13 Februari 2009

PERJUANGAN BELUM SELESAI


Bangsa ku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman-berzaman
Mereka menjadi pelaut.. pengembara
Malah penakluk terkemuka .. ?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap ..?
Menjadi perdagang dan perniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang ..?
Bukankah bangsaku pernah mengharumi samudera..?
Menjajah dunia yang tak di kenal
Bukankan mereka pernah menjadi wira serantau ..?
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian
Dimanakah silapnya ..?

Hari ini, jalan ini
Pasti semakin berliku
kerana masa depan
belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
dan hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
bangsa bangsa yang berjaya

TUN Dr Mahathir

Tiada ulasan: