04 Ogos 2009

PRC (SAF TENTERA GENERASI KE 3) - TERLALU BIJAK BERSELINDUNG DI SEBALIK EKSPEDISI ‘MENAWAN MALAYSIA’

Lihat web berikut:

Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang telah lepas mengenai satu pusat rekreasi PRC milik rakyat Singapura di Paka, Kemaman Terengganu. Ia ditulis adalah untuk membuka mata masyarakat bagaimama sikap kita terhadap pelancongan, biar pun pelancongan tersebut boleh mengancam keselamatan negara.

Oleh kerana kekurangan keluasan hutan di Singapura, mereka telah beralih ke Malaysia untuk melatih trup-trup tentera mereka samada secara rasmi (datang berkursus di Malaysia) atau sebagai pelancong datang berekreasi di Malaysia iaitu semenanjung.

Singapura mewajibkan Nasional Service (NS) kepada setiap rakyatnya, manakala Malaysia menjadikan PLKN sebagai sebahagian dari konsep Nasional Service walaupun modulnya bercelaru dan membuang masa. Dalam menyiapkan kemahiran fizikal kepada bakal-bakal NS mereka akan dihantar ke Malaysia di Paka River Camp untuk menjalani latihan modul luaran SAFTI - Singapore Armed Forces Training Institute (link)

Networking with external agencies, including tertiary institutions, and both military and non-military leadership development centres, in Singapore and internationally, in order to keep abreast of the latest theories and methodologies in leadership and leadership development.

BUDI BAHASA DAN PENYANTUN

Rakyat dan Penguasa Malaysia adalah terlalu baik dan penyantun dalam melayan semua ‘pelancong’ yang datang ke sini dari Singapura, berbanding dengan pihak berkuasa Singapura dalam melayan rakyat Malaysia dan nelayan di sana.

Di sini kerajaan Malaysia memberi lesen untuk mengadakan pusat dan kem aktiviti rekreasi untuk tentera Singapura malah di masukkan dalam event pelancongan Terengganu. (link).

SIKAP SINGAPURA

Seperkara yang amat menghairankan bagaimana kes seperti kematian P.Ramlee bin Salam seorang nelayan Johor, dikatakan seorang penyeludup pendatang oleh penguasa Singapura, dan selepas kematian misteri tersebut pihak keluarga beliau membuat aduan polis, Polis Malaysia bukan membantu menyiasat tetapi tergesa-gesa membantu menangkap dan menghantar ayah P.Ramlee, Salam bin Awang 62 sebagai ‘ketua penyeludup’ ke wilayah penguasaan Singapura untuk di caj di mahkamah Singapura. Walaupun tiada suatu extradisi rasmi dibuat oleh Singapura ke Malaysia. Manakala wisma putra berdiam diri. Pelik bin Ajaib .... mungkin kita terlalu baik.

Merujuk kepada satu berita oleh Straitstimes Singapura

Smuggling ringleader arrested

A MALAYSIAN man, suspected to head a human smuggling syndicate, has been arrested. Salam Bin Awang, 62, was caught on Friday by the Malaysian police and handed over to Singapore authorities.

He is believed to be the leader of a syndicate involved in smuggling illegal immigrants by sea into Singapore from Johor. A warrant of arrest for him was issued by the Singapore court on Feb 6 and executed by Malaysian police.

Salam is the father of P Ramlee Bin Salam, a 28-year old Malaysian, who died on March 14 after his speedboat collided with a Singapore Police Coast Guard (PCG) boat..

BAGAIMANA SINGAPORE MENJADIKAN MALAYSIA MEDAN LATIHAN PEPERANGAN HUTAN

Berikut adalah sebahagian dari peterjemahan yang dibuat oleh blogger shahpaskal dalam blognya Military of Malaysia ia adalah di petik dari artikel dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS (IDC)

Dalam artikel asalnya:

WHAT'S HOT? –– ANALYSIS OF RECENT HAPPENINGS THE SINGAPORE ARMED FORCES

An IDC Analysis - New Delhi, 18 August 2004

A Deep, Dark, Secret Love Affair

(A team of IDF officers, known as the ‘Mexicans’, helped Singapore establish an army. It was the start of a very special relationship.) By Amnon Barzilai


Buku Panduan Pertempuran Hutan (The Jungle Combat Manual)

Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajar bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura”.

Jika begini asas pembentukan Singapura, maknanya Lee Kuan Yew sememangnya sudah merancang dengan bantuan orang Yahudi untuk menjatuhkan kuasa orang Islam di Asia Tenggara. Dan sebab itu tidak hairan jika kita katakan tangan2 Yahudi sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku pertelagahan dan hubungan tidak mesra di antara Singapura dan negara sekitarnya.

PAKA RIVER CAMP

Paka River Camp di miliki Khee Wei Goh kerakyatan Singapura seorang yang dikatakan berasal dari Malaysia bekerja sebagai Inflight Supervisor at Singapore Airlines.


Melalui Kem beliau sebahagian dari pelajar-pelajar terutama yang akan menyertai Khidmat Negara -National Service (NS) dan pegawai-pegawai tentera
akan datang menjalani latihan ‘Jungle Combat’ di area Taman Negara Terengganu terutama Gunung Berembung, Empangan Kenyir dan lokasi yang dirasakan perlu oleh mereka.


Tidak dapat dinafikan bagaimana negara jiran melakukan pelbagai provokasi yang mengancam kedaulatan Malaysia, pecerobohan demi pencero

bohan darat laut dan udara. Melalui Pre Emptive Strike Dokrin Perang meletakkan negara jiran utara adalah Musuh yang perlu di hancurkan samada melalui kekuatan ekonomi (Temasek Holding), Politik - memasukan agen-agen ke dalam parti politik di Malaysia seperti Pembangkang DAP (Serpihan PAP Singapura) dan parti kerajaan (UMNO) KJ atau Khairy Jamaluddin (link).

Kejatuhan Pulau batu Puteh (Pedra Blanca) adalah kerja licik ISB dengan agen-agen 007 mereka di sini bukan setakad itu sahaja malah Malaysia sekarang berada di ambang kejatuhan dengan prilaku politik yang amat kacau dan menghuru-harakan negara serta ekonomi yang merudum. Esok apabila fajar menjelma negara Malaysia telah hilang dari peta dunia, dan yang ada ialah sebuah negara penjajahan baru British (Freemason/Zionist) melalui Singapura (Proksi).


Berbalik mengenai Paka River Camp, ia diasas sekitar 2002 oleh beliau. Dengan keluasan 27 ekar, bekas ladang getah ‘milik keluarga’ beliau di progres semenjak 1996. Paka River Camp terletak di pesisir sungai Paka suatu kawasan dikelilingi pergunungan mempunyai anak-anak sungai, Jeram-jeram, air terjun-air terjun dan hutan yang belum di terokai. Beberapa batu sahaja dari pantai yang pasirnya putih melepak dan Tasek Kenyir yang berada di tanah tinggi di penuhi hidupan liar serta paku pakis yang melipur cinta keaslian dan pemabdian mentari. Paka River Camp mengamit anda untuk menjelajahi dan menyelokar sebahagian ketaajuban yang tersedia !

Itu petikan kenyataan dalam website PRC dalam menceritakan lokasi serta tawaran menarik ‘pelancongan tentera, Singapura ke Malaysia iaitu Terengganu.

Selain faktor geografi-nature yang banyak memberi input dalam pembelajaran jungle combat kepada bakal NS, SAFTI dan Instuctor mereka, iaitu kedudukan Terengganu sebagai negeri pengeluaran Minyak menjadikan Terengganu sebagai Objektif atau sasaran Sasaran Penting untuk dikuasai.

Di samping itu juga Terengganu dikatakan mempunyai nilai spritual yang tinggi dengan pengalaman sejarah menjadi negeri Terakhir mendapat campur tangan Inggeris sekitar awal tahun 20an. Ia adalah kerana Terengganu mempunyai ulama ulung dan terbilang serta Penguasanya Sultan Zainal Abidin ke 3 yang bertaqwa kepada Allah menjadikan pertahanan ampuh dari sebarang penguasaan Kufar.

Semua itu menarik minat mereka (SAFTI) secara tidak langsung untuk melumpuhkan sebarang rangkaian dan ikatan spritualistik generasi muda Terengganu kepada warisan nenek moyang mereka.

INSTRUCTOR DAN STIMULASI PERANG

Semua instructor PRC adalah terdiri dari SAFTI dan penduduk ‘tempatan’, mereka adalah jurulatih terbaik dari Angkatan Tentera Singapura yang memenuhi piawaian Tentera Generasi ke 3, menjalani modul latihan stimulasi penyusupan di waktu malam dengan Kapal Selam di perairan Pulau Tinggul, berkayak ke Muara Sungai paka, menyusuri masuk ke Paka River Camp. Menjadikan PRC sebagai HQ, kumpulan komando di gerakkan ke Hidro Kenyir untuk Cut off Talian Grid Nasional, bergerak ke rantau Petronas menguasai logi minyak, sebahagian menguasai suatu kawasan untuk DZ (Drop Zone) hantaran udara (Airborne) di kawasan Marang.

Sebahagian lagi mengadakan hubungan dengan bekas penganas komunis di sekitar Kijal dan Bukit Bauk memasang sistem penakis kapal terbang aras rendah di kawan tanah tinggi yang ada di area tersebut bagi menghalang serangan SU 27MKM Kuantan.

Pulau Tenggol menjadi Naval Operation Base Singapura juga sebagai perimeter couterattack dari TLDM Mawila 1 Kuantan dalam masa terdekat dan pencegahan dari penguasaan kapal selam Malaysia KD Abdul Rahman dan KD Abdul Razak dari teluk Sipagar Sabah. Pada waktu yang sama menjadi Support kepada Kapal pendarat LST Kelas Panglima RSS. Itu adalah sebahagian dari stimulasi (Bayangan) perancangan Perang negara Selatan atau SETERU LAND.

Jelas peta dibawah adalah untuk memandu Pelancong-pelangcong Singapura ke lokasi 'Combat Jungle Training Field' atau Paka River Camp.

Lebih jelas terperinci


'DESIGNATION TARGET' Kenyir Hydro Dam

Front View Kenyir Dam
'EXCAPE ROUTE'

Stesen Janakuasa Hidro Jenagor menawar suatu Altenatif pemusnahan “Nature Weapon of Mass Destruction” N- WOMD yang akan mewujudkan Tsunami atau Tsunama kedua melanda rantau ini . Jika ia berjaya dimusnahkan dan tindakan tersebut akan dilakukan oleh tentera Pre Empetive Strike dalam memusnah secara total dalam Perang Singkat (6 Hari Israel-Arab).

Route yang turut dilalui (excape) Jambatan Telemong.



‘Mission Susses’, Accomplish Job to capture Terengganu. Khee Wei Goh bersama ‘pelancong SID’ Singapura.

Salah seorang pelajar NS yang datang ke PRC menjalankan modul yang di sediakan SAFTI (Singapore Armed Forces Training Institute)

LEE KUAN YU Dengan PRE EMPETIVE STRIKE

  • Make war rather than peace!Make enemies rather than friends!
  • Manufacture words rather than deeds!
  • Produce economic harm rather than economic benefit!
  • Precipitate conflicts rather than negotiate disputes!


Menguasai Ulama bererti menguasai Melayu di Malaysia kerana TGNA di katakan "One In Million". Proses penawanan jiwa Melayu. Suatu perancangan licik proksi zionis asia tenggara, pastikan kebijaksanaan pemikiran mengatasi kebodohan tindakkan. Sesuatu yang amat merbahaya.

Adakah Lee Kuan Yu Nak masuk Islam ... BAGUS !. Janganlah menjadi tangan-tangan yang menghancurkan Malaysia ... !

Kedatangan Lee Kuan Yu bertemu dengan pemimpin pembangkan mengisyaratkan suatu penguasaan dari dalam dan luar kerajaan telah berlaku jika nilai peratusan di ambil kira hampir 60% Malaysia telah ‘dikuasai’ Singapura.


Antara student Victoria Secondry School Singapore Daniel dan wenshu menjalani Kem di PRC.


SAFTI

The SAFTI Military Institute provides an ideal environment for moulding cadets into officers. Army, Navy and Air Force officers spend time together at the Institute, absorbing core values, developing a common spirit, and acquiring a common purpose.

Here, National Service and Regular officers from the Services earn their commissions. At key points in their careers, whether as National Service or Regular officers, they will return to further their military education and professional development at the SAF Advanced Schools and Singapore Command and Staff College.

SAF Advanced Schools - Army Officers' Advanced School, Air Force Officers' Advanced School and the Navy Officers' Advanced School, through the intermediate level courses it offers, equips SAF Officers with skills and knowledge to assume Company level and equivalent command appointments, and Battalion level and equivalent staff appointments in their respective services. The Singapore Command and Staff College conducts Command and Staff Course which is a tri-service course, and the National Service Command and Staff Course designed for National Service Army Officers, undertakes the responsibility of developing the professional knowledge and skills of senior Army, Navy and Air Force officers, to prepare them to assume LTC grade appointments in the SAF. Each time, they will renew their ties with SAFTI Military Institute and reinforce the values they had acquired as officer cadets.

Each time, they will revitalise themselves with the spirit of their forebears - the pioneers who created history and tradition when they blazed the SAFTI trail in 1966.

SAFTI Military Institute derives its name from the former Singapore Armed Forces Training Institute whose acronym -SAFTI -became a household word amongst Singaporeans in the years following its establishment on 14 February 1966 at Pasir Laba Camp.

The retention of the term 'SAFTI' -no longer as an acronym but as a name in itself -for the Military Institute, reflects our close links with the old SAFTI. Our traditions of excellence, discipline and tough training started there, and they remain today, as part of our heritage.

The old SAFTI had many commendable and distinct goals, all conceived and designed to build and forge a modern, strong and capable SAF. However, by the 1980s, as the SAF expanded rapidly, SAFTI's training facilities were no longer sufficient to cope with the increasing demands of officer training. At the same time, as the SAF came of age, there was a growing recognition of the need for greater integration in the training of officers from the three Services. Hence, the construction of the SAFTI Military Institute, and its official opening on 25 August 1995.


SURVIVAL

DANIEL (SAFTI)


‘BIOLOGICAL WARFARE’

Di Terengganu dalam masa lingkungan 2 tahun kebelakang ini digemparkan dengan penemuan ikan arapaima gigas di beberapa sungai mempunyai empangan, antaranya empangan Jajar Hulu Besut dan Empangan Kenyir dan berita kematian seorang anggota bomba yang menjalankan kerja mencari dan menyelamat baru ini di Tasek Kenyir di katakan terkejut melihat ikan besar tersebut. Ramai yang mempersoalkan dari mana specis ini datang, atau siapa yang melepaskannya ke sungai.

Terbukti dengan pendedahan seorang pelatih kem tersebut yang juga NS Singapura menunjukan bahawa ikan tersebut dibela oleh Khee Wei Goh di kem beliau. Mungkin ikan ikan tersebut ( Daalam Sungai dan Tasik yang dinyatakan) adalah asalnya milik beliau.


Arapaima Gigas yang di ternak oleh Khee Wei Goh


'Explore' Hutan Bukit Bauk lokasi aktiviti PKM suatu masa dahulu.

Berjaya menguasai sungai Pahang.

Commandos Skill

Wearing Singapore Army Jungle hat

Khee Wei Goh wih Singapore Army jugle hat

Instructor from SAFTI

Nature Obstacle

Instuctor wearing with Singapore Army Trouser

Gunung Berembung

"SAFTI In Position"

PASUKAN TENTERA SINGAPURA


Singapura sanggup berperang kerana air - Lee Kuan Yu


Membina kekuatan tentera sebagai patriotisme menutupi isu kemiskinan dan kemelaratan rakyat Singapura. Hakikatnya hari ini ramai rakyat Singapura yang tiada rumah dan kediaman, kepada warga tua terbiar tanpa pembelaan. Sebahagian besar pendapatan negara adalah untuk Ketenteraan.

Termasuklah yang terbaru pembelian Landing Ship Tank, atau kapal pendarat jelas bersifat offensive. Semua itu kaedah membangkitkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda dengan suatu gambaran musuh akan menyerang bila-bila masa suasana 'alert' sentiasa digambarkan kepada rakyatnya, dengan itu minda dan pemikiran mereka telah dikuasa kerajaan Sosialis PAP aka Komunisme.

Dalam Falsafah Komunis warga tua tidak diperlukan, malah perlu dihapuskan kerana membebankan negara. Chin Peng pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Singapura.

23 Julai 2009

ORIENTASI PELAKSANAAN SSRM SIRI II (PERTAMA)

GAYA HIDUP RAKAN MUDA TERENGGANU

SSRM Idol 2008 mula digerakkan dari siri satu di Kem PLKN Kulim Kedah dan penamatnya di Kem PLKN Gunung ledang Johor, seramai 1300 orang remaja telah dilatih, PB2W diamanahkan KBS menjadi mainframe kepada setiap program (Kem SSRM), kem (kelolaan PB2W) dijalankan sebanyak 7 slot selama 15jam diperuntukkan bagi satu siri. BPRM Negeri turut meminta PB2W membantu mengadaptasikan remaja menjadi SSRM Khas Negeri Terengganu, kejayaan mengendalikan gotong royong perdana peringkat kebangsaan SSRM Idol dalam Persiapan Bencana Alam di Terengganu di Taman Desa Pusu 3 Gong Badak menjadi pengukur untuk memobilisasikan seramai mungkin remaja negeri ini menyertai Rakan Muda.

Lanjutan dari itu, merealisasikannya Pasukan SSRM Negeri sedia diaturgerakan dalam masa 72 jam (format tentera), Satu program (intergrasi) dua siri Gaya Hidup. Program Sukarelawan menjadi platform kepada gaya hidup Rakan Cinta Alam dan Rakan Masyarakat.

Rakan Cinta Alam: ” Ekologi bumi hari ini sentiasa bergolak .....i. Penemuan teknologi adakalanya mencabar ekosistem alam sekitar. ..... kemajuan / pembangunan dan juga masalah seperti pencemaran, banjir dan kebakaran. ...... bagi memupuk sikap penghayatan , pemeliharaan dan pemulihan alam semulajadi dikalangan golongan remaja ....... juga matlamatnya adalah untuk mewujudkan semangat ‘explorasi’ dalam menerokai dan memelihara Khazanah Alam dikalangan generasi muda”.

Kertas Format Kump Bengkel RM Fasa II- KBS

Rakan Masyarakat: PB2W sendiri adalah selaku Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat BKP-JKM, Menifestasi daripada itu para peserta program akan disepadukan menjadi Skuad Rakan Muda Briged Kebajikan Perdana SSRM BKP. selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Ia salah satu dari sepuluh agensi kerajaan kerjasama dengan KBS Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Gaya Hidup Rakan Masyarakat.


PENTAULIHAN BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

PB2W juga telah dengan rasminya mendapat pentauliahan sebagai Badan Operasi (BO) yang mentaulihakan ARPRM kepada remaja dan Rakan Muda yang menyertainya. Sempena dengan pentaulihan tersebut, program ORIENTASI Pelaksanaan SSRM disusun menjadi pemangkin minat sukarelawan di kalangan peserta Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu (SSRM Terengganu).

Setiap peserta SSRM secara automatiknya disenarai sebagai peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sebagai suatu hadiah (penganugerahan) berprestij bertaraf antarabanngsa. Sempena The Duke of Edinburgh's Award, sekarang ia lebih dikenali sebagai The International Award for Young People.

Sijil Pentauliahan PB2W sebagai Badan Operasi ARPRM


"Any time Any where" satu selogan SSRM Idol Malaysia, mereka mampu melakukan apa sahaja dan di mana jua, mereka adalah generasi muda yang lasak dan bersemangat kental mampu menghadapi semua suasana dan cabaran dalam mempamirkan kesukarelawanan Belia Malaysia.
Pengenalan kepada Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada para peserta, syarat dan terma yang perlu diikuti bagi memenuhi piawaian pentauliahan. Antaranya empat komponen yang perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi setiap Anugerah.

Makan pagi sebelum memulakan aktiviti.

Antara modul pengenalan kepada SSRM ialah Diving atau SCUBA Diving, ini bertujuan para sukarelawan bukan sahaja mampu berfungsi di daratan, malah pada masa-masa terdekat mampu menjadi penyelamat komuniti yang di tempatkan dilokasi masing masing. Sesuai dengan pendekatan Terengganu mewujudkan badar persisir air, maka fasiliti kearah menyediakan pasukan penyelamat tidak akan terserah kepada agensi kerajaan sahaja. Maka disinilah fungsi SSRM akan dipancu menjadi perintis 'pioneering project'

TUJUAN

Sebagai (cadangan) menambah ‘improvise’ pelbagai fungsi skuad RM Idol, dari sekadar sukarelawan mencuci longkang, bangunan dan kerja-kerja kemasyarakatan kepada sukarelawan yang mampu dikategorikan Pasukan Mencari dan Menyelamat terdiri dari komuniti khidmat masyarakat di kawasan Parlimen mereka, selain dari sukarelawan sediada seperti Briged Kebajikan Perdana (BKP-JKMM), PBSM, Bomba Sukarela, JPA3 dan Prostar. Peranan mereka boleh diluaskan kepada berfungsi di darat, laut dan udara

ü Dilatih mengendalikan Parachute dan Paramotor bagi fungsi di udara (Pemantauan).

ü Dilatih SCUBA Diving dan Rescue Diver untuk fungsi menyelamat di laut.

ü Dilatih mengendali Motor scramble, 4X4 latihan menjejak, mendaki Abseiling Repelling kemahiran navigasi bagi menjejak mereka yang tersesat seperti di hutan dan di gunung.

ü Dilatih dengan Paramedik Ambulan menggunakan Helikopter/Paramotor.


RASIONAL

Sesiapa yang membudayakan kebajikan dalam hidupnya semata-mata niat yang ikhlas kerana Allah dia akan memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam hidup, di mana ia tidak mampu dicapai atau dibeli oleh seorang jutawan.

Ø Negara maju mereka menubuh pelbagai NGO yang berfungsi sebagai charity membantu masyarakat termasuklah mencari dan menyelamat. Seperti contoh DARTMOOR SEARCH AND RESCUE TEAM Registered Charity Number 1106094 dari UK, Jelas ia bukan lagi peranan kerajaan, tetapi peranan masyarakat.

Ø Pertambahan penduduk dan aliran keluar remaja dari alam persekolahan yang tiada hala tuju (Lepak/Rempit) budaya negatif. Remaja perlu kepada cabaran, sukarelawan yang mempunyai cabaran amat diminati oleh mereka.

Ø Negara memerlukan komuniti yang mampu memainkan peranan pro aktif menyokong dasar wawasan nasional - komponen masyarakat Sukarelawan RM- Idol ( Idola Remaja ).

Ø Menjayakan objektif penubuhan Kelab-kelab Rakan Muda di setiap Parlimen sebagai jaringan kerjasama semua pihak Kerajaan, Badan beruniform, Swasta dan NGO.


OBJEKTIF

  1. Satu pasukan sukarelawan RM pelbagai fungsi bersesuaian dengan slogan “Any time any where” - Sea, Air and Land (SEAL).
  2. Boleh digerakkan dengan semua pengangkutan darat laut dan udara bagi menghadapi bencana dan kecemasan berfungsi tim primer atau tim skunder.
  3. Sebagai pasukan pertugas (Task Forces) terorganisasi berpusat dibawah Perintah dan Kawalan (Command and Control).
  4. Profesional (Prihatin, Mahir Dinamik)
  5. Mevariasi sukarelawan (integrated) dari sukarelawan beruniform sediada Askar Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA3 ( memantapkan SRM-Idol)

KUMPULAN SASARAN

Dari Jumlah 100 000 orang keahlian Rakan Muda seluruh Malaysia yang disasarkan KBS, maka sebahagian darinya yang terpilih akan mengikuti modul ini. Di sini termasuklah dari semua peringkat bermula RM kampung (Parliment), Bandar, IPTA/IPTS, sektor awam dan swasta. Kecuali mereka (Rakan Muda) yang telah dalam perkhidmatan beruniform seperti Polis, Tentera dan Bomba. Modul ini sebagai sokongan memantapkan wacana KBS di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dalam menyelaras suatu jumlah keahlian yang amat besar kapasiti.


KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini adalah kombinasi antara ketenteraan sukarelawan simpanan dan kemasyarakatan, oleh itu satu pendekatan baru diambil dengan memperkenalkan 3 modul untuk diimplimentasikan sebagai suatu penjajaran.

Modul Pertama: Melakukan syarat kelayakan kursus Asas Prajurit Muda selama 1 bulan selepas dari itu mengikuti kem asas pembinaan diri belia Rakan Muda dalam merealisasikan agenda wawasan negara selama 5 hari.

Modul Kedua: Orientasi, para belia Rakan Muda yang telah tamat mengikuti program tersebut akan di serap ke sektor-sektor terlibat sebagai On Job Training (OJT) bagi tujuan penyesuaian fungsi, antaranya pertanian, perikanan, peladangan perkilangan dan beberapa lagi. Objektifnya menberi pendedahan kehidupan seseorang yang terlibat dalam sektor terbabit.

Modul Ketiga: Penyusunan komuniti, mereka akan digerak mengikut komuniti masing-masing ( Parliment) di lokasi sendiri. Peranan agen pembangunan dan agen keselamatan, kawalan kampung antidadah, pencegahan salah laku masyarakat dan yang paling penting menjadi Pembimbing Rakan Sebaya.


OUTPUT/FAEDAH

Keseluruhannya adalah sebahagian khidmat jasa Belia Rakan Muda Sukarelawan Askar Wataniah yang boleh diimplimentasikan kerajaan bagi menyokong dasar yang diperkenalkan selain dari berfungsi sebagai pasukan sukarelawan mencari dan menyelamat. Dalam hal itu, bagi memberi motivasi sedikit elaun yang diperkenalkan akan menarik lebih ramai lagi para Belia Rakan Muda menyertai Askar Wataniah sebagai modul pembinaan karekter (Character Building) dan dalam masa yang sama pihak kerajaan akan mendapat manafaat besar di atas produktif warga yang baik, berkurangnya budaya hendoinisme, rempit haram dan sosial yang lain mengurang kos yang terpaksa dibelanjakan bagi memantau dan mengatasi perkara tersebut.

Cadangan kepada pembentukan Briged Belia Rakan Muda Askar Wataniah adalah sebagai suatu langkah-langkah pro aktif perlu diambil kerajaan bagi menyokong dasar pertahanan Negara HANRUH - Pertahanan menyeluruh dan menghadapi gelombang Globalisasi yang begitu mencabar nilai-nilai ketimuran dan membentuk polarisasi dimensi penjajahan bentuk baru yang akan menghakis ketuanan bangsa Melayu. Terdapatnya sejumlah generasi belia Rakan Muda yang peka terhadap sebarang bentuk serangan baru akan memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan berpanjangan.

Antara budaya remaja ialah mengikut ‘kawan’, siapa yang ia berkawan maka komuniti tersebut yang akan membentuk diri mereka. Mengambil jalan membentuk kekuatan keanggotaan Belia Rakan Muda Askar Wataniah akan membentuk suasana pekeliling baru, budaya IMPRO atau imej dan profail dengan kata lain belia Rakan Muda yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian nilai kesopanan mulia (Idola).