23 Julai 2009

ORIENTASI PELAKSANAAN SSRM SIRI II (PERTAMA)

GAYA HIDUP RAKAN MUDA TERENGGANU

SSRM Idol 2008 mula digerakkan dari siri satu di Kem PLKN Kulim Kedah dan penamatnya di Kem PLKN Gunung ledang Johor, seramai 1300 orang remaja telah dilatih, PB2W diamanahkan KBS menjadi mainframe kepada setiap program (Kem SSRM), kem (kelolaan PB2W) dijalankan sebanyak 7 slot selama 15jam diperuntukkan bagi satu siri. BPRM Negeri turut meminta PB2W membantu mengadaptasikan remaja menjadi SSRM Khas Negeri Terengganu, kejayaan mengendalikan gotong royong perdana peringkat kebangsaan SSRM Idol dalam Persiapan Bencana Alam di Terengganu di Taman Desa Pusu 3 Gong Badak menjadi pengukur untuk memobilisasikan seramai mungkin remaja negeri ini menyertai Rakan Muda.

Lanjutan dari itu, merealisasikannya Pasukan SSRM Negeri sedia diaturgerakan dalam masa 72 jam (format tentera), Satu program (intergrasi) dua siri Gaya Hidup. Program Sukarelawan menjadi platform kepada gaya hidup Rakan Cinta Alam dan Rakan Masyarakat.

Rakan Cinta Alam: ” Ekologi bumi hari ini sentiasa bergolak .....i. Penemuan teknologi adakalanya mencabar ekosistem alam sekitar. ..... kemajuan / pembangunan dan juga masalah seperti pencemaran, banjir dan kebakaran. ...... bagi memupuk sikap penghayatan , pemeliharaan dan pemulihan alam semulajadi dikalangan golongan remaja ....... juga matlamatnya adalah untuk mewujudkan semangat ‘explorasi’ dalam menerokai dan memelihara Khazanah Alam dikalangan generasi muda”.

Kertas Format Kump Bengkel RM Fasa II- KBS

Rakan Masyarakat: PB2W sendiri adalah selaku Briged Kebajikan Perdana Jabatan Kebajikan Masyarakat BKP-JKM, Menifestasi daripada itu para peserta program akan disepadukan menjadi Skuad Rakan Muda Briged Kebajikan Perdana SSRM BKP. selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ). Ia salah satu dari sepuluh agensi kerajaan kerjasama dengan KBS Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Gaya Hidup Rakan Masyarakat.


PENTAULIHAN BADAN OPERASI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

PB2W juga telah dengan rasminya mendapat pentauliahan sebagai Badan Operasi (BO) yang mentaulihakan ARPRM kepada remaja dan Rakan Muda yang menyertainya. Sempena dengan pentaulihan tersebut, program ORIENTASI Pelaksanaan SSRM disusun menjadi pemangkin minat sukarelawan di kalangan peserta Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu (SSRM Terengganu).

Setiap peserta SSRM secara automatiknya disenarai sebagai peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda sebagai suatu hadiah (penganugerahan) berprestij bertaraf antarabanngsa. Sempena The Duke of Edinburgh's Award, sekarang ia lebih dikenali sebagai The International Award for Young People.

Sijil Pentauliahan PB2W sebagai Badan Operasi ARPRM


"Any time Any where" satu selogan SSRM Idol Malaysia, mereka mampu melakukan apa sahaja dan di mana jua, mereka adalah generasi muda yang lasak dan bersemangat kental mampu menghadapi semua suasana dan cabaran dalam mempamirkan kesukarelawanan Belia Malaysia.
Pengenalan kepada Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada para peserta, syarat dan terma yang perlu diikuti bagi memenuhi piawaian pentauliahan. Antaranya empat komponen yang perlu dilakukan dan dilaksanakan bagi setiap Anugerah.

Makan pagi sebelum memulakan aktiviti.

Antara modul pengenalan kepada SSRM ialah Diving atau SCUBA Diving, ini bertujuan para sukarelawan bukan sahaja mampu berfungsi di daratan, malah pada masa-masa terdekat mampu menjadi penyelamat komuniti yang di tempatkan dilokasi masing masing. Sesuai dengan pendekatan Terengganu mewujudkan badar persisir air, maka fasiliti kearah menyediakan pasukan penyelamat tidak akan terserah kepada agensi kerajaan sahaja. Maka disinilah fungsi SSRM akan dipancu menjadi perintis 'pioneering project'

TUJUAN

Sebagai (cadangan) menambah ‘improvise’ pelbagai fungsi skuad RM Idol, dari sekadar sukarelawan mencuci longkang, bangunan dan kerja-kerja kemasyarakatan kepada sukarelawan yang mampu dikategorikan Pasukan Mencari dan Menyelamat terdiri dari komuniti khidmat masyarakat di kawasan Parlimen mereka, selain dari sukarelawan sediada seperti Briged Kebajikan Perdana (BKP-JKMM), PBSM, Bomba Sukarela, JPA3 dan Prostar. Peranan mereka boleh diluaskan kepada berfungsi di darat, laut dan udara

ü Dilatih mengendalikan Parachute dan Paramotor bagi fungsi di udara (Pemantauan).

ü Dilatih SCUBA Diving dan Rescue Diver untuk fungsi menyelamat di laut.

ü Dilatih mengendali Motor scramble, 4X4 latihan menjejak, mendaki Abseiling Repelling kemahiran navigasi bagi menjejak mereka yang tersesat seperti di hutan dan di gunung.

ü Dilatih dengan Paramedik Ambulan menggunakan Helikopter/Paramotor.


RASIONAL

Sesiapa yang membudayakan kebajikan dalam hidupnya semata-mata niat yang ikhlas kerana Allah dia akan memperolehi kebahagian dan ketenangan dalam hidup, di mana ia tidak mampu dicapai atau dibeli oleh seorang jutawan.

Ø Negara maju mereka menubuh pelbagai NGO yang berfungsi sebagai charity membantu masyarakat termasuklah mencari dan menyelamat. Seperti contoh DARTMOOR SEARCH AND RESCUE TEAM Registered Charity Number 1106094 dari UK, Jelas ia bukan lagi peranan kerajaan, tetapi peranan masyarakat.

Ø Pertambahan penduduk dan aliran keluar remaja dari alam persekolahan yang tiada hala tuju (Lepak/Rempit) budaya negatif. Remaja perlu kepada cabaran, sukarelawan yang mempunyai cabaran amat diminati oleh mereka.

Ø Negara memerlukan komuniti yang mampu memainkan peranan pro aktif menyokong dasar wawasan nasional - komponen masyarakat Sukarelawan RM- Idol ( Idola Remaja ).

Ø Menjayakan objektif penubuhan Kelab-kelab Rakan Muda di setiap Parlimen sebagai jaringan kerjasama semua pihak Kerajaan, Badan beruniform, Swasta dan NGO.


OBJEKTIF

  1. Satu pasukan sukarelawan RM pelbagai fungsi bersesuaian dengan slogan “Any time any where” - Sea, Air and Land (SEAL).
  2. Boleh digerakkan dengan semua pengangkutan darat laut dan udara bagi menghadapi bencana dan kecemasan berfungsi tim primer atau tim skunder.
  3. Sebagai pasukan pertugas (Task Forces) terorganisasi berpusat dibawah Perintah dan Kawalan (Command and Control).
  4. Profesional (Prihatin, Mahir Dinamik)
  5. Mevariasi sukarelawan (integrated) dari sukarelawan beruniform sediada Askar Wataniah, PSTLDM, PSTUDM dan JPA3 ( memantapkan SRM-Idol)

KUMPULAN SASARAN

Dari Jumlah 100 000 orang keahlian Rakan Muda seluruh Malaysia yang disasarkan KBS, maka sebahagian darinya yang terpilih akan mengikuti modul ini. Di sini termasuklah dari semua peringkat bermula RM kampung (Parliment), Bandar, IPTA/IPTS, sektor awam dan swasta. Kecuali mereka (Rakan Muda) yang telah dalam perkhidmatan beruniform seperti Polis, Tentera dan Bomba. Modul ini sebagai sokongan memantapkan wacana KBS di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dalam menyelaras suatu jumlah keahlian yang amat besar kapasiti.


KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini adalah kombinasi antara ketenteraan sukarelawan simpanan dan kemasyarakatan, oleh itu satu pendekatan baru diambil dengan memperkenalkan 3 modul untuk diimplimentasikan sebagai suatu penjajaran.

Modul Pertama: Melakukan syarat kelayakan kursus Asas Prajurit Muda selama 1 bulan selepas dari itu mengikuti kem asas pembinaan diri belia Rakan Muda dalam merealisasikan agenda wawasan negara selama 5 hari.

Modul Kedua: Orientasi, para belia Rakan Muda yang telah tamat mengikuti program tersebut akan di serap ke sektor-sektor terlibat sebagai On Job Training (OJT) bagi tujuan penyesuaian fungsi, antaranya pertanian, perikanan, peladangan perkilangan dan beberapa lagi. Objektifnya menberi pendedahan kehidupan seseorang yang terlibat dalam sektor terbabit.

Modul Ketiga: Penyusunan komuniti, mereka akan digerak mengikut komuniti masing-masing ( Parliment) di lokasi sendiri. Peranan agen pembangunan dan agen keselamatan, kawalan kampung antidadah, pencegahan salah laku masyarakat dan yang paling penting menjadi Pembimbing Rakan Sebaya.


OUTPUT/FAEDAH

Keseluruhannya adalah sebahagian khidmat jasa Belia Rakan Muda Sukarelawan Askar Wataniah yang boleh diimplimentasikan kerajaan bagi menyokong dasar yang diperkenalkan selain dari berfungsi sebagai pasukan sukarelawan mencari dan menyelamat. Dalam hal itu, bagi memberi motivasi sedikit elaun yang diperkenalkan akan menarik lebih ramai lagi para Belia Rakan Muda menyertai Askar Wataniah sebagai modul pembinaan karekter (Character Building) dan dalam masa yang sama pihak kerajaan akan mendapat manafaat besar di atas produktif warga yang baik, berkurangnya budaya hendoinisme, rempit haram dan sosial yang lain mengurang kos yang terpaksa dibelanjakan bagi memantau dan mengatasi perkara tersebut.

Cadangan kepada pembentukan Briged Belia Rakan Muda Askar Wataniah adalah sebagai suatu langkah-langkah pro aktif perlu diambil kerajaan bagi menyokong dasar pertahanan Negara HANRUH - Pertahanan menyeluruh dan menghadapi gelombang Globalisasi yang begitu mencabar nilai-nilai ketimuran dan membentuk polarisasi dimensi penjajahan bentuk baru yang akan menghakis ketuanan bangsa Melayu. Terdapatnya sejumlah generasi belia Rakan Muda yang peka terhadap sebarang bentuk serangan baru akan memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan berpanjangan.

Antara budaya remaja ialah mengikut ‘kawan’, siapa yang ia berkawan maka komuniti tersebut yang akan membentuk diri mereka. Mengambil jalan membentuk kekuatan keanggotaan Belia Rakan Muda Askar Wataniah akan membentuk suasana pekeliling baru, budaya IMPRO atau imej dan profail dengan kata lain belia Rakan Muda yang mempunyai perwatakan yang menarik dan keperibadian nilai kesopanan mulia (Idola).

Tiada ulasan: