12 September 2010

"DASAR PERTAHANAN NEGARA" - MENJAWAP SUATU PERSOALAN PEGAWAI KANAN SUK 512 AW YANG TIDAK PROFESIONAL

Pertahanan Menyeluruh atau HANRUH dapat didefinasikan sebagai satu bentuk pertahanan yang melibatkan secara menyeluruh dan bersepadu agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat jelata dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara. Ini bermakna dalam usaha mempertahankan negara, semua rakyat jelata akan terlibat. Sekiranya negara diserang, musuh bukan sahaja berdepan dengan sebilangan anggota tentera tetapi ia akan berdepan dengan 27 juta rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, negara perlu membina keupayaan untuk mengembeling 27 juta rakyat Malaysia untuk menghadapi sebarang ancaman serta juga semasa suasana bencana alam.

Pertahanan menyeluruh juga penting untuk keselamatan negara. Rakyat seharusnya bersama memastikan keselamatan negara terjamin, aman, sejahtera serta harmoni kekal berpanjangan. Semua jentera negara, sektor swasta dan badan-badan berkanun perlu dipastikan agar konsep ini kekal dijalin demi kedaulatan negara. Oleh yang demikian konsep HANRUH ini tidak terbatas mengenai isu-isu pertahanan atau pun unsur-unsur ketenteraan tetapi juga sebagai elemen untuk menerapkan konsep keselamatan negara secara lebih luas.

Berdasarkan rasional ini adalah penting bagi setiap rakyat diberi kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjamin keutuhan serta kedaulatan negara. Semangat dan minda mereka perlu dibentuk sebegitu rupa bagi menentang sebarang cabaran dalam mengekalkan kebebasan dan kemerdekaan bangsa dan negara. Pembentukan pemikiran ini perlu disemai dan dipupuk secara berterusan.

Jika sebagai rakyat, mereka perlu memahami pentingnya konsep ini. Maka sebagai peneraju atau pemilik syarikat swasta, mereka akan bersama-sama diharapkan berupaya untuk merealisasikan konsep ini. Sektor swasta harus faham bahawa kesejahteraan negara juga memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan daya tahan sesebuah syarikat tersebut.

Pertahanan menyeluruh memberi kesan kepada ekonomi, sosial dan pembangunan negara. Komponen HANRUH adalah meliputi seperti berikut;

i. Keutuhan Psikologi,

ii. Penyatuan dan Perpaduan Masyarakat,

iii. Kesiagaan Awam,

iv. Keutuhan Ekonomi dan,

v. Kesiagaan Keselamatan.


"SIKAP AMBIL PEDULI"- SEBAHAGIAN DARI KONSEP HANRUH

Konsep HANRUH tidak hanya terbatas kepada isu-isu pertahanan atau pun unsur-unsur ketenteraan sahaja, tetapi ia juga sebagai elemen untuk menerapkan konsep keselamatan negara secara lebih meluas. Salah satu cara untuk mengaplikasikan HANRUH ini di dalam kehidupan masyarakat adalah dengan mengamalkan sikap ambil peduli.

__________________________

Malangnya apa yang terjadi dalam masyarakat hari ini adalah kerana kita tidak peduli akan masalah dan isu-isu yang berlaku di sekeliling. Contohnya kes-kes pembuangan bayi , jenayah, kes-kes dadah dan rogol semakin menjadi-jadi dewasa ini sewajarnya telah mencetuskan rasa ambil peduli terhadap suasana sekeliling. Jika sikap tidak ambil peduli ini masih terus diamalkan oleh masyrakat Malaysia, bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada masyarakat kita di masa hadapan sekiranya kekejaman berlaku hanya di depan mata.

Sikap peduli ini sangat penting untuk dipupuk dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya masyarakat sudah terbiasa dengan asas ambil peduli yang baik, dengan sendirinya akan lahirlah masyarakat Malaysia yang terbina dengan sifat kasih sayang dan tolong menolong ke arah kebaikan bersama. Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai rasa peduli terhadap orang lain adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam.
_______________________________

Kesiagaan Awam pula memberi fokus dalam dua bidang:

  • menyediakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda; dan
  • menentukan keselamatan dan bekalan kemudahan asas yang berterusan sama ada di dalam keadaan perang, darurat atau bencana.

Untuk mencapai objektif tersebut, strategi pelaksanaan adalah dengan menubuhkan:

  • Kumpulan penyelamat dan bantuan kecemasan;
  • Kumpulan Pemadam kebakaran; dan
  • Kumpulan mengagih dan membekal makanan.

Agensi induk untuk mengkoordinasikan semua aktiviti dan pelaksanaan program kesediaan awam adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ikatan Relawan Malaysia dan persatuan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John's Ambulance.

Untuk memperkasakan kesiagaan awam, penyertaan dari badan-badan sukarela adalah penting. Ini kerana, setiap warga negara dapat memahami peranan masing-masing apabila berlaku kecemasan, konflik, bencana bahkan semasa berlakunya peperangan. Sehubungan dengan itu, untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi seperti sanggup menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah melalui penglibatan secara langsung dalam badan-badan sukarela. Adalah penting untuk memupuk kesedaran tersebut bermula dari bangku sekolah dan diperluaskan sehingga ke alam pekerjaan. Penglibatan aktif masyarakat dalam badan-badan beruniform seperti Anggota Pasukan Simpanan akan meningkatkan semangat jati diri.



*** jawatan kanan tapi alpa arahan yang dikeluarkan ~~!!!
(Memalukan perkhidmatan)
__________________________
Antara persoalan yang dikemukakan:

Masej dari Dr Maz***

Salam,...ni yie baca sms dr ku fa***...jd,,camne ambe nok buat....( dah chk ke samada Persatuan Belia Watan muda tu berdaftar, dah tgk web site dia baru ni dan dia menggunakan logo state, logo federal, logo kem belia dan sukan which is without permission, rasanya wataniah bukan persatuan belia dan bukan semudah itu untuk you masuk Wataniah..)

Masej kedua

Smbung lg....Pelik jugak nampok persatuan tu nak campur aduk persatuan belia ngan wataniah. Anggota wataniah boleh msk persatuan dia, tapi nak sama kan atau gabung rasanya tak boleh, dia melibatkan Mindef dan pegawai dapat tauliah Agong melalui Majlis Angkatan Tentera.

____________________________________________

Persatuan Belia Waja Watan (PB2W) berdaftar atau Tidak ? memandangkan persoalan yang dikemukakan dengan posisi jawatan beliau di dalam kerajaan dan selaku Pegawai Kanan Sukarelawan Askar Wataniah Rej 512 AW Terengganu, tidak mempamirkan profesionalisme kepimpinan dalam Sukarelawan Angkatan Simpanan (SAS) ATM. Ini adalah salinan Sijil Pendaftaran asal Pendaftar Pertubuhan Belia dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia:

PENDAFTARAN PERTUBUHAN BELIA


PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA

" ... Dia menggunakan logo state, logo federal, logo kem belia dan sukan which is without permission, rasanya " Jawapan:



Setiap Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Berdaftar yang memohon sokongan kewangan dengan Kementerian terlibat mesti mengisi borang akujanji PB 1 dengan kementerian tersebut, antara yang di sebutkan dalam akujanji tersebut (dalam bulatan):
(I) Bersetuju akan melaksanankan program / aktiviti tersebut dengan kerjasama atau anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan menamakan secara khusus program tersebut seperti (Program Rakan Muda, Program Rakan Masyarakat) dan sebagainya pada buku cenderamata, memaparkan logo-logo berkaitan seperti logo NFC, Belia Benci Dadah dan Rakan Muda atau lain-lain bentuk promosi.
(II) Sesungguhnya kami yang bertandatangan di bawah ini bagi pihak Persatuan/Pertubuhan amat memahami dan mengakui bahawa kegagalan mematuhi ketetapan-ketetapan di atas dan lain-lain syarat tambahan adalah merupakan suatu perlanggaran syarat kepada pemberian bantuan yang diberikan ini, dan pihak Kementerian Belia & Sukan Malaysia berhak untuk menarik balik kelulusan dan bantuan kewangan yang telah dikeluarkan kepada kami serta akan dikembalikan kepada pihak kerajaan.
Jelas sebagai penjawat awam beliau masih tidak mengetahui pekeliling yang telah diedarkan berkaitan dengan NGO atau Pertubuhan Bukan Kerajaan dan kepada kami (PB2W) persoalan yang beliau telah kemukakan amat memalukan dan tidak selayak persoalan sedemian seperti di atas diajukan. Kerana beliau sepatutnya menghubungi secara Rasmi PB2W atau boleh menyuruh Setiausaha beliau membuat pertanyaan Rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Pertubuhan Belia atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu / Negara Malaysia.

Persoalan menggunakan Logo "KBSM atau Rakan Muda atau State atau Federal" ia adalah seperti terkandung dalam surat aku janji antara NGO dengan Kerajaan, maka jelas "soalan yang diajukan" mempamirkan siapa ( level/status) beliau dalam hal ini. Selaku Peg. Kanan Suk Rej 512 AW, Kepada kami amat memalukan.

Antaranya lagi persoalan yang ditimbulkan

"...Pelik jugak nampok persatuan tu nak campur aduk persatuan belia ngan wataniah. Anggota wataniah boleh msk persatuan dia, tapi nak sama kan atau gabung rasanya tak boleh, dia melibatkan Mindef dan pegawai dapat tauliah Agong melalui Majlis Angkatan Tentera ".

Jawapan: Rentetan sejarah penubuhan PB2W adalah apabila Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) 1998 melalui Pegawai Sosialnya En. Zaihan Zakaria telah memajukan satu kertas kerja JBSNT bertajuk:

REJIMEN BELIA 512 ASKAR WATANIAH NEGERI TERENGGANU


Pada ketika itu (1998) gejala sosial melibatkan pengedaran dadah menjadi hampir tidak terkawal di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu. Kerana kegagalan pihak polis yang dikatakan terlibat Rasuah dengan "Tongkang Dadah" kepala pengedar dan dikatakan ada seorang Peg. Polis berpangkat tinggi mendapat sogokan RM 40 000 sebulan.. Kerajaan negeri pada waktu itu pimpinan Dato Seri Amar Di Raja Wan Mokhtar Ahmad telah melancarkan unit-unit kawalan kampung di Seluruh Daerah Kuala Terengganu, dan yang mempelopori gerakan tersebut ialah Mukim Kepong/Serada kerana di sinilah transit utama pengegaran dari seluruh Terengganu masa itu.

Pencadang kepada penubuhan PB2W adalah salah seorang Ahli Jawatan Kuasa PAKAT (JKKK) atau Pasukan Kawalan Kampung. Antara yang pernah diputuskan mesyuarat mengamanahkan kepada pencadang untuk bertindak memantau dan menanggani (Prevent) gejala tersebut terhadap generasi baru Belia. Sebagai pendekatan (Modul) seramai 163 orang Remaja Belia telah di daftarkan menyertai Askar Watanaih Simpanan dengan Rejimen 512 AW.


Kursus Rekrut siri 3/1999 Kem Tembila BN2 Rej 512 AW sebahagian dari pemuda 163 orang yang terpilih menjalani latihan asas rekrut.

Sebahagian besar 2/3 dari Platun 6 ini adalah Belia yang telah didaftarkan sebagai Askar Wataniah (Pemantaun Belia/PAKAT).
Di atas dedikasi komuniti Belia Tempatan Padang Midin dan sekitarnya mempamirkan komitmen tinggi, pencadang telah diserahkan kertas Konsep dari JBSNT " REJIMEN BELIA 512 ASKAR WATANIAH NEGERI TERENGGANU" untuk di Implementasikan oleh Pegawai Memerintah (OC) BN1 Mej (Sekarang Lt Kol) Yaakop bin Jaafar memandangkan kebolehan pencadang mengelola sebahagian besar (163 dari 253 orang) penyertaan Rekrut yang menaikkan Ranking Re j512 AW.

Seterusnya pada masa yang sama waktu itu pembangunan "Pasukan Para atau Airborne" telah dikembangkan kepada Unit-unit Simpanan (AW), Lt Kol Yaakop bin Jaafar selaku bekas Pegawai di Unit Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sg Udang, Melaka dan 10 Briged Para di Terendak, Melaka sebelum di tukar ke Rej 512 AW.

Pencadang dan Belia dibawah kelolaan sekali lagi telah ditawarkan untuk menyertai nukleus penubuhan (Cadangan) "C Kompeni" Simpanan Para AW bagi zon timur bertempat di Rej 512 AW melibatkan 505, 506 dan 512 AW. Cabaran tersebut disambut dengan hati yang terbuka, semangat yang berkobar-kobar cintakan Negara dan Negeri tercinta terkuat "HUBBUL WATAN MINAL IMAN" cintakan tanah air sebahagian daripada Iman.


PUSAT LATIHAN PEPERANGAN KHUSUS (PULPAK) SG. UDANG MELAKA
Tujuh orang dari 20 anggota (Cadangan Nukleus percubaan) terpilih untuk menjalani latihan Asas Para siri 6/2000 di PULPAK. Semua berjaya mendapat sayap penerjunan dan berbangga sebagai Sukarelawan mampu membukti kami adalah setaraf Regular memikul tanggong jawab terhadap negara.

Dua dari tujuh orang yang berjaya mendapatkan sayap penerjunan
Namun di sana kadang kala indah khabar dari rupa... , bagi melayakkan orang awam atau 'Askar Kampung' menjadi setaraf unit tetap, sedangkan basic unit regular memerlukan 6 bulan kelayakan rekrut bagi melayakkannya. Mahupun begitu satu perkara yang menjadi penawar kepada "Nukleus Para" ucapan dari Lt Kol Yaakop masa itu Mej "NEVER GIVE UP !" di samping Lt Kol Khairul Bahrin yang menjadi Timb. Komander Rej 512 AW masa itu telah menegaskan semasa temu duga kepada Nukleus Para "... kamu jangan balik jika tidak memakai sayap, kamu lihat di dada saya tidak bersayap kamu jangan malukan saya ..." kata-kata tersebut menjadi cabaran untuk wataniah / Askar kampung buktikan.

Sedangkan sebelum menyertai kursus tersebut memerlukan 3 bulan selama 3 hari seminggu menjalani "Fitness" dan kos makan minum serta pembiayaan kursus di PULPAK adalah di tanggung sendiri kerana 'Askar Kampung' tidak bergaji bulan cuma elaun kursus / gaji hanya masa latihan. Paling ketara team kami (Nukleus) menjadi antara intake terlama menjalani kursus di PULPAK. Minggu pertama Jurulatih Para tiada di cawangan kerana menjalani pertandingan di Kuantan Pahang Peringkat Antarabangsa, manakala semasa hendak menjalani penerjunan kami terhalang dengan banjir besar di Terengganu (Lokasi penerjunan Gong Kedak) hampir 2 minggu terhalang.

Semasa perjalanan menuju ke Terengganu dari Sungai Udang berlaku satu perlanggaran truk yang pertama konvoi kami dengan sebuah kereta kancil yang di pandu seorang wanita bersama teman lelakinya di sebuah selekor kawasan Paloi Inai. Dalam kejadian itu truk pertama yang dipandu mengikut format konvoi Tentera, tiba-tiba kereta tersebut yang dipandu laju dari arah bertentangan telah terbabas sehingga terpelosok masuk ke bawah truk pertama, kerana axle wheel pancuan hadapan ada telah menghadang dari terus masuk ke bawah truk Hicom 21 KPD tersebut. Tayar hadapan di sebelah kiri Truk Hicom tersebut bocor kerana rempuhan kereta kancil itu.

Penumpang hadapan truk dan pemandu tidak cedera begitu juga anggota penerjun yang escort belakang truk yang menjaga payung untuk penerjunan juga tidak cedera. Manakala pemandu wanita dan kekasihnya mati lebih kurang 15 minit selepas itu setelah pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengeluarkan 2 orang tersebut gagal sehinggalah sebuah kenderaan pengangkut jentera pengorek (Ecavator) lalu melintasi truk yang kemalangan tersebut laluan Paloi Ina terhalang hampir 5 Km kesesatan lalu lintas.

Kejadian bermula jam 1430H sehingga dapat di selesaikan jam 1840H, pemandu membuat laporan kemalangan di Balai Polis Paloi Inai. Perjalanan yang sepatutnya di jangka sampai jam 1800H di Airbase Gong Kedak terpaksa meneruskan perjalanan selepas jam 2100H dari Balai Polis Paloi Inai seterusnya sampai di Hangar Gong Kedak Jam 0440H hari pertama puasa Ramadan 2000. Sesampai di sana makanan sahur telah disediakan, kami bersahur seterusnya solat Subuh. 0930H persiapan Para (Untuk penerjunan). Itu adalah sedikit sejarah gambaran ringkas pengalaman bagaimana tertubuhnya PB2W.

Sijil "Paratrooper" yang tiada nilai di sisi 'masyarakat'
Kami bukan tamak harta dan memakan harta rakyat / negara sewenang-wenang biar pun latihan tempatan tak hadir JL dan Peg. Regular tolong tanda tangan klaim wang menghadiri latihan tempatan. Orang seperti kami tak cukup jam latihan akan ditamatkan perkhidmatan (tak sambung ROD), tapi Pegawai-pegawai kanan tak hadir latihan ada orang tolong uruskan. Fikirlah siapa sebenarnya yang menghancurkan negara, terlaksanakah sumpah (Ikra Satria mereka) "Setia pada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah" ... Setiakah?.

Kami tidak akan melakukan kerja bodoh untuk semua itu, kalau bukan kerana negara (Patriotisme) "RELA BERKORBAN" dan tuntutan agama, semua itu adalah perkara yang buang masa dan menghabis harta ....


Kami juga takkan menulis semua ini jika tidak kerana kata-kata pegawai Kanan SUK Rej 512 AW tersebut yang tidak reti menilai, kami akan anggap ia (perjalanan hidup) sebagai kenangan dalam lipatan sejarah, kerana apalah yang ada orang-orang seperti kami "Unsung warrior". Mahupun begitu di hati kecil kami, berkata " ... aku telah berkorban untuk negara ini, biar pun negara takkan memandang orang seperti kami dan itu tidak penting". Namun di sana ada satu perkara indah khabar dari rupa itulah yang mencabar kewibawaan kami sebagai perajurit (simpanan mantap) negara.

Sedangkan negara memperuntukan sejumlah besar buget untuk menyediakan 'insuran' keselamatan yang diharapkan rakyat hasil melalui cukai pendapatan dan lain-lain tax. Antaranya terpilihnya kami untuk menjalani salah satu latihan Khas untuk unit elite ATM (Paratrooper) adalah suatu perlaburan besar negara untuk kesejahteraan semua. Kami dengan accountability sebagai perajurit negara terpanggil untuk meneruskan kesinambungan perjuangan biarpun setelah pulang, cadangan penubuhan Nukleus Para telah dibatalkan. Hancurnya hati kami ...

dengan masa, tenaga dan kewangan yang banyak telah diperuntukan untuk mencapai semua cita-cita itu (Paratrooper Simpanan) telah sia sia. Tiada siapa yang mendengar keluhan kami, di sini kami dapat merasakan mungkin sebeginilah nasib perajurit Veteran yang lepas yang telah berada dalam lipatan sejarah (Terabai) yang tidak diambil peduli masyarakat dan negara.

Sedangkan kami usia muda yang masih tersisa, dengan kepakaran dan patriotism yang ada (boleh) untuk diterapkan kepada para belia awam yang lain, antaranya mengadakan program menggalak dan menjaga kebajikan mereka menyeburi Askar Wataniah. Lalu kertas kerja (Konsep) yang diserah untuk pelaksanaan Belia Sukarelawan tersebut perlu diolah semula di mana men-'combine'-kan antara awam dengan tentera dan tentera dengan awam (Sebagaimana konsep Askar Wataniah itu sendiri). Dengan terhadnya kewangan dan member "Idealisme" tersebut telah dibincangkan dengan Lt Kol Yong b Haji Hassan selaku Komander Rej 512 AW yang baru. Secara dasarnya beliau bersetuju diwujudkan NGO sebagai pendekatan pengantaraan "Belia Sukarelawan" dengan "SUK Askar Wataniah" dan antara lain membolehkan saluran kewangan KBS atau JBSNT disalurkan di samping selaku anak watan Terengganu Belia Wataniah tentu mendapat perhatian Kerajaan Negeri.

Secara rasmi PB2W telah didaftarkan dan tertubuh secara rasmi pada seterusnya menerima sijil kelulusan pendaftaran pertubuhan pada 24 Julai 2006. Dan convert kepada pendaftar pertubuhan Belia mendapat kelulusan pada 08 Ogos 2008.

Sebahagian dari Undang-unndang Tubuh PB2W antara lain nya menyentuh Matlamat Penubuhan PB2W.


Mendapat Pentauliahan dari KBS sebagai Badan Operasi Anugerah (BO) Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Tauliah tersebut mewakili "The Duke of Edinburgh" Di sini tidak timbul persoalan meggunakan logo kerana berkewajipan setiap NGO yang mendapat tajaan kerajaan meletakkan logo kerajaan (Cooperation), adakah ini tidak di ketahui protokolnya oleh Peg. Kanan Tersebut samada di JBSNT atau KBS. Malang sekali mentaliti (Ortodok).

PB2W telah dilantik secara Rasmi sebagai Fasilitator/panel kejurulatihan kebangsaan bagi Skuad Sukarelawan Rakan Muda Idol (Malaysia) atau SSRM Idol 2008 bagi penugasan antarabangsa. PB2W terlibat melatih seluruh negara berjumlah 1000 orang lebih Rakab Muda Sukarelawan (SSRM Malaysia Idol). Kepercayaan tersebut ialah kerana latarbelakang ketenteraan Sukarelawan Askar Wataniah yang ada pada PB2W.

Paduan "Team JL PB2W" ialah melibatkan penasihatnya sendiri (Lt Kol Yaakop b Jaafar) yang turun padang memberi pengalaman serta kepakaran melakukan penyusunan (Organize) dan simulasi pangilan bencana kepada SSRM Malaysia Idol seluruh negara. Lt Kol Yaakop Jaafar seorang Peg. Kanan (Regular) ATM yang dedikasi dedikasi serta proaktif. Belatarbelakangkan JL di Cawangan Payung Terjun PULPAK Melaka dan Pegawai di 10 Briged Para Terendak antara Pegawai ATM yang bertugas di Congo di bawah misi pengaman PBB sudah cukup memantapkan keadaan, "PB2W" adalah suatu "persuasion" bagaimana kelebihan yang ada pada Belia Sukarelawan Askar Wataniah, yang masyarakat serta negara terlepas pandangan. Kepakaran inilah sepatutnya dibangunkan serta disokong 100% menjadi mekanisme pasukan sokong bencana negara.

Gambar Lt Kol Yaakop b Jaafar (PB2W) dua dari kanan bersama SUK L/Kpl Yusli Musa di sebelah kiri memberi taklimat simulasi latihan SSRM Malaysia Idol zon Serawak di Kem Belia Mukah Serawak.
Pengalaman dan kelebihan kepakaran yang sedia ada pada Belia Sukarelawan AW bukan setakat dari Rej 512 AW (PB2W) Terengganu sahaja malah yanga ada di seluruh Malaysia boleh digembelengkan tenaga mereka menjadi komponen aktif yang mampu memampan semua keadaan yang ada serta situasi yang memerlukan. Namun di sana selain terlepas pandang, ada perasaan melevelkan mereka sebagai tentera kelas kedua negara, sedangkan semasa perang Jepun dulu Wataniah semasa itu dikenali sebagai "Gerila Wataniah" di asas di Pahang yang diambil sempena nama "Vatan" di Turki. Wataniah yang ditulang belakangi Force 136 "Harimau Malaya" pimpinan Mej Tengku Mahmood Mahyiddeen (OBE) seterusnya anggota bawahanya antaranya Lt Kol Yeop Mahidin bin Mohd Syarif (Singa) Pengarah Wataniah yang pertama selepas Wataniah di tubuhkan 1958.


Kelebihan yang ada pada 'Wataniah' yang cuba dipadamkan dari sejarah, sedangkan asalnya mereka adalah "Komando" Special Operation Executive (SOE) pertama yang ada di kalangan anak watan berbangsa Melayu sebelum tertubuhnya Gerak Khas 25 Feb 1965.

Seperti pernah dicatatkan dalam sejarah:

Setelah beberapa minggu berlatih di Kem Avisawella Colombo, Ceylon anggota pasukan Force 136 Bahagian Melayu telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dan telah bersedia untuk tugas operasi.

Beberapa kumpulan telah dipilih untuk diseludupkan ke Tanah Melayu dengan menaiki Kapal Selam (Submarine), Kapal terbang Seaplane’ yang boleh mendarat dilaut, serta digugurkan dengan payung terjun. Operasi ‘OATMEAL-VIOLIN, OATMEAL-VIOLIN II dan OPERASI HERBRIDES merupakan beberapa operasi yang telah membawa kumpulan ejen sulit Force 136 Bahagian Melayu mendarat semula di Tanah Melayu.

“For operation Oatmeal Violin, they had flown from Colombo to Pulau Perhentian in a Catalina flying boat on Oct 31” (Gen. Tun Ibrahim Ismail)

______________________________________________________

“Thus the SOE found a suitable backing among the Malays and sent their officers to train local resistance forces famously known as Harimau Malaya Force 136 (Tigers of Malaya of Force 136).

The main base for this group was near Grik, a district in the state of Perak. The force’s main task was to form an intelligence-gathering network and, should prospects be favourable, to establish a resistance movement in northern Malaya. The force also arranged the reception of other parties of Force 136 who landed by parachute, providing them with guides and local contacts in the areas of their planned operations”

Force 136

Itulah sejarah kebanggaan Wataniah, di saat 'Askar Melayu' (WWII) berundur ke Ceylon bersama British Army, "The Vatan" atau Wataniah telah diseludup masuk melakukan operasi khas di Malaya.

Spritual inilah cuba diterapkan PB2W di kalangan Belia terutama Anak Watan Terengganu setelah tertubuhnya secara rasmi. Dan ia sebagai sebahagian alternatif penyelesaian gejala sosial Belia di negara ini.

MAMPU DIATURGERAK (MANEUVER)

Penerapan perinsip tersebut (Percubaan) dikalangan para Belia SUK AW telah membuktikan kejayaannya apabila "Operasi Masyarakat Penyayang I" di bawah Briged Kebajikan Perdana JKMM di kelolakan PB2W bagi membantu masyarakat di Taman Pusu 3 Gong Badak yang terperangkap selama 2 minggu dalam limpahan air banjir 2008.


Kejayaan mengorganizekan Rakan Muda Sukarelawan 2008 di kalangan belia remaja, PB2W telah dilantik dan diberikepercayaan Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNT untuk mengambil, Melatih dan Menugaskan SSRM Terengganu / Mobile pada peringkat Negeri. Mereka ini adalah "Task Force" JBSNT di bawah "centralize" Belia Sukarelawan KBS (Malaysia) selepas pelancarannya (PB2W sebagai member) pada 12 Jan 2009 di Taman PERMINT Chendering oleh Menteri Belia Dato' Seri Ismail Sabri b Yakob selaku Menteri Belia dan Suka pada masa itu. yang mampu dipanggil tugas 72 jam (Format kontigensi SUK AW).

Jadi kepada sesiapa termasuklah Pegawai Kanan SUK AW tersebut yang mengulas tentang PB2W tanpa mempunyai fakta dan rujukan yang jelas adalah diklasfikasikan ketinggalan zaman "Out Dated". Di atas adalah sebahagian bukti dan fungsi yang telah dimainkan PB2W selaku NGO Sukarelawan Bersaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara penugasan terbaru Ops Mayang II 2009


Perancangan Masa hadapan (RANHAD)

Secara keseluruhan kesinambungan kertas konsep JBSNT telah dimajukan semula kepada KBSM /JBSNT dengan pengubahsuaian bagi memobilizekan para belia dan remaja terutama kepada komuniti REMPIT yang telah mencecah nilaian 13 000 orang di seluruh negeri Terengganu, dengan angka yang cukup menakutkan jika mereka berubah menjadi Samseng jalannan yang sebenar sebagaimana yang pihak polis 'doakan' untuk Mat Rempit. PB2W mahu menukarkan mereka wira-wira jalanan supaya menjadi wira negara yang sebenar. Suatu persetujuan telah dicapai antara PB2W, Kepala-kepala Mat Rempit dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tujuan

Proposal ini ada sebagai suatu pandangan dan juga cadangan dari Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku satu-satu badan NGO mewakili komuniti belia anak watan Terengganu yang menyertai perkhidmatan Belia Sukarelawan Angkatan Simpanan atau Belia SAS (Wataniah) melalui unit-unit SAS yang terdapat di Terengganu:-

ü Selama Dua Belas tahun berkecimpun dalam mengorganisasi komuniti belia dari kalangan sukarelawan, ternyatalah mereka (Belia SAS) adalah asset yang berguna tetapi terlepas pandangan kerajaan. Memanafaat mereka dalam pembangunan Modal Insan sebagai generasi Ulul-Albab Terengganu adalah suatu berketepatan dengan masanya.

ü Membantu kerajaan Negeri merealisasikan pembentukan konsep HANRUH melibatkan ketua kerajaan dan pegawai kanan kerajaan dalam JAKPAW Terengganu. PB2W memangkinkan (Katalis) para belia menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan terutama Askar Wataniah.

ü Menambahbilangan para belia (AW) menyokong dasar kerajaan dan bersama membantu berkerjasama membanggunkan Terengganu melalui keperluan khas seperti sektor kekurangan tenaga yang perlu kepada tenaga asing; Pertanian / peladangan, perikanan, perkilangan / perindustrian, pembinaan / pembangunan dan sektor-sektor lain lagi.

ü Suatu persiapan jangka panjang sebarang kemungkinan terhadap kedaulatan negara dari segala ancaman dalam dan luar, di samping menjaga kestabilan dan keharmonian melalui disiplin dan profail diri (Belia) dari menjadi penyebab kepada budaya Hendoinisme.

Latar Belakang

Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.

Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.

(web KEMENTAH)

ANCAMAN DALAM NEGARA / TERENGGANU 'POLIS LOOSE CONTROL'

Video ni diambil pada 17/04/2009 pada hari jumaat, dijalan Kg. Durian Burung. Terengganu. Mat rempit betempiaran lari apabila seekor makhluk buas cuba menerkam mereka... muahahahahahahahaha - Mengikut apa yang ditulis di ruang komen Youtube.

FUNGSI JAKPAW DAN PERANAN NGO BELIA

  1. Menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Sukarela Persekutuan dalam konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) terhadap pencapaian National Resilience.
  2. Menyebarkan maklumat tentang kepentingan dan faedah Angkatan Sukarela Persekutuan dalam usaha mempercepat intergrasi nasional, meningkatkan produktiviti perindustrian sambil mewujudkan masyarakat yang peka, berwaspada dan berkebolehan menyumbang kepada keselamatan negara.
  3. Menggalakkan (Fungsi NGO Belia) pemuda pemudi untuk menceburkan diri di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan dan membina rakyat yang berdisiplin lagi teratur.
  4. Mengadakan pelbagai intensif untuk membina identiti dan semangat setiakawan serta pengiktirafan kepada mereka yang menyertai Angkatan Sukarela Persekutuan.
  5. Membantu Angkatan Sukarela Persekutuan dari segi menyediakan persekitaran dan suasana kem dan kawasan latihan yang kondusif kepada aktiviti-aktiviti latihan ketenteraan.
  6. Mengusaha dan bekerjasama dengan pihak swasta bagi melepaskan pekerjanya menjalani latihan ketenteraan.
  7. Mengkoordinasikan semua aktiviti persatuan atau pertubuhan pemuda-pemuda perbadanan belia dan kokurukulum di industri seperti Maktab Perguruan, kampus-kampus MARA dan lain-lain untuk mengikuti latihan asas ketenteraan dan seterusnya menjadi anggota sukarela.
  8. Menggunakan pengaruh politik dan kewibawaan kerajaan negeri untuk membantu menjayakan konsep HANRUH di negeri.
  9. Menggunakan sumber-sumber penyebaran maklumat untuk menghebahkan kewujudan Angkatan Sukarela Persekutuan dan kebaikannya kepada rakyat negeri
  10. Membangun/meningkatkan kem-kem pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan supaya ianya berkonsep guna sama. Kem-kem yang dibina di bawah projek kerajaan negeri ini diserahkan kepada pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan untuk pemeliharaan dan penyelenggaraan. Kem ini juga akan disesuaikan untuk melaksanakan aktiviti lain-lain agensi dalam program pembinaan semangat (minda) dan nilai hidup rakyat.
  11. Mengadakan intensif-intensif dan keistimewaan kepada anggota Angkatan Sukarela Persekutuan yang akan melahirkan rasa bangga atau cintakan negara/negeri.
  12. Mengatur rancangan-rancangan integrasi yang dapat mengeratkan perhubungan di antara masyarakat dengan pasukan Angkatan Sukarela Persekutuan.

SEBAGAI PEGAWAI KANAN SUK AW 512 JANGAN JADI 'BUTA' DOKTRIN KESELAMATAN NEGARA SENDIRI.

BAK KATA PEPATAH "BUKAN KAMU TIDAK MEMILIKI PERAJURIT YANG BAGUS TAPI KAMU MEMILIKI PEGAWAI YANG BODOH".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Online Casino for Real Money
Play the most popular casino games at KadangPintar - the งานออนไลน์ best online casino and entertainment! Kadang Pintar Casino is the only casino in India 온카지노 with 카지노 an