UTUSAN MALAYSIA, Sabtu 19 April 2008. Ruangan Yo Lasak. Pihak PB2W amat terkilan dengan artkel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia tersebut yang menyebut Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) akan menggunakan Bukit Chendering sebagai lokasi cabaran, tanpa merujuk terdahulu kepada Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) selaku kumpulan kerja F2-Team yang melakukan usaha-usaha membanggunkan lokasi Bukit Chendering sebagai site peluncur paragliding.
Sebenarnya kami mengalu-alukan sebarang pihak yang berminat untuk datang dan menggunakan site tersebut bagi tujuan meluncur di kawasan Chendering yang berada di dalam Daerah Kuala Terengganu hanya 10.5 Km dari Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu menuju ke Kemaman.
Tetapi hendaklah kita semua sedia maklum, telah menjadi adat bangsa kita menghormati tuan rumah dan bukan datang sepandai-pandai menggunakannya tanpa memberitahu terlebih dahulu. Hal ini terjadi kepada PLUM, perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Kami tidak mahu mempersoalkan motif yang tersirat di sebalik publikasi yang di buat, tetapi hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada pihak kami.
Cabaran Paragliding Terengganu yang akan PLUM ambil telah menyebabkan berlaku pertembungan kerana pada tarikh dan waktu yang sama pada 01-04 hb Mei 2008, PB2W, TFC dan NSSAC akan mengadakan program Hand On Paragliding untuk bakal Jurulatih serta urusetia di Bukit Chendering dan serta kawasan sekitarnya.
Sekadar pemberitahuan pihak kami dalam hal tersebut ( Pembangunan lokasi Launch site ) telah mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Belia dan Sukan Terengganu ( JBSNTRG) untuk melakukan kerja-kerja perintis dalam penerokaan bidang rekreasi baru (Paragliding) di Terengganu. Dengan sokongan yang diberi kami mengambil masa genap setahun menjalankan kerja-kerja pembangunan dan ianya berjaya dibuktikan kesesuaian lokasi tersebut.
Pihak kami menyanyung tinggi kerja-kerja yang dilakukan oleh para belia anak Watan Terengganu yang terdiri dari para Belia Sukarelawa Askar Wataniah dari Rejimen ke 512 AW dan Kadet PKBM Sek. Men Tun Telanai yang telah mencurah keringat dan kewangan peribadi tidak terkira. Oleh itu sebarang perlakuan yang tidak menghormati adab amatlah di kesali oleh kami dan mereka semua.
Pihak kami juga mendapat kerjasama dari Jabatan Menteri Besar untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai lokasi perlancongan berasaskan rekreasi udara di pantai timur dalam masa terdekat, dengan adanya prasarana tersebut di jangka akan dapat memberi pulangan perkerjaan kepada belia dan penduduk di persekitaran tersebut.
Kami bangga dan bersyukur menjadi belia Terengganu, dan kami telah buktikan dengan kecekalan serta kemahuan diri yang tinggi, sinonin dengan nama persatuan kami Belia Waja Watan, kami berjaya membuktikan suatu fantasi telah menjadi realiti. Terengganu satu-satunya di pantai timur menjadi destinasi menarik Paraglider seluruh negara juga antarabangsa menjelang 2010 nanti.
Paraglider adalah antara sebahagian dari cita-cita kami mendidik para belia dalam mengembalikan semula keagungan sebuah keunggulan tamadun lama dibangkitkan kembali,
Kembayat Negara Nusantara; Tamadum yang telah membawa keadilan kesekalian alam, tamadun yang dinyatakan
"Baldatun Toiyibah warabbun rafur" - Negeri yang baik dan Tuhan mengampuninya. Tamadun yang telah menghasilkan keberkatan dari langit dan bumi, keluarnya emas hitam dari perut bumi sehingga mampu membiayai negara, walaupun rakyat negeri banyak
'kelaparan'. Tamadun yang menyatakan Terqanun adalah pewartaan syariat Ilahi yang menguasai benua besar dan tamadun yang diwarisi dari keturunan cucu baginda Rasululah Saidina Hassan bin Syaidina Ali Karamalahuwajaha, Syarif Muhammad bin Abdullah An Nafs Zakiyyah Al Baghdadi.
Suatu peradaban baru yang akan menyelesaikan masalah dunia, menghapus kekotoran fitnah dan kepalsuan hidup mengembalikan manusia kepada penyembahan kepada pencipta, menolak Iblis dan Syaitan. Tiada musuh dan persengketaan janji Tuhan pasti terlaksana. Walaupun faktanya telah hilang dari lembaian sejarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan