08 November 2010

TUMASEK BUMI "HANG NADIM", BUDAK ALIM KENA ZALIM, RAJANYA BERPALING TANAHNYA TERASING.

"Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja.

Dia hanya membayar harga ke atas kezaliman itu...

Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!"

Di antara kata kata Tun Jana Katib di atas hukum bunuh ke atasnya oleh Raja Tumasek

Ketika hendak membawa jenazah Tun Jana Khatib ke tanah perkuburan, ada yang tidak kena pada jenazah Tun Jana Khatib. Dia tiba-tiba ghaib tapi darahnya masih ada dan ke mana dia pergi? Berberapa minit kemudian ribut petir menggemparkan Singapura dan disusuli dengan dentuman kuat! Rakyat terus lari menyelamatkan diri dan pergi ke tempat kejadian semula.

Orang ramai mula gempar darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar kerana mayatnya telah terbaring di tepi pantai tidak lain tak bukan itu Tun Jana Khatib. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba.

Dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kesaktian Tun Jana Khatib, bunyinya:

Telur Itik di Singgora,

Pandan terletak dilangkahi;

Darah titik di Singapura,

Badannya terlantar di Langkawi.

____________________________________________

Sebahagian apa tertulis di Singapura dilanggar Todak.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak

<>

"Daulat Tuanku Sultan Temasek

Terpandang gambar mu jiwa ku terusik
Bersemayam indah begitu asyik...
Disamping permasuri rupawan nan cantek

Sayang tiada junjung terjulang
Kemanakah laksemana panglima terbilang
Rakyat mu lenyap jenerasi menghilang
Bagaikan hikayat cinta terlarang.

Istana mu jadi museum negeri
Balairong hilang segala seri
Gerbang Istana tak lagi berdiri
Musnahlah jagaan si tangan besi

Tapi Baginda jangan gulana
Hakikat ianya tetap Istana
Biar dilebur takkan kemana
Sejarah tak dapat dihapus durjana

Tuhan pasti melihat segala
Nasib pahlawan pasti terbela
Dugaan hidup bukan lah bala
Bangkitlah semangat jangan tercela

Dihujung kegelapan pasti cahaya
Disebalek gagal pasti berjaya
Tabahlah Tuanku demi budaya
Berjuang terus sedaya upaya

Pendekar Temasek Meng-amin doamu
Menyambut titisan air mata mu
Tawassul Baginda makrifaatul ilmu
Hamba menangis menjunjung titah mu."


~ PENDEKAR TEMASEK

“Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”... dijadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini

BBPT 702

Tiada ulasan: