22 Disember 2009

PENYAMPAIAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

BADAN OPERASI ARPRM PB2W MENCIPTA SEJARAH

Pada Isnin 21hb Disember 2009 menjadi satu titik permulaan merintis kejayaan yang lebih germilang sebagai Badan Operasi (BO) ARPRM. PB2W satu-satunya NGO yang mendapat pengiktirafan sebagai BO di Terengganu berjaya mengeluarkan peserta yang berjaya menerima anugerah seramai 20 orang. Pada tarikh yang sama juga seramai 400 orang remaja mendapat anugerah masing-masing ARPRM.

Dalam masa yang sama Peserta ARPRM di bawah PB2W adalah Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu, selaku sukarelawan SSRM terlibat membantu JBSNT Bahagian Rakan Muda untuk menjayakan program yang dijalankan sebagai urusetia JBSNT.

Team Urusetia Prog ARPRM dari PB2W bertugas di Kauter pendaftaran
Perasmian Program dan penyampaian hadiah dibuat oleh En Mazlan Hussin Pegawai Belia Sukan Daerah Kuala Terengganu mewakili Pengarah JBSNT.

En Mazlan Hussin mewakili Pengarah JBSNT menyampai ucaptama dan merasmikannya.
Antara peserta yang menerima anugerah ARPRM pada sesi 2009 tersebut. Mereka terdiri dari pelajar-pelajar seluruh Sekolah yang terlibat sebagai Unit Operasi ARPRM.

Wakil Peserta dari BO PB2W menerima Medal dan Sijil tahap Gangsa dari En Mazlan Hussin.
Kelihatan Pengerak Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Kemaman dalam Majlis tersebut.
Malek Safrizan Umar SU PB2W bergambar dengan Urusetia dari PB2W yang terlibat membantu Pegawai Rakan Muda sebagai Urusetia dalam Prog ARPRM tersebut.
Sebahagian dari peserta dan urusetia bergambar kenangan setelah selesai Program ARPRM. Memakai Baju hitam adalah para Pemimpin BO PB2W yang terdiri dari En Rosli Abdullah dan En Shukri Embong.

PB2W mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas kejayaan para peserta yang berjaya menamatkan cabaran ARPRM tersebut setelah berhempas pulas selama 6 bulan. Kejayaan tersebut menjadi ukuran kepada mereka untuk mencabar keupayaan dan keyakinan diri bagi menyahut Anugerah tahap Perak selepas ini.

PENGUPAYAAN JATIDIRI "MELANGKAU PARADIGMA, PENJAJARAN MODAL INSAN MERENTASI GLOBALISASI" - PERJUANGAN AKAN DITERUSKAN.

Tiada ulasan: