11 November 2009

"SINAR HARIAN T15 SKUAD CAKNA"

"RAKAN MUDA BERSIH KAWASAN BANJIR"
KEJAYAAN APA YANG TELAH DIGARISKAN
Mengimbau kembali sejarah, Skuad Sukarelawan Rakan Muda N. Terengganu (SSRM) telah dibentuk pada akhir 2008 setelah tamat program latihan sukarelawan Rakan Muda Malaysia (SSRM Idol) fasa kedua Terengganu dan Kelantan bertempat di Sweet Beach Resort Tok Bali Kelantan. Di mana pada masa itu keperluan yang diputuskan di peringkat kementerian yang mahukan penjenamaan sukarelawan yang boleh menjadi ikutan kepada generasi lain (Idol). Berselogankan "Any time ... Any Where ...!!", sebagai panel Jurulatih dan Fasilitator, PB2W berkerja keras agar segala harapan dan cita-cita KBS terutama Bah. Pembangunan Rakan Muda tercapai dengan cemerlang.

Siri latihan di mulakan di kem PLKN Kulim Kedah seterusnya penamat di kem PLKN Gunung Ledang Johor. Team PB2W di ketuai oleh Lt Kolonel Yaakop bin Jaafar (Ketika itu Mej) merentasi negara melatih remaja-remaja berjiwa sukarelawan tersebut. Boleh rujuk ke atikel lepas SKUAD SUKARELAWAN RAKAN MUDA IDOL Malaysia. Tindakan ini timbul susulan kejayaan perhantaran Sukarelawan Antarabangsa ke Kemboja akhir 2007 dalam misi kemanusiaan KBS. Pada masa itu sukarelawan Rakan Muda terpilih dari semua peringkat dari seluruh negara.

Mengajar kanak-kanak Kemboja

Team Sukarelawan Lelaki

Sukarelawan Rakan Muda Antarabangsa di ketuai oleh Pen. Peg Bah Sukarelawan Rakan Muda Puan Hartini Abd Jabar.(atas kiri) manakala bawah kiri Rozaidah bt Roslan adalah ahli PB2W yang terlibat sama dalam misi antarabangsa 2007 tersebut.
PB2W atau Persatuan Belia Waja Watan Terengganu bukan sahaja sebagai panel fasilitator SSRM Idol Malaysia 2008, malah terlibat secara aktif sebagai Briged Kebajikan Perdana - Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (BKP-JKMM). Semasa banjir 'ajaib' melanda Gong Badak Terengganu Des 2008, terutama di Taman Desa Pusu Tiga selama 2 minggu berturut-turut PB2W telah menggerakkan seramai 2 Skuad SSRM di atas fungsi BKP-JKMM bertugas sepenuh masa di pusat perpindahan dan bencana.

Bendera SSRM N. Terengganu

Skuad Wanita SSRM N Terengganu
Bishairi Taliha antara yang terawal menjadi anggota SSRM N Terengganu
"OPS Bersih Pusu 3" SSRM di Lokasi dilanda banjir Des 2008
Seminggu setelah banjir selesai di Taman Desa Pusu Tiga, PB2W di atas nama Briged Kebajikan Perdana sekali lagi dipanggil masyarakat setempat untuk menjalankan kerja-kerja kesukarelawan dalam Gotong Royong Perdana membersih Taman dan perumahan yang dilanda banjir.

Gambar tema video PB2W SSRM BKP-JKMM
Bertugas di pusat perpindahan (SSRM BKP-JKMM)

Membantu memindah barang-barang mangsa bencana
Membantu penduduk dengan semua kepakaran yang ada.
"Night Operation"
Menyediakan makanan untuk mangsa banjir
Menjaga bayi Ibu yang sibuk mengemas kembali rumah selepas banjir
Pihak Rakan Muda KBS juga telah menghubungi PB2W (Koordinator) untuk menghantar Skuad yang terpilih dari SSRM Idol Malaysia untuk datang membantu membersih kawasan terlibat di taman desa Pusu Tiga pada minggu berikutnya. Pada hari program yang dirancang pihak Bah. Pemb RM JBSNT turut meminta PB2W menghantar skuad SSRM untuk Negeri turut serta membantu. Sebahagian ahli remaja PB2W telah dipanggil menganggotai SSRM Negeri (Nukleus) ini termasuklah dari Penggerak Rakan Muda Daerah Besut yang turut menghantar seramai satu skuad 23 orang membantu SSRM Negeri Terengganu.

PB2W juga telah di minta Bah. Pemb Rakan Muda JBSNT membantu menyediakan Skuad-skuad Khas SSRM Terengganu. Bagi menyediakan apa yang di minta JBSNT PB2W telah mendaftarkan seramai 3000 orang lebih sukarelawan Rakan Muda melalui keahlian Rakan Muda. Daripada itu sebahagian yang terpilih (Priority) telah dilatih secara bersiri.

Bermula 12 Febuari 2009 maka dengan rasminya PB2W bersama skuad-skuad SSRM di bawah kendaliannya terbentuk secara rasmi setelah terlancarnya Sukarelawan Malaysia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Selepas itu SSRM di bawah kendalian PB2W diletakkan sebagai "TASK FORCES" sukarelawan JBSNT. Seperti OPS Bkt Tadok 081109 adalah sebagai salah satu contoh terdekat panggilan tugas 'ad hoc' JBSNT, dalam masa tidak sampai 24 jam SSRM mampu dipanggil dan digerakkan ke lokasi.

Sejarah Perasmian Pelancaran Sukarelawan Belia KBS ( SSRM N. Terengganu).
Skuad SSRM Wanita

Antara lain Skuad SSRM N. Terengganu bekerja memenuhi piawaian ARPRM di bawah The Duke of Endinburgh's Award atau The Internasional Award for Young People.
Wawasan PB2W dalam merealisasikan sesuatu yang unggul dan profesionalisme dalam kerja-kerja kesukarelawanan "Volunteering" supaya setaraf sukarelawan antarabangsa di bawah United Nation, PB2W telah mengambil pendekatan serasi antara lainnya PB2W mengadakan kerjasama secara tidak rasmi dengan Yayasan di Raja Sultan Mizan dan Yayasan (YDSM) dan Yayasan Sultanah Nur Zahirah (YSNZ) di mana Pengurus Besar YSNZ Tg Ahmad Shabirin T Awaluddin adalah merangkap Timbalan YDP PB2W itu sendiri. Di samping itu juga PB2W mendapat kerjasama positive dari kerajaan Negeri Terengganu terutama dari YAB Dato Menteri Besar dan Dato' Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.

Hasrat (PB2W) apa yang sepatutnya tercapai dalam masa terdekat ialah sukarelawan Belia penyelamat komuniti ( SAR - Search & Rescue) Profesional, yang berfungsi di setiap mukim-mukim yang ada di Terengganu diletakkan di bawah penyeliaan penghulu Mukim. Di samping itu penubuhan Skuad SSRM Bermotor di Daerah- daerah dan Negeri sebelum akhir 2009.

Bagi melaksanakan amanah dasawarsa negara "Malaysian youth Volunteering" PB2W memohon sokongan kewangan dan logistik dari semua pihak yang prihatin terutama swasta dan NGO-NGO yang lain mahu pun orang perseorangan.

Sebarang pertanyaan boleh di buat melalui email:
PB2W@hotmail.com atau grupb_2w@yahoo.co.uk

BANK: Bank Muamalat Malaysia Berhad Caw. Terengganu
PEMBAYARAN: PERSATUAN BELIA WAJA WATAN TERENGGANU
NO AKAUN: 1301-0058515-72-9
TELEFON/FAX: 609-619 2078

Tiada ulasan: