18 Januari 2011

RM 10 SEORANG HULUR TANGAN RINGANKAN BEBAN

SATU TINDAKAN SEGERA PERLU DIBUAT BAGI MEMBANTU SAUDARA KITA YANG MENJADI MANGSA KABEL VOLTAN TINGGI TERPUTUS DAN TERKENA KE ATAS BELIAU

Pautan dari Facebook Jawatan Kuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia


http://www.facebook.com/album.php?id=35702&id=100000850477592

Assalamualaikum

Salam 1Belia 1Malaysia

JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT & RAKAN MUDA (JKMRM) MAJLIS BELIA MALAYSIA merayu dan memohon simpati seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sedikit sumbangan kepada seorang belia kita yang cedera parah melecur seluruh badan akibat terkena talian eletrik voltan tinggi putus atas badan mangsa...semasa bekerja di sebuah ladang.

Mangsa bernama HAIRUMAN, seorang anak yatim piatu sejak berusia 5 tahun dan tinggal bersama kakaknya. Saya sudah menghubungi kakak mangsa, PUAN MARYUNI MISKON sebentar tadi jam 12.30 tengahari, 17 Januari 2011. Beliau memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 26/11/2010 dan sehingga ke hari ini tiada tindakan diambil terhadap insiden terbabit. Bahkan, tiada bantuan diterima dari mana-mana jabatan dan agensi kerajaan. Kemungkinan besar, hari ini mangsa akan dipindahkan ke Hospital Klang kerana keadaannya fizikalnya yang semakin teruk. Mangsa stabil dan boleh bercakap.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, (JKMRM) Majlis Belia Malaysia merayu semua pihak khususnya pemimpin masyarakat, ahli politik, pegawai agensi-agensi kebajikan untuk membantu mangsa dan keluarga yang kini dalam keadaan cukup tertekan dan tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Penderitaan mangsa boleh dilihat menerusi gambar di bawah (klik link ini)

(1) http://www.facebook.com/photo.php?fbid=144581665598862&set=a.144581638932198.27569.100001410879331

(2) http://www.facebook.com/photo.php?fbid=144581688932193&set=a.144581638932198.27569.100001410879331

(3) http://www.facebook.com/photo.php?fbid=144581702265525&set=a.144581638932198.27569.100001410879331

Kepada mereka yang bermurah hati yang jauh dari Selangor, sumbangan boleh terus disalurkan kepada mangsa seperti butiran di bawah:

Nama Mangsa: Hairuman
Nama Kakak: Maryuni Bt Miskon
No. Telefon: 018 3807867 –
No Akaun :162030632448
Bank: Maybank
Alamat kediaman : No 28 Jln Desa Mawar 2/11, Seksyen 2, Tmn Desa Mawar 45500 Tanjong Karang, Selangor

Sama-samalah kita membantu dan berdoa buat mangsa dan keluarganya.

Terima kasih.

Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: +60122853630 / +60137733676