11 Julai 2010

MEMBANGUN SEMULA "PARAGLIDING SITE" BUKIT CHENDERING

FLY TERENGGANU TEAM (F2 Team) memimpin perubahan

Setelah kejayaan mencipta sejarah Terengganu pada 04/05/2008, buat julung-julung kalinya Paragliding berjaya diterbangkan dari Bukit Chendering Kuala Terengganu, maka pada tahun ini dijangkakan sejarah itu
berjaya diulang kembali pada 24-25 Julai 2010 ini di mana satu pertandingan akan dilaksanakan oleh Adventure Malaysia (Lt Kol (B) Basir Rahman.

PB2W telah di minta menjadi sebahagian dari urusetia pertandingan dan dalam masa yang sama sebahagian dari peserta ARPRM akan memulakan "Hands-on" paragliding di tempat yang sama. Acara kali ini diharapkan akan menjadi kesinambungan berterusan sepanjang tahun pengendalian Paragliding dapat dilakukan ini bagi memberi serta menggalakkan seberapa ramai dari remaja Terengganu dan sasarannya adalah komuniti bermotor (T-Remp) bagi memberi satu sentuhan pengalaman baru rekreasi udara.

Dengan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Paragliding akan menjadi satu komponen pelancongan rekreasi udara yang baru di Terengganu. Kejayaan mencetus paradigma ini akan memberi pulangan pendapatan kepada rakyat negeri ini (penduduk tempatan) dan kerajaan Negeri Terengganu. Selain itu bagi untuk jangka panjang memungkinkan industri Hiliran berkaitan dengan Sukan Pelancongan ini dapat dibangunkan.

PB2W selaku Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (BO-ARPRM) menjadikan Paragliding adalah salah satu kepakaran utama BO PB2W membangunkan Remaja Rakan Muda sebagai Teras Pengupayaan jatidiri Anak Watan Terengganu melalui pentauliahan berprestij Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBSM). Pentauliahan selari dengan International Award for Young People (Duke of Edinburgh).

Mereka (Skuad Sukarelawan Rakan Muda dan Sukarelawan Belia KBS) adalah sebahagian dari Sukarelawan Angkatan Simpanan (AW) dari Rejimen ke 512 AW, dengan pendedahan kemahiran ini memberi suatu kemantapan kepada perkhidmatan mereka untuk negara.

Remaja yang dulunya seorang 'Mat Rempit', Alias Khamis telah menjadi seorang pencipta sejarah Anak Watan Pertama Terengganu menerbangkan Paragliding " Small Aircraft" dan menjadi seorang juruterbang "Becomes a pilot" ... Tiada Halangan hanyalah peluang ...

Peserta ARPRM dilatih dan di pantau oleh Jurulatih Berkaliber

Dua dari peserta Anugerah Gangsa ARPRM di bawah BO-PB2W sedang tekun memenuhi komponen projek kemahiran dan sukarelawan mereka.
Shawal seorang murid dari Sek Men Padang Midin yang akan melengkapi komponen "Tahap Perak" melalui "Hands-On" Paragliding yang akan di laksanakan tidak lama lagi, juga terlibat sama dalam gotong royong membersih kembali "site" Take off zone.

Permandangan sebahagian dari kerja pembersihan dapat disiapkan oleh Sukarelawan Belia dalam jangka masa satu hari.


Akibat terlalu lama ditinggalkan Site telah ditumbuhi semak samun, memerlukan kerja pembersihan lebih agresif. Gambar kerja permulaan pembersihan.

Banner yang ditinggalkan lepas terbiar usang lekang dengan hujan dan panas.

Lorong laluan perhubungan lama masih baik dan boleh digunakan untuk ke kemuncak, penyelenggaraannya telah dilakukan.

Kenangan yang lepas dengan kerjasama NSSAC, site ini berjaya dibangunakan dan menjadi perintis pembangunan Paragliding di Terengganu.


Video youtube tersebut telah ditonton sebanyak 49, 525 kali oleh seluruh peminat-peminat Paragliding secara tidak langsung telah memperkenalkan Terengganu di mata dunia, timbul lagi sejauh mana tahap intelektual kepimpinan dan rakyat Terengganu hari ini menerima ini (Proposal) sebagai suatu sentuhan pembangunan komponen pelancongan rekreasi udara di Terengganu dan dalam masa yang sama Belia Anak Watan Terengganu adalah pelopor dan pemangkin perubahan dinamik.


HUBBUL WATAN MINAL IMAN

Tiada ulasan: