04 April 2009

GAZA DIBELA 2009

KEMPEN DERMA KEPADA TABUNG GAZA



PB2W bagi pihak Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNT sedang menyelaras (Mobilisasi) Skuad Sukarelawan Rakan Muda Negeri Terengganu (SSRM T) bagi kerja-kerja kesukarelawan membantu "Power of 10 sen" yang sedang menjalankan usaha mengutip dan mengumpul derma bagi Dana Antarabangsa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk bantuan kemanusiaan mangsa-mangsa serangan ganas Israeil di Gaza. Kerja-kerja tersebut telah bermula semenjak 23hb Mac 2009 sehingga 10hb Mei 2009 nanti. Dana yang terkumpul akan diserah secara rasmi pada 10hb Mei 2009 bertempat di kompleks Belia dan Sukan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Adalah dijangka Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan mengepalai penyerahan tersebut.

Power of 10 sen di daftar di bawah Universal Peace Federation of Malaysia, Registry No: 1158-08-SEL. Federation ini bekerjasama dengan PBSM, disamping itu mendapat usahasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan juga dari Universiti Malaya. Program ini juga mendapat sokongan padu dari Kementerian Pelajaran Malaysia.


Kerja-kerja mencari sumbangan oleh SSRM melalui sumbangan dari pelajar-pelajar dan guru-guru beberapa sekolah berkenaan di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu. Selain dari membantu "Power of 10 sen", aktiviti ini juga adalah untuk membudayakan kerja-kerja amal selaku seorang sukarelawan bagi merealisasikan konsep sukarelawan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan dengan "Any Time any where".

Keseluruhan SSRM T yang terlibat adalah 50 orang dari penyertaan tersebut kebanyakannya para remaja perempuan. Mereka adalah team dari nukleus penubuhan Sukarelawan Belia KBS yang dilancarkan pada 12hb Febuari 2009 sempena kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu lepas.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang "Power of 10 sen" bolehlah melayari laman web "Power of 10 sen" di :

PB2W dalam melaksanakan amanah JBSNT sedang merancang untuk memperbesarkan SSRM dan Sukarelawan Belia menjadi satu pasukan sukarelawan yang profesional menjelang akhir 2010. Dalam mencapai target tersebut PB2W menawarkan kepada sesiapa remaja berumur 15 - 25 tahun (Rakan Muda) dan 26 - 40 tahun (Belia) yang berminat menyertainya. Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi PB2W di talian Tel/Fax: 609 619 2078 H/P: 013 968 6453 Malek Safrizan SU PB2W, 019 966 0844 Rosli Abdullah AJK Kebajikan.


02 April 2009

PANGGILAN IBU PERTIWI KEPADA NUSA BANGSA

REJIMEN 512 ASKAR WATANIAH - TERENGGANU


Kepada para pemuda dan pemudi para belia yang masih perihatin dan berperasaan sensitiviti sudah sampai masa dan ketikanya kalian semua tanpil kehadapan menyumbang bakti pada pertiwi. Janganlah kalian semua dilalaikan dengan kehidupan yang menipu ini kerana bumi kita hari demi hari tanah penuh barakah ini telah dikikis oleh musuh kita tanpa kita menyedarinya. Antaranya Pulau Batu Puteh Pedra Branca dalam ingatan.

Tanah Melayu Nusantara adalah Bumi yang dijanjikan, ketika seluruh dunia mengalami kekacauan bencana dan huru hara, mala pertaka namun Allah masih sayangkan kita diberi nikmat keamanan dan ketenangan, adakah kita semua amat bersyukur ....?.

Generasi muda para belia hari demi hari diracuni pemikiran dan perasaan mereka dengan budaya setan Illuminati yang mahu mensyirikkan mereka dan menjadi makhluk perosak di atas muka bumi ini. Lemahnya mereka para belia maka lemahnya negara. Marilah bersama-sama samada menyertai angkatan tetap ATM atau pasukan simpanan Darat, Laut mahupun Udara. Menyumbangkan tenaga dan pengorbanan agar kedaulatannya akan terus berkekalan ke generasi akan datang.


Andaikata kita gugur atau terkorban, maka itu adalah suatu kebanggaan kepada seorang Perajurit, lihatlah kepada panglima besar Islam Khalid ibnu Walid yang menangis kerana mati di atas sebidang tilam, beliau yang rindukan fadhilat syahid mati sebagai perjuang, mati sebagai tentera adalah suatu kebanggaan, tetapi di takdirkan beliau mati di atas tilam.

"Borne to Die" adalah selogan perajurit para, mati kerana mis funtion atau tembakan dari musuh. Mati adalah kemestian, yang penting betulkan amalan dan niat di hati seorang perajurit mesti meletakan Allah sebagai keutamaan dalam jiwanya, dan jika ditakdirkan dia gugur, maka janji Allah tetap benar pahala dan nikmat syuhada akan di beri suatu pingat kebesaran melebihi PGB ATM. Dengannya menyelamatkan diri kita dan keluarga kita dari azab neraka.

Kami team pengasas Belia Waja Watan adalah sukarelawan Perajurit Para, kami sedar mungkin sesetengah mereka menganggap kebodohan tindakan kami melapor diri ke Cawangan Payung Terjun PULPAK, sebagai Tentera simpanan kami tahu bahawa kami seolah-olah memilih kematian, kami bukannya digaji seperti anggota tetap, kami dengan relahati dan sukarela menawarkan diri menjadi perajurit Para kerana ia adalah suatu perjuangan dan pengorbanan. Itu sedikit sahaja jasa yang cuba kami curahkan untuk bumi ini - Malaysia.

Bukan kami mengejar nama, pangkat atau publisiti, tetapi kami tidak rela anak cucu kami akan datang kencing di atas pusara kami dengan mengutuk kesalahan yang kami wariskan kepada mereka. Maka kami menulis sejarah dengan tinta darah, bumi bertuah akan di pertahankan, oleh generasi anak-anak harimau Malaya akan bangkit, ketika pasukan tetap mengundurkan diri.

Khairul Nizam dan Kpl Amin menerima dan memakai sayap penerjunan dari Panglima, simbol sukarelawan 'gila menempah maut', apasalahnya datang weekend Camp tanda tangan dapat elaun mingguan ulangi kedatangan, jolok jurulatih supaya support dapat Bounti tahunan. Adakah kami akan bahagia memakan duit negara secara haram hasil titik peluh rakyat, wal hal rakyat membayar cukai untuk perlindungan mereka.

Rela Berkorban cogan kata Askar Wataniah, maka kami butikan rela kami korbankan diri kami bagi mencapai level seorang perajurit Para.

Tapi sayang hari ini kebanyakannya di kem-kem Askar Wataniah siri 500 Jurulatih dari unit Askar Melayu dan Renjer, walaupun bukan semua tetapi menonjol mengambil pelbagai kesempatan, termasuk pencabulan. Kami sedih dengan perkara sedemikian, ikhlas kami nyatakan hal demikian perlu kepada pembetulan pihak atasan segera, kadang kala hanya memandang sebelah mata.

Budaya ampu mengampu adalah senjata musuh melemahkan pasukan, mereka yang berkualiti akan dibelakangkan dan mereka pengampu di kehadapankan, andaikata perang meletus mampukan pengampu menjadi hero, jika pengampu ini cabut lari maka tunggulah kebinasaan akan tiba.

Kami abadikan (Emblem) sebagai kenangan Nukleus cadangan penubuhan C Coy Simpanan Para.

WATANIAH PARA LEAD THE WAYS.

Fihgting Soldier from the sky, The brave man how jump end die

MEMPROMOSI TERENGGANU KE ANTARABANGSA

DI SINI DESTINASI PERLANCONGAN UDARA YANG MENARIK


You Tube: http://www.youtube.com/results?search_type=&search_query=paragliding+in+terengganu&aq=f

PB2W adalah perintis kepada pengenalan Paragliding di Terengganu, dengan suatu sasaran menjadikan penglibatan terutama para belia ke dalam paragliding, sukan udara berprestij akan menjadi modul pembangunan karekter dan meningkat tahap Modal Insan "Human Kapital" generasi baru anak-anak Terengganu. Dengan kata lain suatu anjakkan Paradigma.
Bermula dengan ujian penerbangan pada 11hb Mac 2007 telah melonjakkan menjayakan suatu program dikenali "Paragliding Hands on" pada 1hb-4hb Mei 2007 melibatkan 25 orang belia / Rakan Muda Terengganu. Hasil kerjasama dari NSSAC dan TFC telah membuka minda peserta bawa mereka sebenarnya boleh terbang "I believe i can Fly". Selain itu sokongan dari Jabatan Belia dan Sukan Terengganu dan Kerajaan Negeri antaranya yang menjayakan suatu cita-cita unggul tersebut.
Video yang mendapat capaian terbanyak
Salah seorang yang menjadi Team Instructor kepada program tersebut ialah Capt Arif Ibrahim seorang anak jati Terengganu dengan inisiatif beliau, beliau telah mempublishkan filem pendek yang diedit beliau ke dalam you tube. Di luar jangkaan ketika surfing terakhir menunjukkan 22717 orang telah melawatinya atau mengulangi lawatan kehalaman tersebut, ia suatu capaian pengunjung yang amat menarik dari serata dunia, terutama kepada para pengemar paragliding. Secara tidak langsung ia bukan suatu sukan lagi tetapi kepada suatu produk pelancong udara Terengganu yang akan dapat memberi banyak perluang pekerjaan kepada para belia yang berkecimpun.
Dengan semua fasiliti telah dibuat pihak PB2W sedang menunggu kelulusan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkannya menjadi suatu tempat latihan atau sekolah udara terutama kepada mereka-mereka yang berada di pantai timur semenanjung. Sesiapa sahaja boleh terlibat ia bukan untuk golongan elite sahaja ia akan dijadikan kebudayaan masyarakat dalam masa yang terdekat.
Jika berminat hubungilah kami di grupb_2w@yahoo.co.uk Paragling menjanjikan suatu kepuasan tersendirim, Tiada Halangan hanyalah perluang ...

27 Mac 2009

BAHASA SENDI BANGSA - MELAYU BANGSA SPRITUAL

Cintaku Kepadamu Bahasa Melayuku

Ku menyusuri denai bahasaku yang berliku
menghalang penjajahan minda petualang
mencari mantera mengisi ruang akalku
dengan kalimat penuh semangat
Tak akan Melayu hilang di dunia

Kutebas lalang di lorong bahasa
kumencari makna frasa demi frasa
untuk mendidikku cara lenggok berbudi
juga mengajarku tentang citra kesusilaan
agar langkahku teratur gagah ke hadapan
penuh dengan diplomasi sopan Melayu.
Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat
pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.

Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayu
kutak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman.

saikohead's
bearo_119@yahoo.com

24 Mac 2009

NUKLEUS PENUBUHAN C COY SIMPANAN PARA

C KOMPENI PARATROOPER (AW) DALAM KENANGAN


Seramai 7 orang Belia Sukarelawan Askar Wataniah dari Rej 512 AW telah berjaya memakai sayap penerjunan pada akhir 2000, petukaran pucuk pimpinan ATM maka bertukarlah polisi, Manakala OC BN 1 / Peg Latih Mej Yaakop bin Jaafar dari 9 Melayu (Para) dari Kem Terendak, Melaka selaku perancang penubuhan C Coy Para Simpamn telah ditukarkan ke Rej 301AW (Sekarang RS 1). Maka rancangan penubuhan diabaikan.

Sebelum itu untuk memastikan (Persediaan Para trooper) Belia Sukarelawan AW bakal mampu menjalani latihan begitu lasak di PULPAK, mereka mesti menjalani latihan pemanasan Perajurit Para selama 2 bulan sebelum melapor diri ke Cawangan Para PULPAK, di bawah arahan Timbalan Komander Rej 512 AW Lt Kol Khairul Bahrin.

Kemahuan yang tinggi ingin membuktikan jasa sukarelawan AW untuk kedaulatan negara ini dan menjadi warisan kesinanbungan perjuangan para pejuang Gerila Askar Wataniah lampau seperti Mej Tengku Mahmud Mahyideen (Harimau Malaya Force 136), Kol Yoep Mahidin b Md Sharif pengasas Askar Wataniah.

Mereka Perajurit Para SUK Simpanan AW adalah anak-anak Harimau Malaya (Generasi baru anak watan) yang akan mempertahankan setiap inci bumi yang dijanjikan ini "The land of Promise" Tanah Melayu (Malaysia).

PERAJURIT PARA SENTIASA MEMEGANG TEGUH SUMPAH SETIA

  1. Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa dan menepati isi dan jiwa RUKUN NEGARA.
  2. Saya bersumpah Bahawa saya: Dengan kemahuan saya sendiri diterjunkan dan melaksanakan tuga perajurit PARA.
  3. Saya bersumpah Bahawa saya: Menjunjung tinggi dan mempertahankan darjat, nama kehormatan jiwa perajurit PARA
  4. Saya bersumpah Bahawa saya: Sentiasa siap sedia untuk diterjunkan pada setiap saat di mana dan dalam apa keadaan sekali pun.
  5. Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa bersikap sopan dan menurut perintah dengan ikhlas dan jujur.
LAMBANG SAYAP YANG TERSEMAT DI DADA ANDA
MEMPUNYAI RISIKO DAN MAKNA
YANG AMAT BESAR ERTINYA,
OLEH KERANA ITU PELIHARALAH
TARAF FIZIKAL DAN MENTAL ANDA SEWAJARNYA.
RELA BERKORBAN

BELIA RAKAN MUDA SUK ASKAR WATANIAH


DENGARLAH SUARA PANGGILANKU,
MARILAH WARGANEGARA,
TUGAS UTAMA TUGAS MULIA,
MENJADI TENTERA KITA..

MARILAH PEMUDI PEMUDAKU,
BERSATU BERTAMBAH MUTU,
MENJUNJUNG TITAH RUKUN NEGARA,
ITULAH TUGAS TENTERA..

MARILAH BERBAKTI,
TENTERAI DARAT, LAUT, UDARA,
MARILAH CONTOHI,
LIHATLAH DI SINI TANAH AIRKU.
DI SINI KITA BERSUMPAH,
WARGANEGARA, PARA BELIA,
BERSATU DALAM TENTERA..

MARILAH PEMUDI PEMUDAKU,
BERSATU BERTAMBAH MUTU,
MENJUNJUNG TITAH RUKUN NEGARA,
ITULAH TUGAS TENTERA..

MARILAH KITA BERIKRAR,
BERSATU DAN BERBAKTI,
TENTERAI DARAT, LAUT, UDARA,
MARILAH CONTOHI..

LIHATLAH DI SINI TANAH AIRKU,
DI SINI KITA BERJUMPA,
WARGANEGARA PARA BELIA,
BERSATU DALAM TENTERA,
RUKUN NEGARA TITAH BAGINDA,
PANJI-PANJI MULIA...