19 Jun 2009

USAHA HIDUPKAN KOMUNISME

KENYATAAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA


Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme. Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.


“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini. Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak. Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.


“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak. Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.


__________________________________


RUNDINGAN HAADYAI 1989


Dalam membuat sesuatu kenyataan dan ucapan kerajaan perlu menilai kembali perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan PKM, kerana kesilapan mengambil publisiti politik murahan akan menjerat kerajaan sendiri. PKM terkenal dengan propagandanya akan mengambil kesempatan memasuKkan jarum-jarum halus ke dalam masyarakat (Massa) menghasut dan mempropagandakan terutama melalui parti-parti aliran sosialis yang ada samada di sebelah kerajaan dan pembangkang, di atas kesilapan kerajaan itu tadi (mengeluarkan kenyataan).


Kita mesti bersedia menghadapi strategi lama mereka bergerak dalam masyarakat. Ada yang mengatakan komunis telah hancur dengan hancurnya Kesatuan Soviet, kita kena ingat Republik Rakyat China masih mengekalkan Komunisme, dan Negara Komunis inilah yang menyokong Parti Komunis Malaya (PKM).


Hari ini semua rata-rata mempersoalkan kewajaran kembalinya Chin Peng, tetapi kewajaran terhadap Pengerusi atau bapak kepada segala bapak Komunis Malaya, Abdullah CD yang sudah lama berada di negara ini dan dimakamkan di sini bersama pengkhianat bangsa Melayu (Komunis) yang sama waktu dengannya, tiada di sebut secara terbuka.

Kita tidak akan melupa sejarah mereka menentang Jepun, tetapi keganasan selama 2 minggu semasa pengunduran Jepun cukup memerit dan memilukan, Anak watan Melayu pantang menderhaka kepada Allah dan Rasul, tetapi Komunis Melayu telah menderhaka kerana menerima ideologi syirik (Komunisme) Karl Marx dan Mao Tse Tung. Mereka tidak perlu mendabit dada mengatakan mereka tidak meninggalkan sembahyang, sekadar propaganda murahan.
Jika kembalinya Chin Peng ke Malaysia, bermakna era perang baru melawan Insurden akan bermula menentang pertubuhan, persatuan dan parti-parti aliran sosialis yang akan diresapi Ideologi syirik komunisme tersebut - Mohon Allah lindungkan dari pengkhianatan tersebut.

STRUKTUR GERAKAN KOMUNISME

Tiada ulasan: