09 November 2009

SKUAD SUKARELAWAN RAKAN MUDA (SSRM) OPS BT.TADOK 81109

BERSAMA Y.B. DATO’ AHMAD SHABERY BIN CHEEK MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

YB Menteri sempat berseloka dengan anggota-anggota SSRM

Wan Mohd Shawal (Kiri) antara SSRM yang sedang menamatkan Program ARPRM (Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda), dalam ARPRM kerja-kerja kesukarelawan adalah merupakan komponen utama yang mepastikan kelayakan untuk pentauliahan


PB2W telah diminta oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNT menyediakan satu Team terdiri dari 2 skuad SSRM Negeri Terengganu bagi operasi Bkt Tadok 81109 dalam kerja-kerja pembersihan Sekolah Rendah Bukit Tadok Kuala Berang, salah satu kawasan yang dilanda banjir di Terengganu. Program selama sehari itu bermula pada jam 1030 pagi seramai 36 orang anggota SSRM Terengganu mengambil bahagian dalam kerja-kerja kesukarelawan tersebut.


Pada masa yang sama YB Menteri Belia dan Sukan yang melawat sekitar kawasan yang ditimpa bencana tersebut, berkunjung ke sekolah Rendah Bukit Tadok untuk meninjau sendiri kerja-kerja sukarelawan SSRM Negeri Terengganu. Beliau berpuas hati dengan semangat yang tinggi yang di tunjukkan oleh anggota-anggota SSRM tersebut.

Dalam ucapan beliau, beliau telah menjadikan PB2W sebagai satu contoh kesukarelawan SSRM dan mencadangkan setiap persatuan Belia di Malaysia mempunyai Skuad Sukarelawan Rakan Muda (SSRM) tersendiri. Kehadiran beliau telah memberi motivasi kepada anggota-anggota SSRM yang bertugas dalam meningkatkan lagi mutu kesukarelawanan setaraf dengan badan-badan antarabangsa.

YB Menteri diiringi Encik Ahmed Daud Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu bersama dengan Pegawai Sosial JBSNT Encik Zaihan Zakaria manakala SSRM diketuai Hajjah Rokiah Hj Awang selaku Pegawai Rakan Muda Negeri Terengganu. Bersama beliau staff-staff Bah. Pemb Rakan Muda dari JBSNT.

Sebelum perpisahan dan penamatan program, Pegawai Rakan Muda Negeri Puan Hajjah Rokiah sempat memberi sepatah ucapan antara lainnya beliau menyebut terima kasih bagi pihak JBSNT. Beliau juga menyatakan beliau telah menerima Masej dari Pengarah yang menyatakan YB Menteri Berbangga dengan SSRM Negeri Terengganu. Akhirnya beliau mengharapkan keikhlasan anggota SSRM seterusnya komited dengan profesionalisme "Volunteering".

Beliau juga mengulangi kembali Moto SSRM " Any Time .... Any Where .. !!!", dan mengharap komitmen PB2W dalam melatih SSRM menjayakan konsep selogan di atas tadi.

Tiga orang SSRM wanita turut serta dalam Operasi tersebut, mereka adalah penuntut lepasan IKBN Wakaf tapai. Mereka menyertai SSRM adalah di atas dasar keperihatinan dan Masyarakat Penyayang (MAYANG). Selain itu mereka terlibat dengan Briged Kebajikan Perdana JKMM.

Selepas makan tengahari SSRM kembali ke destinasi masing-masing bersama kenderaan yang sediakan oleh JBSNT.


Tiada ulasan: