20 Jun 2011

KEDAULATAN BENUA TERENGGANU

“WATIKAH SRIVIJAYA (BENUA TERENGGANU 702)”


DENGARLAH WASIAT KU INI

Ku dengarkan akan teliti akan ia demi amanah yang dipikul demi matlamat akhirat.

Kang (yang tua yang membaca),sesungguhnya ini tersurat kata2 yang akan menghapuskan segala dosa,mendengar akan, mengata akan,mengamal akan,mengikut akan sahabat yang mulia. Baginda memerintahkan berpandu akan ia. Baginda setahu-tahunya susulan apa yang diwasiatkan oleh Baginda.

Kang (pada yang membaca/abang) tugas memikul tugas mu. Kang Ku tujukan pada mereka yang akan dimaki, akan dihamun,akan dihenyak, akan disembelih dan akan disalibkan. Ini usul cerita bermula darihal dunia yang hina. Hina kerana tidak beragama. Hina kerana menjadi hamba pada mereka yang bermaharajalela. Tak terputus rahmat kuasa berdalilkan Quran yang mulia, yakni ilmu sudah dikira mendapat restu Maha diRaja, sultan direstu, sultan mulia agar dapat semua beragama.

Kang (ahli / abang ) tak ada apa-apa yang Ku rasa. Kitab ini harta hanya layak pada yang empunya. Aku serah pada empunya terkandung dalam semua rahsia…………… jalan menuju pada yang jaya.

Pada mula alam dicipta pada qalam Allah berkata taat aku tiada hingga engkau jangan engkau berlaku dusta. Kang ini ilmu nyata pada mata yang ada takhta,salinan dibuat di merata hanya satu yang akan berkata. Kang lihat pada diri jangan lihat pada kiri. Lihat pada rasa lahir sudah apa jiwa. Pikul akan segala rahsia. Tetap akan pada si dia, nanti berjumpa kita dijalan usul terletak rahsia.
______________________________

“Tamra ini segala isi tamra ini barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia Raya”...

... dijadikan Dewata Mulia raya bagi yang langgar acara Tamra ini.

Tiada ulasan: