29 Mac 2008

"APA ORANG POLITIK BUAT UNTUK KITA PARA BELIA "

TIDAK MENJADI ALAT UNTUK KEPENTINGAN POLITIK


Kepada para belia sekalian samada yang menyokong parti yang membentuk kerajaan, atau menyokong parti yang terpaksa menjadi pembankang atau yang tidak berpihak kepada mana-mana blok politik di sini ada suatu perkara yang menarik untuk diperhatikan. Malaysia telah mecapai kemerdekaan ke 50 dan akan memasuki kemerdekaan ke 51 pada Ogos ini, sepanjang tempoh tersebut (persoalan) apa sumbangan orang-orang politik kepada kita para belia sekalian.

Tentu sekali pelbagai pandangan samada pro dan kontra akan kedengaran dan menjadi suatu polemik perbahasan yang panjang. Satu persoalan yang ingin kami keutarakan di sini sejauh mana halatuju ( Paradigma ) belia telah digarapkan. Merujuk kepada kecenderungan politik dalam PRU ke 12 suatu suasana perubahan telah berlaku terutama melibatkan para belia dalam menentu teraju kepemimpinan negara telah di terjemahkan dalam pembuangan undi tersebut. Ternyatalah bahawa kecenderungan ke arah perubahan sosial yang lebih baik menjadi pilihan. Di sini kita akan mengambil sedutan dari janji-janji dalam pelbagai Manifesto dari parti-parti politik yang bertanding untuk menjadi 'check and balance' terhadap janji-janji yang ditaburkan adakah ia suatu retorik atau suatu penjelmaan menesfestasi terhadap ikrar yang diucap.

Menyentuh sensitiviti perjuangan beberapa parti politik di Malaysia, para belia perlu menjadi golongan penentu kenaikan dan kejatuhan sesebuah kerajaan pilihan rakyat, kerana kuasa perubahan sebenarnya berada ditangan para belia sekalian selaku dominan.

BARISAN NASIONAL (BN)

Manifesto dengan slogan ‘Selamat, Aman, Makmur’ itu menggariskan pencapaian dan kemajuan negara dalam lapan sektor sepanjang tempoh 2004-2007 serta janji BN untuk melonjakkan Malaysia ke era yang lebih gemilang.

‘‘Hasrat untuk melahirkan Malaysia yang lebih selamat, aman dan makmur hanya akan dapat tercapai sekiranya kita bersatu hati dan berganding bahu demi generasi hari ini dan akan datang,’


Adakah ia suatu kenyataan ? .... Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu menjadi mangsa perculikan ! ... Berapa ramai lagi yang akan mati dengan bom C4 ! . Berapa banyakkah khazanah dan pembendaharaan negara perlu dipunggah dan di bahagi-bahagi sesama sendiri.

Berapa ramaikah pemimpinnya yang masih mempunyai maruah dan harga diri setelah menderhaka dengan biadap pada Duli Al Sultan dan sanggup menjilat ludah sendiri, apakah budaya tersebut akan diterapkan pada diri remaja belia Terengganu dan Malaysia hari ini untuk menjadi penderhaka seperti mereka, itukah sikap pemimpin bangsa, adakah itu budaya kita menjadi seorang penderhaka pada Uli Amri Al Sultan yang adil.


'MASA DEPAN MU TERJAMIN'

Sufiah, now 23, whose father Farooq is a Pakistani and mother Halimathon is from Johor, was reported to have entertained an undercover reporter in her flat in Manchester.

Snap back to 2000, Sufiah’s family are devout Muslims who begin each day with prayers, followed by exercise to focus the mind and body. Her elder brother Isaac was at one point the number four tennis player in the UK for his age, while her sisters Aisha, 17, and Iskander, 14, are in their second year at the University of Warwick. Her youngest sister Zuleila, aged six,is preparing to sit her A-level maths exams. Noktah Hitam

Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua. Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia, sebagai amat memilukan.

Sumber Harian Metro 31 Mac

SedarLAH bahawa mereka adalah orang kita, orang melayu kita, orang seagama kita, saudara seislam kita, semua anak-anak melayu adalah anak-anak kita... anak bangsa kita!!! sedarLAH...

Generasi selepas 50 tahun kemerdekaan gemilang negara 'dijamin' masa depannya oleh Barisan Naional dalam selogan PRU ke 12. Oleh itu bawalah beliau pulang ke Malaysia, rawat dan pulihkan akhlak beliau, wajib bagi kita menolong saudara kita walaupun ia zalim atau di zalimi.

Antara Harimau dan Buaya

Sedarkah kita bahawa menolak UMNO dan memenangkan pembangkang sebenarnya bagaikan keluar dari mulut harimau dan masuk ke mulut buaya? Sedarkah kita betapa seriusnya masalah yang kita hadapi kini? Mungkin kita harus berhenti sejenak dan berfikir, apakah pengajaran yang Allah sampaikan kepada kita melalui masalah bangsa kita ini?

Agenda 'BUNUH' Boss untuk Singapura?

Apakah Riong Kali dengan secara sengaja, membawa kegagalan keberkesanan Media Prima sebagai alat propaganda tradisi 'swasta' untuk bertindak sebahagian dari perancangan menjahanamkan kareer politik Boss, UMNO dan/atau BN? Atau Riong Kali kini menjadi ‘tali barut’ Singapura untuk secara strategiknya menjahanamkan sistem politik Malaysia, yang diterajui oleh UMNO dan ini sebahagian proses ‘Pengkolonian Semula Barat’ (melalui Singapura dan saluran media, pencetus pemikiran rakyat)?

http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=6374

Tun Mahathir Umpama "Api Dalam Sekam" Bagi Umno - Zainuddin

Katanya, antara kenyataan Dr Mahathir yang paling meracuni bukan sahaja orang Melayu tetapi juga bukan Melayu kalangan profesional dan akademik ialah mengenai peranan Khairy Jamaluddin (menantu Abdullah) dalam percaturan politik dan ekonomi negara serta peranan penasihat-penasihat di tingkat empat (Jabatan Perdana Menteri)."Beliau (Dr Mahathir) tidak sedar atau mungkin sengaja tidak mahu sedar bahawa kredibilitinya sebagai seorang bekas perdana menteri masih tinggi dan kuat, pengaruhnya sebagai legenda pemimpin negara masih berakar umbi."Maka itu sumbangannya terhadap menghakis keyakinan rakyat berbilang kaum (terhadap BN) adalah mengatasi pengaruh blog dan laman web...kata-katanya berbisa dan beracun," kata Zainuddin lagi.


PARTI-PARTI YANG MEMBENTUK NATIONAL FRONT (BN) 1 Julai 1974


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)








Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan.

PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan 'falsafah Negara Berkebajikan' yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.

Dari sebuah parti serpihan UMNO (Pan Malay Islamic Party-PMIP) akibat penolakan golongan Ulama dan berugama terhadap dasar-dasar UMNO yang memihak kepada Inggeris, dan sebahagian dari para ahli Hizbul Muslimin yang telah diharamkan British membentuk sebuah persatuan Islam yang menyertai politik menjadikan ia sebagai Parti Islam Se-Malaya pada 1951.

PAS dengan ideologi (Progressive) menerapkan sistem pemerintahan berlandaskan hukum dan syariat Islam di dalam kenegaraan mengorak langkah menerjah aruh dengan beberapa pemimpin silih berganti.

"memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara”.

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan. Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Adakah ideologi PAS hari ini menjadikan Islam untuk kepentingan Politik atau Politik untuk kepentingan Islam, bagaimana pengaruh Syiah yang makin menular dalam badan politik tersebut. Bagaimana pula kegagalan dalam PRU ke 12 Terengganu gagal ditawan semula pada hal Kelantan berjaya membuat kejutan, Kedah jatuh ketangan PAS, Perak kerajaan campuran PAS menjadi Menteri Besar dan Terengganu gagal mengurangkan kuasa 2/3 BN.

Apa yang tidak kena dengan PAS Terengganu, perlukan Pengarah Pilihanrayanya meletak jawatan ? di atas kegagalan tersebut. Sanggupkah pemimpin Veteran PAS mengikuti jejak langkah seorang politikus Selangor Khir Toyo meletak jawatan kerana bertanggungjawab di atas kekalahan BN Selangor atau semua itu adalah kerana kebodohan rakyat Terengganu tidak mahu buat perubahan dalam PRU ke 12 seperti negeri-negeri lain atau sebenarnya kelemahan tersebut berpunca dari keegoan kepimpinan veterannya yang masih ingin berada dihadapan walaupun validated sudah expired yang menggunakan hujjah Al-Quran untuk menghukum orang lain tetapi tidak berani menghukum diri sendiri.

Setujukah mengatakan bahawa PAS telah diperalatkan oleh Zionist / Freemason melalui PKR yang dipimpin Anwar Ibrahim (DSAI). Sebagaimana PAS gagal dengan dasar Islamnya semasa Anwar di dalam UMNO dengan projek Islamisasi (satu projek Amerika mengekang kebangkitan revolusi Islam Iran -Teori domino) seperti Islam Hadhari hari ini.

Para belia tidak boleh taksub kepada mana-mana kepartian kerana ketaksuban membawa kejumudan dalam berfikir. Keunggulan belia (Modal Insan ulul-Albab) perlu mempunyai kewarasan fikiran berpandukan Al-Quran dan Hadis perlu mengenali siapakah yang akan menjadi penyelamat kita di akhir zaman adakah mereka terdiri dari orang-orang politik atau orang-orang agama yang menyertai politik ?. Betapa kematangan dan pertunjuk dari Tuhan diperlukan dalam membuat pertimbangan.

PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)

Masa ini adalah untuk kita rakyat Malaysia, berdiri seiring untuk menggantikan pemimpin yang gagal dan tidak kompeten dengan kepimpinan yang lebih berintergriti, berkaliber dan berwawasan. Sudah sampai masanya Malaysia berada di tahapnya yang sebenar demi menjamin Harapan Baru buat Malaysia.

Anwar Ibrahim dari seorang pemimpin pelajar (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia -PKPIM), pengerak front Sosial mengetuai demontrasi Baling di era 70an, menubuh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjadi member kepada International Institute of Islamic Thought di asas oleh seorang Profesor di University of Temple Dr Ismail Al Faruqi. University of Temple adalah di antara 28 universiti terbesar di Amerika diasaskan oleh Dr. Russell Conwell pada 1884. Temple Universiti menggunakan maskot Owl atau burung hantu. Simbol Burung hantu tersebut ada hubung kait dengan pemujaan (Occultist) Inside Bohemian Grove.

Seterusnya menyertai UMNO 1982 di atas perbincangan Tun dengan Dr Ismail Al Faruqi, dan di atas penajaan Amerika bagi menanpan UMNO sebagai Parti yang memperjuangkan Islamisasi. Prestasi memuncak dalam carier politik menjatuhkan dan mengambil alih jawatan TPM ketika itu Ghaffar Baba, berusaha menjatuhkan Tun Dr Mahathir dengan isu kronisme, dipecat dari jawatan TPM dan keahlian UMNO. Mengerakan gerakan reformasi, dipenjara menghadapi tuduhan liwat. Hasil tumbukan Tan Sri Rahim Noor menyebabkan mata lebam pada sebelah kiri. Datin Sri Azizah menubuhkan Parti keadilan logonya bersimbulkan Mata.

In July 2006, Anwar was elected Chair of the Washington-based Foundation for the Future [5]. In this capacity, he signed the October 1, 2006 letter to Robin Cleveland of the World Bank, requesting the transfer of the secondment of Shaha Riza from the US Department of State to the Foundation for the Future see p. 102.

Paul Wolfowitz dan Illuminati, seperti kita sedia maklum Wolfowitz adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika di bawah pentadbiran Presidency of George W. Bush, bekas presiden ke 10 bank dunia. Beliau di lahirkan di Brooklyn, New York, dalam keluarga pendatang yahudi Jewish . Semasa berumur 14 tahun (1957) beliau menetap di Israel di mana ayahnya seorang professor pelawat di Israel Institute of Technology (Technion IIT), di bandar Haifa

Illuminati - There is a power so organized, so subtle, so complete, so pervasive, that they had better not speak above their breath when they speak in condemnation of it -- Woodrow Wilson

The Illuminati is a secret Luciferian organization founded on the principles of abolished religion, elimination of national borders, abolition of private property, civil rights, and the establishment of one elite ruling class over the entire world, also known as The New World Order (Which will be talked about later). The Illuminati intend to rule the world and thus achieve and Illuminated state of mind like a kingdom of god on earth with us, the rest of mankind, to be their sheep.

Temple of Owl or Bohemian grove, Jones' Dark Secrets: Inside the Bohemian Grove documented the first ever hidden camera incursion into the Grove and the bizzare pagan ritual, the Cremation of Care, practiced by its members, all men, including both Presidents Bush, Bill Clinton, Jimmy Carter, Colin Powell, and Henry Kissenger to name but a few.

PKR Dilabel sebagai agen freemanson internasional

Dato Seri Anwar Ibrahim did not list out the other board members of the Foundation for the Future. They include Jamil Mroue (Lebanon), Abdul Rahman al-Rashid (Saudi Arabia), Naguib Sawiris (Egypt) and Andreu Claret Serra (Spain) – the reason for the omission is because these are all media figures involved in newspapers, television, communications and the Internet.This group of media practitioners are valued by USAID and the CIA as information gatherers from the Middle East. Naguib Sawiris, for example, was central in collating data on the activities of Iraqi President Saddam Hussein for the U.S. And previously many wondered why the U.S. State Department appointed so many media directors as members of the board in the Foundation for the Future?

http://lenggongvalley.blogspot.com/2007/06/from-patriotski-according-to-statement.html

Lambang parti berupa segi empat tidak sama yang berwarna biru langit (sky blue) beserta lajur merah di kiri dan kanan. Di tengah-tengah segi empat terdapat sfera berwarna putih dan di tengah-tengah sfera itu terdapat satu bulatan penuh berwarna biru langit membentuk lambang “mata yang terbuka“. Simbolisme lambang parti :
1. Mata yang terbuka melambangkan :cahaya yang menyuluh perjuangan menegakkan keadilan; mencerminkan hati nurani yang mendorong parti mencapai perubahan.
2. Dua jalur merah di kiri dan kanan melambangkan :keberanian yang menyeluruh; komitmen memperjuangkan kebenaran dan keadilan .

The separation of Faith in governance shall be implemented to inflicthe same damage upon our Religious Institution similar to what they had done the Churches in the West. When the time has come for them to fulfill their prophecy, deaths and suffering on all human beings shall be inflicted and then followed by a fake promise of peace to those willing to abandon God and kneeling before the one leader of the world (dajal a.k.a antichrist a.k.a “the all seeing eye”).

The Freemason’s symbol of “the all seeing eye” represents the description of the antichrist they are waiting to take the throne and rule all human beings. The ‘eye’ is singular in nature which fits the description of our own Quranic version of “Dajal Bermata Satu”.

PANGKATAN SULIT AGEN ASING ?

Ada yang bertanya kepada saya kenapakah saya mengatakan KJ sebumbung dengan DSAI di bawah Freemason. Jawapannya ada banyak tetapi satu yang senang utk saya kemukakan adalah kerana keduanya membuat sesuatu yang tidak munusabah dalam keadaan biasa.Mana-mana pengikut FreeMason akan diminta menunjukkan simbol persetujuan mereka. Oleh itu sepertimana individu2 berkuasa di dunia lainnya, simbol itu terpaksa ditunjukkan walaupun kemudiannya akan dikatakan berlaku secara kebetulan.Di dalam Freemason, lambang paling penting adalah "Sebiji Mata Yang Melihat Kesemuanya". Ini adalah mata dajal dan mata Iblis bagi pengkut Freemason. Bagi seorang bekas seorang TPM yang tinggi IQnya dan luas pengetahuan dunia luar, adalah tidak munusabah bagi DSAI tidak mengetahui bahawa lambang Keadilan itu adalah lambang tentinggi Freemason. Lagipun lambang itu tiada kaitan dengan agama Islam atau sejarah Melayu langsung. Jadi dari mana datangnya idea lambang mata tersebut?Bagi KJ pula, dia nampaknya memilih bukan lambang tetapi nombor paling suci dalam Freemason iaitu nombor 13. Pada 12 haribulan Pak Lah kata tidak akan bubar, tetapi pada 13 tetiba bubar plak. Nombor 13 dan 33 adalah nombor 'suci' bagi Illuminati. Banyak perancangan untuk membawa malapetaka mesti dimulakan pada hari ke 13. Sila lihat

Jadi sepertimana juga lambang "mata" bagi DSAI yg mana tiada logika disebaliknya penciptaannya, maka KJ juga tidak akan dapat menjelaskan dengan logik kenapa dia telah memujuk mertuanya untuk mesti membubarkan parlimen pada 13 haribulan. Bagi sesiapa yang mengetahui latarbelakang Freemason, sikap begini menunjukkan kemungkinan seseorang itu terpaksa atau telah dinasihatkan agar melakukan sedemikian kerana itulah syaratnya terima janji Freemason.. kena ikut tradisi dan kepercayaan mereka.


Orang Melayu Akan Diperalat Jika Pilih Anwar Jadi PM, Kata Dr M

PULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu akan diperalatkan oleh bangsa asing jika memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Beliau mendakwa Anwar, adalah seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang."Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama. Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga."Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri. Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana," katanya pada sesi soal jawab selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Melayu Tanjong di sini, hari ini.

DEMOCRATIC ACTION PARTY







".... better living standards, quality education, healthy environment; gender equality and youth empowerment and a transparent government. It also promised democracy and freedom and a “Malaysian First” economic policy in its eight-point manifesto" .

Malaysian Malaysia bagi DAP, PAP Singapura telah melaksanakan penghapusan etnik Melayu dan menekan Islam mengurangkan pegangan agama, Sosialis adalah adaptasi dari Ideologi komunis yang menolak secara total agama "Agama candu rakyat". DAP adalah member of internasional socialist (socialisme ideology).

Namun, ada isu-isu yang masih perlu dibincang, termasuk kedudukan dan peranan Melayu dalam pertahanan negara. Belia Melayu terfikir bilakah mereka akan diberi peranan penuh mereka sebagai anak jati Singapura. Petir Magazine > Petir July/August 06 >

Although the PAP worked with communists in the early days, with anti-colonialism as their mutual platform, we made it clear that we had a different set of political values. http://www.pap.org.sg/

As a member of the Socialist International (SI), DAP is one with democratic socialist or social democrats throughout the world fighting for the cause of humanity and social democracy. We are in solidarity with oppressed peoples who oppose unjust wars and production of weapons for war and who advocate peace and prosperity based on equal co-operation aided by scientific knowledge and technical advancement.

http://dapmalaysia.org/newenglish/int_solidarity.htm

Sosialisme (Ideologi) yang berjaya menunjukan kekuasaannya yang memuncak ialah semasa Party Nazi pimpinan Hitler di German mencapai keunggulan di era perang dunia kedua. Hari ini walaupun Hilter telah berkubur namum ideologinya telah merebak semakin parah di seluruh dunia terutama dari dunia ketiga di mana tahap kemiskinan yang melampau. Di Amerika, Britan dan negara eropah yang lain ideologi ini semakin subur, di Malaysia dan rantau asia tenggara, Singapura melalui PAP dan DAP di Malaysia adalah parti yang sama menjadi serpihan ketika Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Memperjuangkan konsep sosialisme yang racis dan fascist.

DAP sebenarnya dibentuk bagi meneruskan satu idealisme sosialis yang telah terbukti berkesan di Singapura. Bagaimana pun sistem sosialis di Singapura sudah berubah, malah parti PAP Singapura tidak lagi menyertai sosialis antarabangsa yang kini hanya disertai hanya oleh DAP dan dahulunya PSRM (PRM-Bergabung dengan Keadilan) .

Penubuhan DAP berhaluan kiri adalah untuk bersaing dengan PSRM - Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip sosialis klasik yang didominasi oleh orang-orang Melayu dan mempunyai pengaruh di negeri Terengganu, Pahang, Penang dan Melaka. Bagaimana pun kedua Parti tidak pernah bersatu, tetapi pernah berlaku kedua pemimpin mereka telah bersatu dalam mengujudkan GERAM- Parti Gerakan Rakyat Malaysia tetapi lebih dikenali dengan nama PGRM.


Neo-Nazis rarely use the word neo-Nazi to describe themselves, often opting for labels such as National Socialist, Nationalist or related terms.[5] Some groups and individuals who support the ideology openly eschew Nazi-like terms to avoid social stigma or legal consequences.[citation needed] Some European countries have laws prohibiting the expression of pro-Nazi, racist or anti-Semitic views.


Secara keseluruhannya semua parti - parti politik samada di Malaysia atau di dunia ini mempunyai agenda tersendiri dan dalam masa yang sama mempunyai hubungan dengan rangkaian fahaman (Idealisme) sama di peringkat antarabangsa kesemuanya adalah berakar umbikan New World Order - Freemason dan Zionist. Oleh itu para belia hendaklah memahami bahawa kita semua adalah seperti pupet-pupet yang dimainkan oleh Tok Dalang (Freemanson/Zionist) Imperialis. Pertukaran sesuatu kekuasaan kerajaan bukanlah menjaminkan perubahan yang terlebih baik untuk rakyat dan para belia tetapi umpama keluar dari mulut harimau masuk pula ke mulut buaya.

Kekuasaan politik adalah jaminan kemewahan, menggadaikan prinsip dan harga diri, hari ini lawan esok kawan begitulah sebaliknya. Politik adalah berteraskan perasaan dan sentimen samada puak dan perkauman, agama dan ekonomi mahupun sosial. Di atas sentimen yang dibentuk laungan semangat dilaungkan gema mempersonakan terutama generasi muda para belia yang begitu idealisme dan patriotisme. Hakikatnya ahli politik Malaysia kebanyakannya tidak bermaruah dan beretika, secara jelasnya tidak layak menjadi pemimpin rakyat atau negarawan.

Di manakah paradigma kita para belia dalam hal yang diperkatakan dalam kolum ini. Akhir-akhir ini selepas PRU ke 12 kecelaruan akibat percaturan politik melibatkan pihak luar dan dalam dengan agenda tersembunyi telah membawa generasi Malaysia ke arah perpecahan, menggunakan semangat anti establishment generasi muda memperkotak-katikkan kedaulatan negara.

Mahupun begitu tidak dapat dipastikan dari mana munculnya suatu idealisme dikalangan mahasiswa sehingga membentuk satu front kepartaian 'Parti Mahasiswa Negara' yang didakwanya (Mior Isfandy Mior Azizan) yang menjadi jurucakap PMN membuat perubahan untuk rakyat.

Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka. “Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas. “Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”

http://nahdah.wordpress.com/2008/01/08/apa-rasional-parti-mahasiswa-negara-pmn/

Kami tidak tahu adakah mahasiswa kita telah matang dengan politik atau pun menjadi gong yang dipalu dengan gema yang kuat sekadar retorik mencari publisiti murahan. Sebenarnya inilah politik, semestinya perlu ada di antara mereka yang berani syahid untuknya.

ISU-ISU BERPANJANGAN

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_%28Malaysia%29

28 Mac 2008

CONTOHI KEUNGGULAN PERIBADI RASULULAH

Tarikh: 24 Mar 2008

Kuala Lumpur, 20 Mac – Tanggal 12 Rabiulawal tahun Hijrah, umat islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul dengan pelbagai cara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Pada sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, Yang Di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia perlu mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah SAW dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi contoh teladan kepada dunia.

“Umat Islam perlu mengamalkan budaya belajar dengan berpandukan Al-Quran, bertanggungjawab dan memiliki akal yang cerdas demi mencapai kecemerlangan. Di samping itu, umat islam harus berganding bahu dan mengeratkan persaudaraan sesama islam agar kesejahteraan dan keamanan negara terus dipertahankan".

Baginda bertitah ketikan merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1429H di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini. Berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.Turut hadir, Perdana Menteri. YAB Dato’ Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak dan isteri YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor.Pada majlis sama, Yang Di- Pertuan Agong berkenan untuk menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul. Seramai 5 penerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini terdiri dari Y.Bhg. Tan Sri’ Dato’ Dr. Yahya b. Tun Dr. Awang YB Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh.Tururt menerima anugerah Cik Nor Umairah bt. Ahmad Jamhari merupakan pelajar OKU Cemerlang bagi tahun 2007, srikandi negara Merdeka de Everest 50 tahun merdeka Pn. Marina Ahmad dan Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustaffa.

Penerima anugerah membawa pulang trofi dan wang tunai RM 5000.Tema sambutan Maulidur Rasul Pringkat Kebangsaan ini ialah Menjana Ummah Gemilang. Tema ini dipilih selaras dengan hasrat kerajaan untuk memajukan ummah menerusi modal insan. Dalam acara lain, seramai 120 orang peserta dari kalangan warga Kementerian Belia dan Sukan telah menyertai perarakan kali ini. Perarakan bermula dari stadium hoki ke Stadium Putra, Bukit Jalil yang disertai seramai 103 kontinjen terdiri dari kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, badan-badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan, kelab-kelab, pelajar institusi pengajian tinggi, maktab dan sekolah di sekitar Lembah Klang serta orang awam.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

ITQAN AL-MULUK BITA’DIL AL-SULUK” UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI TERENGGANU TAHUN 1911.

“Fasal Yang Kedelapan”

Mustahak Atas Raja Bermesyuarat

Sesungguhpun sekalian kuasa negeri dan kerajaan semuanya pada raja jua, tetapi lazim dan mustahaklah raja itu bermesyuarat dengan segala menteri-menteri atas apa-apa pekerjaan kerajaan dan peraturan undang-undangnya.

“Fasal Yang Kesepuluh”

Maka ada kuasa bagi raja, jikalau suka, ia boleh memberi hukum sendiri di atas segala pegawai-pegawai yang memegang jawatan negeri atau di atas rakyat negeri. Maka lain-lain orang tidak boleh memberi hukum atau perintah di atas mereka itu, melainkan kepala-kepala yang telah ditentukan bagi pekerjaan itu sahaja.

“Fasal Yang Kelima Puluh Satu”

Agama Negeri dan Agama Lain

Sesungguhnya, telah disifatkan, dan disebutkan, dan ditetapkan selama-lamanya kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah (melayuiah), ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan. maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadi, atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama, dan amankan, dan dibenarkan masuk, biar di dalam negeri dan jajahan Terengganu.

"Fasal Yang Kelima Puluh Dua"

Kesalahan Yang Membuat Khianat atau Cuba Hendak Berbuat Dia

Maka jikalau Waris Ganti, atau Waris Yang Pertama atau Yang Kedua, atau yang jauh, atau menteri-menteri, atau ketua-ketua, atau ahli-ahli dan suku-suku daripada mereka itu, atau lainnya, ada berbuat khianat, atau mencuba membuat sesuatu jalan ikhtiar yang disifatkan dia dengan khianat di atas seorang yang terlebih pangkat daripadanya, supaya mendapat pangkat itu baginya, atau bagi yang lain daripadanya, maka adalah perbuatan yang demikian itu ditimbangkan sebesar-besar jahat, dan salahnya. Dan adalah hukumannya diatas seorang, atau suatu pasukan yang bersubahat atas yang demikian itu, derhaka. Jikalau bukan dihukum mati, dikeluarkan dia daripada negeri. Dan disifatkan dia dan sekalian keturunannya tiada sekali-kali mempunyai hukum lagi, yang boleh mewarisi takhta kerajaan Terengganu. Dan demikian lagi, hak yang ditentukan bagi mereka itu daripada kerajaan seperti pangkatnya, dan belanja hidupnya, diberhentikan, dan terkembali pulang kepada kerajaan.

27 Mac 2008

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Bersamalah kita melakukan Munajat Perdana di Masjid Tengku Tengah Zaharah ( Masjid Terampung ) pada 27 Mac 2008 hari Khamis malam jumaat. Kita memohon kehadrat Ilahi supaya mengembalikan Darul Iman sebagai sebuah negeri yang dinyatakan dan dijanjikan oleh-Nya di dalam Al-Quran "BALDATUN TOIYIBAH WARABBUN RAFFUR" Suatu negeri yang baik dan Tuhan mengampuninya. PB2W bersama dengan rakyat Terengganu Darul Iman mendoakan semoga keamanan Terengganu dan Malaysia berada dalam keutuhan selamat dari mala pertaka dan perancangan jahat mereka yang memusuhinya.
Kami memohon Allah memberi taufiq dan hidayah kepada Baginda Al Sultan Yang Di Petuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Adinda beliau selaku Yang Di Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Badrulzaman ibni Sultan Mahmud Tengku Seri Panglima Raja memerintah Malaysia dan Terengganu menuju kearah keamanan, kemakmuran dan keredhaah Allah selaku Penguasa hari pembalasan.
DAULAT TUANKU

Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletakhak pada Parlimen yang kemudiannya meletakhakkan kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

KUASA DI RAJA - YANG DI PERTUAN AGONG


Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

25 Mac 2008

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

DAULAT TUANKU

Suasana yang agak malang telah menimpa Terengganu akibat dari percaturan politik yang sempit. PB2W sebagai organisasi NGO atau pertubuhan bukan kerajaan cuba mengelakkan komuniti ini menjadi sebarang dari agenda parti politik, PB2W bekerja menyatukan para belia supaya duduk dalam satu front tanpa mengambil kira faham kepartian masing-masing dan ras membentuk perpaduan bangsa bagi menjaga keutuhan negara.

Hari ini selepas PRU ke 12 dalam tempoh 14 hari sebelum tertubuh kerajaan Negeri, satu insiden penderhakaan dan penghinaan terhadap kesultanan Islam Terengganu oleh sebuah parti politik yang selama ini memperjuangkan nasib bangsa Melayu telah memalukan dan mendukacitakan rakyat Terengganu terutama generasi muda. Berlakunya perkara seumpama itu di Terengganu Negeri orang-orang yang beriman.

Bangsa Melayu pantang menderhaka kepada Sultannya yang adil, sehubungan dengan itu PB2W merasakan kedukacitaan yang teramat dengan tindakkan parti tersebut bersama perancangnya yang menghina dengan pangilan keji terhadap Sultan. Kepada para belia dan ahli-ahli pihak PB2W mengarahkan berilah ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda Sultan dan tanpil kehadapan mempertahankannya walaupun perkara sebaliknya akan berlaku kerana itu adalah sumpah Anak Watan darul Iman.

Kalaulah semasa Hang Tuah Jebat derhaka perlu dihukum bunuh, maka pada zaman ini , tangkap di atas akta hasutan dan darurat atau seperti tuduhan terhadap Al Maunah menderhaka pada yang di Pertuan Agong bawa mereka penderhaka kemuka keadilan. Mereka perlu dibuang gelarang dan negeri, mereka tidak layak menjadi rakyat Darul Iman sabit kesalahan. Mereka mengajar budaya gensterisme kepada anak-anak muda di negeri ini, "ini bukan budaya kita" - meminjam ucapan PM.


Perkara yang dipertikaikan ialah Sultan tidak melantik semula menteri besar yang terdahulu, dan mempertikaikan kewibawaan Sultan tidak mengikut perlembagaan. disini diturunkan peruntukan undang-undang ( Raja berpelembagaan ) yang telah dipakai kebawah Duli Al - Sultan.
"KAEDAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU HENDAKLAH MENGIKUT UNDANG2 BAGI DIRI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 1911 DENGAN PINDAAN PADA TAHUN 1948.01.21 MASEHI BERSAMAAN 1367.3.10.
Assalamualaikum perlantikan Menteri Besar tertakluk kpd Undang Undang BAGI DIRI Negeri TERENGGANU 1911 (11.11.1911) DENGAN PINDAAN (DITAMBAH KEPADA UNDANG2 DIRI 1911 PADA 21.01.1948 DIKUATKUASA PADA PADA TARIKH YANG SAMA ( FASAL 1 (2)) YANG DIZIN.
FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU( YANG DITAMBAH PADA 1948)
FASAL 5 MEMPERUNTUK RAJA MEMERINTAH MENGIKUT UNDAND2. RAJA BERKUASA MELANTIK MB DAN JUA PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL10(I) DAN FASAL 14(1)(2).
PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29 MEMILEH DAN MENJADIKAN MB DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA2 HAK BAGI SULTAN (TIDAK DIPINDA)
DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948 DIPERUNTUKAN DIBAWAH FASAL 10 PERLANTIKAN MB DYMM HENDAKLAH MELANTIK DENGAN SURAT LANTIKAN YANG DITANDA TANGANI OLIH BAGINDA DENGAN MEMAKAI MOHOR NEGERI SEORANG MB MENGIKUT SYARAT2 PERENGAN (1) DIBAWAH SYARAT (2)
FASAL 14 (2)(1) DAN (4) DYMM HENDAKLAH MULA2 MELANTIKAN DAHULU MB UNTUK MENGETUAI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SEORANG AHLI DUN...
FASAL 14(4) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLIHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA2 SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK2 FASAL 10 INI.
Jelas di sini pelantikan MB adalah HAK KUASA MUTLAK BAGINDA DYMM AL-SULTAN, MUKTAMAT .

21 Mac 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN SIRI KE II

SUATU KEUNGGULAN
Alhamdulilah setelah berjaya melakukan 2 test flight siri pertama di Bukit Chendering launch site (Takeoff) pada 11hb,Mac.2008, siri kedua test flght telah diadakan pada 15hb-16hb,Mac 2008 melibatkan 3 orang paraglider, 8 orang dari PB2W dan 20 orang para pelajar sekolah Menengah Tun Telanai. Program ini (Hujung minggu) adalah sebagai pendedahan awal PB2W kepada para pelajar dalam bidang (Konsep) sains aero angkasa.
PB2W atau Persatuan Belia Waja Watan Terengganu telah mengariskan dalam wawasan percapaian kerjayaannya suatu paradigma baru pengupayaan jatidiri anak Watan Terengganu dengan konsep 'Penjajaran Modal Insan Ulul Albab merentasi Globalisasi' sebagai memampan hasrat kerajaan melahirkan suatu kelompok generasi yang Al-Quranik, Ijtihadik dan Eksiklopedik.
Pihak PB2W menganggap ia suatu perkara yang perlu diterjemahkan bukan sekadar suatu selogan yang gah di mata. PB2W bekerja seiring dengan wawasan negara menjana komuniti 'Humans Capital' yang mempunyai market value.

Seterusnya PB2W akan menjadikan paraglider suatu sukan extreme baru sebagai teras pengupayaan jatidiri para belia di Terengganu dan menjadikan ia mampu dimain oleh semua orang (bukan sukan elite). Bermula dari tahun ini bagi mencapai hasrat tersebut PB2W dengan kerjasama NSSAC dan TFC akan mengadakan kursus asas pengendalian paraglider secara bersiri dalam setahun.

Untuk peringkat awal 2 siri latihan asas dijangkakan akan diadakan pada April ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Berpandukan kepada prestasi dan sambutan dari latihan tersebut beberapa pendekatan komprehansif akan dilakukan melibatkan para belia Terenggau.

Sukan ini akan dibangunkan secara berperingkat dari tahap amatur kepada profesional setaraf dengan negara-negara luar yang telah maju di bidang tersebut. Sasaran tersebut menjelang 2010 di mana sebahagian dari para paraglider tempatan dijangkakan akan mengikuti kejohanan paraglider rantau asia pasifik dan antarabangsa.

Pihak PB2W mengalu-alukan pihak swasta yang sedia menjadi penaja kepada pembangunan sukan tersebut di Terengganu. Selain menaikan nama Terengganu khasnya dan Malaysia amnya ia adalah suatu pembebasan minda remaja dalam menyediakan warga yang 'TASK' menghadapi cabaran hidup yang mendatang.


Bersamalah kita bekerja membawa masa depan generasi pelapis kita ke arah kecermerlangan, kegemilangan dan keterbilangan, seterusnya kita mewariskan tanah pusaka ini kepada mereka supaya mereka menjadi pejuang-pejuang yang akan mempertahankannya sehingga kegenerasi akan datang seterusnya.



Mereka akan menjadi generasi contoh, mampu meminpin melangkaui sempadan geografi mereka menjadi apa yang dijanjikan oleh Rasul akhir zaman generasi yang membawa kembali tamadun yang telah hilang. Mereka adalah anak-anak jati Watan Terengganu Darul Iman, hati-hati mereka lasak bagaikan kepingan-kepingan besi waja 'Tidak sekali-kali mengalah' mereka berjaya membuktikan hasil kecemerlangan. Semangat yang ada dalam diri mereka perlu dipupuk dan dibajai berilah peluang kepada mereka kerana janji kerajaan Terengganu "Tiada halangan hanyalah peluang ...". Janganlah menjanjikan dan menjadikan suatu peluang yang telah lesap hilang.

12 Mac 2008

MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN

PERADABAN BANGSA

Pada hari Selasa 11 Mac 2008 jam 1407H Belia Terengganu telah berjaya mencipta sejarah baru apabila 2 set Paraglider berjaya diterbangkan di Terengganu. Ini adalah salah satu keunggulan percapaian setelah mengambil masa selama setahun bagi menyediakan prasarana lokasi untuk paraglider takeoff zone, maka genap tanggal 11 Mac 2008 segala penat lelah para belia yang berusaha bertungkus-lumus untuk membuktikan kepada bangsa dan dunia, bahawa anak watan Terengganu Darul Iman telah berjaya membawa kembali maruah kegemilangan Darul Iman.
Anak Watan Darul Iman dahulu adalah pengembara lautan luas melangkau ke Indra Pura, tamadun Darul Iman bermula semenjak Kembayat Negara kemajuannya selepas Aceh Darus Salam sebelum abad ke 13 lagi. Sharif Al Baghdadi telah tiba di Terengganu seawal 702 H dikatakan bahawa beliaulah yang memahat batu bersurat Terengganu.

Sejarah keunggulan ini adalah pengkonsian bersama antara Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) bersama-sama dengan Negeri Sembilan Sport Aviation Club (NSSAC), Terengganu Flying Club (TFC) dan Jabatan Belia dan Sukan Terengganu (JBSNT).

Sedikit rentetan sejarah bermula pada 10hb -11hb, Mac 2007 satu demo Powered Paraglider/Paramotor telah dijalankan selama 2 hari bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pasir panjang Kuala Terengganu dan pantai Batu Buruk.
Bermula dengan sesi pengenalan peralatan dan perkara-perkara yang perlu dalam penerbangan. Seterusnya kepada teknik-teknik menerbangkan paramotor secara praktikal. Sesi ini di jalankan di Kombes sendiri dan di sekitar Pantai Batu Buruk.
Kehadiran Pegawai Belia Daerah Kuala Terengganu mewakili Pengarah telah memberi semangat kepada belia para peserta program untuk menjadikan sukan/rekreasi paramotor suatu cabaran baru bagi belia Terengganu. Hampir RM 3000.00 dibelanjakan bagi program tersebut. Keseluruhannya program Paramotor atau Powered Paraglider mencapai objektif serta berjalan dengan jayanya.

Seterusnya satu pertemuan telah diadakan melalui YM LtM (B) Tg Shabirin bin Tg Awaludin selaku Setiausaha Kelab Penerbangan Terengganu (TFC) bersama Capt Mohd Arif bin Ibrahim (MAS) dari NSSAC di mana beliau juga adalah Anak Watan Darul Iman dengan Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W). Pertemuan tiga hala ini telah menghasilkan keputusan mencari satu lokasi sesuai di Terengganu bagi diperkenalkan sukan Paraglider/Powered Paraglider. PB2W telah mengambil peranan membuat tinjauan lokasi sesuai.

Setelah beberapa kreateria diambil perkiraan maka satu tinjauan telah dibuat pada 18/04/07 Rabu jam 1845H di Lokasi Bukit Cendering (Latitud dan Longitud 5°16’1.66”U 103°11’ 3.94”T). 10 km dari bandar Kuala Terengganu menuju ke Kuantan. Antara yang terlibat dalam tinjauan tersebut ialah Capt Md Arif bin Ibrahim dari MAS, Lt.M (B) Shabirin b Tg Awaluddin dan Mohd Shukri Embong ( YDP-PB2W).

Seterusnya pada 21/04/07 Sabtu jam 1000Z satu kumpulan pertama seramai 10 orang telah membuat kerja-kerja awal penandaan dan pembersihan. Mereka adalah terdiri dari ahli-ahli PB2W dan tumpangan 3 orang anggota Belia dari Rejiemen Askar Wataniah. Dengan Menggunakan peralatan ringan kerja-kerja dilakukan sebagai penanda kawasan untuk tujuan pembersihan lokasi zon penerbangan Paraglider.

Dalam masa yang sama beberapa alternatif baru diusahakan bagi mencari lokasi pilihan yang baru untuk paraglider selain dari bukit chendering. Satu tinjauan telah dijalankan Pada 8 Mei 2007 hari sabtu Tim tinjauan hadapan digerakkan untuk meninjau lokasi Bukit Jerong. Faktor ketinggian dan arah tiupan angin diperkirakan dalam menentu sesuatu lokasi pilihan. Dari sudut faktor ketinggian bukit tersebut telah mencapai ketinggian 1000 kaki dari aras laut dan berada dalam kedudukannya strategik.

namun setelah dibuat kajian secara terperinci lokasi Bukit Jerung tidak sesuai untuk tujuan program paraglider kerana terdapat halangan dari bukit kecil di bawah dan lembah yang boleh menyebabkan Turbolen membahaya untuk takeoff. Hasil dari perbincangan dengan ketiga-tiga persatuan maka keputusan dibuat bahawa lokasi Bukit Chendering sahaja boleh digunakan untuk program Paraglider.

Lanjutan dari itu seramai 6 orang ahli PB2W bersama Capt Arif Ibrahim terlibat membuat calibration angle untuk takeoff dilokasi yang sama. Seterusnya satu kertas kerja konsep program Paraglider/Paramotor dihantar ke jabatan Belia dan Sukan Terengganu bagi mendapat sokongan kewangan pengurusan. Kerjasama terbaik telah dihulurkan pihak JBSNT dalam menjayakan program paraglider ini.

Fasal pertama: Pada petang Jumaat 06hb, Julai 07 1500Z aktiviti menyambung kerja-kerja pembersihan lokasi baru terbengkalai diteruskan. Seramai 7 orang ahli PB2W termasuk YDP dan Capt Arif Ibrahim dari NASSC terlibat melaksanakan kerja pembersihan bersama. Fasal kedua: Bertarikh 21hb, Julai 07 Sabtu jam 1000Z seramai 10 orang ahli PB2W hadir melakukan kerja gotong royong. Pada fasal ini penggunaan gergaji mesin bagi mempercepatkan kerja-kerja pembersihan. Taklimat teknikal menyediakan angle takeoff diberi Capt Mohd Arif Ibrahim di kedai makan dalam Komplek Perikanan Pelabuhan chendering.

DEMO / KURSUS SIRI 1 PARAGLIDER BUKIT CHENDERING - PB2W - NSSAC

Satu program pengenalan awal pengendalian Paraglider diadakan di Pantai Pandak dan Bukit Chendering pada 05 / 08 / 2007 hari Ahad. Seramai 15 orang peserta termasuk Jurulatih dari NASSC hadir untuk melakukan ujian soaring serta melatih dan memperkenalkan sukan paraglider kepada Belia Terengganu. Manakala dari PB2W seramai 25 orang terdiri dari pelajar Belia dan remaja penduduk asal kg Chendering hadir mempelajari latihan pengendalian asas paraglider. Orientasi lokasi dan kedudukan di atas muka bumi 5°16’01.63”N 103°11’03.96”E diberikan YDP-PB2W. Capt. Marasmiza dan Capt. Arif Ibrahim kedua –dua dari MAS merupakan tenaga penggerak utama NSSAC.

Keadaan cuaca dan teknikal muka bumi tidak bersesuaian untuk membuat penerjunan dari atas bukit, maka tiada penerbangan berjaya dilakukan. Pihak PB2W tidak berputus asa alternatif baru dilakukan dengan dengan mengubah sudut penerbang di tempat baru dilokasi yang tinggi sedikit dari tepat sediada.

Dalam program lanjutan akan datang PB2W memperkenalkan konsep Fly Terengganu Team -F2 Team disini antara objektif utama PB2W ialah membawa seramai yang mungkin Belia Anak Watan Terengganu terbang di udara tanpa mengira jantina dan had umur yang terhad.

Sambungan kerja-kerja membuka dan melebarkan kawasan baru untuk penerbangan dilakukan sehinggalah ke bulan Mac 2008 kesemua kos pengurusan dan peralatan serta logistik pengankutan dan makan minum selama setahun menjangkau RM 6700.00.

Sebagai tanda kejayaan diatas kepenatan serta jerik perik para Belia Terengganu ialah berjayanya diterbangkan 2 buah paraglider dari Bukit Chendering bagi mempastikan lokasi dan angle yang dipilih telah menepati piawai lokasi takeoff paraglider antarabangsa.

PB2W sebagai kerangka utama menjayakan program tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat terutama Capt. Nasaruddin bin Abu Bakar dan Capt. Mohd Arif bin Ibrahim yang mewakili NSSAC datang menguji Takeoffe Zone -F2-Team. YM LtM (B) Shabirin bin Tg Awaludin mewakili TFC memberi sokongan teknikal.
Terlebih utama ucapan terima kasih kepada Tuan Abdul Rahim bin Tuan Bahru selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu yang telah banyak berusaha membantu Persatuan Belia Waja Watan Terengganu menjayakan pengupayaan jatidiri belia melalui sukan extreme.

Ucapan ini juga ditujukan kepada ahli-ahli PB2W, para sukarelawan belia dari Askar Wataniah, belia tempatan Pantai Chendering, Shahrin Kamarudin dan Mohd Hisham Awang Long selaku Team Logistik PB2W. PB2W mengajak seluruh belia Terengganu marilah bersama bekerja dalam satu pasukan bersama kehadapan mencipta kegemilangan.