01 Jun 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009

Sekali lagi setelah berlalu tahun 2007 Persatuan Belia Waja Watan (PB2W) diminta membantu dan menyelaraskan satu penghantaran 2 kontijen kawad kaki dari Terengganu, seramai 80 orang bagi menyertai pertandingan kawad kebangsan sempena hari belia negara di dataran MITC Melaka.

Bagi peringkat negeri Terengganu pada tahun ini yang berjaya ke pertandingan tersebut ialah dari Daerah Marang Sek Men Tun Telanai peserta lelaki, dan dari Daerah Kuala Terengganu dari Sek Men Bukit Tunggal bagi peserta wanita. Para peserta dan urusetia berlepas dari Terengganu pada jam 9 malam pada 14hb Mei menuju ke Melaka melalui jalan pantai.

Ketibaan di dataran MITC ialah pada jam 5 pagi, ini bagi memudahkan peserta solat subuh di masjid berdekatan, seterusnya ke penginapan lebihkurang 5 kilometer dari MITC iaitu di Water City Hotel.
Perasmian sambutan hari belia berlansung di dewan MITC pada jam 5 petang semua para peserta hadir bersama pukuh ribuan belia bersama-sama VVIP dari seluruh negara memenuhi dewan perasmian.





KAWAD KAKI / FORMASI

Pada Jam 9 malam hari ke 15 Mei satu taklimat pertandingan telah diberi oleh penganjur kepada semua urusetia dan pegawai pasukan-pasukan terlibat dari selu, secara keseluruhannya pada pandangan PB2W pertandingan kawad ini yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) pada tahun ini dan tahun 2007 dahulu terkeluar dari garis panduan yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan di mana para pengadil yang mengadili pertandingan tidak menpunyai sijil kelayakan bagi mengadili pertandingan tersebut.


Kita dapat lihat bagaimana pegawai penerima tabik hormat dan pengiring penerima tabik hormat dambil lewa, tidak mempunyai disiplin seorang jurukawad, mencekak pingang adalah suatu sikap dan personaliti yang tak baik, semasa sesuatu ketua pasukan atau kontijen melapur kekuatan pasukannya. Oleh itu bagaimana pegawai-pegawai tersebut berbuat demikian hendak menilai orang lain itu adalah baik dari segi kawadnya, sedangkan dia sendiri boleh dipertikai kawadnya.

Pengadil-pengadil tersebut terdiri dari guru-guru sekolah yang menyertai Ko Kurikulum terbabit seperti Kadet Polis, Kadet Tentera, Pengakap, PBSM dan sebagainya lagi. Tetapi dinyatakan dalam garis panduan pertandingan pengadil adalah terdiri dari RSM tentera darat Sarjan Major PDRM, Pegawai Bomba, Pegawai kawad JPAM dan lain-lain.


Manakala pada hari pertandingan sebenar mereka tidak ada yang ada hanyalah guru yang berpakaian seolah-olah pegawai tetap dari unit-unit yang sepatutnya terlibat. Dan ini bagi kami amat memalukan dan tidak patutnya berlaku kerana membazirkan duit negara, banyak lagi wang seumpama itu boleh disalurkan untuk manafaat belia.
Selain itu pertandingan tersebut seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga, dengan kos yang terlalu besar tetapi percapaian tidak seberapa. Tiada nilaian kawad sebenar dipupuk yang ada hanyalah tarian seni.


Apa yang pihak kami nyatakan di sini adalah fakta sebenar, dan kami amat kecewa kerana dalam proses memilih peserta yang membolehkan melayaki kepertandingan tersebut amat memakan masa, tenaga dan kewangan. Tiba pada hari pertandingan hal berlainan berlaku. Bagi memastikan mutu dan piawaian kawad sebenar tercapai pihak PB2W dengan kerjasama JBSNT telah memohon bantuan rasmi Rejimen 512 AW bagi mendapat jurulatih dan penilaian.

Tiada ulasan: