23 Jun 2009

IDEOLOGI DIPERKENALKAN ILLUMINATI / ZIONIST MEMECAHKAN KESATUAN KITA

KOMUNISME /SOSIALISME NASIONALIS /KAPITALISME ADALAH IDEOLOGI CIPTAAN BAGI MENJADIKAN KITA SEMUA SEBAGAI 'PAWN OF THR GAMES' - BIDAK-BIDAK CATUR.

Persoalan tersebut telah dijawab oleh Matan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohaman semasa persidangan OIC 16 Oktober 2003. Apa yang kita dapat saksikan sekarang suasana politik di Malaysia dan permintaan membawa balik Chin Peng (Komunisme), akan menghacurkan Malaysia dalam masa yang terdekat.

____________________________________________________________

TEKS ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada perasmian Sidang Kemuncak ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Pusat Konvensyen Putrajaya, pada 16 Oktober 2003.

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad berucap dalam PersidanganKemuncak Ketua-ketua Negara Islam (IOC) ke-10 di Pusat Konvensyen Putrajaya.

ALHAMDULILLAH, segala pujian kepada Allah kerana atas kebesaran dan rahmat-Nya dapat kita pemimpin Pertubuhan Persidangan Islam berkumpul hari ini untuk berunding dengan harapan kita dapat merintis arah tuju masa depan Islam dan ummah di seluruh dunia.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama, izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke sesi ke-10 Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Sememangnya ia satu penghormatan tinggi bagi Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi sesi ini dan untuk menjawat kedudukan sebagai Pengerusi OIC. Saya berterima kasih kepada negara anggota OIC atas keyakinan mereka terhadap keupayaan Malaysia memikul tanggungjawab itu.

Izinkan juga saya untuk mengambil kesempatan ini bagi merakamkan penghargaan istimewa kepada Qatar, khususnya kepada Amir Qatar, Shaikh Hamad Khalifa al-Thani, kerana kepemimpinan cemerlang dalam menerajui pertubuhan kita sepanjang tiga tahun lalu.

Sebagai tuan rumah, Malaysia sungguh terhutang budi dan bangga dengan jumlah penyertaan yang tinggi daripada kalangan anggota. Ini jelas menunjukkan keyakinan dan ketaatan berterusan serta komitmen kita kepada pertubuhan kita dan keinginan kita bersama untuk memperkuat peranan kita demi maruah dan manfaat umat Islam.

Saya juga mengalu-alukan kedatangan pemimpin dan perwakilan dari pelbagai negara yang ingin hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat kali ini berdasarkan besarnya jumlah penduduk mereka yang beragama Islam. Sama ada mereka itu beragama Islam atau tidak, kehadiran mereka akan menyumbang ke arah mempertingkat kefahaman terhadap Islam dan umat Islam, sekali gus menyangkal tanggapan kononnya Islam agama yang mundur dan ganas.


Seluruh dunia kini menumpukan perhatian kepada kita. Sudah pasti 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia, iaitu satu perenam jumlah penduduk dunia, menyandarkan harapan kepada kita pada mesyuarat ini walaupun mereka mungkin bersikap sinis terhadap keazaman dan keupayaan kita biarpun sekadar dapat mencapai keputusan untuk menebus maruah Islam dan umatnya, apatah lagi untuk membebaskan saudara seagama daripada penindasan dan penghinaan yang mereka alami pada ketika ini.

Saya tidak mahu membilang satu persatu peristiwa penghinaan dan penindasan terhadap kita dan saya juga tidak ingin untuk sekali lagi menghentam pencemuh atau penindas kita. Ia akan menjadi usaha sia-sia kerana mereka tidak akan mengubah sikap mereka terhadap kita semata-mata kerana kita mengecam mereka. Jika kita ingin menebus kembali maruah kita dan maruah Islam, agama kita, kitalah yang mesti membuat keputusan, kitalah yang mesti bertindak.

Sebagai langkah awal, kerajaan semua negara Islam boleh merapatkan barisan dan mengambil pendirian bersama sekurang-kurangnya mengenai isu-isu besar seperti Palestin, kalau pun tidak mengenai semua isu.

Semua kita ini umat Islam. Kita semua ditindas. Kita semua dihina. Tetapi kita yang ditempatkan Allah sebagai pemimpin umat Islam tidak langsung benar-benar cuba bertindak secara bersatu untuk mempamerkan persaudaraan dan perpaduan yang dituntut oleh Islam.

Bukan saja sesama kerajaan kita berpecah-belah, malah umat Islam sendiri berpecah-pecah dan dipecahkan lagi berulang kali. Sejak 1,400 tahun lalu, pihak yang mentafsirkan Islam, cerdik-pandai dan ulama telah mentafsirkan serta mentafsir semula agama Islam yang tunggal dibawa oleh Nabi Muhammad saw. itu dengan sangat berlainan sekali, menyebabkan kita kini mempunyai beribu-ribu agama yang sering bertelagah satu sama lain sehingga kita bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri.

Daripada suatu ummah yang tunggal, kita membiarkan diri kita dipecah-pecah kepada pelbagai golongan, mazhab dan tarikat, dengan masing-masing lebih mengutamakan Islam siapa lebih tulen daripada soal ummah yang satu.

Kita gagal melihat bahawa musuh dan pengkritik kita tidak ambil peduli sama ada kita umat Islam sejati atau tidak. Bagi mereka, kita semua Islam, pemeluk suatu agama dan pengikut seorang nabi

yang mereka isytiharkan sebagai penggalak keganasan dan kita semua ini adalah musuh ketat mereka. Mereka akan menyerang dan membunuh kita, menakluk tanah air kita, menjatuhkan kerajaan kita, tidak kira sama ada kita ini Sunnah atau Syiah, Alawait atau Druze atau apa saja. Kita membantu dan bersekongkol dengan mereka secara menyerang dan melemahkan sesama kita sendiri, malah kadangkala kita menjadi dalang dan bertindak sebagai tali barut untuk menyerang saudara seagama. Kita cuba menjatuhkan kerajaan kita sendiri melalui kekerasan dan berjaya melemahkan serta memiskinkan negara kita.

Kita bulat-bulat mengabaikan dan terus mengabaikan kehendak Islam supaya kita bersatu dan bersaudara sesama kerajaan negara Islam dan sesama ummah.Tetapi bukan ini saja ajaran Islam yang kita belakangkan. Kita disuruh membaca Iqra’ untuk menimba ilmu.

Umat Islam zaman dulu menganggap suruhan ini bermaksud menterjemah dan mengkaji hasil penyelidikan cerdik-pandai Yunani dan ilmuwan sebelum Islam. Cerdik-pandai Islam ini pula menokok tambah hasil penyelidikan mereka kepada bersaing tokoh hebat sepertiAbdul Rahman III, Al-Mansur, Salah El Din Al Ayubi dan lain-lain yang mengepalai bala tentera ke medan perang demi melindungi bumi Islam dan ummah.

Bagaimanapun, di pertengahan pembangunan tamadun Islam yang hebat, timbul golongan baru pentafsir Islam yang mengajar bahawa penguasaan pengetahuan oleh umat Islam cuma bermaksud pengajian mengenai pengetahuan agama saja. Pengajian sains, perubatan dan lain-lain tidak digalakkan.

Daya intelek umat Islam mula merosot. Kemerosotan daya intelek ini meruntuhkan tamadun Islam dan membuatkannya semakin layu. Kalau tidak kerana kemunculan pahlawan Uthmaniah, tamadun Islam mungkin pupus sama sekali ekoran kejatuhan Grenada pada 1492.

Kejayaan awal pahlawan Uthmaniah tidak seiring dengan kebangkitan semula daya intelektual Islam. Sebaliknya, tumpuan hanya kepada isu-isu kecil seperti soal sama ada memakai seluarketat atau memakai topi tinggi bersesuaian dengan kehendak Islam, sama ada mesin cetak boleh digunakan atau kuasa elektrik boleh digunakan untuk menerangi masjid.

Umat Islam tertinggal sama sekali ketika Revolusi Perindustrian. Kemerosotan itu berterusan sehingga pihak British dan Perancis mencetuskan pemberontakan terhadap pemerintahan Turki dan menyebabkan kejatuhan empayar Uthmaniah, iaitu satu-satunya kuasa Islam terakhir di dunia dan menggantikannya dengan tanah jajahan Eropah dan bukan negara merdeka sebagaimana yang mereka janjikan. Cuma selepas Perang Dunia Kedua barulah tanah jajahan ini mendapat kemerdekaan.

Selain daripada negara yang baru wujud, kita juga menerima sistem demokrasi Barat. Ini memecah-belahkan kita disebabkan parti dan kumpulan politik yang kita sendiri wujudkan, yang antaranya mendakwa Islam cuma untuk mereka dan menolak Islam yang diperjuangkan oleh pihak lain dan menolak keputusan demokrasi, jika mereka gagal meraih kuasa untuk diri mereka saja. Mereka bertindak ganas dan kesannya, meranapkan dan melemahkan negara Islam.

Perkembangan sejak berkurun lalu menyebabkan ketamadunan Islam menjadi begitu lemah sekali sehingga tiada langsung sebuah negara Islam yang tidak ditakluki atau dijajah orang Eropah. Walaupun setelah mencapai kemerdekaan kemudiannya, negara Islam gagal memperkuatkan ummah. Negara mereka lemah dan disalah tadbir dengan teruk sekali, menyebabkan mereka sentiasa dilanda pergolakan.

Orang Eropah bertindak sewenang-wenangnya terhadap bumi Islam. Tidak hairanlah apabila mereka merampas bumi Islam untuk mencipta negara Israel bagi menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi. Oleh kerana mereka berpecah, umat Islam langsung tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat pencerobohan pihak Balfour dan Zionis itu.

Di sebalik hakikat ini, ada antara kita yang beranggapan bahawa kehidupan kita lebih baik daripada musuh kita. Ada antara kita percaya bahawa kemiskinan, kesengsaraan dan hidup tertindas adalah kehendak Islam. Dunia ini bukan untuk kita. Hak kita cuma untuk merasakan nikmat di syurga di akhirat nanti. Kita hanya perlu menunaikan amalan dan memakai pakaian tertentu serta menonjolkan wajah tertentu saja.

Kelemahan, kemunduran dan kegagalan kita untuk membantu saudara seagama yang tertindas adalah atas kehendak Allah, iaitu kesengsaraan yang perlu dirasai sebelum menikmati hidup di syurga di akhirat nanti. Kita mesti menerima takdir yang menimpa kita. Kita tidak perlu berbuat apa-apa pun. Kita tidak boleh membuat sesuatu yang menentang takdir Allah.

Tetapi adakah benar bahawa ini semua kehendak Allah dan kita tidak boleh serta tidak harus buat apa-apa? Allah menyatakan dalam Surah Ar-Ra'd ayat 11 bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri mencuba mengubah nasib mereka.

Seperti umat Islam zaman silam yang mengalami penindasan, kita umat zaman sekarang juga tertindas. Tetapi selepas mereka berusaha dengan jujur dan gigih untuk membela nasib mengikut ajaran Islam, Allah telah membantu mereka mengalahkan musuh

dan membangunkan tamadun Islam yang kuat dan cemerlang. Tetapi apakah usaha kita, khususnya dengan sumber kekayaan yang Allah telah berikan kepada kita?

Umat Islam kini berjumlah 1.3 bilion. Kita memiliki simpanan minyak terbesar di dunia. Kita banyak kekayaan. Kita tidak lagi buta ilmu seperti mana puak Jahiliah yang memeluk Islam dulu. Kita memahami cara perdagangan dan kewangan dunia diuruskan. Kita menguasai 57 daripada 180 negara di dunia. Undi kita boleh memperkuat atau melemahkan pertubuhan antarabangsa.

Tetapi kita nampaknya lebih lemah daripada kumpulan kecil Jahiliah yang memeluk Islam dan menerima Nabi Muhammad saw sebagai pemimpin mereka. Kenapa? Adakah ini kehendak Allah atau kerana kita telah salah mentafsir agama kita atau gagal mematuhi ajaran sebenar agama kita atau kerana kita telah membuat kesilapan?

Islam menyuruh kita bersiap sedia untuk mempertahankan ummah. Malangnya, kita kurang menekankan soal pertahanan, sebaliknya jenis senjata pada zaman junjungan besar Nabi Muhammad saw. Senjata dan kuda yang digunakan ketika itu tidak boleh lagi mempertahankan kita. Kita perlukan senapang dan roket, bom dan pesawat pejuang, kereta kebal dan kapal perang untuk pertahanan kita.

Tetapi oleh kerana kita tidak digalakkan mempelajari sains, matematik dan lain-lain ilmu kerana perbuatan itu disifatkan sebagai tidak mementingkan akhirat, akibatnya hari ini kita tiada keupayaan untuk mengeluarkan senjata sendiri untuk pertahanan kita. Kita terpaksa membeli senjata daripada pencemuh dan musuh kita.

Inilah akibat tafsiran cetek al-Quran yang tidak menghiraukan isi sunnah nabi dan ajaran al-Quran tetapi mementingkan bentuk, cara dan ikhtiar yang digunakan ketika abad pertama Hijrah.

Begitulah juga dengan ajaran Islam yang lain. Kita lebih utamakan bentuk daripada isi kata-kata Allah dan cuma mengikuti tafsiran perkataan dalam sunnah junjungan besar Nabi Muhammad.

Kita mungkin mahu mengembalikan cara hidup pada abad pertama Hijrah, untuk mengamalkan apa yang kita anggap sebagai cara hidup Islam sebenar. Tetapi kita tidak akan diizinkan berbuat demikian. Pencemuh dan musuh kita akan mengambil kesempatan daripada kemunduran dan kelemahan kita untuk menguasai kita.

Islam bukan untuk kurun ketujuh selepas Masihi saja. Islam untuk semua zaman dan masa telah berubah. Sama ada suka atau tidak, kita perlu berubah bukan dengan mengubah agama kita, tetapi mengamalkan ajarannya dalam konteks dunia yang berlainan sekali daripada dunia pada abad pertama Hijrah.

Islam tidak salah tetapi tafsiran cerdik pandai kita yang bukannya daripada golongan Rasul walaupun mereka terpelajar, mungkin salah. Kita perlu kembali kepada asas ajaran Islam untuk mengetahui sama ada kita sebetulnya menganuti dan mengamalkan ajaran Islam yang disebarkan Nabi Muhammad. Masakan kita semua mengamalkan ajaran Islam sebenar dan yang betul jika kepercayaan kita berbeza sekali antara satu sama lain.

Hari ini, seluruh umat Islam dibenci dan tidak dihormati. Agama kita dihina. Tempat suci kita dicemari. Negara kita ditakluki. Umat Islam kebuluran dan dibunuh.

Tiada satu pun negara Islam benar-benar bebas. Kita dikenakan tekanan supaya tunduk kepada kehendak penindas kita yang menetapkan kelakuan kita, cara kita mentadbir negara kita, hinggakan cara kita harus berfikir. Hari ini, jika mereka mahu menyerang negara kita, membunuh orang kita, memusnahkan kampung dan bandar kita, tiada apa yang boleh kita lakukan. Adakah Islam punca segala ini atau adakah kerana kita sendiri gagal menunaikan tanggungjawab mengikut agama kita?


Reaksi kita sekadar menjadi marah dan bertambah marah. Orang yang marah tidak dapat berfikir dengan waras. Jadi, kita mendapati sesetengah orang kita bertindak tidak rasional. Mereka melancarkan serangan, membunuh sesiapa saja, termasuk umat Islam sendiri untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan mereka. Kerajaan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat mereka. Pihak musuh bertindak balas dan menambah lagi tekanan terhadap kerajaan mereka. Kerajaan mereka tiada pilihan kecuali mengalah dan mengikut telunjuk musuh, pendek kata mereka tidak bebas untuk bertindak.

Kemarahan yang memuncak di kalangan rakyat mereka dan umat Islam lain mendorong mereka menentang kerajaan mereka pula. Sebarang usaha damai disabotaj dengan serangan terancang lebih hebat untuk mengapikan lagi perasaan marah musuh dan menutup jalan penyelesaian. Tetapi serangan itu tidak menghasilkan apa-apa. Cuma umat Islam terus tertindas.
Timbul rasa kehampaan di kalangan negara Islam dan rakyat mereka. Mereka merasakan tiada yang betul dapat mereka lakukan dan keadaan akan hanya menjadi lebih buruk. Sampai bila pun umat Islam akan tertindas dan dikuasai orang Eropah dan Yahudi. Sampai bila pun mereka akan terus miskin, mundur dan lemah.

Sesetengah daripada mereka percaya, seperti mana yang saya katakan tadi, bahawa ini semua kehendak Allah, nasib umat Islam di dunia ditakdirkan terus miskin dan ditindas.

Tetapi benarkah kita tidak harus dan tidak boleh berbuat sesuatu untuk diri kita sendiri? Benarkah 1.3 bilion umat Islam tidak berkuasa untuk menyelamatkan diri mereka daripada penghinaan dan penindasan yang dilakukan musuh yang lebih sedikit bilangannya? Bolehkah mereka sekadar melawan dengan kemarahan secara membuta tuli? Tiadakah cara lain selain daripada menyuruh anak muda Islam meletupkan diri dan membunuh orang lain serta seterusnya mendorong pembunuhan lebih ramai umat Islam?

Mustahil tidak ada jalan lain. Umat Islam berjumlah 1.3 bilion tidak boleh dikalahkan oleh beberapa juta Yahudi. Mesti ada jalan lain dan kita akan nampak jalannya jika kita berhenti seketika dan berfikir untuk mengukur kelemahan dan kekuatan kita, untuk merancang, mengatur strategi dan kemudian melancarkan serangan balas.Sebagai umat Islam, kita mencari pedoman daripada al-Quran dan Sunnah Nabi. Sudah pasti pengalaman perjuangan Nabi Muhammad selama 23 tahun boleh memberi panduan mengenai apa yang kita boleh buat dan patut buat.

Kita tahu Nabi Muhammad dan pengikut awalnya ditindas kaum Quraisy. Adakah Baginda melancarkan serangan balas? Tidak. Nabi Muhammad bersedia untuk berundur secara strategik. Baginda menghantar pengikut ke sebuah negara Kristian dan baginda sendiri kemudian berhijrah ke Madinah. Di situ baginda menambah pengikutnya dan membangunkan keupayaan pertahanan dan memastikan keselamatan pengikutnya.

Di Hudaibiyah, Baginda rela menerima perjanjian yang berat sebelah walaupun tidak direstui sahabat dan pengikutnya. Ketika tempoh damai yang menyusul selepas itu, Baginda memperkukuhkan kekuatan dan akhirnya berjaya memasuki Makkah dan menawan kota itu untuk Islam. Namun demikian, Baginda tidak membalas dendam dan menuntut bela. Semua rakyat Makkah menerima Islam dan ramai antara mereka menjadi penyokong kuat melindungi umat Islam daripada musuh.


Begitulah secara ringkas sejarah perjuangan Nabi Muhammad. Kita banyak bercakap meneladani sunnah nabi. Kita tidak putus-putus memetik peristiwa dan sunnah baginda. Tetapi kita sebenarnya tidak menghiraukan semuanya itu.

Jika kita menggunakan kebolehan berfikir yang dianugerahi Allah, kita patut sedar bahawa tindakan kita tidak waras. Kita berjuang tanpa matlamat selain untuk mencederakan musuh kerana mereka mencederakan kita.

Dengan mudah kita mengharapkan mereka menyerah diri. Tanpa sebab kita mengorbankan banyak nyawa dan tidak mencapai apa-apa kecuali mengundang serangan balas dan penghinaan yang lebih buruk.

Sudah sampai masanya kita berhenti sejenak dan berfikir. Tetapi adakah ini membuang masa? Lebih separuh abad kita berperang kerana Palestin. Apa yang telah kita capai? Kosong. Kita lebih teruk daripada sebelumnya. Jika kita

berhenti seketika untuk berfikir, kita mungkin sudah merangka satu pelan, satu strategi yang boleh membawa kita kepada kemenangan muktamad. Berhenti sejenak untuk berfikir bukanlah membuang masa. Kita perlu membuat pengunduran strategik dan menilai kedudukan kita dengan tenang.

Kita sebenarnya masih sangat kuat. Seramai 1.3 bilion umat Islam tidak boleh dihapuskan dengan mudah begitu saja. Orang Eropah sudah membunuh enam juta daripada 12 juta orang Yahudi.
Tetapi hari ini puak Yahudi memerintah dunia secara proksi. Mereka membiarkan orang lain berjuang dan mati untuk mereka.

Kita mungkin tidak dapat melakukan sedemikian. Kita mungkin tidak dapat menyatukan 1.3 bilion umat Islam. Kita mungkin tidak berjaya menggabungkan semua kerajaan Islam untuk bertindak seiring. Tetapi, jika kita dapat menggembleng sepertiga daripada umat Islam dan sepertiga daripada negara Islam untuk bertindak bersama-sama, kita memang boleh berbuat sesuatu.

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad tidak mempunyai ramai pengikut ketika Baginda pergi ke Madinah. Tetapi Baginda menyatukan puak Ansar serta Muhajirin dan kemudian Baginda menjadi cukup kuat untuk mempertahankan Islam.

Selain perpaduan yang kita perlukan, walaupun tidak menyeluruh, kita juga perlu menilai aset kita. Sebentar tadi saya telahpun menyebut mengenai jumlah umat Islam dan kekayaan minyak kita. Dalam dunia hari ini, kita mempunyai banyak kuasa politik, ekonomi serta kewangan dan semua ini mencukupi bagi kita mengatasi kelemahan kita dalam bidang ketenteraan.

Kita juga tahu bahawa tidak semua orang bukan Islam menentang kita. Sesetengah daripada mereka lebih terdorong ke arah kita. Ada antara mereka melihat musuh kita sebagai musuh mereka juga. Malah, sesama orang Yahudi sekalipun, ramai yang tidak menyokong apa yang dilakukan Israel sekarang.

Jangan kita membangkitkan kemarahan sesiapa. Kita perlu menawan hati dan minda mereka. Kita mesti menarik mereka menyebelahi kita, bukan secara menagih bantuan mereka tetapi dengan berjuang untuk membela nasib kita sendiri secara yang terhormat. Jangan kita pula membantu memperkuatkan musuh dengan mendorong semua pihak menyebelahi mereka hanya kerana tindakan kita yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan Islam.

Ingatlah akan Salah El Din dan cara beliau melawan tentera salib, khususnya Richard, Raja Inggeris. Ingatlah akan sikap timbang rasa Baginda Rasulullah terhadap musuh Islam. Kita mesti turut berbuat demikian. Yang penting ialah memenangi perjuangan, bukan kemarahan tindak balas, bukan membalas dendam.

Kita perlu membina kekuatan dalam setiap bidang, bukan saja kekuatan bersenjata. Negara kita mestilah stabil dan ditadbir sebaik-baiknya, mesti kukuh ekonomi dan kewangannya, mesti cekap dalam bidang perindustrian dan teknologi. Ini memerlukan masa tetapi ia mampu dilaksanakan dan masa yang ditumpukan ke arah ini tidak akan sia-sia. Agama kita menyuruh kita bersabar. Innallahamaasabirin. Nyata sekali ada hikmah di sebalik kesabaran.

Tetapi dalam mempertahankan ummah, kita tidak perlu menunggu sehingga kita selesai memperbetul diri sendiri untuk memulakan serangan balas. Malah, pada hari ini pun, kita mempunyai harta mencukupi untuk digunakan menentang musuh kita.

Terpulang kepada kita saja untuk mengenal pasti aset itu dan bagaimana hendak menggunakannya bagi menghentikan kehancuran yang disebabkan musuh kita. Semuanya ini boleh dilakukan sekiranya kita berhenti sekejap untuk berfikir bagi merancang, merangka strategi dan memulakan langkah yang genting. Langkah yang kecil sekalipun mampu membawa hasil yang berkesan.

Kita mengetahui puak Arab Jahiliah sering bermusuh-musuhan, saling berbunuhan hanya kerana mereka berlainan suku kaum. Rasulullah mengajar mereka mengenai persaudaraan Islam dan kesannya mereka dapat men

ghapuskan kebencian terhadap sesama sendiri dan kemudian bersatu dan membantu membentuk tamadun Islam yang cemerlang.

Bolehkah kita menyatakan bahawa kita umat Islam yang moden tidak boleh melakukan apa yang dicapai oleh puak yang jahil itu? Jika tidak semua pun, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kita boleh melakukannya. Kalau pun kita tidak mampu membangkitkan semula kegemilangan Islam, sekurang-kurangnya kita menjamin keselamatan ummah.

Untuk melaksanakan semua yang dicadangkan ini, kita tidak perlu mengetepikan perbezaan pendapat sesama kita. Kita hanya perlu mewujudkan waktu gencatan supaya kita seiring menangani masalah kepentingan bersama yang tertentu saja, misalnya masalah Palestin.

Dalam mana-mana perjuangan, mana-mana peperangan, tiada yang lebih penting daripada tindakan yang seiring dan selaras. Yang diperlukan hanya disiplin. Rasulullah tewas di Jabal Uhud kerana pasukannya berpecah-belah.

Kita tahu mengenai hal ini tetapi kita masih enggan mendisiplinkan diri dan berhenti bertindak tidak menentu dan tidak selaras. Kita perlu berani tetapi tidak terlalu berani hingga mengambil risiko yang bodoh. Kita perlu memikirkan bukan saja mengenai balasan di akhirat tetapi kesan duniawi akibat tindakan kita.

Al-Quran mengajar kita bahawa apabila musuh menuntut perdamaian, kita wajib menyambutnya secara positif. Memang benar bahawa perjanjian damai yang ditawarkan berat sebelah dan merugikan kita. Tetapi kita boleh berunding. Nabi Muhammad pun berbuat demikian di Hudaibiyah. Akhirnya Rasulullah beroleh kemenangan.

Saya sedar bahawa semua gagasan ini tidak digemari ramai. Mereka yang marah akan menolaknya bulat-bulat. Malah, mereka akan ‘membisukan’ sesiapa yang mengambil atau menyokong cadangan sedemikian. Mereka mahu mengerahkan lebih ramai pemuda dan pemudi supaya membuat pengorbanan tertinggi. Tetapi ke manakah akhirnya semua ini?

Sudah pasti bukan kemenangan. Sejak 50 tahun peperangan di Palestin, kita tidak mencapai sebarang hasil. Malah, kita telah memburukkan lagi keadaan.Pihak musuh mungkin mengalu-alukan cadangan ini dan kita akan membuat kesimpulan kononnya pihak yang menimbulkan cadangan bersekongkol dengan musuh. Tetapi fikirkanlah. Kita menentang pihak yang menggunakan fikiran. Mereka terselamat daripada pembunuhan kaum selama 2,000 tahun bukan dengan cara menyerang balas tetapi dengan berfikir.

Mereka mencipta dan berjaya menyebarkan fahaman sosialisme, komunisme, hak asasi manusia dan demokrasi supaya dengan itu menghalang sebarang tindakan menindas mereka akan dilihat sebagai perbuatan yang salah demi membolehkan mereka menikmati hak yang sama dengan orang lain. Dengan cara ini mereka kini berjaya menguasai negara terkuat di dunia dan masyarakat kecil ini sudah menjadi kuasa dunia. Kita tidak dapat melawan mereka dengan kuasa kudrat saja. Kita juga perlu menggunakan otak kita.

Sejak akhir-akhir ini, oleh kerana kuasa mereka dan kejayaan mereka, golongan berkenaan menjadi angkuh. Orang yang angkuh, seperti juga orang yang marah, akan melakukan kesilapan dan mereka akan lupa untuk berfikir.

Mereka sudah pun mula melakukan kesilapan dan mereka akan membuat banyak lagi kesilapan. Mungkin ada peluang bagi kita sekarang dan pada masa depan. Kita mesti merebut peluang ini.

Tetapi untuk berbuat demikian, langkah kita mestilah betul. Perbincangan sesama kita memang baik. Ia membantu kita mendedahkan kesalahan yang dilakukan terhadap kita dan mungkin kita akan beroleh simpati dan sokongan. Ia boleh menyemarakkan semangat, iltizam dan keazaman kita bagi menghadapi musuh.

Kita boleh dan seharusnya berdoa kepada Allah swt kerana akhirnya nanti Dialah yang akan menentukan sama ada kita berjaya atau gagal. Kita memerlukan restu-Nya dan bantuan-Nya untuk segala ikhtiar kita.

Tetapi yang menentukan sama ada Dia akan membantu dan memberi kita kemenangan ialah bagaimana kita bertindak dan apa yang kita lakukan. Yang Maha Kuasa telah pun menyatakan demikian dalam al-Quran. Sekali lagi rujukkepada Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Seperti yang saya katakan pada awal ucapan tadi, seluruh dunia memerhati kita, seluruh ummah menaruh harapan kepada persidangan pemimpin negara Islam. Mereka mengharapkan kita bukan saja untuk meluahkan kekecewaan dan kemarahan kita menerusi kata-kata dan tindakan, tidak sekadar berdoa kepada Allah memohon restu-Nya. Mereka mengharapkan supaya kita berbuat sesuatu, agar kita bertindak. Kita tidak boleh menyatakan yang kita ini, iaitu pemimpin negara Islam, tidak dapat berbuat apa-apa. Kita tidak boleh menyatakan yang kita tidak boleh bersatu walaupun dalam ketika kita berhadapan dengan kemusnahan agama dan umat Islam.

Kita tahu kita boleh melakukannya. Banyak perkara yang boleh kita laksanakan. Ada banyak sumber kekayaan untuk kita gunakan. Yang diperlukan cuma kesungguhan untuk bertindak. Sebagai umat Islam, kita mesti bersyukur atas pedoman yang dibawa agama kita, kita harus melakukan apa yang perlu dibuat dengan kerelaan dan keazaman. Allah tidak mengangkat kita sebagai pemimpin, mengatasi yang lain supaya kita menikmati kuasa untuk faedah diri kita sendiri saja. Kuasa yang kita pegang ialah untuk rakyat kita, untuk ummah, untuk Islam. Kita perlu ada kesungguhan untuk menggunakan kuasa ini dengan bijaksana, adil, berhemah dan sepakat. Insya-Allah kita akan berjaya akhirnya.

Saya berdoa kepada Allah supaya Sidang Kemuncak Ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya, Malaysia akan menunjukkan hala tuju yang baru dan positif kepada kita, supaya direstui dengan kejayaan oleh-Nya, Allah Yang MahaKuasa, Ar-Rahman, Ar-Rahim.

1 ulasan:

Adi Sarwajagat berkata...

termasuklah sistem demokrasi raja berpelembagaan dan kapitalisme... utk maklumat lanjut mengenai sistem demokrasi sile melawat ke http://adi-sarwajagat.blogspot.com/