24 Mac 2009

NUKLEUS PENUBUHAN C COY SIMPANAN PARA

C KOMPENI PARATROOPER (AW) DALAM KENANGAN


Seramai 7 orang Belia Sukarelawan Askar Wataniah dari Rej 512 AW telah berjaya memakai sayap penerjunan pada akhir 2000, petukaran pucuk pimpinan ATM maka bertukarlah polisi, Manakala OC BN 1 / Peg Latih Mej Yaakop bin Jaafar dari 9 Melayu (Para) dari Kem Terendak, Melaka selaku perancang penubuhan C Coy Para Simpamn telah ditukarkan ke Rej 301AW (Sekarang RS 1). Maka rancangan penubuhan diabaikan.

Sebelum itu untuk memastikan (Persediaan Para trooper) Belia Sukarelawan AW bakal mampu menjalani latihan begitu lasak di PULPAK, mereka mesti menjalani latihan pemanasan Perajurit Para selama 2 bulan sebelum melapor diri ke Cawangan Para PULPAK, di bawah arahan Timbalan Komander Rej 512 AW Lt Kol Khairul Bahrin.

Kemahuan yang tinggi ingin membuktikan jasa sukarelawan AW untuk kedaulatan negara ini dan menjadi warisan kesinanbungan perjuangan para pejuang Gerila Askar Wataniah lampau seperti Mej Tengku Mahmud Mahyideen (Harimau Malaya Force 136), Kol Yoep Mahidin b Md Sharif pengasas Askar Wataniah.

Mereka Perajurit Para SUK Simpanan AW adalah anak-anak Harimau Malaya (Generasi baru anak watan) yang akan mempertahankan setiap inci bumi yang dijanjikan ini "The land of Promise" Tanah Melayu (Malaysia).

PERAJURIT PARA SENTIASA MEMEGANG TEGUH SUMPAH SETIA

  1. Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa dan menepati isi dan jiwa RUKUN NEGARA.
  2. Saya bersumpah Bahawa saya: Dengan kemahuan saya sendiri diterjunkan dan melaksanakan tuga perajurit PARA.
  3. Saya bersumpah Bahawa saya: Menjunjung tinggi dan mempertahankan darjat, nama kehormatan jiwa perajurit PARA
  4. Saya bersumpah Bahawa saya: Sentiasa siap sedia untuk diterjunkan pada setiap saat di mana dan dalam apa keadaan sekali pun.
  5. Saya bersumpah bahawa saya: Sentiasa bersikap sopan dan menurut perintah dengan ikhlas dan jujur.
LAMBANG SAYAP YANG TERSEMAT DI DADA ANDA
MEMPUNYAI RISIKO DAN MAKNA
YANG AMAT BESAR ERTINYA,
OLEH KERANA ITU PELIHARALAH
TARAF FIZIKAL DAN MENTAL ANDA SEWAJARNYA.
RELA BERKORBAN

1 ulasan:

MIZI berkata...

masih wujud ke angkatan ini?