semarakkan perjuangan para belia kita..
30 Januari 2010
13 Januari 2010
PROMOSI BAJU FUTURE PHENOMENOME FAB
salam...
selamat sejahtera pada semua dan saya mulakan dengan ucapan syukur kerana saya di beri masa untuk meng-updated-kan blog ini. Meskipun demikian, saya memohon maaf kerana sudah lama membiarkan blog ini kosong tanpa berteman.
Jadi kini, saya bawa anda teman yang mana akan menemani anda sentiasa, kemana jua, yang mana akan sentiasa memberi kata semangat tentang kemunculan KHALIFAH, keagungan kedua MELAYU+ISLAM+NUSANTARA, munculnya ilmu baharu dan ilmu KUNO YANG DAH DI LUPA akan di upgrade version-kan.
Jadi, saya memperkenalkan anda T-SHIRT EDISI 1 yang hanya di keluarkan sebanyak 50 helai sahaja.
Harganya RM30, tidak termasuk posting.
Sebenarnya, idea pembuatan t-shirt ini datangnya dari ahli forum atasbawah yang mana mereka selalu mengharap kita keluarkan sesuatu yang 'real' di mana akan mempromosikan wujudnya blog-blog memperjuangkan 'masa depan' ini.
Jadi, saya sebagai designer dan pengedar baju ini, berharap anda dapat menunjukkan sokongan dan di harap anda juga dapat menjadi agen tak berbayar untuk mempromosikan baju yang tak seberapa ini.

sila tinggalkan tempahan di
nusanaga@gmail.com
(lengan pendek@panjang / nama / alamat / no tel)
nanti saya emailkan cara pembayarannya
wassalam
05 Januari 2010
KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"
1. Ingin saya terangkan secara lebih terperinci pendapat saya berkenaan kegunaan kalimah "Allah" untuk agama yang bukan Islam.
2. Sebenarnya kontroversi ini bermula di waktu saya masih Perdana Menteri. Pendapat Kabinet pada masa itu ialah kegunaannya dalam kitab Injil adalah perkara yang sensitif. Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.
3. Sebagai perbandingan agak mudah dirujukkan perkataan "kaum pendatang" kepada mahkamah, Tetapi ia adalah sesuatu yang sensitif yang tidak dapat diselesaikan oleh undang-undang.
4. Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambilkira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.
5. Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".
6. Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama. Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.
7. Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.
8. Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
9. Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.
10. Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?
11. Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?
12. Saya harap pihak Kerajaan berhati-hati dalam perkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan. Wallahua'lam.
22 Disember 2009
PENYAMPAIAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)
Team Urusetia Prog ARPRM dari PB2W bertugas di Kauter pendaftaran
En Mazlan Hussin mewakili Pengarah JBSNT menyampai ucaptama dan merasmikannya.
Wakil Peserta dari BO PB2W menerima Medal dan Sijil tahap Gangsa dari En Mazlan Hussin.
Kelihatan Pengerak Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Kemaman dalam Majlis tersebut.
Malek Safrizan Umar SU PB2W bergambar dengan Urusetia dari PB2W yang terlibat membantu Pegawai Rakan Muda sebagai Urusetia dalam Prog ARPRM tersebut.
16 Disember 2009
SUATU DIMENSI KEMATANGAN POLITIK DI KALANGAN BELIA


ULASAN TUN MAHATHIR .. Dalam Facebooknya;
KITA SUDAH TUKAR

1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.
2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.
3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.
4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka.
5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear.
6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes.
7. India punyai senjata nuklear. Begitu juga Pakistan.
8. Kenapa Iran tidak boleh? Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear? Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka. Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.
9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?
10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran. Kita tidak membantah. Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.
11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.
12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?
________________________________________________
Para belia anda adalah negara ini, masa depan negara ini di tangan anda. Jangan hancurkan apa yang telah disemai oleh generasi terdahulu, Mungkin kita tak mampu menjelma 'Tun' kedua bagi kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan.
Namum ia tetap akan diteruskan .... hanya kematangan akan mengalahkan pendustaan dan pengkhianatan.
CINTAKAN TANAH AIR SEBAHAGIAN IMAN - PROTECT OUR SOVEREIGNTY.

NUKE - Kemusnahan dari padanya ....
"MEMBANGUNKAN KUMPULAN REMPIT"
Dua Remaja Lemas Dihanyut Arus Di Lata Payung
KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Bernama) -- Kegembiraan 11 remaja lelaki bercuti hujung minggu di Sungai Hutan Lipur Lata Payung, Langkap di Setiu, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas selepas dihanyut arus deras petang Jumaat.
Mayat Zulfikar Azam, 12, dan Amirul Alif Musa, 13, ditemui pada kira-kira pukul 5.30 petang, dua jam selepas kejadian itu berlaku.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Shaik Othman Abdul Hamid berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.30 petang ketika empat daripada 11 remaja berumur antara 12 dan 15 tahun itu sedang mandi di sungai itu.
"Ketika mereka mandi, arus deras datang secara tiba-tiba dan menghanyutkan mereka, dua daripadanya bernasib baik kerana ditolak arus deras itu ke tebing sungai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata empat lagi rakan mereka yang sedang duduk di atas batu, terperangkap di situ manakala tiga yang lain berada di tebing sungai.
Beliau berkata kejadian berpunca daripada limpahan air hulu sungai ekoran hujan lebat di kawasan itu.
Shaik Othman berkata menyedari empat rakannya dihanyutkan arus deras, seorang daripada remaja yang berada di tebing sungai mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung berhampiran, sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Beliau berkata keempat-empat mangsa yang terperangkap di atas batu berjaya diselamatkan dan dibawa ke tebing sungai dengan menggunakan tali.
_______________________
Video di atas di ambil dari youtube milik http://www.youtube.com/user/Fathin2025 seorang dari generasi bermotor dari Setiu, jelas menunjukkan bahawa mereka juga adala prihatin dan berjiwa patriotisme, yang pastinya kita gagal menangani dan mendampingi mereka. Menuduh mengutuk tidak akan membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Sehubungan dengan itu PB2W memainkan pranan aktif untuk menjadi pembimbing rakan sebaya. Dalam membangun kembali keperibadian ketimuran generasi muda kita ini. Tiadalah yang dapat membimbing mereka melainkan Allah selaku pencipta dan Tuhan mereka.
Kepada Masyarakat doakan mereka supaya kembali kepangkal jalan, Amien.
ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU
04 Disember 2009
REMPIT - "SUATU PENYELESAIAN SOSIAL"

Affat dan Taji nama yang menjadi kebanggaan 71 Club, kesudia mereka untuk datang bertemu dengan pihak jabatan Belia menandakan suatu titik permulaan untuk menyelesaikan bebanan sosial negara yang terlalu hangat di perkatakan.
Team dari JT Racing yang turut serta.En Zaihan Zakaria antara Peg. Sosial Belia yang bertanggungjawab menguruskan program yang berjalan dan program seterusnya pertemuan dengan pihak Kerajaan samada negeri mahupun pusat.
Selaku Peg. Sosial Belia berkarisma beliau yang mewakili Pengarah dan JBSNT termasuklah Exco Belia,Sukan & NGO Kerajaan Negeri Terengganu berdiskusi dengan 'kepala-kepala' utama Mat-mat motor.
Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang
maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan
dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa
video diambil pada 17/04/2009 pada hari jumaat, dijalan Kg. Durian Burung. Terengganu