06 Jun 2009

KONSEP PENUBUHAN KOMUNITI BELIA SUK ASKAR WATANIAH

PASUKAN SIMPANAN SUKARELAWAN ATM


Berikut adalah sebahagian kertas konsep membangunkan komuniti belia melalui Pasukan Sukarelawan ATM seperti Askar Wataniah, PsSTLDM dan PSTUDM yang telah di kemukakan kepada JBSNT. Pihak pencadang (PB2W) dengahn pengalaman yang ada membolehkan mengemukakan suatu cadangan yang komprehensif melalui pengelibatan secara berterusan dengan AW terutama Rej 512 AW Terengganu. 

Bagi menambah pengalaman yang  sedia ada, serta mengkaji kesesuaian paduan antara dua Kementerian Belia sukan dan Pertahanan dalam pembangunan sahsiah belia dalam mengemukakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan Negeri Terengganu melalui JBSNT. Untuk merealisasikan idea tersebut, pihak cadang telah berkesempatan mengikuti KEMBARA DUGA REJ 505AW (Tumpangan) EXS-KINABALU 2009. 

Di sini apa yang menarik ialah pengelibatan secara keseluruhan JAKPAW Negeri Pahang termasuk ke bawah Duli Tuanku Al Sultan dalam membantu Rej 505 AW (Pahang) memantapkan segala latihan terutama kepada para belia sukarelawan anak Watan Pahang dalam menaikkan semangat serta moral value. Pihak kerajaan negeri sendiri  selain membantu dari segi teknikal, turut menyumbang duit saku kepada peserta sebanyak RM 20 000, ianya dinyatakan sendiri oleh Menteri Besarnya semasa ucapan selepas majlis pemakaian pangkat dan pelepasan peserta ekspedisi Kinabalu 2009 pada 22 Mei 2009 di lapangan terbang TUDM Kuantan.

Merujuk kepada Dasar Pembangunan Belia Nasional (DPBN) :
  • Keupayaan mengembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.
  • Mewujud belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
  • Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
Cabaran kepada 'loose control' kerajaan dalam menangani gejala sosial belia seperti yang hangat diperkatakan REMPIT, ialah perlu mengerakkan satu usaha bersepadu membawa sebilangan besar para belia yang tiada halatuju ke dalam pasukan-pasukan Sukarelawan ATM (Modul) bagi membentuk suatu karekter (Attitude) keperibadian yang selaras dengan Dasar Pembangunan Belia Nasional itu sendiri. 

Gambar-gambar berikut sebagai hiasan, termasuklah gambar Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob semasa memakai pangkat kepada 2 orang peserta adalah dalam simpanan pencadang yang turut serta mengikuti program ekspedisi tersebut. Ia dikemukakan adalah untuk suatu penilaian pihak Kerajaan Negeri Terengganu (JAKPAW) supaya turut memainkan peranan seperti JAKPAW Pahang menjadi pendukung Askar Wataniah yang cemerlang.

KERTAS KONSEP PENUBUHAN (ADAPTASI DARI KERTA CADANGAN EN. ZAIHAN ZAKARIA PEG. BELIA JBSNT)

Pengenalan

Generasi muda adalah sebahagian dari kelompok kemasyarakatan, kewujudan mereka pada hari ini tidak dapat dinafikan serta peranan besar mereka dalam melakukan sesuatu perubahan telah terserlah. Para belia sebenarnya adalah seorang yang idealisme, patriotisme dan spritualisme. Mereka juga golongan yang anti kepada ‘establishment’ apabila mereka mengatakan sesuatu yang mereka katakan benci, mereka tetap membenci perkara tersebut.

Peranan ICT/Multimedia cukup-cukup mempengaruhi minda mereka, bukti dapat dilihat bagai

mana generasi muda yang mendominasi sebahagian dari saluran 3 dan 4 menukar fenomena alam politik Malaysia selepas PRU ke 12. Mereka bukan generasiyang matang semasa era 80an dan 90an tetapi mereka adalah generasi yang matang ketika evolusi teknologi digital mencapai kemuncak. Akhbar dan bahan bacaan cetakan bukan lagi pilihan mereka, tetapi sumber jaringan maya internet memain peranan membentuk sesuatu persepsi diri.

Hari ini juga sesiapa yang telah berani menafikan fakta tersebut telah menerima padahnya dengan kehilangan segala harapan dan impian. Kepada kita yang menjadi generasi hadapan pembimbing kepada tunas-tunas harapan negara tersebut, mestilah bersedia untuk hadham menyelami perasaan hati sanubari mereka. Kita tidak boleh lagi mengula-gulakan mereka dengan impian kosong dan fantasi kerana mereka akan bertindak menghukum kita dengan tindakan dari ekspresi diri mereka.evolt adalah sesuatu yang sentiasa bermain di sanubari belia, jiwa yang sentiasa bergelora memberontak mahukan sesuatu

 perubahan dan kesaksamaan. Sememangnya setiap orang akan melalui zaman belianya, walaupun begitu era yang ditempuhi oleh setiap orang berbeza, generasi belia 50an tidak sama dengan 60an begitu juga generasi belia 70an tidak sama dengan 80an apatah lagi zaman ini alaf baru abad ke 21 kemuncak kepada ketamadunan manusia dalam percapaian ilmu kejuruteraan telah meneroboh sempadan geografi (Globalisasi).

Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud "fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat."[1]  Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia."

Sebagai persediaan menghadapi cabaran globalisasi, organisasi perlu mengetahui kedudukan terkini mereka berbanding dengan organisasi lain. Mereka perlu menganalisis kedudukan mereka terutama dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang ada. ....

..... Pengaliran maklumat yang mudah dan cepat serta penciptaan kaedah yang canggih setiap hari memerlukan usaha yang berterusan dan meningkatkan kesedaran pengunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara yang optimum. Seperti kata Bill Gates: “the first rule of any technology used in a business is that automation applied to an efficient operation will magnify the efficiency. The second is that automation applied to an inefficient operation will magnify the inefficiency.

Dato’Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak -Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Hari Pekerja Kementerian Pertahanan Pada 24 Mei 2007

Tujuan

Proposal ini ada sebagai suatu pandangan dan juga cadangan dari Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku satu-satu badan NGO mewakili komuniti belia anak watan Terengganu yang menyertai perkhidmatan belia Sukarelawan Askar Wataniah melalui unit-unit SUK yang terdapat di Terengganu:-

ü  Selama sepuluh tahun berkecimpun dalam menorganisasi komuniti belia dari kalangan sukarelawan, ternyatalah mereka (Belia SUK AW) adalah asset yang berguna tetapi terlepas pandangan kerajaan. Memanafaat mereka dalam pembangunan Modal Insan generasi Ulul-Albab Terengganu adalah suatu berketepatan dengan masanya.


ü  Membantu kerajaan Negeri merealisasikan pembentukan konsep HANRUH melibatkan ketua kerajaan dan pegawai kanan kerajaan dalam JAKPAW Terengganu. PB2W memangkinkan (Katalis) para belia menyertai Pasukan Sukarelawan Simpanan terutama Askar Wataniah.

ü  Menambahbilangan para belia (AW) menyokong dasar kerajaan dan bersama membantu berkerjasama membanggunkan Terengganu melalui keperluan khas seperti sektor kekurangan tenaga yang perlu kepada tenaga asing; Pertanian / peladangan, perikanan, perkilangan / perindustrian, pembinaan / pembangunan dan sektor-sektor lain lagi.

ü  Suatu persiapan jangka panjang sebarang kemungkinan terhadap kedaulatan negara dari segala ancaman dalam dan luar, di samping menjaga kestabilan dan keharmonian melalui disiplin dan profail diri (Belia) dari menjadi penyebab kepada budaya Hendoinisme.

Latar Belakang

Askar Wataniah (AW) adalah badan sukerela yang berlainan dari badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan angkatan simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua di dalam mempertahankan negara kita yang tercinta ini. Penyertaan saudara-saudari di dalam Askar Wataniah akan merupakan satu sumbangan murni di dalam menyahut seruan ibu pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan di dalam dasar pertahanan negara.

HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk pengembelingan semua sumber negara disamping penglibatan angkatan tentera.

Sebagai sebuah negara yang berkembang untuk mencapai matlamat sebuah negara yang maju dengan Wawasan 2020, setiap pihak dan rakyat perlu memainkan peranan di dalam pembangunan dan pertahanan negara dan hendaklah menjadikannya sebagai sebahagian dari aktiviti masyarakat.

                                                                                                                     (web KEMENTAH)

Rasional

1.         Globalisasi telah bertukar menjadi suatu senjata baru dalam mengekploitasikan kepentingan sesebuah negara lain dengan menekan siapa yang berkuasa dialah yang perkasa. Kekuatan ketenteraan menjadi faktor kedua, walaupun begitu penyelesaian akhirnya apabila kepenting ekonomi terhalang maka faktor ketenteraan akan di ambil kira.

2.         Secara keseluruhannya globalisasi memperhitungkan aspek kebudayaan, Politik, Ekonomi, sosial dan beberapa perkara (agenda) yang tersirat di dalam pemikiran. Pemaksaan kebudayaan barat kepada bangsa timur, serta penolakan terhadapnya telah mencetuskan  “The Clash of Civilization” atau pertelingkahan tamadun -  Samuel Huntington.

3.         Sesiapa yang berkuasa di sesuatu negara belum tentu boleh memerintah rakyatnya kerana tiadanya persempadanan dalam dunia maya (Virtua) hari ini, mengakibatkan kuasa luar ‘The new world order’  boleh mengambil alih “command and control” sesebuah negara membentuk paksi baru “One world Gorverment”.

4.     …. attaining one hundred victories in one hundred battles is not the pinnacle of excellence. Subjugating the enemy's army without fighting is the true pinnacle of excellence."  Sun Tzu, The Art of War. Kebijaksanaan strategi politik ketenteraan bukan terletak pada kekuatan bilangan dan teknologi,  tetapi kemampuan memanipulasikan semua aspek kekuatan musuh tanpa musuh menyedari mereka telah dikuasai seperti menarik rambut dalam tepung.

Objektif

1.     Merealisasikan konsep HANRUH melalui JAKPAW negeri Terengganu, memobilisasi besar-besaran generasi muda belia Terengganu ke dalam Pasukan Simpanan Sukarelawan  Askar Wataniah berkekuatan satu Briged. The new world order (Freedom – globalization).



2.     Membangun jatidiri belia Terengganu ke arah patriotisme selaku barisan dan benteng pertahanan kedua negara melalui program-program belia yang ditaja oleh kerajaan negeri secara berkala selain dari program-program tajaan kementerian melalui JBSNT.

3.     Melakukan usaha penampanan ( Counter ) kepada pertambahan kadar penganguran di kalangan belia terutama lepasan IPTA/IPTS dan pada masa yang sama berusaha membantu para belia meningkat pendapatan isi rumah mereka  melalui usaha diri.

4.     Mendapatkan pengiktirafan kerajaan Negeri, Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku NGO mewakili suara belia-belia yang menyertai sukarelawan tersebut dalam menjaga kebajikan dan keperluan memotivasi pembangunan modal Insan mereka. PB2W  hendaklah diberi peranan sebagai perhubungan awam. 

5.     Mencadang penubuhan satu unit di bawah jabatan Menteri Besar (AW) bagi membentuk rangkaian kawalan pemerintahan (Kerajaan) dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas, terhadap Belia Askar Wataniah agar segala dasar pembangunan negeri dan negara berjalan mengikut acuan kita dan bukan kuasa luar di sebalik tabir,  berlaku  “loose control”.

6.     Meminta Kerajaan Negeri membuat permohonan kepada Kementerian Pertahanan untuk membawa kembali seorang pegawai kanan dalam Pembangunan Askar Wataniah di Terengganu iaitu Lt Kol Yaakop bin Jaafar dari Rejimen ke 505 AW Pahang ke Rejimen ke 512 AW. Kepakaran khas beliau diperlukan dalam membangunkan Rejimen ke 512 AW selaku anak angkat Kerajaan Negeri. Selain itu kami mencadangkan anugerah tertinggi Terengganu diberikan kepadanya.

7.     Mendapatkan sokongan logistik dan kewangan kerajaan dalam membantu para belia sukarelawan samada untuk pasukan dan kebajikan diri anggota bagi memainkan peranan dwi   fungsinya, belia (awam) dan Sukarelawan (Tentera) termasuk membaik pulih dan  memperbaharui segala instalasi yang telah di peruntukan.

8.      Mendapatkan kebenaran dari kerajaan negeri untuk mengurus dan membanggunkan beberapa kawasan tanah milik kerajaan negeri untuk para Belia Askar Wataniah beraktiviti seperti Airstrip Penarek di Pasir Putih Mercang, Marang untuk kegunaan latihan Microlite, Payung terjun, Bukit Chendering dan kawasan rekreasi Pantai Pandak Chendering untuk Paraglider dan Paramotor dan beberapa kawasan lagi.

"BELIA DAN SUKAN PERLU SEIRING"

Putrajaya, 15 April – `Memperkasakan pertubuhan belia dan memantapkan program- program sukan’. Begitulah ucapan pertama YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui di pejabatnya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Beliau mahu setiap program yang akan dilaksanakan samada program belia, sukan dan rakan muda perlu dilbatkan secara bersama supaya dapat memantapkan lagi program- program yang dianjurkan supaya kecemerlangan dapat dicapai.


Tambah beliau, “golongan belia merupakan produk bagi kementerian manakala sukan adalah alat bagi golongan belia maka kedua- dua aspek ini tidak boleh dipisahkan dan perlu bergerak seiring bagi memastikan program- program yang dianjurkan berjaya dilaksanakan”.
Beliau ditemui ketika sesi sidang media di pejabatnya di sini sempena Majlis Penyerahan Tugas, Menteri Belia dan Sukan bersama YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.


Tepat pada jam 2.30 petang, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, tiba di Lobi Menara KBS dengan disambut dan bersalaman dengan seluruh warga kementerian. Beliau yang kelihatan begitu ceria kemudian menuju ke pejabatnya bersama- sama YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mantan Menteri Belia dan Sukan untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Tugas.


Hadir sama, Timbalan- timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Wee Jeck Seng dan YB Dato’ Razali Ibrahim.

05 Jun 2009

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

DIMENSI JELAS NAMUN DIABAIKAN KONSEP PELAKSANAANNYA

Pendahuluan

1.1 Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

1.2 Keupayaan mengembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.

Takrif Belia

2.1 Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Matlamat

3.1 Mewujud belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.

Strategi

Untuk mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:-

4.1 Pembangunan Ilmu

Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi muda.

4.2 Pembentukan Sikap

Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

4.3 Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan

Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.

4.4 Pemupukan Gaya Hidup Sihat

Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.

4.5 Kemudahan Interaksi Sosial

Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat.

4.6 Perkongsian Dalam Pembangunan

Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.

4.7 Jaringan Hubungan Antarabangsa

Menggalakan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

Pelan Tindakan

Strategi di atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut:-

5.1 Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh agensi sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan.

5.2 Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.

5.3 Memantapkan program latihan kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan supaya generasi belia mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.

5.4 Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia dan masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang di anjurkan.

5.5 Menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan belia untuk memajukan diri dalam bidang sosial dan ekonomi.

5.6 Meningkatkan semangat kesukarelawanan dan patriotisme melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.

5.7 Memberi kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan (Globalisasi) dan kepentingan hubungan mereka dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan serta jaringan antarabangsa.

5.8 Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan belia termasuk pematauan dan penilaian.

Prinsip Pelaksanaan

Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara yang berkaitan.

Rumusan

Dasar Pembangunan Belia Negara adalah paduan yang dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pihak dalam merancang dan melaksanakan program untuk memperkasakan pembangunan belia.

01 Jun 2009

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2009

Sekali lagi setelah berlalu tahun 2007 Persatuan Belia Waja Watan (PB2W) diminta membantu dan menyelaraskan satu penghantaran 2 kontijen kawad kaki dari Terengganu, seramai 80 orang bagi menyertai pertandingan kawad kebangsan sempena hari belia negara di dataran MITC Melaka.

Bagi peringkat negeri Terengganu pada tahun ini yang berjaya ke pertandingan tersebut ialah dari Daerah Marang Sek Men Tun Telanai peserta lelaki, dan dari Daerah Kuala Terengganu dari Sek Men Bukit Tunggal bagi peserta wanita. Para peserta dan urusetia berlepas dari Terengganu pada jam 9 malam pada 14hb Mei menuju ke Melaka melalui jalan pantai.

Ketibaan di dataran MITC ialah pada jam 5 pagi, ini bagi memudahkan peserta solat subuh di masjid berdekatan, seterusnya ke penginapan lebihkurang 5 kilometer dari MITC iaitu di Water City Hotel.
Perasmian sambutan hari belia berlansung di dewan MITC pada jam 5 petang semua para peserta hadir bersama pukuh ribuan belia bersama-sama VVIP dari seluruh negara memenuhi dewan perasmian.





KAWAD KAKI / FORMASI

Pada Jam 9 malam hari ke 15 Mei satu taklimat pertandingan telah diberi oleh penganjur kepada semua urusetia dan pegawai pasukan-pasukan terlibat dari selu, secara keseluruhannya pada pandangan PB2W pertandingan kawad ini yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) pada tahun ini dan tahun 2007 dahulu terkeluar dari garis panduan yang disediakan Kementerian Belia dan Sukan di mana para pengadil yang mengadili pertandingan tidak menpunyai sijil kelayakan bagi mengadili pertandingan tersebut.


Kita dapat lihat bagaimana pegawai penerima tabik hormat dan pengiring penerima tabik hormat dambil lewa, tidak mempunyai disiplin seorang jurukawad, mencekak pingang adalah suatu sikap dan personaliti yang tak baik, semasa sesuatu ketua pasukan atau kontijen melapur kekuatan pasukannya. Oleh itu bagaimana pegawai-pegawai tersebut berbuat demikian hendak menilai orang lain itu adalah baik dari segi kawadnya, sedangkan dia sendiri boleh dipertikai kawadnya.

Pengadil-pengadil tersebut terdiri dari guru-guru sekolah yang menyertai Ko Kurikulum terbabit seperti Kadet Polis, Kadet Tentera, Pengakap, PBSM dan sebagainya lagi. Tetapi dinyatakan dalam garis panduan pertandingan pengadil adalah terdiri dari RSM tentera darat Sarjan Major PDRM, Pegawai Bomba, Pegawai kawad JPAM dan lain-lain.


Manakala pada hari pertandingan sebenar mereka tidak ada yang ada hanyalah guru yang berpakaian seolah-olah pegawai tetap dari unit-unit yang sepatutnya terlibat. Dan ini bagi kami amat memalukan dan tidak patutnya berlaku kerana membazirkan duit negara, banyak lagi wang seumpama itu boleh disalurkan untuk manafaat belia.
Selain itu pertandingan tersebut seolah-olah sekadar melepaskan batuk di tangga, dengan kos yang terlalu besar tetapi percapaian tidak seberapa. Tiada nilaian kawad sebenar dipupuk yang ada hanyalah tarian seni.


Apa yang pihak kami nyatakan di sini adalah fakta sebenar, dan kami amat kecewa kerana dalam proses memilih peserta yang membolehkan melayaki kepertandingan tersebut amat memakan masa, tenaga dan kewangan. Tiba pada hari pertandingan hal berlainan berlaku. Bagi memastikan mutu dan piawaian kawad sebenar tercapai pihak PB2W dengan kerjasama JBSNT telah memohon bantuan rasmi Rejimen 512 AW bagi mendapat jurulatih dan penilaian.

07 Mei 2009

PERANG KONSPIRASI DAJJAL: PERSIAPAN ISRAEL

FASA PERSEDIAAN PERANG

Kemungkinan Israel akan terlibat dalam peperangan ini dapat kita jangka apabila kita meneliti akan persediaan-persediaan polisi serta fizikal yang berlaku sejak akhir-akhir ini di negara Israel.Antara perkara yang kami jangka memungkinkan keterlibatannya ialah berkenaan elemen “pertahanan” negara.

Pada awal Oktober 2008 lepas, selepas sebulan kejatuhan Lehman Brohters, secara tiba-tiba Menteri Pertahanan Israel iaitu Ehud Barak telah membentangkan satu laporan berkaitan keperluan peruntukan tambahan untuk kementeriannya.

Laporan ini mendesak agar kerajaan Israel menyuntik NIS 1.5 billion bagi tahun 2008 untuk perbelanjaan peningkatan teknologi pertahanan negara Israel.

Kemudian, Barak membentangkan satu lagi laporan berkaitan perlunya tambahan NIS 1.3 billion bagi tahun 2009. Ironiknya, permohonan diluluskan meskipun dibantah keras oleh Menteri Kewangan Israel.

Pertengkaran mulut antara wakil Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan di Parlimen Israel disifatkan sebagai “a clash of giants” oleh Giora Eiland dari akhbar Canada Free Press.

Perlu kita ketahui bahawa jawatankuasa yang bertanggungjawab membuat laporan untuk dibentangkan oleh Ehud Barak ialah Brodet Committee. Jawatankuasa inilah ‘punca’ kepada wujudnya permohonan menyuntik peruntukan luar biasa itu.

Apakah Brodet Committee?

Harus diingat, bukan semua menteri-menteri di Israel sukakan peperangan dan perdamaian. Orang-orang Yahudi juga terdiri dari pelbagai ideologi walaupun dari agama yang sama.

(Penjelasan lanjut sila rujuk pada artikel berkaitan Yahudi Orthodoks)

Suruhanjaya Brodet (Brodet Committee) dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu Jeneral David Brodet. Beliau ialah bekas pengarah di kementerian kewangan Israel.

Menurut kebanyakan penganalisis politik, Brodet amat berpengaruh dalam soal penyelidikan peperangan dan pertahanan Israel. Sehingga kini beliau masih lagi berperanan sebagai penyumbang idea utama dalam polisi-polisi ketenteraan Israel.

Brodet bolehlah digelar sebagai mastermind halimunan dalam setiap agenda perang Israel walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan itu. Brodet tidak memohon wang untuk memenuhi poket kroni-kroninya malah Brodet juga tiada kroni pembuat senjata.

Brodet boleh dikatakan ’seseorang’ yang ditugaskan oleh mastermind-mastermind lain yang tidak dikenali. Tugasan yang diterima adalah khusus mengikut bidang masing-masing. Jika di Amerika mastermind perangnya adalah Dr. Henry Kessingger, maka Israel pula ialah Jen. David Brodet.

Dalam konteks permohonan peruntukkan tambahan ini, Brodet Committee berfungsi sebagai suruhanjaya yang memutuskan suatu bentuk polisi ketenteraan bagi kementerian pertahana Israel. Dalam erti kata lain, Brodet Committee adalah ‘otak’ kepada Kementerian Pertahanan.

Memahami Sistem Perang Antarabangsa

Di Israel, Perdana Menteri dan menteri-menteri bukanlah ‘penyebab utama’ tercetusnya peperangan. Mereka ini adalah boneka-boneka untuk wajah-wajah lain yang membuat keputusan di belakang mereka.

Biasanya mastermind untuk sesuatu konflik perang tidak popular tetapi amat berpengaruh. David Brodet adalah salah seorang yang dipercayai sebagai ‘mastermind’ kepada perang yang akan datang ini.

Namun begitu, Brodet bukanlah perancang utama, ia pula ada topeng bagi wajah-wajah lain di belakangnya.

Begitu juga di Amerika, George Bush adalah boneka yang terpaksa menebalkan muka untuk menerima kutukan masyarakat dunia. Tetapi hakikatnya ia diarah oleh beberapa orang lain di belakangnya yang amat berpengaruh.

William Kristol, Richard Perle, Henry Kessinger adalah contoh beberapa orangMastermind agenda perang Amerika dengan negara-negara Islam. Tetapi mereka juga adalah kategori pengikut pula kepada mastermind lain yang lebih tersembunyi dan lebih berpengaruh.

Apakah kaitan budget pertahanan ini dengan Perang Konspirasi Dajjal?

Pada artikel bahagian 1, telah kami maklumkan akan perang yang bakal dicetuskan Israel sekarang sedang masuk dalam fasa pengumpulan dana. Kini isu Lehman Brothers agak ‘diam’ seketika.


Budget pertahanan yang dipohon oleh Barak ini kami teorikan ia sebagai suatu kos ‘persediaan peperangan’ yang akan datang. Ini berdasarkan kepada laporan akhbar-akhbar utama di Israel.

Penganalisis-penganalisis kewangan di Israel menyimpulkan bahawa budgetyang dipohon oleh Barak bagi kementeriannya adalah budget ”terbesar’ dalam sejarah kewangan Israel.

Permohonan ini dilakukan secara mengejut oleh Barak kepada kabinet Israel. Permohonan dibuat berdasarkan alasan mempertingkatkan keperluan pertahanan dan keselamatan negara.


Walaupun nilai yang dipohon ialah NIS 1.5 dan NIS 1.3 billion untuk tahun 2008 dan 2009, namun ia telah menjadikan jumlah budget terkumpul kementerian pertahanan ialah sebanyak NIS 55 billion.


Persediaan Sistem Pertahanan

 

Ehud Barak yang bertindak sebagai menteri pertahanan telah mengumumkan pelancaran misil baru Israel pada 26 Oktober 2008. Menteri gila perang ini telah menamakan misil penangkis peluru berpandu dengan namanya sendiri iaitu Barak-1.

 

Menurut akhbar utama Israel iaitu Haaretz, misil tersebut mampu menepati sasaran pada jarak 500 meter hingga 10 kilometer. Kementerian Pertahanan dilihat sudah pun menguji 4 misil tersebut beberapa bulan sebelum Oktober lagi.

 

Persediaan Propaganda dan Provokasi Politik

Seperti biasa setiap kali ada tanda-tanda konflik maka Israel dilihat mengumumkan pelbagai senjata canggihnya. Sengketa dengan Hamas yang hanya berbekalkan roket buatan sendiri dijadikan sandaran ampuh untuk menguji senjata baru mereka.

 

Pada Perang Lubnan lepas telah pun dunia ketahui akan kemajuan bom berangkai yang menggugat penduduk selatan Lubnan. Manakala penghantaran tentera-tentera separa profesional berperang dengan Hizbollah adalah strategi dendam jangka panjang.

 

Israel tidak silap dengan perancangan penghantaran tentera itu walaupun ramai penganalisis politik Muslim mengatakan kemenangan Hezbollah adalah berpunca dari kesilapan Menteri Pertahanan Israel.

 

Ia tidak silap, ianya sengaja “disilapkan” untuk membentuk suatu alasan berunsur “dendam palsu” yang akan dibawa pada saluran media pada masa akan datang. Dan sekarang ini, konflik Palestin adalah peluang media Israel membawa isu ‘balas dendam palsu’ yang dicipta pada Julai 2006.

 

Pada 31 Disember 2008, kabinet Israel mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan ramai pihak. Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert telah mengumumkan bahawa seramai 2500 orang lagi askar simpanan akan ditempatkan di Semenanjung Gaza, sempadan Palestin. Kini jumlah rasmi askar Israel dilaporkan berada di sempadan ialah 8500 orang.

 

Kemungkinan ini salah satu “seni peperangan masa depan” yang dimiliki olehIlluminati yang mengawal orang-orang pentadbiran Israel. Mereka mengamalkan “seni” ini sejak Revolusi Perancis 1789 di mana perancangan untuk mencetuskan revolusi itu sudah pun siap 13 tahun sebelum itu oleh Prof. Adam Weishaupt.

 

Rahsia “Persediaan Israel” Adalah Berasaskan Etika Zionis

 

Sebenarnya, persediaan Israel untuk menghadapi Perang Konspirasi Dajjal kelak adalah mengikut suatu kod etika perang yang dibangunkan 110 tahun dahulu. Kod perang ini dibina secara sistematik dengan ayat-ayat masa depan yang mengelirukan banyak pihak.

 

Israel akan dipandu oleh golongan Illuminati untuk terjun ke kancah peperangan secara berperingkat-peringkat tetapi nano-sistematik. Ianya mungkin mengambil masa tetapi amat sukar disyaki aliran peringkat-peringkat tersebut.

 

Kod perang yang digunakan dalam “Persediaan Israel” ini ialah Kod Protokol Zionis No.7 (Bil.3) yang menyatakan;


” We must be in a position to respond to every act of opposition by war with the neighbors of that country which dares to oppose us: but if these neighbors should also venture to stand collectively together against us, then we must offer resistance by a universal war.”


Kod ini dibina dalam suatu mesyuarat rahsia pengasas Zionis iaitu Dr. Theodor Herzl bersama mastermind-mastermind elit Yahudi di Bassel pada 1897. Walau bagaimana pun ia berjaya dicuri keluar, dianalisis dan diterbitkan oleh Prof. Sergei A.Nilus dari Russia.

 

Kesimpulan

 

Memastikan perang berlaku bukanlah suatu tugas mudah, dan permasalahan yang perlu kita fahami ialah golongan Illuminati amat mahir dalam strategi merencanakan peperangan.

 

Di antara kaedah-kaedah klasik yang biasa ia lakukan sejak 300 tahun dahulu hingga sekarang ialah provokasi, propaganda, media dan krisis ekonomi. Dan nampaknya bunga-bunga perang hasil dari strategi klasik kejatuhan Lehman Brothers pada September 2008 lepas kelihatan semakin jelas.

 

Kejelasan tentang tujuan sebenar kejatuhan ekonomi dunia dan Perang Konspirasi Dajjal terbukti apabila perancang ekonomi Israel mengeluarkan kenyataan ‘mencurigakan’ pada 27 Oktober 2008 iaitu:


“The world crisis is not relevant to the conditions of the Israeli economy, and therefore there is no need to take any action because of it.”

Wallahu’alam…


* Sedutan artikel dari Blog Dajjal: The king of world conspiracy

http://ibnuyaacob.com/?p=162