12 Julai 2010

ATM (DARAT) KE ARAH KEMANTAPAN "MARKSMAN ABAD KE 21"

Anda tidak perlu menjadi seorang tentera untuk menjadi Marksman, sebaliknya keinginan dan keazaman yang akan menjadikan anda dan organisasi anda Marksman, Justeru itu, Marksman Abad ke 21 mencabar para pemimpin organisasi supaya menjadi “Marksman” bagi memastikan organisasi mereka terus berjaya dan releven dengan mengimbangkan, memoptimunkan dan memanfaatkan sumber yang ada bagi menangani cabaran perniagaan dengan cekap dan berkesan.

Jen. (B) Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Zainal

“Intisari kredibiliti ialah memastikan kita terus relevan dengan berada di hadapan”

Budaya Marksman bertujuan untuk memberi nafas baru kepada nilai-nilai teras Tentera Darat Malaysia dan beransur-ansur menyerap kedalam tradisi amalan kerja harian dan pengiktirafan kejayaan individu dalam organisasinya. Perlu difahami bahawa budaya Marksman berkembang dengan pesat daripada profesionalisme ketenteraan peringkat individu kepada marksman peringkat organisasi. Proses perubahan untuk menjadi sebuah “Organisasi Marksman” tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat, tetapi akan menjadi tenaga penggerak ke arah mencapai kompentensi menerusi proses sistematik yang digambarkan 3.1(di atas)

Proses itu bermula dengan menyediakan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan bagi membentuk individu menjadi profesional tentera. Askar dilatih bukan sahaja untuk menjalankan fungsi teras mereka tetapi juga fungsi tambahan yang mempelbagaikan keupayaan mereka. Proses itu tidak terhenti pada peringkat Marksman individu, sebaliknya diteruskan ke arah memenuhi dua peranan utama Tentera Darat Malaysia. Peranan pertama ialah mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara dari sebarang ancaman luar dan yang kedua ialah melindungi masyarakat dari sebarang bentuk ancaman di dalam negara. Dengan demikian, konsep Marksman adalah untuk membina individu supaya menjadi profesional tentera sejati yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara.


CIRI-CIRI MARKSMAN

Tuntutan zaman baru memerlukan askar yang berorientasikan ilmu pengertahuan dan memiliki kebolehan untuk memainkan perlbagai peranan. Askar kini sedar tentang strategi organisasi dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam menjalankan strategi itu. Memandangkan “Maruah dan Pengorbanan” menjadi ciri utama askar Malaysia, mereka menunjukkan tahap komitmen, pengorbanan diri dan sikap salaing mempercayai yang tinggi sebagai tunjang patriotisme mereka terhadap negara. Berdepan dengan persekitaran keselamatan yang cepat berubah, askar pada semua peringkat dikehendaki memiliki sifat-sifat yang menjadikan mereka analitis, kritis dan berfikiran terbuka dalam menjalankan tugas.

Menarik diperhatikan bahawa Dr Gary Hamel dalam bukunya, Competing the Future berpendapat: “perekayasaan (reengineering) terlalu kerap tertumpu kepada usaha untuk menyaingi dan bukan untuk mendahului persaiang”. Dengan menghayati kenyataan Dr. Hamel itu, budaya Marksman menekankan usaha mendahului pesaing dan merancang keperluan untuk masa depan. wawasan “210 Campur 10” Tentera Darat Malaysia ialah pelan penunjuk jalan ke arah mendahului pesaing. Wawasan bertujuan untuk menaikkan taraf dan mengukuhkan keupayaan pasukan berperisai dalam fasa pertama dan pengukuhan pasukan tempur dalam fasa kedua sehingga 2010. Fasa berikutnya melibatkan pembangunan pasukan pertengahan sehingga 2020. Pembangunan strategik ke arah mencapai pasukan objektif bagi

Tentera Darat akan di teruskan selepas 2020. Perencanaan dan pembangunan komprehensif akan berasaskan realiti dan cabaran keselamatan disertai dengan pembiayaan yang disediakan. Strategi pertahanan meliputi pertahanan kawasan darat, pasukan sediada dan perencanaan pasukan Tentera Darat akan datang.



Strategy Approach (Pendekatan Strategi) ialah pendekatan yang memerlukan perancangan jangka panjang yang menentukan keperluan bagi masa depan. Ia termasuk perubahan teknologi, pembangunan sumber manusia dan sistem logistik yang baik untuk menghadapi persekitaran keselamatan yang berubah-ubah. Pendekatan ini tertumpu kepada analisis dan perancangan. Pendekatan kedua ialah Human Asset Approach (Pendekatan Aset Manusia) yang menekankan kemajuan dan pembangunan individu. Ia mempengaruhi nilai, tingkahlaku dan sikap dalam organisasi untuk mencapai standard keberkesanan organisasi yang lebih tinggi. Pendekatan ini memberi penekanan kepada “cara organisasi melakukan sesuatu” Ketiga ialah Expertise Approach (Pendekatan Kepakaran) yang bertujuan untuk meningkatkan pengertahuan, kemahiran dan teknologi organisasi bagi mencapai kelebihan dalam persaingan. Dalam konteks ketenteraan, pembangunan sumber manusia dalam hubungan dengan kemajuan teknologi akan meningkatkan kecekapan tempur organisasi dengan cara paling berkesan. Tujuan pendekataan ini adalah untuk mendapatkan orang yang sesuai dengan kepakaran yang sesuai bagi menjalankan tugas yang sesuai.

Berikutnya ialah Box Approach (Pendekatan Kotak) yang mempercayai bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kebolehan untuk memuaskan hati pelanggan secara konsisten. Dalam konteks ketenteraan, pelanggan luar ialah kerajaan yang memberi keutamaan kepada pertahanan negara daripada serangan luar. Pendekatan ini menekankan dasar dan prosedur, serta memantau pelaksanaan. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting ialah Change Approach (Pendekatan Perubahan) yang menekankan penciptaan semula secara berterusan dan memberi motivasi kepada anggota untuk berubah. Gabungan pendekatan tersebut boleh digunakan untuk merealisasikan wawasan organisasi. Tentera Darat Malaysia juga menggunakan pendekatan pengurusan yang berbeza-beza dalam melaksanakan wawasan 2 10 + 10.

Pada setiap fasa prinsip, kita perlu menganalisis ddanbersikap kritis semasa merangka pengertahuan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan. Albert Einstein berkata: “Imaginasi lebih penting dari pengetahuan”. Kita perlu bersifat imaginatif dan membayangkan keperluan pada setiap fasa dan seterusnya menentukan langkah-langkah yang perlu di ambil. Seperti yang dinyatakan oleh Stephen Covey dalam bukunya 8th Habit, “Wawasan ialah imaginasi yang digunakan”. Kita perlu mewujudkannya dalam fikiran dan secara fizikal mengadakan langkah-langkah untuk menjadikan realiti. Kejayaan mencapai sasaran dari dalam diri kita dan hanya kemudia boleh disalurkan ke dalam organisasi. Perlu sentiasa diingati bahawa: “Kejayaan peribadi tidak bergantung kepada perkara yang kita ketahui untuk memimpin tetapi dengan mengetahui perkara yang perlu kita ketahui dan mengambil teraju pimpinan”.

Jika kita ingin berjaya menjadi pemimpin, kita perlu merebut setiap peluang untuk belajar tentang kepimpinan. Kita perlu mula memimpin dengan sikap proaktif dan mengambil tanggungjawab daripada kedudukan kita sekarang. Mula mempelajari kemahiran berfikir, kemahiran membuat keputusan dan membina kebolehan yang sesuai apabila kita memerhatikan pemimpin yang kita kagumi. Mengambil semua Perdana Menteri negara kita setakat ini sebagai contoh, sifat yang terlintas dalam fikiran saya ialah komitmen mereka terhadap pembangunan dan kemajuan negara.

Kita mungkin tidak mampu mencapai sesuatu sasaran pada peringkat negara, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mencapai sesuatu pada peringkat kita berada sekarang. Jadikan para pemimpin tersebut dan selainnya yang kita kagumi sebagai mentor kita dan belajar memimpin sebelum mencapai kedudukan yang kita sasarkan. Ada satu perpatah yang bermaksud:

Seorang pemimpin Marksman yang Hebat.

Saya seorang dan hanya seorang

Saya tidak berdaya berbuat semuanya

Namun saya boleh berbuat sesuatu

Apa yang boleh saya buat ....

Saya mesti buat. ......

Sumber tidak dikenali

Oleh yang demikian, kita boleh mencapai sesuatu dalam kedudukan kita sekarang. John C. Maxwell dalam bukunya, The 360 Degrees Leaders menyarankan: “Kita tidak perlu berada di peringkat atasan untuk memimpin tetapi kita perlu mengambil inisiatif memimpin dari kedudukan kita sekarang untuk membawa perubahan”. Justeru itu, kita perlu bersungguh-sungguh berkata kepada diri kita sendiri, “Saya pemimpin hebat dalam organisasi saya” dan meyakini kata-kata itu. Inilah langkah pertama dalam perjalanan kita sebagai pemimpin.

MEMAINKAN PERANAN MEMIMPIN

Selain belajar tentang kepimpinan menerusi kajian dan pemerhatian, kita perlu memainkan peranan itu. Mainkan peranan utama walaupun sesuatu tugas itu kecil atau kurang penting. Kita perlu cepat mengambil inisiatif walaupun tanpa panduan atau arahan sewajarnya seperti sikap yang ditunjukkan oleh minda tentera. Dengan mengambil tanggungjawab sedemikian, kita akan dapat membangunkan profesionalisme kita dan meningkatkan potensi keupayaan kita. Serentak dengan itu, orang di sekeliling kita akan melihat dan mengambil perhatian terhadap sikap bertanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas. Jika kita boleh memimpin dalam menjalankan tugas kecil, maka kita juga boleh memimpin dalam melaksanakan tugas besar. Kaedah mudah untuk menggambarkan proses memaikan peranan memimpin ditunjukkan di bawah. Ia berkaitan dengan kata-kata Sun Tzu: “Kenali diri sendiri dan kenali musuh anda dan anda boleh memenangi seribu pertempuran”. Daripada perspektif kepimpian, kata-kata itu boleh diungkapkan semula sebagai “Kenali diri sendiri dan kenali orang disekeliling kita dan kita boleh merealisasikan sesuatu”.

MARKSMAN DALAM TENTERA DARAT MALAYSIA

Sebaik-baiknya setiap askar menjadi seorang Marksman dalam mengendalikan senjatanya. Dalam pertempuran di darat, kejayaan bergantung kepada cara bertempur dan menggunakan senjata yang berkesan. Walaupun pertempuran pada alaf baru sering kali melibatkan peluru berpandu jarak jauh, pasukan meriam dan pesawat udara, pasukan terakhir yang menguasai kawasan darat yang ditawan ialah tentera darat. Justeru itu, bukan sahaja askar yang perlu menjadi Marksman, tetapi juga unit atau formasi yang diberi kepercayaan untuk memenangi pertempuran dengan menggunakan taktik dan teknik sesuai digandingkan dengan mengoptimumkan sumber. Oleh sebab manusia ialah senjata paling asas, budaya Marksman perlu bermula dengan askar yang menjadi penentu mutlak dalam perang kerana dialah orang di sebalik senjata. Dengan demikian, kajian semula secara berterusan mengenai ilmu pengetahuan, kemahiran dan profesionalisme ketenteraan perlu dijalankan untuk memastikan askar dilengkapi pengetahuan terkini mengenai cabaran keselamatan yang muncul. Perkara ini penting kerana askar itulah yang menentukan kesediaan Tentera Darat Malaysia untuk bertempur. Askar itu juga yang boleh melakukan sebaliknya.

Ketika Tentera Darat Malaysia melangkah lebih jauh memasuki alaf baru, persoalan mengenai apa yang memacu pembangunan dan transformasi Tentera Darat diberi keutamaan. Cabaran keselamatan utama pada alaf baru adalah untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan negara Malaysia. Cabaran ini tidak berubah sejak penubuhan Angkatan Tenetera Malaysia, tetapi cara kepentingan itu dipertahankan telah banyak berubah sejak itu. Corak pertahanan yang digunakan terhadap gerila komunis dari 1960-an hingga akhir 1980-an terbatas dalam lingkungan sempadan negara, sedangkan skop pertahanan masa kini telah berkembang untuk meliputi wilayah sekeliling dan sumber maritim. Justeru itu, pertahanan negara memerlukan usaha pasukan bersama melibatkan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, dan bukan usaha yang dilakukan oleh satu perkhidmatan sahaja. Selain menyahut cabaran beroperasi dalam persekitaran bersama, Tentera Darat perlu juga mencapai objektifnya untuk membangunkan sebuah pasukan tentera yang berkredibiliti dan relevan.

Tentera Darat Malaysia perlu memiliki kredibiliti untuk mencegah sebarang bentuk serangan luar dan memiliki keupayaan untuk mengatasi sebarang ancaman keselamatan dalaman yang muncul. Pada waktu yang sama, stuktur pasukan Tentera Darat mestilah releven untuk menyahut cabaran dinamik dalam persekitaran keselamatan. Mengambil kira perkara itu, saya sekarang akan melihat bagaimana Tentera Darat Malaysia boleh diurus menerusi prinsip-prinsip Marksman.

ASET NEGARA: "MASTERY THE KNOWLEDGE IS POWER"

Di atas adalah sebahagian petikan dari apa yang di tulis Jen. (B) Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Zainal dalam bukunya Marksman Abad ke 21.

Jelas beliau telah memperlihatkan keintellektualisme dirinya dalam mentransformasikan ATM (Darat) menjadi angkatan kredibiliti dan responsibiliti mencabar alaf. Membudayakan ilmu (Sains) sebagai teras pengupayaan membangunkan suatu angkatan (Armed forces) bersifat proaktif dan

dinamik sejajar dengan amanah yang diberi pertanggongjawaban oleh negara ATM telah melalui "shift of Paradigm". Namun di sana kekecewaan itu berlaku apabila "Aset" tersebut telah ditamatkan secara mengejut dari perkhidmatannya. Dalam keadaan negara memerlukan "Anak Watan" seumpamanya, tangan-tangan ghaib (Illuminati) telah memainkan peranan mengeluarkannya dari ATM bagi melemahkan dan menggagalkan wacana Marksman Abad ke 21 tersebut.

'UNDUR SECARA SENYAP' TANPA PENGHORMATAN ...

Mengambil kata-kata Lt Kol Mohd Radzi bin Abd Hamid dalam blognya Pene Celoreng

Pada hemat saya, atas alasan apa sekalipun, seorang jeneral yang pernah memimpin pasukan di Bosnia, wajar diberi tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk beliau bersedia untuk bersara. Oleh kerana tentera memiliki tradisinya sendiri yang telah dipraktikkan sekian lama, seperti perbarisan persaraan, lawatan akhir, dll, maka tempoh ini diperlukan.

Setelah bersara atau berhenti, kita tidak lagi mengadakan perbarisan persaraan bagi seseorang. Tidak pernah berlaku. Mungkin ini satu kesilapan atau satu keputusan yang terpaksa ditelan. Mungkin juga 'mainan politik' ini mempunyai sebab tersendiri yang kukuh dan logik tetapi kita tidak mengetahuinya. Jika ada alasan yang munasabah, baguslahh. Tetapi sebagai staf yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan jeneral ini sejak sekian lama, saya semestinya tahu hati budi jeneral ini. saya berdoa semoga seorang jeneral dan keluarganya dikurniakan Allah SWT selaksa kesabaran.

Kalau seorang jeneral boleh diperlakukan sedemikian rupa, bagaimana pula dengan saya ni. Seekor tungau yang kelihatan dek mata kasar kerana warnanya merah. Kalau tidak bewarna, mungkin tak nampak. Saya berdoa kepada Allah SWT semoga perjalanan saya dijauhkan perkara atau kejadian sebegini. Amin.

___________________________

hussin said...

too much of politics hence back-bitings and bickerings. when one cannot differentiate between professionalism and pleasing the political masters, one has chosen to be at the mercy of those whom one's pleases.

Tiada ulasan: