06 Jun 2009

KONSEP PENUBUHAN KOMUNITI BELIA SUK ASKAR WATANIAH

PASUKAN SIMPANAN SUKARELAWAN ATM


Berikut adalah sebahagian kertas konsep membangunkan komuniti belia melalui Pasukan Sukarelawan ATM seperti Askar Wataniah, PsSTLDM dan PSTUDM yang telah di kemukakan kepada JBSNT. Pihak pencadang (PB2W) dengahn pengalaman yang ada membolehkan mengemukakan suatu cadangan yang komprehensif melalui pengelibatan secara berterusan dengan AW terutama Rej 512 AW Terengganu. 

Bagi menambah pengalaman yang  sedia ada, serta mengkaji kesesuaian paduan antara dua Kementerian Belia sukan dan Pertahanan dalam pembangunan sahsiah belia dalam mengemukakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan Negeri Terengganu melalui JBSNT. Untuk merealisasikan idea tersebut, pihak cadang telah berkesempatan mengikuti KEMBARA DUGA REJ 505AW (Tumpangan) EXS-KINABALU 2009. 

Di sini apa yang menarik ialah pengelibatan secara keseluruhan JAKPAW Negeri Pahang termasuk ke bawah Duli Tuanku Al Sultan dalam membantu Rej 505 AW (Pahang) memantapkan segala latihan terutama kepada para belia sukarelawan anak Watan Pahang dalam menaikkan semangat serta moral value. Pihak kerajaan negeri sendiri  selain membantu dari segi teknikal, turut menyumbang duit saku kepada peserta sebanyak RM 20 000, ianya dinyatakan sendiri oleh Menteri Besarnya semasa ucapan selepas majlis pemakaian pangkat dan pelepasan peserta ekspedisi Kinabalu 2009 pada 22 Mei 2009 di lapangan terbang TUDM Kuantan.

Merujuk kepada Dasar Pembangunan Belia Nasional (DPBN) :
  • Keupayaan mengembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.
  • Mewujud belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
  • Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Cabaran kepada 'loose control' kerajaan dalam menangani gejala sosial belia seperti yang hangat diperkatakan REMPIT, ialah perlu mengerakkan satu usaha bersepadu membawa sebilangan besar para belia yang tiada halatuju ke dalam pasukan-pasukan Sukarelawan ATM (Modul) bagi membentuk suatu karekter (Attitude) keperibadian yang selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Nasional itu sendiri. 

Gambar-gambar berikut sebagai hiasan, termasuklah gambar Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob semasa memakai pangkat kepada 2 orang peserta adalah dalam simpanan pencadang yang turut serta mengikuti program ekspedisi tersebut. Ia dikemukakan adalah untuk suatu penilaian pihak Kerajaan Negeri Terengganu (JAKPAW) supaya turut memainkan peranan seperti JAKPAW Pahang menjadi pendukung Askar Wataniah yang cemerlang.

KERTAS KONSEP PENUBUHAN (ADAPTASI DARI KERTA CADANGAN EN. ZAIHAN ZAKARIA PEG. BELIA JBSNT)

Pengenalan

Generasi muda adalah sebahagian dari kelompok kemasyarakatan, kewujudan mereka pada hari ini tidak dapat dinafikan serta peranan besar mereka dalam melakukan sesuatu perubahan telah terserlah. Para belia sebenarnya adalah seorang yang idealisme, patriotisme dan spritualisme. Mereka juga golongan yang anti kepada establishment’ apabila mereka mengatakan sesuatu yang mereka katakan benci, mereka tetap membenci perkara tersebut.

Peranan ICT/Multimedia cukup-cukup mempengaruhi minda mereka, bukti dapat dilihat bagai

mana generasi muda yang mendominasi sebahagian dari saluran 3 dan 4 menukar fenomena alam politik Malaysia selepas PRU ke 12. Mereka bukan generasiyang matang semasa era 80an dan 90an tetapi mereka adalah generasi yang matang ketika evolusi teknologi digital mencapai kemuncak. Akhbar dan bahan bacaan cetakan bukan lagi pilihan mereka, tetapi sumber jaringan maya internet memain peranan membentuk sesuatu persepsi diri.

Hari ini juga sesiapa yang telah berani menafikan fakta tersebut telah menerima padahnya dengan kehilangan segala harapan dan impian. Kepada kita yang menjadi generasi hadapan pembimbing kepada tunas-tunas harapan negara tersebut, mestilah bersedia untuk hadham menyelami perasaan hati sanubari mereka. Kita tidak boleh lagi mengula-gulakan mereka dengan impian kosong dan fantasi kerana mereka akan bertindak menghukum kita dengan tindakan dari ekspresi diri mereka.evolt adalah sesuatu yang sentiasa bermain di sanubari belia, jiwa yang sentiasa bergelora memberontak mahukan sesuatu

 perubahan dan kesaksamaan. Sememangnya setiap orang akan melalui zaman belianya, walaupun begitu era yang ditempuhi oleh setiap orang berbeza, generasi belia 50an tidak sama dengan 60an begitu juga generasi belia 70an tidak sama dengan 80an apatah lagi zaman ini alaf baru abad ke 21 kemuncak kepada ketamadunan manusia dalam percapaian ilmu kejuruteraan telah meneroboh sempadan geografi (Globalisasi).

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat."[1]  Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia."

Sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi, organisasi perlu mengetahui kedudukan terkini mereka berbanding dengan organisasi lain. Mereka perlu menganalisis kedudukan mereka terutama dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang ada. ....

..... Pengaliran maklumat yang mudah dan cepat serta penciptaan kaedah yang canggih setiap hari memerlukan usaha yang berterusan dan meningkatkan kesedaran pengunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara yang optimum. Seperti kata Bill Gates: the first rule of any technology used in a business is that automation applied to an efficient operation will magnify the efficiency. The second is that automation applied to an inefficient operation will magnify the inefficiency.

Dato’Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak -Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Hari Pekerja Kementerian Pertahanan Pada 24 Mei 2007

Tujuan

Proposal ini ada sebagai suatu pandangan dan juga cadangan dari Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku satu-satu badan NGO mewakili komuniti belia anak watan Terengganu yang menyertai perkhidmatan belia Sukarelawan Askar Wataniah melalui unit-unit SUK yang terdapat di Terengganu:-

ü  Selama sepuluh tahun berkecimpun dalam menorganisasi komuniti belia dari kalangan sukarelawan, ternyatalah mereka (Belia SUK AW) adalah asset yang berguna tetapi terlepas pandangan kerajaan. Memanafaat mereka dalam pembangunan Modal Insan generasi Ulul-Albab Terengganu adalah suatu berketepatan dengan masanya.


ü  Membantu kerajaan Negeri merealisasikan pembentukan konsep HANRUH melibatkan ketua kerajaan dan pegawai kanan kerajaan dalam JAKPAW Terengganu. PB2W memangkinkan (Katalis) para belia menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan terutama Askar Wataniah.

ü  Menambahbilangan para belia (AW) menyokong dasar kerajaan dan bersama membantu berkerjasama membanggunkan Terengganu melalui keperluan khas seperti sektor kekurangan tenaga yang perlu kepada tenaga asing; Pertanian / peladangan, perikanan, perkilangan / perindustrian, pembinaan / pembangunan dan sektor-sektor lain lagi.

ü  Suatu persiapan jangka panjang sebarang kemungkinan terhadap kedaulatan negara dari segala ancaman dalam dan luar, di samping menjaga kestabilan dan keharmonian melalui disiplin dan profail diri (Belia) dari menjadi penyebab kepada budaya Hendoinisme.

Latar Belakang

Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.

Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.

                                                                                                                     (web KEMENTAH)

Rasional

1.         Globalisasi telah bertukar menjadi suatu senjata baru dalam mengekploitasikan kepentingan sesebuah negara lain dengan menekan siapa yang berkuasa dialah yang perkasa. Kekuatan ketenteraan menjadi faktor kedua, walaupun begitu penyelesaian akhirnya apabila kepenting ekonomi terhalang maka faktor ketenteraan akan di ambil kira.

2.         Secara keseluruhannya globalisasi memperhitungkan aspek kebudayaan, Politik, Ekonomi, sosial dan beberapa perkara (agenda) yang tersirat di dalam pemikiran. Pemaksaan kebudayaan barat kepada bangsa timur, serta penolakan terhadapnya telah mencetuskan  “The Clash of Civilization” atau pertelingkahan tamadun -  Samuel Huntington.

3.         Sesiapa yang berkuasa di sesuatu negara belum tentu boleh memerintah rakyatnya kerana tiadanya persempadanan dalam dunia maya (Virtua) hari ini, mengakibatkan kuasa luar ‘The new world order’  boleh mengambil alih “command and control” sesebuah negara membentuk paksi baru “One world Gorverment”.

4.     . attaining one hundred victories in one hundred battles is not the pinnacle of excellence. Subjugating the enemy's army without fighting is the true pinnacle of excellence."  Sun Tzu, The Art of War. Kebijaksanaan strategi politik ketenteraan bukan terletak pada kekuatan bilangan dan teknologi,  tetapi kemampuan memanipulasikan semua aspek kekuatan musuh tanpa musuh menyedari mereka telah dikuasai seperti menarik rambut dalam tepung.

Objektif

1.     Merealisasikan konsep HANRUH melalui JAKPAW negeri Terengganu, memobilisasi besar-besaran generasi muda belia Terengganu ke dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan  Askar Wataniah berkekuatan satu Briged. The new world order (Freedom – globalization).



2.     Membangun jatidiri belia Terengganu ke arah patriotisme selaku barisan dan benteng pertahanan kedua negara melalui program-program belia yang ditaja oleh kerajaan negeri secara berkala selain dari program-program tajaan kementerian melalui JBSNT.

3.     Melakukan usaha penampanan ( Counter ) kepada pertambahan kadar penganguran di kalangan belia terutama lepasan IPTA/IPTS dan pada masa yang sama berusaha membantu para belia meningkat pendapatan isi rumah mereka  melalui usaha diri.

4.     Mendapatkan pengiktirafan kerajaan Negeri, Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku NGO mewakili suara belia-belia yang menyertai sukarelawan tersebut dalam menjaga kebajikan dan keperluan memotivasi pembangunan modal Insan mereka. PB2W  hendaklah diberi peranan sebagai perhubungan awam. 

5.     Mencadang penubuhan satu unit di bawah jabatan Menteri Besar (AW) bagi membentuk rangkaian kawalan pemerintahan (Kerajaan) dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas, terhadap Belia Askar Wataniah agar segala dasar pembangunan negeri dan negara berjalan mengikut acuan kita dan bukan kuasa luar di sebalik tabir,  berlaku  “loose control”.

6.     Meminta Kerajaan Negeri membuat permohonan kepada Kementerian Pertahanan untuk membawa kembali seorang pegawai kanan dalam Pembangunan Askar Wataniah di Terengganu iaitu Lt Kol Yaakop bin Jaafar dari Rejimen ke 505 AW Pahang ke Rejimen ke 512 AW. Kepakaran khas beliau diperlukan dalam membangunkan Rejimen ke 512 AW selaku anak angkat Kerajaan Negeri. Selain itu kami mencadangkan anugerah tertinggi Terengganu diberikan kepadanya.

7.     Mendapatkan sokongan logistik dan kewangan kerajaan dalam membantu para belia sukarelawan samada untuk pasukan dan kebajikan diri anggota bagi memainkan peranan dwi   fungsinya, belia (awam) dan Sukarelawan (Tentera) termasuk membaik pulih dan  memperbaharui segala instalasi yang telah di peruntukan.

8.      Mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri untuk mengurus dan membanggunkan beberapa kawasan tanah milik kerajaan negeri untuk para Belia Askar Wataniah beraktiviti seperti Airstrip Penarek di Pasir Putih Mercang, Marang untuk kegunaan latihan Microlite, Payung terjun, Bukit Chendering dan kawasan rekreasi Pantai Pandak Chendering untuk Paraglider dan Paramotor dan beberapa kawasan lagi.

Tiada ulasan: