10 April 2008

PARA BELIA MENGUASAI RUANG UDARA TERENGGANU

Satu latihan berterusan akan dilaksanakan terhadap paraglider Terengganu dalam usaha memahir dan memantapkan diri selaku bakal atlit bagi persiapan menyertai kejohanan peringkat regional di masa yang terdekat. Dengan mensasarkan serampang dua mata pembanggunan dan pelancongan, kawasan pengendalian paraglider di pantai Pandak Chendering dan Bukit Chendering amat berkesesuaian dengan hasrat kerajaan membangun Pusat rekreasi Udara, Air di Terengganu. Menjadi satu agenda PB2W menyokong hasrat kerajaan negeri yang ingin membangun sukan rekreasi udara tersebut di Terengganu, sehubungan dengan itu PB2W telah merintis dan mempelopori salah satu dari sukan-sukan udara yang berprestij, Paraglider / Powered Paraglider (Paramotor).

Biar pun PB2W sebagai sebuah Persatuan belia, namun menceburkan badan tersebut ke bidang sukan extreme udara di dalam pembangunan attitude diri dan minda para belia terutama di Terengganu merupakan suatu modul pembangunan Modal Insan yang diperkenalkannya (PB2W). Secara penghayatan diri para belia yang mahu mencabar kekuatan hukum alam akan bertemu dengan satu formula kuasa fizik yang hebat. Fitrahnya kejadian manusia mengakui adanya pencipta "The Creator - ALLAH" yang Maha Hebat, maka sesiapa yang menolak hukum alam tersebut bererti menolak hukum Allah dan menafikan kehebatan Allah Tuhan sebagai Maha Pencipta. Maka pengajarannya ialah maut bakal mengundang. Tiada siapa pun sama ada Muslim atau non Muslim berani menafi fakta ini.



Bagi menyelesaikan persoalan ini prinsip Bernoulli dalam penerbangan diambil kira, Halaju tinggi tekanan rendah diadaptasi. Dalam artikel lepas telah dinyatakan bahawa aktiviti ini juga menjuruskan para belia kepada pengembangan sains aerodynamic ( Angkasa). " A rise in pressure must always be accompanied by a decrease in the speed or a increase in the speed results in a decrease in the pressure. " - Bernoulli's Principle

Wacana di atas yang telah digarapkan oleh PB2W adalah merujuk kepada RPNT 2004-2008 (Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu) di mana telah menjadi hasrat kerajaan negeri menekankan pembangunan sukan berprestij tinggi dalam menaikan imej Negeri. Berbekalkan sprit slogan "Tiada halangan hanyalah peluang ... " PB2W melangkah kehadapan bersama yang lain menyahut cabaran tersebut.

Rekreasi dan Sukan

2.20. Penyediaan kemudahan rekreasi dan sukan secara umumnya belum mencukupi terutamanya bagi kemudahan-kemudahan bertaraf negeri dan nasional. Prasarana sukan sedia ada tidak memadai dan tidak dapat diperkembangkan lagi. Selain daripada itu aspek penyertaan dalam sukan berprestasi tinggi perlu ditekankan sebagai satu kaedah untuk menaikkan imej Terengganu.

http://www.terengganu.gov.my/rpnt/KSPRPNTPESAT.pdf

RM100j BINA KOMPLEKS SUKAN UDARA, AIR

KOTA TINGGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited menjadikan Malaysia sebagai pusat sehenti di rantau Asean untuk sukan rekreasi udara serta air dengan pembinaan lima kompleks Rakan Muda Air dan Udara bernilai RM100 juta pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata dengan pembinaan lima kompleks berkenaan, Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar sukan berkenaan bukan saja untuk mendapatkan latihan serta tunjuk ajar tetapi mendapat lesen, selain menjadi jurulatih. "Kita bekerjasama dengan Australia dan New Zealand bagi mendapatkan kepakaran dalam sukan ini, dan berharap ia akan dapat menarik penggemarnya untuk datang ke Malaysia bagi mendapatkan segala jenis kemudahan berkaitan sukan udara dan air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis peletakan batu asas Kompleks Rakan Muda Daerah, Air dan Udara di Desaru, Pengerang, Kota Tinggi. Azalina berkata, selain Desaru, KBS sudah mengenal pasti Rompin, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Sabah dan Sarawak untuk membangunkan kompleks sama berikutan lokasinya sesuai bagi pembangunan sukan sedemikian. Katanya, selain untuk pembangunan atlit serta penggemar sukan air dan udara, kompleks berkenaan akan dibuka kepada orang ramai kerana ia boleh menjadi tumpuan pelancong untuk datang ke kawasan berkenaan.

Jika diperhatikan semua kompleks berkenaan menghadap Laut China Selatan dan di Kuala Terengganu, ia berada di laluan Piala Monsun. Ia serampang dua mata kerana selain untuk pembangunan sukan air dan udara, ia sebagai tarikan pelancong," katanya. Mengulas mengenai kompleks di Desaru, Azalina berkata, ia dibina di kawasan seluas 8.6 hektar dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh kira-kira setahun. Katanya, kompleks berkenaan juga dilengkapi asrama yang boleh menempatkan 300 penghuni.

Sumber: Berita Harian, Isnin, 3 Mac 2008


PB2W PELOPOR POWERED PARAGLIDER / PARAGLIDER DARUL IMAN

Sebenarnya penglibatan PB2W dalam sukan rekreasi udara ini bermula pada Mac 2007 lagi apabila PB2W telah diberi peranan mengajurkan satu demontrasi penerbangan Paramotor di kalangan Belia Terengganu ketika itu. Rentetan ini bermula dari sidang JAKPAW atau Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah pada 23 Feb 2007 di Kem Sri Tembila, Besut Terengganu. Yang di Pertua Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) yang juga selaku team pengasas Persatuan Belia yang terdiri dari Askar Wataniah terlibat dalam membuat tumpangan tugas selaku anggota (Sukarela) komunikasi Rejimen 512AW.

Mejar Yaakop bin Jaafar ( Nukleus Pengasas 10 Briged Para ) selaku 2IC BN 3 Kem Teluk Kuang, Kemaman adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab merancang penubuhan satu Kompeni tumpangan Paratrooper di Rej 512Aw semasa memegang teraju BN 1, melaluinyalah satu team seramai 7 orang anggota sukarelawan AW selaku perintis dari para belia Askar Wataniah yang di ketuai oleh YDP PB2W menghadiri kursus asas payung terjun di Pusat Latihan Peperangan Khusus ( PULPAK ) Melaka pada 23hb Okt 2000, berjaya keseluruhan 7 orang anggota tersebut menamatkannya dan memakai sayap penerjun pada 06hb Dis 2000.

Di atas keyakinan dan prestasi yang ditunjukan oleh para Belia Askar Wataniah dari Persatuan Belia Waja Watan (PB2W) maka Mej Yaakop bin Jaafar telah memperkenalkan YDP-PB2W dengan Lt Kol (B) Basir bin Hj Abdul Rahman selaku ex PASKAU TUDM juga pengasas Powered Paraglider di Malaysia sekitar 1997 dahulu. Di antara objektifnya ialah membawa sukan tersebut ke Terengganu untuk dipopularkan dan dengan menggunakan platform belia untuk memberi kemahiran udara kepada para belia Askar Wataniah di Terengganu selain dari menarik minat para belia lepasan persekolahan menyertai Sukarelawan Simpanan Tentera Darat (ATM).

Pada 10 - 11 Mac 2007, demo pengenalan diadakan di kompleks Belia Pasir Panjang dan Pantai Batu Buruk ( Rujuk artikel ) Tueday, Januari 2008 PENGENALAN PENGENDALIAN PARAMOTOR SEBAGAI MODUL PEMBANGUNAN MODAL INSAN.

Lanjutan dari minat terhadap gaya penerbangan paramotor menguasai udara dengan konsep 'simple aircraft' menyebabkan PB2W bekerja keras terhadapnya. Memandangkan sukan ini bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan maka PB2W menetapkan pra syarat kepada ahli-ahlinya mesti memahirkan diri menguasai paraglider terlebih dahulu sebelum melangkah ke paramotor. Sebagai langkah-langkah piawaian keselamatan kepada ahli-ahli PB2W dan para pelatih dibawah kendalian PB2W.


Lanjutan dari program tersebut satu pertemuan dengan Capt Mohd Arif b Ibrahim (MAS), anak Terengganu yang berpengalaman di bidang Paraglider sedia memberi kerjasama kepada PB2W di atas tekad membawa pembaharuan kepada generasi muda Terengganu. Kerja-kerja menyiapkan lokasi memakan masa setahun. Hari ini setelah semua rintangan dilalui tiada apa perlu dipersoalkan lagi melainkan memberi sokongan kepada generasi muda Terengganu atau Anak Watan membuktikan kehandalan mereka.


Benefit jangka panjang kepada para remaja dan belia, bermula dengan Paraglider mereka akan terus diperkenalkan dengan sukan udara yang lain seperti payung terjung dan microlite. Bagi manafaat komersial mereka mungkin suatu hari dapat memilikiki lesen pilot sendiri ( PPL dan CPL ). Dalam hal ini NSSAC sedia memberi kerja sama kepada PB2W, kepada PB2W sendiri kami perlu kepada komitmen para Belia dan Masyarakat Terengganu untuk memberi kepercayaan berterusan kepada kami. Manafaat kepada PB2W dari semua kepakaran yang disumbangkan kepada Negeri Terengganu hanyalah:

"Aku tidak inginkan apa-apa melainkan islah ( pembaikan / reformasi ) setakat kemampuan yang aku ada, kepada Nya aku bertawakal dan kepada Nya lah pula aku pasti akan kembali " - Hud 88



PB2W - JK SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 50

Sebagai memegang amanah Jawatankuasa sambutan Kemerdekaan ke 50, PB2W menyediakan 2 buah paramotor untuk dipersembahkan pada hari jadi tersebut. Pihak kami merasa bangga di atas kepercayaan Jawatankuasa Kecil Perarakan yang dipengerusi Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Ahmad bin Said D.P.M.T., A.S.M., P.J.K dan sekarang beliau selaku Menteri Besar Terengganu.
Apa yang penting kepada PB2W ialah bersama dengan rakyat Malaysia di Terengganu menyambut ulang tahun ke 50 kemerdekaan negara, bakti diberi meletakkan diri di dalam lipatan sejarah negeri.

Sementara itu, para pengunjung juga turut dipersembahkan dengan persembahan yang menarik antaranya pertunjukan Paramotor oleh Persatuan Belia Waja Watan, Persembahan Kebudayaan Warna Warni Keharmonian oleh Pelajar Sekolah Kebangsaan Teluk Ketapang, Kuala Terengganu dan Tarian Perang oleh 18 RAMD.


MONSOON CUP 2007

Sempena acara monsoon cup 2007 satu pelancaran sukan udara dan air diadakan di Pulau Duyung, Terengganu. PB2W sekali lagi telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk melakukan demonstrasi tersebut. PB2W mendapat kepakaran teknikal dari Lt Kol (B) Basir b Abdul Rahman juga pemilik PARAMOTOR ADVENTURE (autorized dealer Adventure France). Sebagai agen tunggal Adventure di Malaysia syarikat milik beliau memiliki semua equipment yang diperlukan oleh seseorang Paramotorist.
Biarpun cabaran dari tekanan angin monson menyukarkan pengendalian paramotor untuk membuat lintas di hadapan pentas sempena kedatangan Menteri Belia dan Sukan pada masa itu Dato' Azalina Othman, dengan kepakaran yang ada dengan izin Allah membolehkan ianya dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

PROGRAM JANGKA PANJANG

Selama setahun seperti artikel lepas PB2W berpenat lelah berusaha menyediakan prasarana lokasi pengendalian Paraglider. Oleh itu kejayaan menerbangan 2 unit paraglider pada 11 Mac 2008 di Bukit Chendering menjadi titik tolak sejarah baru akan bermula. Pihak kami berkeyakinan ramai para belia terutama anak watan Terengganu akan mendapat manafaat daripadanya.

Bagi merealisasi wawasan menjadikan Malaysia dan Terengganu khasnya sebagai pusat sehenti bagi sukan udara, PB2W akan mengadakan kursus pengendalian secara berterusan secara kelompok bermula peringkat pengenalan dan Hand on (Penerbangan). Kepada para belia yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Paraglider / Powered Paraglider, boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam PB2W En Muhamad Alias b Khamis no H/P : 014 829 5814.

Tiada ulasan: