"Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja.
Dia hanya membayar harga ke atas kezaliman itu...
Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"
Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.
Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
____________________________________________
Sebahagian apa tertulis di Singapura dilanggar Todak.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak
<>
"Daulat Tuanku Sultan Temasek
Terpandang gambar mu jiwa ku terusik
Bersemayam indah begitu asyik...
Disamping permasuri rupawan nan cantek
Sayang tiada junjung terjulang
Kemanakah laksemana panglima terbilang
Rakyat mu lenyap jenerasi menghilang
Bagaikan hikayat cinta terlarang.
Istana mu jadi museum negeri
Balairong hilang segala seri
Gerbang Istana tak lagi berdiri
Musnahlah jagaan si tangan besi
Tapi Baginda jangan gulana
Hakikat ianya tetap Istana
Biar dilebur takkan kemana
Sejarah tak dapat dihapus durjana
Tuhan pasti melihat segala
Nasib pahlawan pasti terbela
Dugaan hidup bukan lah bala
Bangkitlah semangat jangan tercela
Dihujung kegelapan pasti cahaya
Disebalek gagal pasti berjaya
Tabahlah Tuanku demi budaya
Berjuang terus sedaya upaya
Pendekar Temasek Meng-amin doamu
Menyambut titisan air mata mu
Tawassul Baginda makrifaatul ilmu
Hamba menangis menjunjung titah mu."
~ PENDEKAR TEMASEK
“Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”... dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini
BBPT 702
Tiada ulasan:
Catat Ulasan