23 Jun 2009

IDEOLOGI DIPERKENALKAN ILLUMINATI / ZIONIST MEMECAHKAN KESATUAN KITA

KOMUNISME /SOSIALISME NASIONALIS /KAPITALISME ADALAH IDEOLOGI CIPTAAN BAGI MENJADIKAN KITA SEMUA SEBAGAI 'PAWN OF THR GAMES' - BIDAK-BIDAK CATUR.

Persoalan tersebut telah dijawab oleh Matan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohaman semasa persidangan OIC 16 Oktober 2003. Apa yang kita dapat saksikan sekarang suasana politik di Malaysia dan permintaan membawa balik Chin Peng (Komunisme), akan menghacurkan Malaysia dalam masa yang terdekat.

____________________________________________________________

TEKS ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada perasmian Sidang Kemuncak ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Pusat Konvensyen Putrajaya, pada 16 Oktober 2003.

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad berucap dalam PersidanganKemuncak Ketua-ketua Negara Islam (IOC) ke-10 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

ALHAMDULILLAH, segala pujian kepada Allah kerana atas kebesaran dan rahmat-Nya dapat kita pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam berkumpul hari ini untuk berunding dengan harapan kita dapat merintis arah tuju masa depan Islam dan ummah di seluruh dunia.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke sesi ke-10 Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Sememangnya ia satu penghormatan tinggi bagi Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi sesi ini dan untuk menjawat kedudukan sebagai Pengerusi OIC. Saya berterima kasih kepada negara anggota OIC atas keyakinan mereka terhadap keupayaan Malaysia memikul tanggungjawab itu.

Izinkan juga saya untuk mengambil kesempatan ini bagi merakamkan penghargaan istimewa kepada Qatar, khususnya kepada Amir Qatar, Shaikh Hamad Khalifa al-Thani, kerana kepemimpinan cemerlang dalam menerajui pertubuhan kita sepanjang tiga tahun lalu.

Sebagai tuan rumah, Malaysia sungguh terhutang budi dan bangga dengan jumlah penyertaan yang tinggi daripada kalangan anggota. Ini jelas menunjukkan keyakinan dan ketaatan berterusan serta komitmen kita kepada pertubuhan kita dan keinginan kita bersama untuk memperkuat peranan kita demi maruah dan manfaat umat Islam.

Saya juga mengalu-alukan kedatangan pemimpin dan perwakilan dari pelbagai negara yang ingin hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat kali ini berdasarkan besarnya jumlah penduduk mereka yang beragama Islam. Sama ada mereka itu beragama Islam atau tidak, kehadiran mereka akan menyumbang ke arah mempertingkat kefahaman terhadap Islam dan umat Islam, sekali gus menyangkal tanggapan kononnya Islam agama yang mundur dan ganas.


Seluruh dunia kini menumpukan perhatian kepada kita. Sudah pasti 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia, iaitu satu perenam jumlah penduduk dunia, menyandarkan harapan kepada kita pada mesyuarat ini walaupun mereka mungkin bersikap sinis terhadap keazaman dan keupayaan kita biarpun sekadar dapat mencapai keputusan untuk menebus maruah Islam dan umatnya, apatah lagi untuk membebaskan saudara seagama daripada penindasan dan penghinaan yang mereka alami pada ketika ini.

Saya tidak mahu membilang satu persatu peristiwa penghinaan dan penindasan terhadap kita dan saya juga tidak ingin untuk sekali lagi menghentam pencemuh atau penindas kita. Ia akan menjadi usaha sia-sia kerana mereka tidak akan mengubah sikap mereka terhadap kita semata-mata kerana kita mengecam mereka. Jika kita ingin menebus kembali maruah kita dan maruah Islam, agama kita, kitalah yang mesti membuat keputusan, kitalah yang mesti bertindak.

Sebagai langkah awal, kerajaan semua negara Islam boleh merapatkan barisan dan mengambil pendirian bersama sekurang-kurangnya mengenai isu-isu besar seperti Palestin, kalau pun tidak mengenai semua isu.

Semua kita ini umat Islam. Kita semua ditindas. Kita semua dihina. Tetapi kita yang ditempatkan Allah sebagai pemimpin umat Islam tidak langsung benar-benar cuba bertindak secara bersatu untuk mempamerkan persaudaraan dan perpaduan yang dituntut oleh Islam.

Bukan saja sesama kerajaan kita berpecah-belah, malah umat Islam sendiri berpecah-pecah dan dipecahkan lagi berulang kali. Sejak 1,400 tahun lalu, pihak yang mentafsirkan Islam, cerdik-pandai dan ulama telah mentafsirkan serta mentafsir semula agama Islam yang tunggal dibawa oleh Nabi Muhammad saw. itu dengan sangat berlainan sekali, menyebabkan kita kini mempunyai beribu-ribu agama yang sering bertelagah satu sama lain sehingga kita bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.

Daripada suatu ummah yang tunggal, kita membiarkan diri kita dipecah-pecah kepada pelbagai golongan, mazhab dan tarikat, dengan masing-masing lebih mengutamakan Islam siapa lebih tulen daripada soal ummah yang satu.

Kita gagal melihat bahawa musuh dan pengkritik kita tidak ambil peduli sama ada kita umat Islam sejati atau tidak. Bagi mereka, kita semua Islam, pemeluk suatu agama dan pengikut seorang nabi

yang mereka isytiharkan sebagai penggalak keganasan dan kita semua ini adalah musuh ketat mereka. Mereka akan menyerang dan membunuh kita, menakluk tanah air kita, menjatuhkan kerajaan kita, tidak kira sama ada kita ini Sunnah atau Syiah, Alawait atau Druze atau apa saja. Kita membantu dan bersekongkol dengan mereka secara menyerang dan melemahkan sesama kita sendiri, malah kadangkala kita menjadi dalang dan bertindak sebagai tali barut untuk menyerang saudara seagama. Kita cuba menjatuhkan kerajaan kita sendiri melalui kekerasan dan berjaya melemahkan serta memiskinkan negara kita.

Kita bulat-bulat mengabaikan dan terus mengabaikan kehendak Islam supaya kita bersatu dan bersaudara sesama kerajaan negara Islam dan sesama ummah.Tetapi bukan ini saja ajaran Islam yang kita belakangkan. Kita disuruh membaca Iqra’ untuk menimba ilmu.

Umat Islam zaman dulu menganggap suruhan ini bermaksud menterjemah dan mengkaji hasil penyelidikan cerdik-pandai Yunani dan ilmuwan sebelum Islam. Cerdik-pandai Islam ini pula menokok tambah hasil penyelidikan mereka kepada bersaing tokoh hebat sepertiAbdul Rahman III, Al-Mansur, Salah El Din Al Ayubi dan lain-lain yang mengepalai bala tentera ke medan perang demi melindungi bumi Islam dan ummah.

Bagaimanapun, di pertengahan pembangunan tamadun Islam yang hebat, timbul golongan baru pentafsir Islam yang mengajar bahawa penguasaan pengetahuan oleh umat Islam cuma bermaksud pengajian mengenai pengetahuan agama saja. Pengajian sains, perubatan dan lain-lain tidak digalakkan.

Daya intelek umat Islam mula merosot. Kemerosotan daya intelek ini meruntuhkan tamadun Islam dan membuatkannya semakin layu. Kalau tidak kerana kemunculan pahlawan Uthmaniah, tamadun Islam mungkin pupus sama sekali ekoran kejatuhan Grenada pada 1492.

Kejayaan awal pahlawan Uthmaniah tidak seiring dengan kebangkitan semula daya intelektual Islam. Sebaliknya, tumpuan hanya kepada isu-isu kecil seperti soal sama ada memakai seluarketat atau memakai topi tinggi bersesuaian dengan kehendak Islam, sama ada mesin cetak boleh digunakan atau kuasa elektrik boleh digunakan untuk menerangi masjid.

Umat Islam tertinggal sama sekali ketika Revolusi Perindustrian. Kemerosotan itu berterusan sehingga pihak British dan Perancis mencetuskan pemberontakan terhadap pemerintahan Turki dan menyebabkan kejatuhan empayar Uthmaniah, iaitu satu-satunya kuasa Islam terakhir di dunia dan menggantikannya dengan tanah jajahan Eropah dan bukan negara merdeka sebagaimana yang mereka janjikan. Cuma selepas Perang Dunia Kedua barulah tanah jajahan ini mendapat kemerdekaan.

Selain daripada negara yang baru wujud, kita juga menerima sistem demokrasi Barat. Ini memecah-belahkan kita disebabkan parti dan kumpulan politik yang kita sendiri wujudkan, yang antaranya mendakwa Islam cuma untuk mereka dan menolak Islam yang diperjuangkan oleh pihak lain dan menolak keputusan demokrasi, jika mereka gagal meraih kuasa untuk diri mereka saja. Mereka bertindak ganas dan kesannya, meranapkan dan melemahkan negara Islam.

Perkembangan sejak berkurun lalu menyebabkan ketamadunan Islam menjadi begitu lemah sekali sehingga tiada langsung sebuah negara Islam yang tidak ditakluki atau dijajah orang Eropah. Walaupun setelah mencapai kemerdekaan kemudiannya, negara Islam gagal memperkuatkan ummah. Negara mereka lemah dan disalah tadbir dengan teruk sekali, menyebabkan mereka sentiasa dilanda pergolakan.

Orang Eropah bertindak sewenang-wenangnya terhadap bumi Islam. Tidak hairanlah apabila mereka merampas bumi Islam untuk mencipta negara Israel bagi menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi. Oleh kerana mereka berpecah, umat Islam langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat pencerobohan pihak Balfour dan Zionis itu.

Di sebalik hakikat ini, ada antara kita yang beranggapan bahawa kehidupan kita lebih baik daripada musuh kita. Ada antara kita percaya bahawa kemiskinan, kesengsaraan dan hidup tertindas adalah kehendak Islam. Dunia ini bukan untuk kita. Hak kita cuma untuk merasakan nikmat di syurga di akhirat nanti. Kita hanya perlu menunaikan amalan dan memakai pakaian tertentu serta menonjolkan wajah tertentu saja.

Kelemahan, kemunduran dan kegagalan kita untuk membantu saudara seagama yang tertindas adalah atas kehendak Allah, iaitu kesengsaraan yang perlu dirasai sebelum menikmati hidup di syurga di akhirat nanti. Kita mesti menerima takdir yang menimpa kita. Kita tidak perlu berbuat apa-apa pun. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang menentang takdir Allah.

Tetapi adakah benar bahawa ini semua kehendak Allah dan kita tidak boleh serta tidak harus buat apa-apa? Allah menyatakan dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri mencuba mengubah nasib mereka.

Seperti umat Islam zaman silam yang mengalami penindasan, kita umat zaman sekarang juga tertindas. Tetapi selepas mereka berusaha dengan jujur dan gigih untuk membela nasib mengikut ajaran Islam, Allah telah membantu mereka mengalahkan musuh

dan membangunkan tamadun Islam yang kuat dan cemerlang. Tetapi apakah usaha kita, khususnya dengan sumber kekayaan yang Allah telah berikan kepada kita?

Umat Islam kini berjumlah 1.3 bilion. Kita memiliki simpanan minyak terbesar di dunia. Kita banyak kekayaan. Kita tidak lagi buta ilmu seperti mana puak Jahiliah yang memeluk Islam dulu. Kita memahami cara perdagangan dan kewangan dunia diuruskan. Kita menguasai 57 daripada 180 negara di dunia. Undi kita boleh memperkuat atau melemahkan pertubuhan antarabangsa.

Tetapi kita nampaknya lebih lemah daripada kumpulan kecil Jahiliah yang memeluk Islam dan menerima Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin mereka. Kenapa? Adakah ini kehendak Allah atau kerana kita telah salah mentafsir agama kita atau gagal mematuhi ajaran sebenar agama kita atau kerana kita telah membuat kesilapan?

Islam menyuruh kita bersiap sedia untuk mempertahankan ummah. Malangnya, kita kurang menekankan soal pertahanan, sebaliknya jenis senjata pada zaman junjungan besar Nabi Muhammad saw. Senjata dan kuda yang digunakan ketika itu tidak boleh lagi mempertahankan kita. Kita perlukan senapang dan roket, bom dan pesawat pejuang, kereta kebal dan kapal perang untuk pertahanan kita.

Tetapi oleh kerana kita tidak digalakkan mempelajari sains, matematik dan lain-lain ilmu kerana perbuatan itu disifatkan sebagai tidak mementingkan akhirat, akibatnya hari ini kita tiada keupayaan untuk mengeluarkan senjata sendiri untuk pertahanan kita. Kita terpaksa membeli senjata daripada pencemuh dan musuh kita.

Inilah akibat tafsiran cetek al-Quran yang tidak menghiraukan isi sunnah nabi dan ajaran al-Quran tetapi mementingkan bentuk, cara dan ikhtiar yang digunakan ketika abad pertama Hijrah.

Begitulah juga dengan ajaran Islam yang lain. Kita lebih utamakan bentuk daripada isi kata-kata Allah dan cuma mengikuti tafsiran perkataan dalam sunnah junjungan besar Nabi Muhammad.

Kita mungkin mahu mengembalikan cara hidup pada abad pertama Hijrah, untuk mengamalkan apa yang kita anggap sebagai cara hidup Islam sebenar. Tetapi kita tidak akan diizinkan berbuat demikian. Pencemuh dan musuh kita akan mengambil kesempatan daripada kemunduran dan kelemahan kita untuk menguasai kita.

Islam bukan untuk kurun ketujuh selepas Masihi saja. Islam untuk semua zaman dan masa telah berubah. Sama ada suka atau tidak, kita perlu berubah bukan dengan mengubah agama kita, tetapi mengamalkan ajarannya dalam konteks dunia yang berlainan sekali daripada dunia pada abad pertama Hijrah.

Islam tidak salah tetapi tafsiran cerdik pandai kita yang bukannya daripada golongan Rasul walaupun mereka terpelajar, mungkin salah. Kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam untuk mengetahui sama ada kita sebetulnya menganuti dan mengamalkan ajaran Islam yang disebarkan Nabi Muhammad. Masakan kita semua mengamalkan ajaran Islam sebenar dan yang betul jika kepercayaan kita berbeza sekali antara satu sama lain.

Hari ini, seluruh umat Islam dibenci dan tidak dihormati. Agama kita dihina. Tempat suci kita dicemari. Negara kita ditakluki. Umat Islam kebuluran dan dibunuh.

Tiada satu pun negara Islam benar-benar bebas. Kita dikenakan tekanan supaya tunduk kepada kehendak penindas kita yang menetapkan kelakuan kita, cara kita mentadbir negara kita, hinggakan cara kita harus berfikir. Hari ini, jika mereka mahu menyerang negara kita, membunuh orang kita, memusnahkan kampung dan bandar kita, tiada apa yang boleh kita lakukan. Adakah Islam punca segala ini atau adakah kerana kita sendiri gagal menunaikan tanggungjawab mengikut agama kita?


Reaksi kita sekadar menjadi marah dan bertambah marah. Orang yang marah tidak dapat berfikir dengan waras. Jadi, kita mendapati sesetengah orang kita bertindak tidak rasional. Mereka melancarkan serangan, membunuh sesiapa saja, termasuk umat Islam sendiri untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan mereka. Kerajaan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat mereka. Pihak musuh bertindak balas dan menambah lagi tekanan terhadap kerajaan mereka. Kerajaan mereka tiada pilihan kecuali mengalah dan mengikut telunjuk musuh, pendek kata mereka tidak bebas untuk bertindak.

Kemarahan yang memuncak di kalangan rakyat mereka dan umat Islam lain mendorong mereka menentang kerajaan mereka pula. Sebarang usaha damai disabotaj dengan serangan terancang lebih hebat untuk mengapikan lagi perasaan marah musuh dan menutup jalan penyelesaian. Tetapi serangan itu tidak menghasilkan apa-apa. Cuma umat Islam terus tertindas.
Timbul rasa kehampaan di kalangan negara Islam dan rakyat mereka. Mereka merasakan tiada yang betul dapat mereka lakukan dan keadaan akan hanya menjadi lebih buruk. Sampai bila pun umat Islam akan tertindas dan dikuasai orang Eropah dan Yahudi. Sampai bila pun mereka akan terus miskin, mundur dan lemah.

Sesetengah daripada mereka percaya, seperti mana yang saya katakan tadi, bahawa ini semua kehendak Allah, nasib umat Islam di dunia ditakdirkan terus miskin dan ditindas.

Tetapi benarkah kita tidak harus dan tidak boleh berbuat sesuatu untuk diri kita sendiri? Benarkah 1.3 bilion umat Islam tidak berkuasa untuk menyelamatkan diri mereka daripada penghinaan dan penindasan yang dilakukan musuh yang lebih sedikit bilangannya? Bolehkah mereka sekadar melawan dengan kemarahan secara membuta tuli? Tiadakah cara lain selain daripada menyuruh anak muda Islam meletupkan diri dan membunuh orang lain serta seterusnya mendorong pembunuhan lebih ramai umat Islam?

Mustahil tidak ada jalan lain. Umat Islam berjumlah 1.3 bilion tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi. Mesti ada jalan lain dan kita akan nampak jalannya jika kita berhenti seketika dan berfikir untuk mengukur kelemahan dan kekuatan kita, untuk merancang, mengatur strategi dan kemudian melancarkan serangan balas.Sebagai umat Islam, kita mencari pedoman daripada al-Quran dan Sunnah Nabi. Sudah pasti pengalaman perjuangan Nabi Muhammad selama 23 tahun boleh memberi panduan mengenai apa yang kita boleh buat dan patut buat.

Kita tahu Nabi Muhammad dan pengikut awalnya ditindas kaum Quraisy. Adakah Baginda melancarkan serangan balas? Tidak. Nabi Muhammad bersedia untuk berundur secara strategik. Baginda menghantar pengikut ke sebuah negara Kristian dan baginda sendiri kemudian berhijrah ke Madinah. Di situ baginda menambah pengikutnya dan membangunkan keupayaan pertahanan dan memastikan keselamatan pengikutnya.

Di Hudaibiyah, Baginda rela menerima perjanjian yang berat sebelah walaupun tidak direstui sahabat dan pengikutnya. Ketika tempoh damai yang menyusul selepas itu, Baginda memperkukuhkan kekuatan dan akhirnya berjaya memasuki Makkah dan menawan kota itu untuk Islam. Namun demikian, Baginda tidak membalas dendam dan menuntut bela. Semua rakyat Makkah menerima Islam dan ramai antara mereka menjadi penyokong kuat melindungi umat Islam daripada musuh.


Begitulah secara ringkas sejarah perjuangan Nabi Muhammad. Kita banyak bercakap meneladani sunnah nabi. Kita tidak putus-putus memetik peristiwa dan sunnah baginda. Tetapi kita sebenarnya tidak menghiraukan semuanya itu.

Jika kita menggunakan kebolehan berfikir yang dianugerahi Allah, kita patut sedar bahawa tindakan kita tidak waras. Kita berjuang tanpa matlamat selain untuk mencederakan musuh kerana mereka mencederakan kita.

Dengan mudah kita mengharapkan mereka menyerah diri. Tanpa sebab kita mengorbankan banyak nyawa dan tidak mencapai apa-apa kecuali mengundang serangan balas dan penghinaan yang lebih buruk.

Sudah sampai masanya kita berhenti sejenak dan berfikir. Tetapi adakah ini membuang masa? Lebih separuh abad kita berperang kerana Palestin. Apa yang telah kita capai? Kosong. Kita lebih teruk daripada sebelumnya. Jika kita

berhenti seketika untuk berfikir, kita mungkin sudah merangka satu pelan, satu strategi yang boleh membawa kita kepada kemenangan muktamad. Berhenti sejenak untuk berfikir bukanlah membuang masa. Kita perlu membuat pengunduran strategik dan menilai kedudukan kita dengan tenang.

Kita sebenarnya masih sangat kuat. Seramai 1.3 bilion umat Islam tidak boleh dihapuskan dengan mudah begitu saja. Orang Eropah sudah membunuh enam juta daripada 12 juta orang Yahudi.
Tetapi hari ini puak Yahudi memerintah dunia secara proksi. Mereka membiarkan orang lain berjuang dan mati untuk mereka.

Kita mungkin tidak dapat melakukan sedemikian. Kita mungkin tidak dapat menyatukan 1.3 bilion umat Islam. Kita mungkin tidak berjaya menggabungkan semua kerajaan Islam untuk bertindak seiring. Tetapi, jika kita dapat menggembleng sepertiga daripada umat Islam dan sepertiga daripada negara Islam untuk bertindak bersama-sama, kita memang boleh berbuat sesuatu.

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad tidak mempunyai ramai pengikut ketika Baginda pergi ke Madinah. Tetapi Baginda menyatukan puak Ansar serta Muhajirin dan kemudian Baginda menjadi cukup kuat untuk mempertahankan Islam.

Selain perpaduan yang kita perlukan, walaupun tidak menyeluruh, kita juga perlu menilai aset kita. Sebentar tadi saya telahpun menyebut mengenai jumlah umat Islam dan kekayaan minyak kita. Dalam dunia hari ini, kita mempunyai banyak kuasa politik, ekonomi serta kewangan dan semua ini mencukupi bagi kita mengatasi kelemahan kita dalam bidang ketenteraan.

Kita juga tahu bahawa tidak semua orang bukan Islam menentang kita. Sesetengah daripada mereka lebih terdorong ke arah kita. Ada antara mereka melihat musuh kita sebagai musuh mereka juga. Malah, sesama orang Yahudi sekalipun, ramai yang tidak menyokong apa yang dilakukan Israel sekarang.

Jangan kita membangkitkan kemarahan sesiapa. Kita perlu menawan hati dan minda mereka. Kita mesti menarik mereka menyebelahi kita, bukan secara menagih bantuan mereka tetapi dengan berjuang untuk membela nasib kita sendiri secara yang terhormat. Jangan kita pula membantu memperkuatkan musuh dengan mendorong semua pihak menyebelahi mereka hanya kerana tindakan kita yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan Islam.

Ingatlah akan Salah El Din dan cara beliau melawan tentera salib, khususnya Richard, Raja Inggeris. Ingatlah akan sikap timbang rasa Baginda Rasulullah terhadap musuh Islam. Kita mesti turut berbuat demikian. Yang penting ialah memenangi perjuangan, bukan kemarahan tindak balas, bukan membalas dendam.

Kita perlu membina kekuatan dalam setiap bidang, bukan saja kekuatan bersenjata. Negara kita mestilah stabil dan ditadbir sebaik-baiknya, mesti kukuh ekonomi dan kewangannya, mesti cekap dalam bidang perindustrian dan teknologi. Ini memerlukan masa tetapi ia mampu dilaksanakan dan masa yang ditumpukan ke arah ini tidak akan sia-sia. Agama kita menyuruh kita bersabar. Innallahamaasabirin. Nyata sekali ada hikmah di sebalik kesabaran.

Tetapi dalam mempertahankan ummah, kita tidak perlu menunggu sehingga kita selesai memperbetul diri sendiri untuk memulakan serangan balas. Malah, pada hari ini pun, kita mempunyai harta mencukupi untuk digunakan menentang musuh kita.

Terpulang kepada kita saja untuk mengenal pasti aset itu dan bagaimana hendak menggunakannya bagi menghentikan kehancuran yang disebabkan musuh kita. Semuanya ini boleh dilakukan sekiranya kita berhenti sekejap untuk berfikir bagi merancang, merangka strategi dan memulakan langkah yang genting. Langkah yang kecil sekalipun mampu membawa hasil yang berkesan.

Kita mengetahui puak Arab Jahiliah sering bermusuh-musuhan, saling berbunuhan hanya kerana mereka berlainan suku kaum. Rasulullah mengajar mereka mengenai persaudaraan Islam dan kesannya mereka dapat men

ghapuskan kebencian terhadap sesama sendiri dan kemudian bersatu dan membantu membentuk tamadun Islam yang cemerlang.

Bolehkah kita menyatakan bahawa kita umat Islam yang moden tidak boleh melakukan apa yang dicapai oleh puak yang jahil itu? Jika tidak semua pun, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kita boleh melakukannya. Kalau pun kita tidak mampu membangkitkan semula kegemilangan Islam, sekurang-kurangnya kita menjamin keselamatan ummah.

Untuk melaksanakan semua yang dicadangkan ini, kita tidak perlu mengetepikan perbezaan pendapat sesama kita. Kita hanya perlu mewujudkan waktu gencatan supaya kita seiring menangani masalah kepentingan bersama yang tertentu saja, misalnya masalah Palestin.

Dalam mana-mana perjuangan, mana-mana peperangan, tiada yang lebih penting daripada tindakan yang seiring dan selaras. Yang diperlukan hanya disiplin. Rasulullah tewas di Jabal Uhud kerana pasukannya berpecah-belah.

Kita tahu mengenai hal ini tetapi kita masih enggan mendisiplinkan diri dan berhenti bertindak tidak menentu dan tidak selaras. Kita perlu berani tetapi tidak terlalu berani hingga mengambil risiko yang bodoh. Kita perlu memikirkan bukan saja mengenai balasan di akhirat tetapi kesan duniawi akibat tindakan kita.

Al-Quran mengajar kita bahawa apabila musuh menuntut perdamaian, kita wajib menyambutnya secara positif. Memang benar bahawa perjanjian damai yang ditawarkan berat sebelah dan merugikan kita. Tetapi kita boleh berunding. Nabi Muhammad pun berbuat demikian di Hudaibiyah. Akhirnya Rasulullah beroleh kemenangan.

Saya sedar bahawa semua gagasan ini tidak digemari ramai. Mereka yang marah akan menolaknya bulat-bulat. Malah, mereka akan ‘membisukan’ sesiapa yang mengambil atau menyokong cadangan sedemikian. Mereka mahu mengerahkan lebih ramai pemuda dan pemudi supaya membuat pengorbanan tertinggi. Tetapi ke manakah akhirnya semua ini?

Sudah pasti bukan kemenangan. Sejak 50 tahun peperangan di Palestin, kita tidak mencapai sebarang hasil. Malah, kita telah memburukkan lagi keadaan.Pihak musuh mungkin mengalu-alukan cadangan ini dan kita akan membuat kesimpulan kononnya pihak yang menimbulkan cadangan bersekongkol dengan musuh. Tetapi fikirkanlah. Kita menentang pihak yang menggunakan fikiran. Mereka terselamat daripada pembunuhan kaum selama 2,000 tahun bukan dengan cara menyerang balas tetapi dengan berfikir.

Mereka mencipta dan berjaya menyebarkan fahaman sosialisme, komunisme, hak asasi manusia dan demokrasi supaya dengan itu menghalang sebarang tindakan menindas mereka akan dilihat sebagai perbuatan yang salah demi membolehkan mereka menikmati hak yang sama dengan orang lain. Dengan cara ini mereka kini berjaya menguasai negara terkuat di dunia dan masyarakat kecil ini sudah menjadi kuasa dunia. Kita tidak dapat melawan mereka dengan kuasa kudrat saja. Kita juga perlu menggunakan otak kita.

Sejak akhir-akhir ini, oleh kerana kuasa mereka dan kejayaan mereka, golongan berkenaan menjadi angkuh. Orang yang angkuh, seperti juga orang yang marah, akan melakukan kesilapan dan mereka akan lupa untuk berfikir.

Mereka sudah pun mula melakukan kesilapan dan mereka akan membuat banyak lagi kesilapan. Mungkin ada peluang bagi kita sekarang dan pada masa depan. Kita mesti merebut peluang ini.

Tetapi untuk berbuat demikian, langkah kita mestilah betul. Perbincangan sesama kita memang baik. Ia membantu kita mendedahkan kesalahan yang dilakukan terhadap kita dan mungkin kita akan beroleh simpati dan sokongan. Ia boleh menyemarakkan semangat, iltizam dan keazaman kita bagi menghadapi musuh.

Kita boleh dan seharusnya berdoa kepada Allah swt kerana akhirnya nanti Dialah yang akan menentukan sama ada kita berjaya atau gagal. Kita memerlukan restu-Nya dan bantuan-Nya untuk segala ikhtiar kita.

Tetapi yang menentukan sama ada Dia akan membantu dan memberi kita kemenangan ialah bagaimana kita bertindak dan apa yang kita lakukan. Yang Maha Kuasa telah pun menyatakan demikian dalam al-Quran. Sekali lagi rujukkepada Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Seperti yang saya katakan pada awal ucapan tadi, seluruh dunia memerhati kita, seluruh ummah menaruh harapan kepada persidangan pemimpin negara Islam. Mereka mengharapkan kita bukan saja untuk meluahkan kekecewaan dan kemarahan kita menerusi kata-kata dan tindakan, tidak sekadar berdoa kepada Allah memohon restu-Nya. Mereka mengharapkan supaya kita berbuat sesuatu, agar kita bertindak. Kita tidak boleh menyatakan yang kita ini, iaitu pemimpin negara Islam, tidak dapat berbuat apa-apa. Kita tidak boleh menyatakan yang kita tidak boleh bersatu walaupun dalam ketika kita berhadapan dengan kemusnahan agama dan umat Islam.

Kita tahu kita boleh melakukannya. Banyak perkara yang boleh kita laksanakan. Ada banyak sumber kekayaan untuk kita gunakan. Yang diperlukan cuma kesungguhan untuk bertindak. Sebagai umat Islam, kita mesti bersyukur atas pedoman yang dibawa agama kita, kita harus melakukan apa yang perlu dibuat dengan kerelaan dan keazaman. Allah tidak mengangkat kita sebagai pemimpin, mengatasi yang lain supaya kita menikmati kuasa untuk faedah diri kita sendiri saja. Kuasa yang kita pegang ialah untuk rakyat kita, untuk ummah, untuk Islam. Kita perlu ada kesungguhan untuk menggunakan kuasa ini dengan bijaksana, adil, berhemah dan sepakat. Insya-Allah kita akan berjaya akhirnya.

Saya berdoa kepada Allah supaya Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya, Malaysia akan menunjukkan hala tuju yang baru dan positif kepada kita, supaya direstui dengan kejayaan oleh-Nya, Allah Yang MahaKuasa, Ar-Rahman, Ar-Rahim.

19 Jun 2009

USAHA HIDUPKAN KOMUNISME

KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.


“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini. Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak. Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.


“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak. Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.


__________________________________


RUNDINGAN HAADYAI 1989


Dalam membuat sesuatu kenyataan dan ucapan kerajaan perlu menilai kembali perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan PKM, kerana kesilapan mengambil publisiti politik murahan akan menjerat kerajaan sendiri. PKM terkenal dengan propagandanya akan mengambil kesempatan memasuKkan jarum-jarum halus ke dalam masyarakat (Massa) menghasut dan mempropagandakan terutama melalui parti-parti aliran sosialis yang ada samada di sebelah kerajaan dan pembangkang, di atas kesilapan kerajaan itu tadi (mengeluarkan kenyataan).


Kita mesti bersedia menghadapi strategi lama mereka bergerak dalam masyarakat. Ada yang mengatakan komunis telah hancur dengan hancurnya Kesatuan Soviet, kita kena ingat Republik Rakyat China masih mengekalkan Komunisme, dan Negara Komunis inilah yang menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).


Hari ini semua rata-rata mempersoalkan kewajaran kembalinya Chin Peng, tetapi kewajaran terhadap Pengerusi atau bapak kepada segala bapak Komunis Malaya, Abdullah CD yang sudah lama berada di negara ini dan dimakamkan di sini bersama pengkhianat bangsa Melayu (Komunis) yang sama waktu dengannya, tiada di sebut secara terbuka.

Kita tidak akan melupa sejarah mereka menentang Jepun, tetapi keganasan selama 2 minggu semasa pengunduran Jepun cukup memerit dan memilukan, Anak watan Melayu pantang menderhaka kepada Allah dan Rasul, tetapi Komunis Melayu telah menderhaka kerana menerima ideologi syirik (Komunisme) Karl Marx dan Mao Tse Tung. Mereka tidak perlu mendabit dada mengatakan mereka tidak meninggalkan sembahyang, sekadar propaganda murahan.
Jika kembalinya Chin Peng ke Malaysia, bermakna era perang baru melawan Insurden akan bermula menentang pertubuhan, persatuan dan parti-parti aliran sosialis yang akan diresapi Ideologi syirik komunisme tersebut - Mohon Allah lindungkan dari pengkhianatan tersebut.

STRUKTUR GERAKAN KOMUNISME

17 Jun 2009

DI MANAKAH SILAPNYA PKM DIBENAR PULANG KE MALAYSIA

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF MALAYSIA AND THE COMMUNIST PARTY OF MALAYA TO TERMINATE HOSTILITIES

'KEKUATAN POLITIK LETAKNYA DI MUCUNG SENJATA' - MAO TSE TUNG

Perjuangan tetap diteruskan "REPUBLIK RAKYAK MALAYA"


"sekali komunis selama-lamanya komunis", Abdullah CD Pengerusi PKM
dengan Tan Sri hanif Omar.

Menukarkan konsep perjuangan bersenjata dengan perjuangan demokratik, Komunisme kepada sosialisme melalui parti-parti sosialis yang ada di Malaysia samada di pihak kerajaan mahupun pembangkang ke arah penubuhan sebuah Republik Demokratik Malaya seperti Singapura dan Indonesia. Maka semua Raja dan kesultan Melayu akan dihapus dan terhapus ( samada dibuang negara atau pembunuhan).

Rejimen ke 10 membawa bendera Republik Rakyat China dan Soviet Union

Seperti kata-kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim:

"Mereka bukannya mahu bebaskan negara ini daripada British tapi mahu jadikan Tanah Melayu sebahagian orde komunis dunia. Bukan untuk capai kemerdekaan,"

Isi perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysa di Haadyai Selatan Thai. Samada ia benar atau suatu propaganda belum boleh dibuktikan, walaupu begitu boleh dijadi rujukan kajian tetang keasliannya.




Kenyataan Artikel 4 (rujuk surat perjanjian)

"With regard to Article 3, the Malaysian authorities shall assist members of Communist Party of Malaya and members of its disbanded armed units in order to help them to start their peaceful life afresh".


Kepada sesiapa yang mencadang kepada kerajaan mengISAkan penyokong Komunis perlu berfikir 2 kali di manakah silapnya cadangan tersebut. Boleh melihat propaganda baru melalui ICT Parti Komunis Malaya melalui blog berikut.

http://kinidansilam.blogspot.com/


PERLUKAH CHIN PENG KEMBALI KE MALAYSIA

Dewasa ini ramai yang memperkatakan kewajaran mahupun sebaliknya kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malay (PKM) Chin Peng atau Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924. Kepada yang berpegang kepada demokrasi / libralisme akan mengutarakan bahawa ia adalah suatu yang demokratik (membenarkan kembalinya Chin Peng). Manakala kepada mereka yang dianggap pewira negara (sebagai tanda penghargaan) yang masih meneruskan sisa-sisa kehidupan hari ini akan mengatakan ia sebagai menghiris kembali luka lama yang terkopak kerana kekejaman Komunisme aka Illuminati (Zionis) yang di kenali di Malaya ketika itu sebagai Parti Komunis atau Pengganas Komunis. Komunisme (Marx) adalah keajaiban tangan tuhan - Zionis.

Merujuk kepada ucapan bekas PM Malaysia Tun Mahathir di sidang OIC 16 Oktober 2003 dalam menterjemahkan kerja-kerja Hidden hand /Zionist (Komunisme & Sosialisme):

They invented and successfully promoted Socialism, Communism, human rights and democracy so that persecuting them would appear to be wrong, so they may enjoy equal rights with others. With these they have now gained control of the most powerful countries and they, this tiny community, have become a world power.

Mereka mencipta dan berjaya menyebarkan fahaman sosialisme, komunisme, hak asasi manusia dan demokrasi supaya dengan itu menghalang sebarang tindakan menindas mereka akan dilihat sebagai perbuatan yang salah, dan mereka boleh menikmati hak yang sama dengan orang lain. Dengan cara ini mereka kini berjaya menguasai negara terkuat di dunia dan mereka, masyarakat kecil ini, sudah menjadi kuasa dunia.

Maka ada dua persepsi (Komunisme) di sini, pertama dari sudut kepentingan politik (Negara demokratik), kedua dari segi Patriotik (pengorbanan mengekalkan kemerdekaan Malaysia). Dalam hal ini siapa yang betul dan siapa yang salah, mungkin ada yang akan mempersoalkan kewajaran hal ini (persoalan) dikemukakan, kita perlu diam dan anggap semua perkara tersebut telah berlalu dan berada dalam lipatan sejarah. Nilai ‘kemanusiaan’ perlu diambil kira.

Terminologi ‘Pengganas’ yang digunakan oleh pentadbiran British di Malaya (BMA) sehinggalah kerajaan Malaysia terbentuk adalah satu dari propaganda bagi menggambarkan jahat dan ganasnya Komunisme yang secara totoknya membuang agama. Kerana menjadi asas dan dasar doktrinisasi mereka (Communisme) bahawa agama adalah candu bagi rakyat. Sehubungan dengan itu amatlah menghairankan bagaimana para ahlinya yang berbangsa Melayu ‘Islam’, yang sepatutnya memahami dasar tersebut boleh menerima dan memperjuangkan komunisme sebagai suatu ideologi perjuangan. Walaupun di atas nama menuntut kemerdekaan.

Karl Marx atau Karl Heinrich Marx (5May1818–14March1883) melalui Das Kapitalnya amat jelas sesat dan menyesatkan malah layak digelar Dajjal (AntiChrist), begitu juga Mao Ze Dong (26 December 1893 – 9 September 1976) adalah Pengerusi Parti Komunis China sebagai Godfather kepada PKM dalam menyemarakkan semangat revolusi Komunisme di Malaya ketika itu. Mao dikatakan sebagai ... as well as a probable death toll in the tens of millions. His adoption of Marxism ideals applied to a largely agricultural society ultimately failed.[4] (Wikipedia).

Apa sebenarnya perjuangan Komunisme, membunuh golongan atasan kerana dendam golongan bawahan pertani dan buruh (proletariat), ternyata dasar sosial Komunis adalah gagal sama sekali. Jelas Komunis adalah alat Zionis (Illuminati) untuk menghancurkan dunia.

Jika suatu masa dahulu Chin Peng bersama Komunismenya berjaya menguasai Malaya selepas pengunduran tentera Jepun selama 2 minggu 16 Ogos 1945 sehingga British kembali ke tanah Melayu awal September tahun yang sama apa yang akan terjadi, berapa juta rakyat Malaysia akan menjadi mangsa ‘Probable death’ Chin Peng bersama badut-badut pejuang komunis Melayu. Maka apa patriotiknya Chin Peng, berjuang menghalau penjajah dan membentuk penjajahan baru komunisme di atas penyembelihan jutaan manusia ..?.

Chin Peng sepatutnya memahami dosa pengkhianatannya melebih ‘penganas’ Dr Azahari (Jemaah

Islamiah) yang diburu oleh semua agensi perisikan seluruh dunia. Walaupun tiada fakta jelas dan terperinci bagaimana sebenarnya keganasan beliau. Sebagai budak tua MCKK yang genius tentunya harga kematiannya terlalu mahal. Dan itulah kesudahan seorang ‘Islamic Terrorisme’, berlainan sekali dengan Chin Peng seorang Communist Terrorisme terakhir (Merujuk kepada sebuah film propaganda lelaki komunis terakhir).

Dalam membuat justifikasi terhadap kewajaran kepulangannya di sini, sepatutnya kira kena merujuk kepada pakar sejarah negara. Kita lihat petikan kata-kata pakar sejarah negara daripada Universiti Malaya Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang berkata PKM yang ditubuhkan pada 1930 adalah sebahagian daripada gerakan komunis antarabangsa terutama Komunis Rusia dengan matlamat melebarkan ideologi itu.

"Mereka bukannya mahu bebaskan negara ini daripada British tapi mahu jadikan Tanah Melayu sebahagian orde komunis dunia. Bukan untuk capai kemerdekaan," kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

Petikan 14 0900H JUN 2009 (Syed Azwan Syed Ali )

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=416351

Kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim itu sendiri penolakan bukan bersifat perkauman China dan Melayu tetapi bersifat kenegaraan dan nilaian terhadap seorang pengkhianat bertopengkan perjuang kemerdekaan.

Kenyataan pembangkang menyokong cadangan Datuk Dr. Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan Rakyat -GERAKAN) melalui ketuanya:

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju agar bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan.

Petikan 14 0926H JUN 2009 (Written by Hariz)

http://www.malaysiatoday.com/Berita/anwar-chin-peng-harus-dibenarkan-pulang-atas-dasar-kemanusiaan.html


PB2W selaku NGO Belia Sukarelawan Askar Wataniah menolak pandangan tersebut kerana di atas dasar pertimbangan kemanusiaan, sebagai menghargai jasa bekas tentera dan Polis yang terkorban dan tercedera, kerajaan perlu menolak sama sekali pemohonan kepulangan Chin Peng. Chin Peng Hanya seorang individu, dan yang menderita puluhan ribu Tentera Polis dan rakyat serta keluarga mangsa kekejaman Komunis. Janganlah di atas dasar libralisme PKR dan pembangkang melupakan kekejaman tersebut.

Mungkin politik tidak mengenal erti nilai moral pemimpin (kesan DSAI bersahabat dengan pemimpin Zionis terlalu lama), kerana Protokol 1. Elders of Zion menyebut: (Yang melahirkan Komunisme dan Sosialisme)

3. It must be noted that men with bad instincts are more in number than the good, and therefore the best results in governing them are attained by violence and terrorisation, and not by academic discussions. Every man aims at power, everyone would like to become a dictator if only he could, and rare indeed are the men who would not be willing to sacrifice the welfare of all for the sake of securing their own welfare.

Langsung orang politik akan bercakap dari segi untung rugi politiknya sahaja kerana falsafah tersebut diterima pakai pakatan pembangkang ( PKR = Sosialisme, DAP = Sosialisme PAS = Sosialisme Islam ...? ) dalam menilai sesuatu isu.

Di mana Al Quran dan Hadis yang menjadi rujukan PAS selama ini dan yang digelar Pak Sheikh An-War dengan slogan ‘Insan kamil lagi mutakamil’, mana Islamisasi dahulu.... ke mana perjuangan sekarang adakah ke arah libralisme .. ?

Maka Chin Peng tidak layak sama sekali menjejak kaki ke bumi Malaysia ini selama-lamanya. ‘Sekali komunis selamanya komunis’ ... Bukankah itu salah satu ucapannya.

Kenapa aliran sosialis beria-ia mahukan Chin Peng Komunis pulang ke Malaysia. Kerana sesungguhnya Sosialisme itu adalah adaptasi atau menifestasi dari fahaman komunis Marxist dan Engels itu sendiri.

SOCIALISME

  1. Any of various theories or systems of social organization in which the means of producing and distributing goods is owned collectively or by a centralized government that often plans and controls the economy.
  2. The stage in Marxist-Leninist theory intermediate between capitalism and communism, in which collective ownership of the economy under the dictatorship of the proletariat has not yet been successfully achieved.

Petikan Anser.com 141328H JUN 2009 AHAD

http://www.answers.com/topic/socialism

NATIONAL SOCIALISME VS COMMUNISME

Dalam memahami kerenah kedua-dua aliran fahaman tersebut ia adalah merupakan bloodline seibu sebapa berunsurkan ideologi asal Karl Marx yang dibantu oleh Frederick Engels menjadi founder kepada ideologi komunis sedunia. Marx adalah digambarkan seorang sosialis dalam membuat perubahan status quo atau kasta massa dalam pemulihan ekonomi yang meletakan kesamarataan. Dan akhirnya disebut sebagai Komunisme adalah sebagai peringkat terakhir yang sebenar-benarnya pandangan (Visi) terhadap percapaian dalam revolusi sosialis kepada Marx dan Engels.

A common mistake is to confuse Socialism, the economic system, with Communism, the political system. Communists are "socialist" in the same way that Republicans are "compassionate conservatives". That is, they give lip service to ideals they have no intention of practicing.

Communism, or "scientific socialism", has very little to do with Marx. Communism was originally envisioned by Marx and Engels as the last stages of their socialist revolution. "The meaning of the word communism shifted after 1917, when Vladimir Lenin and his Bolshevik Party seized power in Russia. The Bolsheviks changed their name to the Communist Party and installed a repressive, single-party regime devoted to the implementation of socialist policies." (quote from Encarta.). Those socialist policies were never implemented.

Jelas kepada kita dengan definasi tersebut bahawa komunisme adalah kemuncak kepada revolusi atau perjuangan sosialisme dan dalam masa yang sama Komunis adalah sosialis. Mungkin di sana perkataan sosialis itu sendiri adalah mesra rakyat, walaupun National Socialisme (National - Sozialistische) German atau lebih dikenali sebagai Nazi teramat kejam dengan peristiwa Holocaustnya.

Maka kesimpulan kenyataan kedua-dua pemimpin politik dari Kerajaan dan pembangkang tersebut adalah aspirasi (suara) komunisme, kerana kedua-duanya adalah sosialisme maka itulah yang selayaknya di suarakan oleh Datuk Dr. Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan.


PERTIMBANGAN KEMANUSIAAN

Seperti permintaan Parti Komponen Kerajaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan yang asalnya dan di sokong oleh DSAI, begitu juga para barisan pembangkang dan

blogger yang pro pembangkang, jika itu menjadi alasanya sepatutnya mereka belajar, dari hukum Qisas seperti apa yang didoktrinkan di dalam perjuangan PAS. Chin Peng perlu di bicara secara Islam menggunakan Hukum Qisas, kerana hukum yang ada di negara ini tidak akan mampu memuaskan hati semua. Hukum ciptaan manusia tidak adil, sanggupkah PAS melaksanakannya (Syariah), atau telah menukar dasarwarsa perjuangan menjadi Sosialis Islam melalui Tahaluh as siasi (Persefahaman PAS dengan PKR dan DAP) menjadi hujjah dangkal menjahanamkan Islam, bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Apa yang jelas kepada mereka yang menyokong akau mengemukakan hujjah menyokong (kepulangan Chin Peng) samada dari pihak Parti Kerajaan atau Parti Pembangkang sebenarnya bukanlah anak, bapak atau saudara mara mereka yang menderita atau mati dari keganasan komunis tersebut. Andai kata yang mati atau tercedera adalah dari anak dan bapa-bapa para

pemimpin pembangkang dan blogger yang menyokong... tentulah sebaliknya reaksinya.


DEMOKRATIK

Kenyataan Datuk Dr. Teng Hock Nan mencadang dan disokong oleh DSAI, dibangkang oleh NGO Bekas Tentera dan Polis serta NGO-NGO lain. Pandangan dari Pesatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM)

"Kita tidak mahu luka lama berdarah kembali," kata pemangku presiden PBPM Ku Mohamad Khalid Tuan Ibrahim mengulas isu itu.

-- BERNAMA

"Setiap kali pak cik dengar nama Chin Peng, kemarahan terus membuak-buak kerana dia lah ramai rakan seperjuangan pak cik mati dalam serang hendap sebelum kita merdeka dulu".

Penasihat Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) cawangan Pulau Pinang Zainal Mat Jani, 73 yang pernah berkhidmat dengan tentera British pada 1951 hingga 1958, katanya lagi

"Jadi kami memang membantah sekeras-kerasnya kepulangan Chin Peng ke Malaysia. Dia sangat kejam dan sepatutnya dihukum saja,"

"Ingatan saya kepada mereka yang berhasrat membawa balik Chin Peng, janganlah cuba-cuba untuk membawa balik pengganas itu kerana akibatnya nanti amat buruk,"

-- BERNAMA

"Pak cik kalau jumpa dia (Chin Peng), pak cik cungkil mata dia biar dia rasa macam pak cik rasa," tegas Koperal Muhammad Sham Harun.

Beliau yang cacat penglihatan akibat terkena jerangkap samar ketika menyertai operasi menentang komunis di Grik, Perak pada tahun 1975 tidak dapat memadamkan kemarahannya meskipun peristiwa itu sudah lama berlaku.

"Dia nak balik mesti ada udang di sebalik batu untuk menyebarkan ideologi komunis. Kalau Chin Peng dibawa balik, memang sia-sia pengorbanan kami,"

katanya pada sidang akhbar Persatuan Bekas Tentera Malaysia

"Saya rasa tak payah datanglah. Kepulangannya itu tidak membawa makna kepada saya. Lebih baik jangan pulang...mengguris perasaan," kata-kata Koperal Rosli Adnan, 50, yang terputus kedua-dua kaki semasa bertempur di Grik pada tahun 1978.

-- BERNAMA

“Saya harap, semua parti politik berasaskan kaum terutama Gerakan tidak lagi akan menyentuh mengenai kebenaran Chin Peng pulang ke Malaysia.

“Tindakan itu mampu memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan ketegangan, berbahaya buat keselamatan Chin Peng sendiri, apatah lagi mahkamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang,” Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Leftenan Kolonel (B) Nik Omar Al-Haded Nik Mohd. Salleh.

Beliau juga menyifatkan tindakan bersimpati terhadap bekas pemimpin komunis itu merupakan politik murahan yang hanya digunakan oleh pihak-pihak yang terdesak.

“Jadi saya nak tanya Hock Nan, adakah kepulangan Chin Peng akan membawa faedah kepada negara dan kerajaan BN, yang sekarang ini melaung-laungkan konsep Satu Malaysia?,” Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani.

http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/jangan_guna_isu_chin_peng_tarik_penyokong_cina.html

Siapa yang patut buat keputusan terhadapnya menurut Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim lagi ketika ditanya wajarkah Chin Peng dibenarkan pulang, baginya, "orang yang berhak menentukan sama ada Chin Peng boleh balik atau tidak ialah sanak saudara mereka yang dibunuh komunis".

Persoalannya, apakah faedahnya kepada negara jika Chin Peng dibenarkan pulang.

Syed Azwan Syed Ali

-- BERNAMA

KEKEJAMAN KOMUNIS

Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah :

· mengadakan perbicaraan sendiri

· melakukan kezaliman

· membunuh orang Melayu dan Cina

· mengamcam seluruh penduduk

· mengutip wang secara kekerasan.

· merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.

· mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.

· Mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.

· Menggeledah kampung -kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.

MPAJA telah membunuh seramai 2542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

162237HJUN2009 SELASA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_komunis_di_Selangor


KENYATAAN AKHBAR

Kenakan ISA terhadap penyokong Chin Peng: PBTM

Mana-mana pihak termasuk pemimpin politik atau individu yang mencadang atau menyokong saranan membawa masuk bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia perlu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihak berkenaan adalah 'komunis' kerana cuba untuk membawa fahaman komunis ke Malaysia.

"Saya memang berharap kerajaan ambil tindakan kepada ahli politik atau sesiapa sahaja yang cuba nak kembalikan Chin Peng. Kalau boleh dimasukkan dalam ISA. Kita tak nak ideologi komunis ini berakar umbi dan tumbuh balik di Malaysia," katanya.

162302HJUN2009 SELASA Written by Hariz Monday, 01 June 2009 22:59

http://www.malaysiatoday.com/Berita/kenakan-isa-terhadap-penyokong-chin-peng-pbtm.html