16 Disember 2009

"MEMBANGUNKAN KUMPULAN REMPIT"

PENYELAMAT KOMUNITI SEARCH & RESCUE (CSAR)

MEREKA ADALAH GENERASI MUDA KITA, EKSPLOTASI MEREKA MENJADI ASET PEMBANGUNAN NEGARA

height="344">


Dua Remaja Lemas Dihanyut Arus Di Lata Payung

KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Kegembiraan 11 remaja lelaki bercuti hujung minggu di Sungai Hutan Lipur Lata Payung, Langkap di Setiu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas selepas dihanyut arus deras petang Jumaat.

Mayat Zulfikar Azam, 12, dan Amirul Alif Musa, 13, ditemui pada kira-kira pukul 5.30 petang, dua jam selepas kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Shaik Othman Abdul Hamid berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika empat daripada 11 remaja berumur antara 12 dan 15 tahun itu sedang mandi di sungai itu.

"Ketika mereka mandi, arus deras datang secara tiba-tiba dan menghanyutkan mereka, dua daripadanya bernasib baik kerana ditolak arus deras itu ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata empat lagi rakan mereka yang sedang duduk di atas batu, terperangkap di situ manakala tiga yang lain berada di tebing sungai.

Beliau berkata kejadian berpunca daripada limpahan air hulu sungai ekoran hujan lebat di kawasan itu.

Shaik Othman berkata menyedari empat rakannya dihanyutkan arus deras, seorang daripada remaja yang berada di tebing sungai mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung berhampiran, sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Beliau berkata keempat-empat mangsa yang terperangkap di atas batu berjaya diselamatkan dan dibawa ke tebing sungai dengan menggunakan tali.

_______________________

Video di atas di ambil dari youtube milik http://www.youtube.com/user/Fathin2025 seorang dari generasi bermotor dari Setiu, jelas menunjukkan bahawa mereka juga adala prihatin dan berjiwa patriotisme, yang pastinya kita gagal menangani dan mendampingi mereka. Menuduh mengutuk tidak akan membawa mereka kembali ke pangkal jalan.

Sehubungan dengan itu PB2W memainkan pranan aktif untuk menjadi pembimbing rakan sebaya. Dalam membangun kembali keperibadian ketimuran generasi muda kita ini. Tiadalah yang dapat membimbing mereka melainkan Allah selaku pencipta dan Tuhan mereka.

Kepada Masyarakat doakan mereka supaya kembali kepangkal jalan, Amien.

ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU

Tiada ulasan: