Alhamdulilah segala puji dan syukur pada Ilahi, kerana semua yang menjadi impian telah menjadi kenyataan. Bermula 1hb Mei - 4hb Mei 2008 satu lagi sejarah Terengganu terpahat apabila seramai 13 orang belia Terengganu berjaya menamatkan dan menerima sijil
'Paragliding Hands On' course siri 1/2008 yang di anjurkan bersama PB2W dan TFC di bantu NSSAC. Di bawah satu team yang dikenali F2 Team atau Fly Terengganu Team. Di mana pelatih telah berjaya menerbangkan Paraglider secara solo.
Dengan itu mereka (belia tersebut) telah layak bergelar selaku seorang pilot Paraglider atau 'Small Aircraft Pilot', . 'Produk' ini adalah suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Terengganu kepada para peserta yang terdiri dari belia tempatan yang bakal menjadi jurulatih untuk belia-belia lain di Terengganu untuk masa yang seterusnya. Program julung kali ini diadakan bagi menyahut cabaran kerajaan dalam menceburi sukan udara di Malaysia dan selain dari itu kepada PB2W ia adalah suatu rentetan berterusan kesinanbungan kejayaan cemerlang negara.
Program yang mendapat kerjasama penuh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Terengganu yang di pengerusikan oleh Datuk Abdul Rahin b Dato' Mohd Said dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNTRG) ini, di mana Kerajaan Negeri memperuntukan perbelanjaan pengurusan manakala JBSTRG memperuntukan kos pembanggunan lokasi dan penyelenggaraan. Dengan mensasarkan menjelang akhir tahun ini sempena tahun melawat Terengganu 2008, PB2W bersama dengan TFC akan melatih anak watan Terengganu seramai sekurang-kurangnya 60 orang yang layak bergelar paraglider (Pilot).
Sukan rekreasi seumpama ini memerlukan peningkatan skill, para paraglider perlu memperbanyakkan siri-siri penerbangan dalam semua keadaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Modul yang digunapakai adalah merujuk kepada Federation Aeronautique Internationale (FAI). para pelatih perlu menghadiri kelas teori dan pengamalian di padang ( Ground Handling ) untuk teknikal reverse position dan forward position ( Kiting). Membuat empat kali lompatan asas dan menduduki peperiksaan. Disamping itu memahami Paragliding Regulation dalam aspek keselamatan di darat dan di utara.
Para peserta dalam program Paragliding Hands on siri1 /2008 terdiri dari komuniti masyarakat mewakili kelompok masing-masing, antaranya Belia Marang, Belia Kuala Terengganu, Belia Askar Wataniah, Belia IPTS Kolej Telekom, Cosmopoint dan Kelana C Pengakap Udara Terengganu pada awalnya, dua peserta terpaksa menarik diri kerana urusan penting walau macam manapun mereka akan mengikutinya di siri seterusnya bagi melayakkan mereka terbang (Pilot).
Tindakan tersebut sebagai suatu persiapan jangka panjang bagi menjadikan Negeri Terengganu destinasi pelancongan berasaskan rekreasi udara, PB2W berusaha memastikan agenda 2010 (Pusat Latihan Paragliding Antarabangsa) dapat dilaksanakan. Sebelum itu proses membangunkan keupayaan belia atau anak tempatan serta semua yang terlibat perlu digembleng tenaga semaksima yang mungkin. Termasuklah para pelatih, Jurulatih, urusetia dan penaja bekerja sepaksi.
Selain itu dengan wujudnya aktiviti seumpama ini akan memangkinkan serta menyokong penubuhan Pusat rekreasi air dan udara di Terengganu oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
‘‘Ramai yang menganggap bidang ini terlalu mahal untuk orang biasa. Faktor kemampuan menjadi hambatan kepada rakyat untuk menceburi sukan udara. Tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya" "Persepsi bahawa ia adalah satu bentuk sukan udara hanya untuk orang kaya harus dihapuskan dan kita boleh anggap sukan udara dalam semua jenis cabang mampu disertai oleh semua golongan,’’ Dato' Seri Najib b Tun Abd Razak berucap merasmikan Karnival Udara Kuala Lumpur 2006 di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Dalam ucapannya lagi; Menurut beliau, kerajaan sentiasa menggalakkan pembabitan rakyat dalam industri penerbangan kerana ia merupakan satu bidang strategik dan mempunyai nilai komersial serta limpahan ekonomi yang sangat besar.
Pada majlis tersebut, Najib turut melancarkan Anugerah Pekan yang membawa hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi kepada individu atau pertubuhan yang mampu mereka cipta sendiri pesawat sukan ringan. Utusan Malaysia SUBANG 24 Nov.
Sehubungan dengan itu PB2W mengajak para belia Terengganu untuk tampil memberanikan diri, bersama PB2W menceburi bidang rekreasi baru ini yang julung kalinya diadakan di Terengganu. Dengan siapnya Maker Zulu Paragliding Launch site di Bukit Chendering nanti, dijangka akan memberi kelebihan kepada para belia tempatan Terengganu dan Pantai Timur untuk menggunakannya bagi aktiviti seperti itu. Majulah Sukan untuk Negara.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya bolehlah menghubungi kami melalui email kami grupb_2w@yahoo.co.uk atau H/P: 012 963 7586 YDP-PB2W, 013 959 1679 SU- PB2W, 014 829 5814 Paraborne Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan