06 Jun 2009

"BELIA DAN SUKAN PERLU SEIRING"

Putrajaya, 15 April – `Memperkasakan pertubuhan belia dan memantapkan program- program sukan’. Begitulah ucapan pertama YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui di pejabatnya sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Beliau mahu setiap program yang akan dilaksanakan samada program belia, sukan dan rakan muda perlu dilbatkan secara bersama supaya dapat memantapkan lagi program- program yang dianjurkan supaya kecemerlangan dapat dicapai.


Tambah beliau, “golongan belia merupakan produk bagi kementerian manakala sukan adalah alat bagi golongan belia maka kedua- dua aspek ini tidak boleh dipisahkan dan perlu bergerak seiring bagi memastikan program- program yang dianjurkan berjaya dilaksanakan”.
Beliau ditemui ketika sesi sidang media di pejabatnya di sini sempena Majlis Penyerahan Tugas, Menteri Belia dan Sukan bersama YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.


Tepat pada jam 2.30 petang, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, tiba di Lobi Menara KBS dengan disambut dan bersalaman dengan seluruh warga kementerian. Beliau yang kelihatan begitu ceria kemudian menuju ke pejabatnya bersama- sama YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, mantan Menteri Belia dan Sukan untuk menyempurnakan Majlis Penyerahan Tugas.


Hadir sama, Timbalan- timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Wee Jeck Seng dan YB Dato’ Razali Ibrahim.

Tiada ulasan: