JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.
Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.
Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.
-- BERNAMA
______________________________
Setelah berjaya memisahkan antara dua persempadanan negara Indonesia dan Malaysia, kuasa-kuasa jahat dibelakang sedang memprovokasi supaya berlaku keteganggan yang membawa kepada peperangan antara dua beradik serumpum.
Hidden hand memanipulasi dengan menukarkan kepulauan Melayu nama asal indonesia kepada kepulauan Hindi yang kemudiannya menjadi asasnya terbentuk nama Indonesia bagi tanah kepulauan jawa Sumatera, Sulawensi dan kepulauan sekitarnya, dengan lahirnya gagasan tersebut maka (jangaka panjang) akan wujud nasionalis yang bebal tentang kenegaraan dan patriotisme membabibuta, dan di sana melahirkan suatu terminologi 'MALINGSIAL'.
'MALINGSIAL' adalah terminologi yang dikeluarkan oleh puak jakun dan normad, puak yang tidak berlaku tamadun kemanusiaan ke atas dirinya. Adakah itu sebenarnya sifat rumpun Melayu, suatu rumpun acient history semejak kemunculan kenabian Muhammad saw itu sendiri. Kenapa terlalu bebal pemikiran, racun apa yang ditanam menyebabkan berlaku perilaku sedemikian.
Belajarlah dari sejarah supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang membawa pertaka yang tiada guna penyesalan. Lihatlah:
Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harras bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.”;- [ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].
Punca menyebabkan kuasa asing (Kuffar) berlumba-lumba menghancurkan Bangsa Melayu yang menguasai Nusantara. Jangan termasuk perangkap IBLIS.
BERSATULAH RUMPUN MELAYU BERSAMA SYARIAT NABIMU, KERANA DI SITULAH KEAGUNGAN SILAM WARISAN GUNUNG
1 ulasan:
pasti ada pihak ke-3 yang menjadi dalang dlm isu ni
bro, join forum :
http://malaysiamilitary.forumotion.net/forum.htm
Catat Ulasan