02 April 2009

MEMPROMOSI TERENGGANU KE ANTARABANGSA

DI SINI DESTINASI PERLANCONGAN UDARA YANG MENARIK


You Tube: http://www.youtube.com/results?search_type=&search_query=paragliding+in+terengganu&aq=f

PB2W adalah perintis kepada pengenalan Paragliding di Terengganu, dengan suatu sasaran menjadikan penglibatan terutama para belia ke dalam paragliding, sukan udara berprestij akan menjadi modul pembangunan karekter dan meningkat tahap Modal Insan "Human Kapital" generasi baru anak-anak Terengganu. Dengan kata lain suatu anjakkan Paradigma.
Bermula dengan ujian penerbangan pada 11hb Mac 2007 telah melonjakkan menjayakan suatu program dikenali "Paragliding Hands on" pada 1hb-4hb Mei 2007 melibatkan 25 orang belia / Rakan Muda Terengganu. Hasil kerjasama dari NSSAC dan TFC telah membuka minda peserta bawa mereka sebenarnya boleh terbang "I believe i can Fly". Selain itu sokongan dari Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dan Kerajaan Negeri antaranya yang menjayakan suatu cita-cita unggul tersebut.
Video yang mendapat capaian terbanyak
Salah seorang yang menjadi Team Instructor kepada program tersebut ialah Capt Arif Ibrahim seorang anak jati Terengganu dengan inisiatif beliau, beliau telah mempublishkan filem pendek yang diedit beliau ke dalam you tube. Di luar jangkaan ketika surfing terakhir menunjukkan 22717 orang telah melawatinya atau mengulangi lawatan kehalaman tersebut, ia suatu capaian pengunjung yang amat menarik dari serata dunia, terutama kepada para pengemar paragliding. Secara tidak langsung ia bukan suatu sukan lagi tetapi kepada suatu produk pelancong udara Terengganu yang akan dapat memberi banyak perluang pekerjaan kepada para belia yang berkecimpun.
Dengan semua fasiliti telah dibuat pihak PB2W sedang menunggu kelulusan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkannya menjadi suatu tempat latihan atau sekolah udara terutama kepada mereka-mereka yang berada di pantai timur semenanjung. Sesiapa sahaja boleh terlibat ia bukan untuk golongan elite sahaja ia akan dijadikan kebudayaan masyarakat dalam masa yang terdekat.
Jika berminat hubungilah kami di grupb_2w@yahoo.co.uk Paragling menjanjikan suatu kepuasan tersendirim, Tiada Halangan hanyalah perluang ...

Tiada ulasan: