25 April 2011

INTERVENSI GEJALA SOSIAL BELIA 2011

PERJUMPAAN SSRM MALAYSIA (T) MOBILE DENGAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA


PADA : 1 MEI 2011

LOKASI : IKBN KEMASIK

JAM : 1000 PAGI - 300 PETANG

PEGAWAI : ENCIK ZAIHAN ZAKARIA

P/S: Semua leader komuniti ambil perhatian, senarai semua team mate yang akan menyertainya dan club yang berkonvoy pada hari itu diminta hantar wakil ...



SHABERY CHIK TIDAK SETUJU GELARAN SAMSENG JALANAN

SEREMBAN 23 Mei — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.

“Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.

Gelaran samseng jalanan lebih sesuai kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain, katanya.

Ahmad Shabery berkata fenomena merempit merupakan satu ledakan budaya yang berlaku di mana-mana negara seperti yang dipaparkan dalam filem hollywood seperti Tokyo Drift dan The Fast and the Furious. “Keadaan ini sama dengan senario yang berlaku pada 80-an apabila masyarakat menentang budaya kumpulan motosikal scrambler dan tarian breakdance,” tambahnya.

Namun Ahmad Shabery tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan mat rempit yang dikatakannya memang sengaja mencari nahas kerana tidak mahu berlumba di tempat yang sudah disediakan. “Mereka ini bukan berminat hendak berlumba secara betul. Kalau betul mereka serius nak aktif, mengapa tidak tubuh persatuan atau masuk persatuan lumba motor yang sedia ada,” katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa melihat kepada akar masalah ini iaitu peranan ibu bapa kerana banyak motosikal yang dipakai oleh remaja mat rempit merupakan milik ibu bapa mereka.

— BERNAMA

___________________________________

Petikan http://www.utusan.com.my/ 23/5/09

Tiada ulasan: