keazaman yang akan menjadikan anda dan organisasi anda Marksman, Justeru itu, Marksman Abad ke 21 mencabar para pemimpin organisasi supaya menjadi “Marksman” bagi memastikan organisasi mereka terus berjaya dan releven dengan mengimbangkan, memoptimunkan dan memanfaatkan sumber yang ada bagi menangani cabaran perniagaan dengan cekap dan berkesan.
Jen. (B) Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Zainal
“Intisari kredibiliti ialah memastikan kita terus relevan dengan berada di hadapan”
Budaya Marksman bertujuan untuk memberi nafas baru kepada nilai-nilai teras Tentera Darat Malaysia dan beransur-ansur menyerap kedalam tradisi amalan kerja harian dan pengiktirafan kejayaan individu dalam organisasinya. Perlu difahami bahawa budaya Marksman berkembang dengan pesat daripada profesionalisme ketenteraan peringkat individu kepada marksman peringkat organisasi. Proses perubahan untuk menjadi sebuah “Organisasi Marksman” tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat, tetapi akan menjadi tenaga penggerak ke arah mencapai kompentensi menerusi proses sistematik yang digambarkan 3.1(di atas)
Proses itu bermula dengan menyediakan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan bagi membentuk individu menjadi profesional tentera. Askar dilatih bukan sahaja untuk menjalankan fungsi teras mereka tetapi juga fungsi tambahan yang mempelbagaikan keupayaan mereka. Proses itu tidak terhenti pada peringkat Marksman individu, sebaliknya diteruskan ke arah memenuhi dua peranan utama Tentera Darat Malaysia. Peranan pertama ialah mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara dari sebarang ancaman luar dan yang kedua ialah melindungi masyarakat dari sebarang bentuk ancaman di dalam negara. Dengan demikian, konsep Marksman adalah untuk membina individu supaya menjadi profesional tentera sejati yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Tentera Darat akan di teruskan selepas 2020. Perencanaan dan pembangunan komprehensif akan berasaskan realiti dan cabaran keselamatan disertai dengan pembiayaan yang disediakan. Strategi pertahanan meliputi pertahanan kawasan darat, pasukan sediada dan perencanaan pasukan Tentera Darat akan datang.
Saya seorang dan hanya seorang
Saya tidak berdaya berbuat semuanya
Namun saya boleh berbuat sesuatu
Apa yang boleh saya buat ....
Saya mesti buat. ......
Sumber tidak dikenali
Oleh yang demikian, kita boleh mencapai sesuatu dalam kedudukan kita sekarang. John C. Maxwell dalam bukunya, The 360 Degrees Leaders menyarankan: “Kita tidak perlu berada di peringkat atasan untuk memimpin tetapi kita perlu mengambil inisiatif memimpin dari kedudukan kita sekarang untuk membawa perubahan”. Justeru itu, kita perlu bersungguh-sungguh berkata kepada diri kita sendiri, “Saya pemimpin hebat dalam organisasi saya” dan meyakini kata-kata itu. Inilah langkah pertama dalam perjalanan kita sebagai pemimpin.
MEMAINKAN PERANAN MEMIMPIN
Selain belajar tentang kepimpinan menerusi kajian dan pemerhatian, kita perlu memainkan peranan itu. Mainkan peranan utama walaupun sesuatu tugas itu kecil atau kurang penting. Kita perlu cepat mengambil inisiatif walaupun tanpa panduan atau arahan sewajarnya seperti sikap yang ditunjukkan oleh minda tentera. Dengan mengambil tanggungjawab sedemikian, kita akan dapat membangunkan profesionalisme kita dan meningkatkan potensi keupayaan kita. Serentak dengan itu, orang di sekeliling kita akan melihat dan mengambil perhatian terhadap sikap bertanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas. Jika kita boleh memimpin dalam menjalankan tugas kecil, maka kita juga boleh memimpin dalam melaksanakan tugas besar. Kaedah mudah untuk menggambarkan proses memaikan peranan memimpin ditunjukkan di bawah. Ia berkaitan dengan kata-kata Sun Tzu: “Kenali diri sendiri dan kenali musuh anda dan anda boleh memenangi seribu pertempuran”. Daripada perspektif kepimpian, kata-kata itu boleh diungkapkan semula sebagai “Kenali diri sendiri dan kenali orang disekeliling kita dan kita boleh merealisasikan sesuatu”.
MARKSMAN DALAM TENTERA DARAT MALAYSIA
Sebaik-baiknya setiap askar menjadi seorang Marksman dalam mengendalikan senjatanya. Dalam pertempuran di darat, kejayaan bergantung kepada cara bertempur dan menggunakan senjata yang berkesan. Walaupun pertempuran pada alaf baru sering kali melibatkan peluru berpandu jarak jauh, pasukan meriam dan pesawat udara, pasukan terakhir yang menguasai kawasan darat yang ditawan ialah tentera darat. Justeru itu, bukan sahaja askar yang perlu menjadi Marksman, tetapi juga unit atau formasi yang diberi kepercayaan untuk memenangi pertempuran dengan menggunakan taktik dan teknik sesuai digandingkan dengan mengoptimumkan sumber. Oleh sebab manusia ialah senjata paling asas, budaya Marksman perlu bermula dengan askar yang menjadi penentu mutlak dalam perang kerana dialah orang di sebalik senjata. Dengan demikian, kajian semula secara berterusan mengenai ilmu pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme ketenteraan perlu dijalankan untuk memastikan askar dilengkapi pengetahuan terkini mengenai cabaran keselamatan yang muncul. Perkara ini penting kerana askar itulah yang menentukan kesediaan Tentera Darat Malaysia untuk bertempur. Askar itu juga yang boleh melakukan sebaliknya.
Ketika Tentera Darat Malaysia melangkah lebih jauh memasuki alaf baru, persoalan mengenai apa yang memacu pembangunan dan transformasi Tentera Darat diberi keutamaan. Cabaran keselamatan utama pada alaf baru adalah untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan negara Malaysia. Cabaran ini tidak berubah sejak penubuhan Angkatan Tenetera Malaysia, tetapi cara kepentingan itu dipertahankan telah banyak berubah sejak itu. Corak pertahanan yang digunakan terhadap gerila komunis dari 1960-an hingga akhir 1980-an terbatas dalam lingkungan sempadan negara, sedangkan skop pertahanan masa kini telah berkembang untuk meliputi wilayah sekeliling dan sumber maritim. Justeru itu, pertahanan negara memerlukan usaha pasukan bersama melibatkan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, dan bukan usaha yang dilakukan oleh satu perkhidmatan sahaja. Selain menyahut cabaran beroperasi dalam persekitaran bersama, Tentera Darat perlu juga mencapai objektifnya untuk membangunkan sebuah pasukan tentera yang berkredibiliti dan relevan.
Tentera Darat Malaysia perlu memiliki kredibiliti untuk mencegah sebarang bentuk serangan luar dan memiliki keupayaan untuk mengatasi sebarang ancaman keselamatan dalaman yang muncul. Pada waktu yang sama, stuktur pasukan Tentera Darat mestilah releven untuk menyahut cabaran dinamik dalam persekitaran keselamatan. Mengambil kira perkara itu, saya sekarang akan melihat bagaimana Tentera Darat Malaysia boleh diurus menerusi prinsip-prinsip Marksman.
ASET NEGARA: "MASTERY THE KNOWLEDGE IS POWER"
Di atas adalah sebahagian petikan dari apa yang di tulis Jen. (B) Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Zainal dalam bukunya Marksman Abad ke 21.
Jelas beliau telah memperlihatkan keintellektualisme dirinya dalam mentransformasikan ATM (Darat) menjadi angkatan kredibiliti dan responsibiliti mencabar alaf. Membudayakan ilmu (Sains) sebagai teras pengupayaan membangunkan suatu angkatan (Armed forces) bersifat proaktif dan
dinamik sejajar dengan amanah yang diberi pertanggongjawaban oleh negara ATM telah melalui "shift of Paradigm". Namun di sana kekecewaan itu berlaku apabila "Aset" tersebut telah ditamatkan secara mengejut dari perkhidmatannya. Dalam keadaan negara memerlukan "Anak Watan" seumpamanya, tangan-tangan ghaib (Illuminati) telah memainkan peranan mengeluarkannya dari ATM bagi melemahkan dan menggagalkan wacana Marksman Abad ke 21 tersebut.
'UNDUR SECARA SENYAP' TANPA PENGHORMATAN ...
Mengambil kata-kata Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid dalam blognya Pene Celoreng
Pada hemat saya, atas alasan apa sekalipun, seorang jeneral yang pernah memimpin pasukan di Bosnia, wajar diberi tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk beliau bersedia untuk bersara. Oleh kerana tentera memiliki tradisinya sendiri yang telah dipraktikkan sekian lama, seperti perbarisan persaraan, lawatan akhir, dll, maka tempoh ini diperlukan.
Setelah bersara atau berhenti, kita tidak lagi mengadakan perbarisan persaraan bagi seseorang. Tidak pernah berlaku. Mungkin ini satu kesilapan atau satu keputusan yang terpaksa ditelan. Mungkin juga 'mainan politik' ini mempunyai sebab tersendiri yang kukuh dan logik tetapi kita tidak mengetahuinya. Jika ada alasan yang munasabah, baguslahh. Tetapi sebagai staf yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan jeneral ini sejak sekian lama, saya semestinya tahu hati budi jeneral ini. saya berdoa semoga seorang jeneral dan keluarganya dikurniakan Allah SWT selaksa kesabaran.
Kalau seorang jeneral boleh diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana pula dengan saya ni. Seekor tungau yang kelihatan dek mata kasar kerana warnanya merah. Kalau tidak bewarna, mungkin tak nampak. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga perjalanan saya dijauhkan perkara atau kejadian sebegini. Amin.
___________________________
hussin said...
too much of politics hence back-bitings and bickerings. when one cannot differentiate between professionalism and pleasing the political masters, one has chosen to be at the mercy of those whom one's pleases.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan