04 April 2009

GAZA DIBELA 2009

KEMPEN DERMA KEPADA TABUNG GAZA



PB2W bagi pihak Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNT sedang menyelaras (Mobilisasi) Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu (SSRM T) bagi kerja-kerja kesukarelawan membantu "Power of 10 sen" yang sedang menjalankan usaha mengutip dan mengumpul derma bagi Dana Antarabangsa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk bantuan kemanusiaan mangsa-mangsa serangan ganas Israeil di Gaza. Kerja-kerja tersebut telah bermula semenjak 23hb Mac 2009 sehingga 10hb Mei 2009 nanti. Dana yang terkumpul akan diserah secara rasmi pada 10hb Mei 2009 bertempat di kompleks Belia dan Sukan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Adalah dijangka Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan mengepalai penyerahan tersebut.

Power of 10 sen di daftar di bawah Universal Peace Federation of Malaysia, Registry No: 1158-08-SEL. Federation ini bekerjasama dengan PBSM, disamping itu mendapat usahasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan juga dari Universiti Malaya. Program ini juga mendapat sokongan padu dari Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kerja-kerja mencari sumbangan oleh SSRM melalui sumbangan dari pelajar-pelajar dan guru-guru beberapa sekolah berkenaan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Selain dari membantu "Power of 10 sen", aktiviti ini juga adalah untuk membudayakan kerja-kerja amal selaku seorang sukarelawan bagi merealisasikan konsep sukarelawan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan dengan "Any Time any where".

Keseluruhan SSRM T yang terlibat adalah 50 orang dari penyertaan tersebut kebanyakannya para remaja perempuan. Mereka adalah team dari nukleus penubuhan Sukarelawan Belia KBS yang dilancarkan pada 12hb Febuari 2009 sempena kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lepas.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Power of 10 sen" bolehlah melayari laman web "Power of 10 sen" di :

PB2W dalam melaksanakan amanah JBSNT sedang merancang untuk memperbesarkan SSRM dan Sukarelawan Belia menjadi satu pasukan sukarelawan yang profesional menjelang akhir 2010. Dalam mencapai target tersebut PB2W menawarkan kepada sesiapa remaja berumur 15 - 25 tahun (Rakan Muda) dan 26 - 40 tahun (Belia) yang berminat menyertainya. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi PB2W di talian Tel/Fax: 609 619 2078 H/P: 013 968 6453 Malek Safrizan SU PB2W, 019 966 0844 Rosli Abdullah AJK Kebajikan.


Tiada ulasan: