04 Disember 2009

REMPIT - "SUATU PENYELESAIAN SOSIAL"

REMAJA EXCELLENCE MEMAMPAN PEMBANGUNAN INSAN TERENGGANU - REMPIT

Pada 1 Disember 2009 satu perjumpaan awal dengan Peg. Sosial JBSNT diadakan melibatkan 2 kumpulan motor Terengganu, antaranya yang terkenal dalam Internet dengan nama Club 71 atau Musang. PB2W telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur pertemuan tersebut dan pertemuan selanjutnya "Pertemuan Empat mata" termasuklah dengan YB Dato' Anmad Shabery Chik Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Beberapa club-club motor (Rempit) utama yang lain juga akan turut bersama dalam pertemuan tersebut nanti yang dijangkakan pada 26 Disember ini. Di jangkakan 1000 mat rempit akan menghadirinya.

Pada malam itu juga sebuah kumpulan Motor 125cc ke atas yang kurang dikenali, JT Racing turut hadir mereka ada komuniti penungang berhemah yang sentiasa mengadakan Gathering Tahunan mereka. Pada akhir tahun ini mereka telah merancang untuk Konvoi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Seramai 200 buah motor RXZ dijangkakan turut serta.

Setakat ini PB2W melalui "Leader" masing-masing persetujuan awal telah dicapai untuk turut serta, ini menunjukkan jalan penyelesaian REMPIT masih ada, dengan suatu pendekatan yang terbaik akan membantu menjayakannya.
Logo lama Musang atau 71 Club.

Affat dan Taji nama yang menjadi kebanggaan 71 Club, kesudia mereka untuk datang bertemu dengan pihak jabatan Belia menandakan suatu titik permulaan untuk menyelesaikan bebanan sosial negara yang terlalu hangat di perkatakan.
Team dari JT Racing yang turut serta.

En Zaihan Zakaria antara Peg. Sosial Belia yang bertanggungjawab menguruskan program yang berjalan dan program seterusnya pertemuan dengan pihak Kerajaan samada negeri mahupun pusat.

Selaku Peg. Sosial Belia berkarisma beliau yang mewakili Pengarah dan JBSNT termasuklah Exco Belia,Sukan & NGO Kerajaan Negeri Terengganu berdiskusi dengan 'kepala-kepala' utama Mat-mat motor.




Jokey adalah 'kecek' (arwah) menjadi mangsa langar lari. Amat sayang generasi kita gugur di jalan raya dan bukan gugur di medan perang, generasi kita pahlawan jalanan (Road Warrior), dan pondan dalam ketenteraan. Kenapa kita tidak bangunkan mereka, kenapa kita berpandangan negatif terhadap mereka. Mereka bukan penjenayah mereka adalah anak anak yang nakal, sayangi dam bimbinglah mereka. Jagan jadi mereka isu politik kepartian atau polemik pidato seorang politician.

Negara memerlukan mereka, ikutilah pendekatan Tun mahathir, kita sama-sama mencari jalan menyelesaikannya dan bukan menambah bencana darinya.

_____________________
SAJAK PATRIOTIK 2000 (TUN)

.................. Sedikit sedutan

Bijak pandai pernah berpesan
‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera
dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’
sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa
akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang
mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang?

Nasib kita genggam
dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan
kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa
kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang

maruah bangsa kita julang ke mercu alam
kita bangunkan suatu tamadun cinta damai
di sini kita ajar anak-anak kita erti sayang
di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan
dan bukan alat peperangan

dunia belajar erti merdeka sejati
mempelajari dan menerima segala perbezaan
merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuas
a


______________________


video diambil pada 17/04/2009 pada hari jumaat, dijalan Kg. Durian Burung. Terengganu
Silap mengambil tindakan padah akan menyusul, kita kena menyedari hal Mat Rempit ini, mereka bukanlah dari suatu komuniti yang sedikit, mengikut kajian yang dibuat PB2W melalui rekod daftar club-club mereka purata di seluruh Terengganu menjangkau 12 000 orang.

Menggunakan kekerasan atau langar lari oleh skuad-skuad khas yang ditubuhkan bukanlah suatu pendekatan yang terbaik, jika mereka bertindak balas dari sifat yang hanya ingin bersuka-suka (Tunjuk Skill) kepada sifat 'gengsterisme' apa akan terjadi pada negeri dan negara ini, mereka mempunyai ideologi tersendiri, mereka dari golongan anti "Establishment" tindakkan liar mereka mengundang pertaka berpanjangan dan merugikan.

Sehubungan dengan itu "cegahlah sebelum parah" tindakan tersebut perlu diambil, Selaku NGO Belia, PB2W memainkan peranan untuk bersama dengan JBSNT mencari alternatif penyelesaiannya walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga mahupun kewangan. Tanpa mengira waktu malam dan siang sentiasa di hadapan. Accountability terhadap apa yang diberi (Dana Ransangan Ekonomi ) yang merupakan Duit amanah rakyat, PB2W Rela berkorban kerana itulah Motto dan selogan Askar Wataniah.

Dan di situ jugalah Patriotiksme PB2W - Hubbul Watan minal Iman .... Cintakan Tanah air sebahagian dari Iman.

Semoga:

ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU.

Tiada ulasan: